Friday, April 17, 2009

Kuih cara

Dah lama tak masak kuih cara ni. Selalunya buat time ada tetamu ataupun nak bawa ke jamuan. MyLove tak makan sangat kuih2 macam ni, sebab tu laa jarang buat. Tapi dah sebab ada permintaan suruh buh resepi kuih cara ni, tak lengkap laa kan kalau tak ada gambarnya, kalau nak buh gambar kena laa masak dulu, yer dak?

Oleh sebab hari ni pun myLove balik lambat, skip buat minum petang dia, so tak laa rasa bersalah sangat nak buat pun. Hari ni menu minum petang mama dan Rafiqh ialah kuih cara... As usual buat separuh adunan je, dapat laa sebanyak yang ada dalam gambar kat atas tu, kenyang laa dua orang nak makan...

Bahan2:
200 gm tepung gandum
200 ml susu segar
200 ml air + 50 gm santan serbuk
2 biji telur
2 sudu besar air pandan
1 sudu teh garam
pewarna hijau

Inti: gula

Cara2:
- campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati
- tapis adunan tadi, kalau malas nak tapis, bland je
- panaskan acuan dan lengser dengan minyak menggunakan daun pandan yang disimpul
- atas api yang sederhana/kecil, masukkan adunan dan sedikit gula, tutup dengan penutup hingga kuih masak, keluarkan dari acuan, biarkan sejuk sebentar dan tangkup, siap!
* untuk tau samada kuih dah masak atau belum, tengok bahagian tengah kuih tu, kalau masih putih2 maknanya belum masak sepenuhnya...

5 comments:

p|nKy MaMa said...

wah sedapnye..dh lama xmkn kuih cara..acuan xdak xbleh la nk buat huhu

Fith said...

alahai,kesian mamaIzz,kalau duk dekat,boleh pinjam2 kan.takper2,blk nanti angkut beli acuan mcm2.kfith ni teringin nak mkn puteri ayu tapi acuan takdak.blk ni mmg nak beli mcm2 acuan bawa blk sini,hehe.

yumyum said...

fith, nak jawab pasal cd,
soiled cd boleh buang dulu poo baby then bilas sampai hilang poo yg melekat n bau hancing..jgn sental kuat2.ala2 manja je hehe. cikyam spray je ngan air.then simpan dlm dry pail, kalau ada tutup lg bagus. (cikyam guna tong sampah yg leh pijak2 tu je sng.bila dah terkumpul baru cuci:)
point# jgn rendam cd sampai hari nak basuh sbb boleh menggalakkan pembiakan bacteria.hope this helps

Fith said...

Cikyam,
thank you so much!!!
selalu baca diorg mmg letak dlm dry pail,tp fith sejak dulu kalau handle lampin mmg rendam dlm air.tu yg bila cari info psl rendam2 ni tak jumpa,hehe.owh,mmg takleh rendam rupanya.
arigatou ne.

Anonymous said...

well as becoming a Certified Strength & Conditioning
Specialist. You'd hate the winters Kenny, but it's a good
. Because of the role of carnitine in facilitating fatty acid
transport into the mitochondria for ft oxidation, it is possible that elevated carnitine levels would permit a greater or faster transport
of fat, leading to increased fat oxidation, which might impact
weight loss and/or endurance.

Also visit my site; the jump manual ebook (lisaslucidity.com)