Tuesday, November 30, 2010

Masakan merapu...

Masakan merapu yang pertama ialah cucur satsumaimo(=ubi keledek). Sekarang memang tengah musim keledek makanya banyaklah stok kat rumah ni hasil pemberian orang. Orang jepun ni style makan keledek depa bakar dalam rimbunan kayu dan daun kering, baunya semerbak wangi, dan rasanya sedap woo! Obachan(=nenek) jiran sini suka bagi keledek panas2 yang baru siap dibakar, huisshhh oishiii!!!

Hari tu beberapa hari berturut2 dok dapat keledek, mula2 dapat keledek mentah, buat inti karipap beberapa kali tapi tak habis2 lagi, ni pun dok ada lagi taktau nak masak apa dah. Kemudiannya dapat keledek siap dibakar, sebab dapat 2biji saja makanya sekali 2R hadap dah habis. Tak lama lepas tu dapat sayur2 dan keledek yang dah siap dibakar lagi, kali ni dapat banyak sangat, sampai 7ketul, masa tu pulak 2R tak sihat seketul ja depa makan, hat lain2 tu mama simpan dalam fridge berhari2. Beberapa ketul tu mama preheat dengan microwave dan bagi 2R makan sebagai oyatsu(=snack) petang, selebihnya buat cucur. Nak buat cekmek molek atau keria sebenarnya tapi sebab tak rebus atau sebab tak lenyek halus betul doh kuih berketul2 tak boleh nak bentuk, jadinya kepal2 macam buat bergedel dan goreng, makan cicah dengan sos thai, sedap jugak...

Cucur ubi keledek yang rangup di luar gebu di dalam, ewah!

Masakan merapu kedua ni taktau nak buh nama apa, nak kata bergedel pun tak, nugget pun tak, bebola daging pun tak, hambaga(=hamburger) pun tak, hehe. Gara2 Rafiqh yang rajin sangat dok sebut hambaga sampai mama rasa kesiannya anak haku, dia teringin kot ek. Hambaga ni adalah sejenis masakan jepun yang pakai daging, breadcrumbs, onion bla3, satukan semua bahan2, bulatkan dan leperkan, goreng dengan minyak yang sikit, letak sos dan makan dengan nasi, masakan ni adalah kegemaran rata2 budak2 jepun, mungkin dia tau tentang foods ni dari hoikuen(=nursery) agaknya, so he keeps saying hambaga2 everytime he saw iklan foods kat tv, mostly betul pulak tu, macam kenal je. So mama pun nak buatlah konon, lagipun baru dapat ubi kentang berpuluh2 biji, tu yang meghaban hentam saja buh bahan. At last, jadi entah hapa2, the taste was okey, sedap laa jugak tapi pelik sikit sebab lembik. Maybe sebab kentang kot, kalau buat kecik2 bebola daging tu tak terasa lembik sangat isi dalam tu tapi yang I buat besar2 for me and myLove tu memang lembik sikit. Lembik2 pun licin jugaklah, hihi. Goreng saja semuanya, cuma seketul je dibuat hambaga tapi Rafiqh tak makan pun, huh!


Ok, cukuplah tu entry pasal masakan merapu...
Jumaat lepas rumah kami didatangi tamu, oh I suka sangat kalau ada orang datang bertandang. Dah agak lama jugaklah takdak orang mai so bila Fizah cakap nak datang, happy sangat! Tengahari jumaat tu pi buat parttime, on the way balik tu singgah supermarket beli bahan2 nak buat orange mousse dan mee goreng. Sampai ja kat rumah terus bersilat siapkan hidangan, elok lepas asar Fizah dan Dena sampai. Depa mai sebab nak ziarah kami yang baru sembuh dari sakit2 tempoh hari, arigatou ne! Masak pun dah lewat so mousse tak sempat beku betul2 lagi, mee pulak simple saja. Apapun seronok dapat sembang2 dan bersua muka. Haaa lepas ni sapa pulak nak mai?! hihi...

9 comments:

kew_chop said...

kami nak datang bley.. hihi.. kalo gi fukuoka lalu yamaguchi tak fith? kalo lalu leh singgah gomol2 2R ujung tahun ni.. hihi..

Fith said...

murni,
mehhhh la dtg.tido sini pun boleh.
eh kalau gi fukuoka mesti lalu yamaguchi dulu sbb yamaguchi ni betul2 hujung pulau,sempadan dgn kyuushuu.wahhh nak gi kyuushuu yer?bestnya

Ina said...

wah murni nak menjelajah bahagian bawah ke. nak ikut jugak jumpa fith haha. kalau xjmpa kita jmpa kt msia jelah fith ye haha. kiter dh lama xmasak2 so skrg sgt pemalas nak masak. kalau kt rmh sndiri rajin lah kot nak menyelongkar n godek bahan. tp ni kt rmh in law so mmg xrajin. harap tlg in law je lah. kalau kt rmh mak sndiri lagiii lah xrajin hahaha hampeh betul

Fith said...

ina,
haha takpa2,ada rezeki kita jumpa nanti yer.kat msia pun ok jugak kan...
ish sama je kita ina.klau blk rumah in law mmg fith tlg gitu2 je,takde laa sndr memandai2 nak masak,tak reti masak pakai dapur org.kat rumah mak sndr pun gitu jugak,kdg2 je tolong masak.selalunya jd assistant aje,sbb kakak ipar n adik fith mmg chef besar kat rumah,diorg pakar masak-memasak,yg tak pakar(fith ler tuh) sila duk diam2,hahaha

Unaizah said...

Kalau dekat boleh akak bertandang hahaha. Akak nak tanya sikit ni - Fith buat partime apa?

kew_chop said...

plannya camtu tapi tak confirm lagi tunggu cik abe ku bagi kata putus 100%. nanti kita calling2 fith ek. thanks fith atas jemputan n kesudian jemput kami (^o^)
jom mama ina join jalan2 ujung tahun ni.. sempat agi beli tiket dtg nihon.. hihi

Fith said...

Kak unaizah,
parttime banyakkkk kak,hehe.tapi yg duk sebut parttime tu fith keje dgn company surat khabar mingguan,seminggu sekali saja pi kerja,angkut 2budak ni sekali...
aah kak,kalau dekat boleh laa saling bertandang kan kan...

murni,
uishhh wajib singgah tau kalau jadi lalu yamaguchi.nak datang tidur pun kami alu2kan.boleh jumpa onechan dan kimi.
haa ina,sempat lagi nak dtg nihong,haha,murni ni buat lawak plak ye...

hanny said...

Fith, yang tuh bukan hambaga kot.. Tuh korokke..Lembik sebab tak bubuh kentang?.Kalau korokke macam bergedil kita. Cuma disalut ngan serbuk roti diluarnya..Tapi kalau hambaga tuh macam daging burger kita tapi bubuh daging cincang, telur, serbuk roti dan digaul.Sorry kalau silap ya!

Fith said...

kak hanny,
fith pun taktau fith masak apa,haha,hentam je buh bahan,tu yg jd ntah hapa2 tu.tp mmg sah bukan hambaga sbb letak kentang,hambaga mana buh kentang kan?haa korekko tu mgkn kot,sbb mmg buh kentang kan?kena bljr lg ni,mmg tak reti pun msk benda2 nihong ni,hihi