Monday, September 6, 2010

Ebi chiri

Resepi ni Anje-ummiYaya yang request, hari tu buat udang sweet sour tu pun lebih kurang macam ebi chiri jugak, so here is my version of ebi chiri...

Bahan2:
udang - buang kulit bahagian badan, tinggal part ekor tu je sikit(kalau nak)
lada sulah dan garam
tepung jagung

halia - hiris nipis
bawang putih - diracik
bawang besar - diracik
cili boh(gantikan toubanjyan)
sos tomato
shoyu/kicap masin
gula
garam (kalau tak cukup masin)

Cara2:
- salut udang dengan lada sulah, kemudian salut dengan tepung jagung dan goreng hingga masak, angkat dan ketepikan
- masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau
- masukkan cili boh, masak hingga sedikit garing
- masukkan sos tomato, kicap, gula dan garam, boleh letak air sikit untuk cairkan, masak hingga mendidih
- perlahankan api, masukkan udang dan kacau serata, siap!

Sesetengah resepi suruh letak bancuhan sedikit tepung jagung bersama air untuk pekatkan kuah tapi I tak letak sebab memang akan pekat bila masuk udang nanti, ataupun boleh jugak tambahkan sedikit minyak bijan sebelum tutup api tu...

Selamat mencuba!

3 comments:

ZianaRazali said...

nama resepi pn da kiut ni..he2..

elah said...

dh lama dh x masak ebi ciri ni...awal2 kawen dulu sekali je kot.selalu beli ayam je nk bt camner ;p

Fith said...

anayana,
namanya kiut,rasanya pun not bad laa,hehe

elah,
fith suka udang,mmg selalu jugak buat resepi ni.nanti2 kempunan leh laa buat,kan kan?