Phewww penat! Weekends yang memenatkan tapi seronok!
Alhamdulillah sabtu lepas mini-katering kami menerima tempahan 70set nasi hujan panas(untuk 70 orang makan), ni kira rekod paling tinggi lah setakat ni, sebelum ni paling banyak pun I pernah masak untuk tempahan 50 orang makan saja. Tempahan ni dibuat oleh beberapa orang juniors final year untuk kawan2 lab, sensei2(=lecturers/profs), keluarga2 angkat dan kenalan2 depa, maknanya nak kena sediakan makanan untuk nihonjin(=japanese) dan foreigners lainnya. Depa order nasi hujan panas dengan set lauk ayam masak merah, dalca sayur+daging, daging black pepper dan acar timun. Selalunya untuk order 10set ke atas, I akan bagi desserts free, bila tanya, depa requested nak karipap. Bila masak untuk yang bukan Malaysian ni kena laa ubah style sikit, tambah2 nihonjin ni tak makan pedas, makanya semua menu kena adjust2 supaya menepati 'keupayaan' depa nak menelan. Naya laa pulak masak benda yang depa tak boleh makan, baik tak payah jamu kalau gitu, yer dak?! Luckily kali ni pun juniors kata tak perlu packing, nak buat buffet style, part ni paling best untuk didengar sebab I paling lemah bab packing2 ni, hihi...
Sepanjang minggu lepas 2kali dok godek karipap tu haa untuk tempahan depa ni laa, sediakan 100biji campur2 ada inti daging dan inti ayam. Hari khamis dah mulakan kerja, potong2 daging dan ayam yang berkilo2, tapi sebab pakai boneless je so memang senanglah. Jumaat tu paginya ke supermarket membeli barang, petangnya lepas zuhur dah mula blend bahan2 dan kupas bawang, ubi dll. Malamnya lepas tidurkan 2R, I dah mula goreng ayam, 2jam lebih jugak laa ambil masa untuk siap. Settle semua kerja, terus masuk tidur, need rest!
Sabtu pagi tu pukul 4 dah kena bangun dah, nasib baik tak sejuk sangat, takdak laa malas sangat nak angkat mata dan badan ni, hehe. Ketung-ketang-ketung-ketang memasak, kemudiannya siapkan breakfast pulak, buat sandwich sardin je. Dekat2 pukul 8 baru budak2 ni bangun, fuhhh lega jugak depa ni bangun lambat, dah bangun pun tak mai dapur cari mama, dengar depa duk kukik2 bergelak ketawa main dengan ayah depa dalam bilik. Mandikan 2R dan breakfast siap2 then sambung masak balik. MyLove sepatutnya kerja sabtu tu tapi ambil cuti, tolong handle anak2 while mama 'bekerja', thanks darl! Tapi dek sebab risau tak mampu siapkan semuanya on time, sejak awal lagi I dah plan nak offer sapa2 berminat untuk datang tolong, kira macam buat baito(=parttime) laa, nanti dapat upah. Tak dan nak offer lagi dah ada yang tawar diri, lega! Pukul 9pagi minta Anis datang, potong bahan2 nak buat acar dan goreng karipap, thanks Anis! 1st time ni masak pakai helper, so ada chance laa kot nak ambil order banyak2 lagi next time, hihi *berangan!*.Pukul 11 dah nak kena hantar semua foods ke dewan, ngam2 pukul 11 settle semuanya, kami sempat duduk rehat2 bersembang sekejap sebelum 2juniors lagi datang untuk tolong angkat foods bawa masuk dalam kereta. Lepas dah hantar semuanya, balik rumah mengurus anak2 pulak. Bagi makan nasi, salin baju dan diaper si Raziqh, kemudiannya pukul 1 lebih 2R dengan ayah depa sekali tertidur kat ruang tamu, eh2 macam depa pulak yang buat kerja kan. Mama memang mengantuk sangat2 tapi sebab tak biasa tidur siang so memang tak boleh nak tidur langsung, padahal dah pulun pejam mata dah, hish spoil betul, sempat lelap tak sampai 30minit, tu pun tak rasa macam tidur. Bosan2 taktau nak buat apa, bangun kutip baju dan kemas2 rumah, pukul 4 myLove pi main bola, I pulak keluar ambil periuk2 dan bekas2 tadi kat dewan, pi hantar barang dan bawa 2R pi 100yen shop beli omocha(=toys). Dah 2minggu tak belikan apa2 untuk depa, hari tu janji nak belikan omocha kalau depa behave time mama masak untuk jualan, haa kena laa beli kan, kali ni beli set melukis dan menulis. Ni dok tengah fikir2 nak bawa depa ni pi melukis kat mana laa pulak, sebab nak bagi main watercolours memang tak boleh laa main dalam rumah, habis comot nanti, nak kena cari kawasan lapang yang boleh bawa set melukis ke sana. Malamnya kami dinner kat luar, pi Joyfull makan japanese foods mama belanja...
Semalam awal2 pagi dah bangun membasuh dan menyidai baju, siapkan bento(=lunch pack) spagetti untuk 2R, goreng nasi goreng dan ayam berempah untuk myLove dan sediakan breakfast. Kami nak ke Kirara Dome, dapat jemputan untuk join games Scout Jamboree for kids. MyLove tak ikut, tu yang sediakan lunch siap2 untuknya. Kami pi dengan 2 juniors lain - Ain dan Haz, pukul 9.30 pi ambil depa kat rumah depa dan bertolak ke sana. Pukul 10lebih sampai dan terus bawa 2R main dalam stadium tu, perghhh penat ligan si Raziqh. All in all, Rafiqh enjoy laa dapat tengok dan join macam2 games, as usual mak dia yang over sebenarnya, even though those games sebenarnya lebih sesuai untuk kanak2 sekolah rendah, hihi. Pukul 1.30 balik rumah, mama dah kepenatan tapi 2R boleh releks aktif lagi, budak2 memang energy depa banyak kan. Mak depa dah pancit dah, lepak2 tengok tv, petangnya makan potato chips dan aiskrim je, haha pemalas giler nak masak! Malamnya keluarkan frozen lauk ayam masak 3rasa dan panaskan, masak nasi, potong timun dan goreng ayam, siap! Pukul 7lebih Raziqh dah tidur, pukul 8 lebih mama dan Rafiqh dah masuk tidur. Pagi ni bangun dah rasa energetic balik dah, banyak lagi kerja menanti ni...
Nak letak gambar sebenarnya tapi dah beberapa kali try upload masih tak berjaya, awat taktau, huhu...
Monday, November 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
alala bestnya mkn joyfull. area sini tajde joyfull, huhu.. waaa kagum bangat masak untuk 70 org. nak berguru la camni (^o^)
murni,
aah kan,belah tokyo takde joyfull,hehe...
ish 70org tu takde apa sgt tu,tunggu ratus2 bleh mai berguru ye,hihi
Handal la Fith blh cater food for 70 people n jaga 2 budak kecik at the same time. Kalau akak la, tah pa yg jadi.
kak unaizah,
tak handal lg laa kak,selalu terbabas masa jugak,hehe.tgh training2 lagi,hrp2 boleh mahir laa nanti...
Post a Comment