Monday, November 15, 2010

Quick update

Banyak cerita nak tulis tapi tak berkesempatan nak duduk lama2 hadap blog ni, nanti laa petang2 kalau sempat boleh update lagi...

Sekarang kat sini tengah musim limau, macam2 jenis, masam manis tawaq hebiaq semua ada. I sejak dulu2 lagi memang tak berapa suka sangat makan limau, kalau oren sunkist atau limau yang manis2 tu suka laa, hehe. Dalam rumah ni Rafiqh sorang ja kot yang suka limau, myLove nak kata tak suka pun tak, nak kata suka sangat pun tak, kalau ada tu dia makan laa. Raziqh memang out lah, dia tak suka sangat, sama macam mama. Kami memang jarang amat beli limau, kalau ada stok tu maknanya orang bagi la tu, selalunya jiran tetangga ni yang suka mai bagi. Haa ni tengah berlambak2 limau dalam fridge, takat Rafiqh makan sebiji dua sehari memang tak habis, jadinya kena laa masak buat kek ka hapa ka....

3 jenis limau yang bergolek2 dalam fridge...

Jumaat lepas buat orange mousse ni, hias bagi comel2 kengkonon nak bagi 2R makan, tapi depa tak makan sangat pun, takat separuh cup tu ja sekali makan, tak pernah habis. Awat taktau, kalau mousse lain tu suka je, tapi oren mousse macam kureng sikit, tak masam pun, manis sedap jugak, hmmm pelik sungguh!


Baki2 limau lainnya tu nak try buat kek pulak. Sebelum2 ni suka buat muffins, tapi nak jugak try buat kek pakai limau fresh ni. Bercakap pasal muffins, dah lama tak tayang muffins yang duk buat, hari tu buat muffins pakai pumpkin lah pakai sweat potato lah, nanti buat entry khas pasal muffins pulak laa ye...

4 comments:

ojasamid said...

kami pulak boleh tahanlah suka makan limau ni, tp hr tu ada lebih smpi dekat nk membusuk. jd akak guna buat muffin dengan resepi banana yogurt muffin (resepi kak yani kt myR), tukar pisang dgn limau aja. sedap juga n budak2 ni suka! :D

kew_chop said...

kami pulak memang hantu mikang. dok bandar ni tak dpt la merasa jiran tetangga bagi benda. teringok dok toyama musim2 camni byk sgtla dapat buah khaki. bestkan jiran2 baik jek. ni dok sini masing2 bz.

IDA said...

kami selalu gak beli mikan sbb suka mkn.kalau kena yg manis dok ulang mkn..kalau kena yg xberapa manis..kdg2 sampai nk buruk takde org nk layan :-p. Aiman sorg je tak berapa mkn..mkn takat seulas dua je.jus orange pun dia tak suka..takpela.aiman xsuka.mama dgn ayah boleh mkn byk HAHAHA...

Fith said...

Kak oja,
menarik jugak resepi tu,arigatou ne bg idea,nanti fith nak try laa,hehe.
rumah kami ni mmg selalunya limau kalau tak buat kek akan busuk laa,boleh kata tiap2 minggu orang mai bagi,sampai tak larat nak paksa diri utk makan,hehe...

Murni,
biasa la tu kan,duk bandar2 ni mmg mcm tu.kalau kampung macam fith ni mmg tak larat menerima,kdg2 sampai tak larat nak makan dah.

Ida,
aiman boleh geng dgn aunty fith,haha.fith jus pun kureng,tp klau limau manis tu fith makan jugak,cuma takat sebiji dua je laa,takleh telan byk2.