Showing posts with label Investment. Show all posts
Showing posts with label Investment. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Pelaburan emas adalah pelaburan jangkamasa yang panjang...

... Pelaburan emas adalah antara pelaburan yang paling MUDAH dan berisiko RENDAH.Apa yang lebih penting ialah PULANGAN yang LUMAYAN untuk jangka masa yang panjang!

MUDAH - kita hanya perlu beli dan simpan (sama seperti menyimpan wang tunai dalam akaun2 bank,bezanya hanya kini kita menyimpan logam,bukan note kertas)

RISIKO yang RENDAH - harga emas meningkat pada setiap tahun,tidak seperti pelaburan saham dan lainnya yang memerlukan kita sentiasa alert dengan naik turun nilai pasaran,emas memberi jaminan yang lebih baik

KEUNTUNGAN LUMAYAN - purata kenaikan harga emas adalah 18 - 25% setahun! ...



Soalan paling lazim orang yang baru berjinak2 nak membeli emas ni akan tanya ialah "berapa keuntungan tahunan yer?" Soalan ni pakar emas pun susah nak jawab sebenarnya. Sebabnya memang tidak pernah ada satu garis panduan untuk dijadikan jaminan. Pun begitu, commonly saya akan jawab "Pelaburan emas akan jadi menguntungkan untuk mereka yang nak melabur dalam jangkamasa yang panjang, kalau nak pelaburan jangkamasa pendek, kita ada banyak pilihan lain, termasuk meletak sejumlah amaun dalam akaun bank, selepas setahun akan dapat dividen/faedahnya"...

So 1st of all kita kena faham kenapa kita pilih emas untuk melabur. Nilai emas adalah kalis inflasi, ia akan meningkat dari masa ke masa. Jika hari ini kita simpan RM100k dalam akaun, untuk 10 tahun akan datang "nilai"nya akan susut mungkin jadi RM50k sahaja. Ops, jangan salah faham yer, kita bercakap soal NILAI bukan AMAUN. Berbeza dengan emas, nilainya bertambah2. Contohnya pada zaman Rasulullah dahulu seekor kambing dijual dengan harga 1 dinar, dan hari ni harga kambing masih lagi 1 dinar (+-RM700). 10tahun akan datang harga masih 1 dinar tapi nilai dinar pada ketika itu mungkin dah RM2000++, so nampak tak, yang 1 dinar tu tak berubah tapi "nilaian"nya jadi makin tinggi...

Kalau macam tu, siapa sebenarnya orang yang patut get involve in gold investment ini? Atau dalam situasi/keadaan yang bagaimana gold investment ni akan jadi berbaloi2?! Kupasannya in next entry, jeng3!

Kenapa melabur?!



Kebelakangan ni kat facebook ramai sungguh orang dok post video dan status berkenaan "kemerosotan nilai RM yang semakin parah". Hakikatnya sama ada kita sedar ataupun tidak, memang nilai duit akan susut setiap tahun. Buktinya, cuba kita buat perbandingan nilai RM50 beberapa tahun yang lalu (apa yang kita mampu beli) dengan nilainya sekarang, banyak bezanya kan?! Duit/matawang ni kot2 mana pun tetap akan mengalami inflasi dan kemerosotan nilai. Sebab tu lah kalau kita lihat orang yang bijak pandai, depa tak "menyimpan" matawang sebaliknya depa guna "matawang" yang ada untuk jana pelaburan...

Pelaburan ni luas definisinya. Dari sekecil2 hingga sebesar2 amaun. Ada yang melabur dengan aset2 hartanah, ada yang rolling duit dengan saham, ada yang beli emas/perak, ish banyak lagi lah! Beza pelaburan2 ni ialah kita boleh pilih nak keuntungan jangkamasa singkat, ataupun nak keuntungan jangkasama panjang, kemudiannya kita kena analisis risikonya...

Sebelum2 ni saya banyak fokus kepada menyimpan duit dalam akaun atau membeli insurans sahaja. Lain2 pelaburan nalla, zero! Sehinggalah awal tahun 2011, kami balik cuti2 Msia dan masa tu jumpa kawan2 mr husband yang rata2 dok bercerita perihal gold investment. Bila dok dengar2 tu ish rasa tertarik lah pulak. So mulalah buat research dan tanya pakar emas. 2 bulan di Holland, hampir setiap hari dok baca pasal pelaburan emas. Finally lepas discussed dengan myLove, I decided nak involved. Balik ja Msia terus pi beli emas dari Public Gold, bermula dengan gold bar 10g, duit hasil dari keuntungan bisnes. Lama2 jadi ketagih dan seronok, beli lagi dan lagi. Sehingga laa pada suatu hari tergerak hati ni nak jadi dealer pulak. Korek laa segala duit yang ada kumpul2 jadi RM20k dan beli emas untuk melayakkan diri jadi dealer...

Alhamdulillah penglibatan menjadi dealer PG ni bukan setakat buat duit "jual-beli" emas malah membolehkan saya berkongsi sedikit ilmu yang ada dengan kawan2 especially golongan ibu2 tentang macammana cara pelaburan emas ni berlangsung. Ramai orang kita ni tau emas adalah pelaburan yang bagus, low risk dan high return tapi ramai yang tak tahu dari mana nak mula. InsyaAllah nanti dalam entry2 selanjutnya saya akan ceritakan apa faedahnya menyimpan emas ni...