Wednesday, April 22, 2009

Juadah berbuka

Tajuk entry macam di bulan ramadhan laa pulak kan, hihi... Hari ni tak puasa, alhamdulillah setakat ni dapat laa 2 hari-isnin dan selasa berpuasa, insyaAllah esok pulak nak sambung. Niat utama berpuasa ni ialah nak bayar nazar, niat sampingan adalah untuk hadkan pengambilan makanan pada waktu siang, hehe. Ada yang tanya(including myLove) "larat ker? tak lapar ker? baby ok ker?", jawapannya I sengih je...

Soal larat tu bukan masalah laa since I memang terperuk ja dalam rumah ni, langsung tak keluar! Melampau sangat laa kan kalau kata tak larat, bukan buat apa pun, ke hulu ke hilir dalam rumah je, habis sangat pun main bola dan shabondama(=soap bubble liquid) dengan Rafiqh, tu pun dalam rumah je! Part lapar tu pulak, so far belum laa rasa lapar sangat2 lagi, dalam pukul 5.30petang rasa laa penat sikit, dahaga dan lapar, tapi tak sampai ke tahap terlepek pun... Pi mai pi mai buat kerja, memang tak sedar pun masa berlalu. Kalau tanya pasal baby pulak, rasanya dia ok je kat dalam tu. Bergerak bukan main aktif lagi, sampai senak dan tersentak2 I dibuatnya. As long as he/she is moving actively and consistently, I guess nothing to be worry about, right?

Sekarang kat sini berbuka pukul 6.50petang, cuaca pun tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, memang sesuai laa untuk berpuasa... Setakat mana termampu, buat je laa. Kalau dah tak larat nanti, memang tak akan paksa diri...
Nama je laa puasa, tapi memasak still macam biasa, tahan sikit sebab tak boleh makan je, hahaha. Macam2 teringin nak makan haihh, alkisahnya isnin lepas buat puding roti untuk berbuka, lepas myLove balik kerja baru dinner sama2. Untuk dinner I cuma buat ayam masak kunyit, telur dadar dan sarada. Dah sebab dinner pun dekat2 pukul 9malam, memang tak bangun sahur dah laa jawabnya.
Puding roti ni biasanya orang buat buang kerak2 bahagian tepi tu kan, tapi sebab I sayang nak buang, buh je sekali. So yang part tu akan garing sedikit selepas dibakar. Resepinya hentam2 ikut suka, dapat laa 8biji, Rafiqh makan 3biji dan mamanya makan 5biji...



Ayam masak kunyit ni resepi dari myResepi tapi I ubah sebab nak bagi berkuah. MyLove suka makan lauk berkuah, memang kena masak yang banyak kuah.



Sarada... Ada salad, kobis, lobak putih tsukemono dan limau sunkist. I kalau buat sarada mesti buh buah, dah sebab limau je ada, bantai je buh, tu pun saki-baki si Rafiqh makan tak habis, hehe...


Ayam masak kunyit

Bahan2:
ayam boneless - dipotong kecil
serbuk kunyit
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
cili padi hijau dan merah - dihiris
sayur2 - kali ni guna asparagus dan karot
sos thai
pes tomyam
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, asingkan
- tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili hingga naik bau, masukkan ayam tadi
- masukkan sos thai dan pes tomyam sedikit, tambahkan air untuk cairkan
- masukkan sayur2 dan garam gula, siap...


Semalam pulak buat bengkang gandum, setengah orang panggil kuih bakar. Bengkang ni kalau mak yang buat memang meleleh laa, dah lama tak makan, bila dah teringin ni kena laa buat sendiri. Hasilnya memang jauh laa dari yang mak buat, mak bakar pakai sabut, kat sini mana nak cari sabut, bakar dalam oven je laa. Rafiqh pun suka, seronok je layan dia makan... Untuk dinner pulak buat hati ayam masak kicap pedas dan ayam goreng berempah, sayur tak buat, makan ulam2 je.
I memang suka bakar sampai garing, part yang garing tu yang sedap, hehe... Ke mana menghilang 1/2 lagi tu? Dalam perut Rafiqh, kesian mama tengok je anak makan, hahaha... Resepi ni boleh refer my sil-kaklong punya fp.
http://shw.mariamsayutiy.fotopages.com/19225769/KUIH-BAKAR.html


Hati ayam masak kicap pedas, juga diambil resepinya dari myResepi tapi diolah ikut selera sendiri. Sebelum kahwin tak reti pun makan benda2 dalaman ni, tapi bila dah kahwin, belajar dari myLove. Orang kata time pregnant ni tak bagus makan benda2 dalaman ni, tapi kalau kadang2 je takper kan? hihi *ayat sedapkan hati*...

Hati ayam masak kicap pedas

Bahan2:
hati ayam
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
serbuk ketumbar
serbuk kunyit
serbuk kari
cili boh
sos tomato
kicap
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan hati ayam dengan serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk kari
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai
- masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak
- masukkan hati ayam tadi bersama sedikit air
- masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula, siap...


Hari ni belum tau lagi nak masak apa. Sepatutnya esok kena pi klinik untuk check up baby tapi myLove busy je, kena tangguh laa gamaknya. Nak ajak junior temankan untuk jaga Rafiqh ni pun segan laa pulak, diorang sure busy dengan kelas kan. Tak sabar sebenarnya nak pi klinik sebab nak check gender baby, hihi. Sabar je laa...

3 comments:

kew_chop said...

tula puasa insyaAllah takde effect kat bb as long as kite mkn berkhasiat n cukup kan. tahun lepas peknen dpt posa full, harapnye tahun ni period dtg lambat coz bf ni lehla posa penuh gak.

Ina said...

thn lepas2 masa baru2 peknen tu tgh loya2 tu bulan poser. alhamdulillah penuh. ni dh hbs ganti thn lps nyer xtau la bila nk poser lg. haritu ada skali poser sekerat hari sbb dh xleh berpk dgn waras tersgt lapar n rasa nk muntah. minum air secawan terus ok cehhh. pdhal sblm tu dh sahur banyakkk. skrg ni lps mkn nasi leh lagi perut bunyi2 haha. melampau tul. bahaya tul penyakit lapar ni hish. tingin lak nk mkn hati ayam. kiter sejak kawin jrg mkn organ2 dlman ni. tetambah dok jepun ni. hubby pn mmg xmkn huhu.

Fith said...

Murni,
bestnya boleh puasa penuh,takyah fikir nak ganti2 kan.fith masa pregnant kat rafiqh,berlubang gak 3hari,hihi.tahun ni mmg sah2 byk nak kena ganti,dah sebab pantang kena time ramadhan.
moga murni dpt puasa penuh lg laa ye this year!

Ina,
memang pun ina,kalau fith tak puasa,sama je mcm ina,asyik lapar je,padahal baru je lps makan,haha.
oh terbalik pulak dgn ina yer,fith b4 kawen mmg tak reti mkn,dah kawen baru laa ikut2 hubby makan organ2 dalaman ni,hihi...