Tuesday, April 14, 2009

Kuih kacang/kasturi frozen

Kuih ni orang Kedah panggil kuih kacang, mak kata kalau orang Perak depa panggil kuih kasturi, yer laa kot...

Tak planning pun nak buat kuih hari ni, pagi tadi keluar pi bank dan pos ofis, singgah sat minimarket dekat rumah ni beli soya dan sayur2, ingatkan petang ni nak buat tau fu fa je laa. Minggu ni myLove balik lambat, semalam pukul 9lebih baru sampai rumah, hari ni lagi lewat katanya, so bersenang-lenang laa bini dia tak payah buat minum petang, hihi. Dah lama tak bawa Rafiqh pi playground, kalau myLove balik lewat memang boleh laa nak bawa tapi hari ni hujan laa pulak, semalam dok kalut buat kuih keria, esok laa kot kalau cuaca baik... Biasanya kalau ayahnya balik awal memang tak sempat nak pi playground, kelam kabut nak buat itu ini, time2 macam ni je laa boleh nak merayau petang pun...

Pukul 1 tadi dok boring2 tak tau nak buat apa lepas tidurkan Rafiqh, terfikir nak buat kuih kacang. Suka jugak makan bubur kacang tapi setakat seorang nak makan, tak berbaloi langsung! Kalau buat kuih kacang ni boleh frozen-kan, myLove pun makan jugak... Terus rendam kacang hijau ni dalam 2jam, pukul 3 dah rebus, sambil2 prepare dinner, sambil2 buat kuih...

Bahan2:
untuk inti:
kacang hijau
garam
gula
tepung gandum

untuk salutan:
tepung jawi/tepung gandum
air
serbuk kunyit
garam
telur(optional)

Cara2:
untuk inti:
- rendam kacang hijau 2-3jam, rebus hingga empuk/nampak sedikit hancur
- toskan air dan lenyek2kan
- masukkan sedikit garam dan gula(ikut kemanisan yang disukai)
- masukkan tepung untuk senang lekat kacang2 tu
- buat bentuk2 dan simpan sekejap dalam peti ais untuk keraskan sedikit
untuk salutan:
- campur semua bahan
- panaskan minyak dan salutkan kacang tadi dengan adunan tepung, goreng
- kalau nak buat frozen, goreng sedikit saja
inti kacang baru keluar fridge


siap digoreng separa masak

siap untuk di-frozen

Rafiqh dan mamanya suka sangat makan tau fu fa, nak buat sendiri tobat tak aih, malas! Beli laa senang kan. Kalau kat sini ada banyak jenis soya, macam2 rupa ada, yang siap goreng pun dijual. Tapi kalau nak buat tau fu fa kena pilih yang sesuai, setakat ni I paling suka jenama ni je laa, yang lain2 pernah cuba jugak tapi rasanya tak sedap sangat... Soya ni tahan lama laa jugak, 2-3minggu gitu, so simpan buat stok. Bila nak makan cuma buat air gula saja, senang!
stok soya tak tau berapa lama bertahan, hehe

siap untuk ditelan...

5 comments:

kew_chop said...

rajinnye fith tiap ari wat kueh. bak sini sket mood rajin tu, hihihi..

p|nKy MaMa said...

ish3 k.fith ni rajinnya..buat kueh2 rajin,tulis blog pn rajin jgk..pos sket rajin tu hehe..
dyana dh lama teringin nk mkn tau fu fa jgk tp kat cni xpernah jumpa lg tofu yg dlm tiub tu..jenuh cari dah..nk buat mmg kem salam la kn hehe..

Fith said...

Murni,
laa minta mood rajin je ker,ingatkan minta kuih sekali,haha.tak rajin mana pun,boring tak tau nak buat apa.teringin nak makan pun yer jugak.murni dalam pantang,takleh rajin2,kena duk diam2,haha,sah2 laa takleh kan,semua nak kena buat.take care

Dyana,
tak rajin mana pun,nanti izz besar sikit haa hima laa dyana macam kakfith ni.ni hima sgt laa ni,haha.dyana lg ler rajin,uli2 kuih pakai tangan,mmg tabik ah!
cari laa lagi soya tu,ada rasanya kat mana2 supa.izz mesti suka klau dpt mkn...

Dandelion said...

haah la fith. bukan pos rajin je. pos kan skali kuih2 tu semua kt kami huahuahua! ;P

Fith said...

Ina,
haha tuh laa kan,heran pulak orang minta mood rajin,kalau fith minta kuih laa senang,haha.