Showing posts with label Raisha. Show all posts
Showing posts with label Raisha. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Word by word


My little girl, Raisha Misaki...
Lagi few weeks saja nak genap 2tahun! Cepatnyaaa~~~

Hari ni nak cerita progress dia dalam bercakap saja. Lain2 milestones nanti lah update lain kali...

Kalau nak banding dengan onichan-tachi, rasanya Raisha lebih pandai cakap compare to Rafiqh. At her age, banyak dah words dia yang clearly kita boleh faham. Rafiqh dulu hancusss, umur 3tahun baru boleh bercakap, haha. But of course lah not fair buat comparison gitu kan, sebab Rafiqh anak sulong which has no one to imitate. Unlike her, ada ramaaiii tok guru haa, hehe... Pun begitu, bila compare dengan Raziqh, phewww Raisha memang ketinggalan keretapi lah! Raziqh dulu at 1year 6months nyanyi pun terer dah. Bukan nyanyi huhahuha ikut-dan je tau, tapi nyanyi lagu yang betul2, dia akan tiru sebijik macam apa yang dia dengar. Bercakap toksah cakap laa, sangat petah, takdak pelat2! Si Raisha ni dia masih dalam fasa malas nak "mengikut" orang. Kita ajar dia, dia lebih pandai lagi, siap ajar kita balik, huh! Dah tu malas juga nak sebut full, dia sort of pelat dan suka ambil part hujung2 ja bila sebut words dia, hmmmm apa2 je laa dik oii!

Antara perkataan yang dia pandai sebut dan difahami rakyat sekelilingnya:
- mama, ayah, tok abah
- air = susu
- nak, ha~nak = taknak
- dog, cat
- wak = berak @ nak mandi
- nanana = banana
- be = bear @ baby
- a~ta = Raisha
- a~ja = Syadza
- cuk = busuk
- pah = tumpah
- toh = jatuh
- yuck,tanai = yuck,kitanai(=kotor)
- tu wa ga = satu dua tiga
- wan tu ti = one two three
- o~pah = o~som

Aiks banyak ni je?! Hahaha...

Monday, April 16, 2012

Raisha @ 7months!


MasyaAllah, dah 7bulan dah si kecik ni. Kecik molek ja anak dara kami ni, bila dukung dia rasa macam pegang budak 4bulan, tapi lenguh jugak tangan ni, sebab dia tak reti langsung duk diam, adehhh nampak dah tu 'bakat' nak jadi aktif macam onichan-tachi dia tu, hehe...

Raisha sekarang has becomes extremely clingy, phewww. Kalau before ni still boleh tolerate lagi dengan part clingy ni tapi sekarang hadoiiilaa memang dah lebih2 dah, kalau kena time mood tak baik tu huihhh jangan laa pi letak, dia akan up volume melalak dia, bingit telinga mama ni tau. Teringat time dengan Rafiqh dulu, sama jugak macam ni, semua nak dengan mama je, tapi takpa laa, dulu dia sorang ja nak dilayan, ulit pi mai pi mai pun takdak benda nak stress. Sekarang ni mana dengan 2 orang tu lagi, dengan bisnes lagi, dengan housechores lagi, gedebak-gedebuk hmmm sabaq je laa dik oii mama ni melayan, apatah lagi bila mengenangkan yang lambat lagi nak tambah baby, makanya tekunlah mama beri extra perhatian buat kamu yer...

Mengunjur tak terer sangat pun lagi, tapi dah makin laju maju ke depan. Rasa macam baru ja letak kat sebelah, sedar2 sat lagi tengok eh2 dah pi jauh dah, tangan tu pun kemain lagi, sama naik dengan onichan-tachi mengecah rumah. Haa la ni dah ada 3budak tukang buat selerak rumah, baguih2, berjemaah itu lebih afdhal, hahaha...

Raisha dah pandai dah nak join Rafiqh dan Raziqh main sama2, especially bila depa main kereta, blocks atau masak2, comel sangat tengok dia join sekali. Tunggu besar sikit nanti boleh laa beli set masak2, beli mainan girlish pulak, ni asyik dok main mainan boys saja, tak syiok kan adik kan?!

Milestone paling besar untuk bulan ini ialah Raisha dah start makan! Kalau ikutkan mama, nak lambatkan lagi, sehingga 8 @ 9 bulan tapi apakan daya, dia nampak macam desperate sangat nak makan, so bagi je laa. Nak kata breastmilk tak banyak pun tak jugak, since I ambil milk booster ni memang terasa laa bezanya penghasilan susu tu tapi mungkin dah tak tahan kot tengok orang lain makan, dia pun mengamuk2 nak jugak. So far dah start dengan plain bubur dan puree, seems like she really enjoy the taste, good!

Happy 7months young dear, love you!

Monday, March 26, 2012

Raisha oh Raisha



My lovely princess Raisha Misaki has turned 6months young on last 16th march, yeay! Kejap saja dah 6bulan. Meh nak update cerita tentang Raisha pulak...

Cik kak kecik ni memang laa anak mama, takmau sangat dengan orang even dengan ayahnya pun, semua nak mamaaa je, phewww penat! Most of the times mesti demand mama pegang,yang mama ni nak masak, nak menyapu, nak mengelap, nak membasuh, nak mandi, nak makan, semua payah dibuatnya. Adehhh, layankan je laa, walaupun kadang2 tu geram laa jugak, hehe...

Sekarang dah cekap meniarap, dah boleh bergerak mengunjur ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan, bergolek merata2. Duduk pun dah makin stabil, bila mama nak buat kerja kat dapur, mama letak dia dalam walker, kaki pun dah makin kuat untuk tolak walker tu bergerak. Tapi Raisha masih lagi tak boleh control movement walker so selalu laa berakhir dengan dia masuk celah2 mana entah dan kemudiannya melalak sebab tak nampak kelibat mama, hihi. Kalau mama nak buat kerja sambil duduk, letak je dia dalam bumbo sofa, dia suka laa boleh join tengok mama buat kerja. Tangan pun dah pandai grab and hold things, boleh laa bagi dia pegang toys untuk alih perhatiannya dari mama...

She likes Rafiqh-onichan, but not Raziqh-onichan, hahaha. Part ni tak dapek den nak nolong haa. Cukup anti dengan Raziqh, Raziqh lalu tepi dia pun dia dah melalak, sampai tahap tu laa punya dia tak suka, kuang3. So sila bayangkan kalau Raziqh mai tidur sebelah dia ka, mai usik2 dia ka, hadoiii bingit telinga mama ni menahan panahan suaranya yang merdu itu. Kalau Rafiqh ok, in fact Rafiqh cakap je dia dah ketawa mengekek2, wahhh kemain lagi ceria kalau main dengan Rafiqh, kalau Raziqh, hancusss!

Dah 6bulan, biasanya kalau ikut budaya kita, mak2 dah kalut dah nak bagi anak tu makan, kan?! Sebaliknya Raisha belum lagi, dia masih lagi exclusively on breastfeeding. Kenapa? Cause I'm not ready yet, haa tuh dia, bukan si anak yang tak ready, mak dia pulok ngaku tak ready, hek! Banyak faktor yang mendorong kepada keinginan nak lewatkan Raisha mula makan solid foods ni, Raziqh dulu pun start makan lepas 9bulan gitu, so I rasa biar lah dia juga mendapat khasiat susu ibu secukupnya terlebih dahulu...

Friday, January 27, 2012

Cerita pasal Raisha lah!



Hari ni nak cerita pasal buah hati mama ni yang pinkish2 ni...

Usianya sekarang dah 4bulan 12hari. Berat terkini taktau laa berapa kg, last timbang masa 3bulan, 5kg je pun, alahaiiii cinocet aje baby gegirl ni kan?! Kalau onichan-tachi dia dulu 5kg tu berat masa umur 1bulan haa. Sebab girl kot, tu yang ringan tu...

Raisha first time meniarap dengan sendirinya ketika usianya genap 4bulan, before tu pernah laa beberapa ter-meniarap, ter means accidentally. Normally baby akan meniarap sekitar usia 3bulan lagi, so Raisha ni kira lambat sikit laa, tapi takpa, biasa lah tu, ada baby cepat, ada baby lambat milestones-nya, depends on persekitaran dan situasi semasa jugak kan. Raisha ni jarang amat dapat baring terlentang atas tilam. Ramai sangat tukang penyibuk(read: Rafiqh & Raziqh) yang cukup pantang tengok adik depa bersenang-lenang, mesti mai menyibuk mengacau. Sekarang ni pulak sebab dok kalut mengemas, mama tak buka pun baby cot untuk Raisha, makanya makin kuranglah chances untuk dia explore sendirian. Most of the time, dia habiskan masa dengan tidur dalam buaian, duduk dalam bouncer, beriba dan berdukung. Kalau mama atau ayah ada nak monitor dia, barulah letak kat bawah...

Raisha sekarang dah mula pandai control both of her hands, so sekarang dah mula pandai nak grab barang. Kalau letak barang dekat dengan dia, boleh nampak minat dia nak sentuh dan ambil benda tu. Rafiqh & Raziqh suka sangat tengok Raisha ambil barang dari depa, syok kot bila adik tu respons dengan apa yang depa dok buat. Kemain lagi bergelak ketawa bila Raisha tarik2 omocha(=toys) depa, haa la ni hangpa gelak sakan laa, sikit hari lagi Raisha dah pandai berebut barang, teriak sakan laa pulak, kehkehkeh...

Raisha ni jenis yang sangat calm, cool habis lah, susah nak senyum apatah lagi nak dengar dia ketawa. Sebijik macam Raziqh masa baby dulu, ramai cakap dia "sombong", muka tu "kering" sokmo. Tapi Raziqh bila dah besar sikit kemain hemoi lagi, tak kesah dengan sapa pun semua dia mesra alam, memang jenis tak heran kat orang sampai laa sekarang. Raisha ni taktau la lagu mana pulak peelnya, tunggu dan lihat je laa. Mama ni tiap2 hari gambaru nak buat Raisha gelak kekek2 tapi humak aih payah bebenor. Selalunya dia akan over happy bila tengok abang2nya terlompat2 tergedik2 main, time tu ja la kot boleh dengar suara dia, haishhh adik ni...

Oklah, nanti sambung lagi cerita Raisha eh...
Bye2 aunties! - Raisha kata, hehehe...

Saturday, October 8, 2011

Puteri si jantung hati...

Dah nak masuk sebulan dah usia si kecik ni, tapi mak dia baru terhegeh2 nak publish gambar2 awalnya...

Ini rupa Raisha selepas beberapa jam dilahirkan, petang 16 september. Kelahirannya disambut meriah dengan kehadiran tok abah, tokma, paklong & family dan paksu...



Day 2 - Pagi tu tok abah datang bawa breakfast, tengahari datang bawa bubur dan petang lepas asar semua datang tengok mama dan baby. Mai sat saja tapi tu pun mama dah pening dah, haru sungguh anakku si Raziqh tu, tak duk diam sesaat pun, haisehhh baik laa hang pi balik cepat2, hahaha.

Kalau ikutkan, mama dan baby dah boleh keluar dah hari ni tapi sengaja pilih nak duk 3hari 2malam, sebabnya masa duk kat hospital ni je laa masa untuk mama rest sepenuhnya, once dah jejak kaki balik rumah, takdak laa chance nak baring2 berehat dah. So sepanjang hari mama just habiskan masa berehat sendirian, ulit2 si kecik, baca majalah dan tengok tv, syok woo!!!



Day 3 - Ayah sampai dari Nihong malam sebelumnya, awal2 pagi dah datang hospital, tengok baby gegirl-nya, sambil tu teman mama kat hospital, 2R ikut tok abah balik, takmau aih nak duk hospital dengan ayah dan mama. Depa lagi syok balik rumah sebab sepupu-sepapat depa Syafiy, Sidqiy dan Syadza ada kat rumah. Hari ke-3 tu mama dan baby dah discharged, yeay, dah boleh balik rumah dah...



Day 4 - Rafiqh onichan dan Raziqh onichan sayang sangat kat adik Raisha...

Thursday, October 6, 2011

3 weeks


Hari ni Raisha dah berusia 3minggu. Alhamdulillah masih dalam mood baik, tidur je siang dan malam, tak banyak kerenah, tak reti lagi nak meghap, cumanya lately dia sangat suka diriba, kalau sapa2 riba dia, sure dia lentok tertidur, tapi bila letak je dalam cot atau atas katil mata terus terbuka luas. Tapi mama as usual memang tak layan, dalam pantang ni memang laa banyak sikit masa nak mengulit dia, tapi nanti dah habis pantang mama kena tunggang-terbalik semula dengan tugasan harian, so better jangan biasakan dia, nanti tak terlayan pulak kot kan, hehe...


Wajahnya pun dah berubah sikit, but still tak tau dia nak iras siapa, nanti dah habis pantang baru tau kot. Memang lazimnya budak2 ni berubah2 wajahnya. Awal2 lahir hari tu memang sebijik macam Raziqh, sekarang ni rasa macam dah lain. Cuma bila orang datang melawat tu kebanyakannya kata muka macam Raziqh, tak kesah lah macam sapa pun, Raisha tetap comel di mata mama...


Rambut Raisha masih tak bercukur lagi, dok tunggu paklongnya balik Ipoh untuk cukurkan. 2R dulu pun paklong depa yang botakkan, tapi kali ni paklong busy kerja, tak sempat2 nak balik. Tengoklah isnin ni,kalau paklong tak dapat, paklang pun ok jugak, kebetulannya paklang dan maklang nak balik Ipoh isnin ni, boleh kot nak request paklang cukurkan si Raisha ni...


2hari lepas nurse datang rumah check baby, berat Raisha masa tu baru 3.4kg, alahaiiii nak oi, dah 3minggu tapi baru naik 400g, rasa macam sikit la pulak, tapi normal kot untuk anak perempuan kan. Kalau si abang2nya dulu, umur sebulan dah cecah 5kg. Nextweek nak bawa Raisha ke klinik untuk cucuk 1bulan, rasanya masa tu nanti beratnya tak sampai 4kg pun, ish kecik sungguh. Nampak montel tang pipinya saja, tapi takpa laa, asalkan membesar sihat, dari segi penyusuan memang kuat jugak menyusu, kalah si Raziqh masa kecik2 dulu...