Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Saya mahu tag kamu, yer kamu!



To make the 1st move for this contest, let me tag you guys. Ermmm I nak tag semua follower this blog, keh3, lepas tu nak tag semua blogger yang ada dalam my friendlist ni, haa boleh?! Viewers pun I nak tag jugak, means sesiapa yang baca blog ni, jom2 join!

Tak susah pun, tak payah pening2 fikir sangat, buat 1 tagline iklan saja untuk SakuraBoutique, enough! Kalau terlebih rajin, boleh laa bercerita panjang-lebar pasal blog SB(nak komen blog buruk ka, nak bagi pandangan suruh buat macam ni macam tu ka, apa2 pun boleh laa) atau nak cerita pasal produk2 yang kami jual, pendek kata hentam sajalah! Haa senang kan?! Pi jengah blog sana untuk tahu lebih lanjut ok...



Weekends sudah tiba, yeay!

Tapi belum tau esok nak pi mana, tengah cari tempat menarik di Utrecht, myLove suruh survey zoo, nak bawa 2R pi melawat haiwan2 tapi tadi penat dah buka web sana-sini, tak jumpalah pulak, takpa satgi cari lagi. Nak pi shopping ja mama2R punya target sekarang ni, hehe. Ada lagi 2kali weekends saja lagi kami kat sini, harap sangat dapat pi Tiel-Centrum sekali lagi sebab nak pi beli baju2 dan beberapa barang lain, then teringin nak pi Amsterdam sekali lagi, nak pi flower market, haa kalau tak jumpa zoo kat Utrecht, maybe boleh suggest myLove pi Amsterdam, kat sana memang sah2 ada zoo, hihi...


Have a nice weekends everyone!

Friday, April 9, 2010

Tag dari Kak Hanny

Kali ni kena tag dengan Kak Hanny pulak, sebab tengah takdak kerja, meh laa nak jawab, hehe...

1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!



Gambar ni diambil masa golden week(bulan may) 2006 kat Tokyo. Kami pergi sana sekadar untuk jalan2-buang-karan, masa ni I dah pun final year, so time tu ada shuushoku katsudou(=job hunting) so I pun pi menyibuk ja laa, bukan nak cari kerja pun, niat sebenar nak pi meronggeng jumpa kawan2 lama satu batch kat AAJ dolu2, hakhakhak, poyo giler.

Dari Ube kami naik bas dan sampai kat Tokyo eki(=station), kami separate, cause myLove nak ke Gunma, jumpa bestfriend dia kat sana. Lepas seharian di Tokyo, malam tu I stay kat Utsunomiya dan ber-huhahuha gaya orang bujang dengan all my bestfriends IMFEEN berapa hari entah tak ingat dah, last day tu pi Tokyo balik jumpa myLove jalan2 berdating dulu then balik Ube semula. Gambar atas tu salah satu gambar kat sana lah!

Eh2, tiba2 rasa rindu giler kat IMFEEN, apa khabar kalian di sana? Ecceh! macam lagu pulak aih...
Eh2 no 2, tiba2 teringat dan terbayang2 kembali kenangan zaman hidup berdua, selalu keluar dating berpegangan tangan dengan myLove, sekarang keluar tak dan dah aih nak pegang2 tangan, mau bersepai-berselerak-tarak anak2 lari mencanak, hak3. Takpa laa, nanti anak2 dah besar, boleh dating balik, kan kan...
Eh2 no 3, tiba2 tersedar betapa 'slim'nya mak 2R zaman muda2, tak boleh jadi ni, kena usaha, gambare gambare nippon! yosh esok start diet *tiap2 hari dok esok2, bila entah nak betul2 esok*, hahaha hampeh...

8orang yang ingin di-tag ialah :-
1. murni - umi 2Z
2. maisara sensei - mommyRayyan
3. ina - mamaIhsan
4. ida - mamaAiman
5. aisya - ibuAina
6. zura - mama 2A
7. faeeza - mamaAdam
8. anje - ummiYaya

Silalah jawab tag ni bila2 rasa takde modal nak update blog yer...

Thursday, March 4, 2010

Tag : Kenapa saya ada blog?!

Dah lama dah kena tag dengan Maisara sensei, baru terhegeh2 nak jawab tiba2 kena tag sekali lagi dengan Murni pulak, hokey2 meh laa nak jawab...

Tak pernah terfikir pun suatu hari nanti I juga akan terlibat dalam dunia blogger ni, sebab dulu2 setakat suka baca blogs orang ja, even though myLove dah laaaama suruh I buat blog sendiri tapi I ni kan pemalu *uwwek sila muntah* pemalu laa sangat kan, hahaha. Sebenarnya dulu taktau nak tulis pasal apa dan takut tak committed meng-update kalau dah ada blog sendiri tapi sekarang sampai tak larat orang nak baca la pulak kan, punya laa terlebih rajin tiap2 hari update, muekekeke.

I started to write in 'internet world' when I was pregnant with Rafiqh, somewhere in 2007. But at that time I guna flickr dan cuma letak gambar2 saja, itupun hanya untuk tatapan keluarga terdekat dan encik suami. Right after Rafiqh was born, I mula 'buka' that flickr untuk kawan2, then slowly ianya tersebar kepada orang yang tak dikenali. Dari hanya 'menemtep' gambar2 I mula menulis sedikit demi sedikit, akhirnya total entries dalam tu mencecah 200, which is the max limit for flickr user(kalau nak lebih space kena laa bayar). Fikir punya fikir, at last I managed to 'seret' myself terjun dalam blogger world. And here I am now...

Kenapa saya ada blog?!

1. sekadar ingin menulis catatan perjalanan hidup bersama suami dan permata hati, untuk dijadikan tatapan masa depan, perhaps sebagai kenangan...

2. sharing lots of information and knowledge with others. Saya tak kata saya ni pandai sangat hokey, cuma kalau kita tak berkongsi apa yang kita tahu, ilmu tu jadi tak bermanfaat. Blog jadi tempat berkongsi macam2 cerita, boleh tukar2 resepi, boleh tau banyak benda2 baru...

3. sebagai medium untuk berkomunikasi dengan dunia luar. As a fulltime housewife, I rarely have a chance to talk to others, kena tunggu weekends baru boleh jumpa kawan2. Tambah2 pulak duk di perantauan kan. Yes, I still have myLove and kids to talk to tapi apalah sangat yang boleh dicakapkan dengan 2R ni kan, most of the times feel like I ni syok sendiri cakap sorang2 ja, hehe. MyLove pulak kalau time tak busy dia balik awal so boleh spend banyak masa berborak tapi kalau time dia busy dengan kerja, balik rumah dah penat, I just update benda2 penting ja especially pasal anak2 cause I taknak cakap banyak sangat, nanti bunyi macam membebel pulak kan.

4. keep updating about us to my family, my parents tak baca pun my blog, abah mak ateh achik dan adik lagi suka bertandang ke blog lagi satu sebab kat situ hanya ada videos dan pictures 2R ni. Depa tak teringin pun nak tau pasal I, nak 'tengok' 2R ni ja pun, hohoho. Blog ni hanya kaklong dan alang ja rajin mai jengah tapi takpa, ia buat kami rasa dekat...

5. get to know lots of new friends. I love to make friends, sesiapa yang kenal I mesti tau I ni banyak cakap, suka berkawan, terlebih peramah, hahaha.

6. blog adalah sumber hiburan buat I, I rasa happy sangat bila bercerita dan kemudiannya kawan2 tinggalkan komen. Tak kesah pun walau kadang2 macam syok sendiri ja, yang penting hati puas...

7. jadi tempat untuk meluahkan perasaan, boleh jugak dapatkan nasihat/pendapat orang lain bila bermasalah...

Tu ja kot... Ok, settle dah bayar tag!

Thursday, November 26, 2009

Tag oleh Nas

Lama dah kena tag ni, tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak jawab, hehe sowiii...
Meh laa nak jawab tag my junior-Nas

1.Bekas kekasih saya adalah :
arrr nak tau pasai yang mana satu? ada ramai sangat, kahkahkah
(gila laa, nasib baik myLove tak baca blog ni, hehe)

2.Saya sedang mendengar :
lagu2 dari rancangan kanak2 NHK kat tv diselangi bunyi hilai tawa gurauan 2R, hiii indahnya dunia!

3. Mungkin saya patut :
lebih rajin dan banyak membaca bahan2 ilmiah, asyik hadap blog ja, kematu dah isi otak ni...

4. Saya suka:
Shopping, blog-hopping, cooking, pi jalan2/travel, party, suka jumpa kawan2 dan suka kalau dapat balik rumah abah mak...

5.Sahabat-sahabat baik saya:
IMFEEN... eh ramai laa lagi, tak cukup ruang nak senarai ni...

6.Saya tak faham :
sikap LELAKI, hahaha... ada 3lelaki dalam rumah ni yang perlu difahami...

7.Saya kehilangan :
pasport lama saya dan alien card Rafiqh kat KLIA masa balik Malaysia hari tu... Tensyen sungguh masa tu, tapi nasib baik laa pasport lama...

8.Ramai yang berkata :
muka Raziqh macam jepun, sampai saya terfikir mungkinkah tertukar baby masa kat hospital dulu??? erkkk, dah laa masa bersalin tu wad penuh cina, eiiii nauzubillah...

9.Makna nama saya :
Siti - taktau makna apa, ada orang kata tu singkatan saiyidatina yang bermaksud "2puan"
Fithriah - semulajadi

10.Cinta itu adalah :
rasa kasih dan sayang tanpa syarat...

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
sibuk tambat lembu kambing kerbau sebab esok nak raya korban...

12.Saya akan cuba :
jadi hamba yang taat, anak yang patuh, isteri yang solehah, ibu yang penyabar dan seorang insan yang baik...

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal abadi...

14.Telefon bimbit saya :
iPhone hadiah mother's day dari myLove...

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya lihat wajah chumel my babies dan wajah myLove, oh terasa bahagia punya insan2 tersayang di sisi...

16.Saya paling meluat apabila :
orang berlagak pandai padahal tak laa pandai mana pun...

17.Pesta/Parti adalah :
makanan penuh meja, pakaian cantik2, riang wajah dan meriah suara tetamu, eiii bestnya... I love party!

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
hamster belaan my sister and brothers, tapi yucks geli nak pegang! Takat tengok ok laa...

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
entah, rasa maccam syok ja setiap masa! Masa kanak2 syok cara kanak2, masa remaja syok cara remaja, la ni pun syok jugak!

20.Hari ini :
nak masak nasi ayam dan buat karipap. Petang nanti nak keluar shopping groceries...

21.Malam ini saya akan :
malam ni kan malam jumaat, biasa laa kan, buat apa lagi kan, hehehe... Baca yasin laa!

22.Esok pula saya akan :
esok raya tapi kami biasa2 ja, ulang rutin yang sama...

23.Saya betul-betul inginkan :
rumah "banglo" yang luas, boleh 2R lari2 main2 sesuka hati...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak nampak apa sangat pun, dah bilik pun gelap lagi, sikat2 rambut ala kadar then masuk dapur masak!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
ish mesti laa shopping complex kan, apa kes nak pi arked2 ni, pi shopping laa best... shopping kan terapi minda walaupun cuma pi beli barang kat 100yen shop! LOL

26.Makanan Barat atau Jepun:
Jepun laa, shedap!

27.Bilik yang terang atau gelap :
terang! rimas aih gelap2...

28.Makanan segera adalah :
apa2 yang boleh telan la la tu jugak...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"habiskan susu, tidur!" - cakap kat Rafiqh

30.Siapa yang anda mahu tag???
Sesiapa ja yang takdak idea nak update blog, haa mai jawab tag ni mai...

Thursday, May 7, 2009

Tag lagi

Lomah den bab nak membayar tag ni... Dan kali ni kena tag dengan Ida-mamaAiman... Mai laa nak jawab...

Memula upload gambar kahwin yang paling korang gemari…

Gambar ni diambil sejurus selepas selesai bersiap. Tengah tunggu kumpulan kompang sampai untuk diarak ke rumah pengantin lelaki, hehe. Sempat posing merapu2, tak laa segan sangat sebab tak ada orang tengok, saya ni pemalu, ahaks :-p

1. Nyatakan 4 sebab mengapa korang suka dengan gambar di atas.
~ Nampak sempoi, gambar2 lain semua kontrol ayu, hahaha...
~ Suka dengan tema biru muda tu, sebelum ni tak pernah pakai baju yang warna macam tu...
~ 1st time merasa pakai songket, saya rasa jakun!
~ Paling utama of course laa sebab tu gambar kahwin kan, mana ada orang tak suka gambar kahwin dia, hahaha...

2. Bilakah tarikh pernikahan korang dan di mana?
~ 25 februari 2005 tarikh akad nikah, kami nikah kat rumah my parents. 26 feb majlis kat rumah pengantin perempuan di Ipoh, 5 mac majlis sambut menantu kat Melaka...

3. Apakah warna tema majlis perkahwinan korang???
~ untuk malam akad nikah tu warna putih. Kenduri Ipoh tema kuning emas, kenduri Melaka pulak biru muda...

4. Mengapa korang memilih si dia tuk dijadikan teman hidup???
~ err, dah terbuka hati nak menerima dia. Allah pun mudahkan jalan untuk kami bersama...

5. Nyatakan harapan korang dengan ikatan perkahwinan ini.
~ Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, moga dikurniai dengan anak2 yang soleh/solehah dan moga kami kekal jadi pasangan bercinta hingga ke syurga...

6. Tag 6 orang lain tuk buat tugasan ini...
~ Bab nak tag orang ni yang lemah ni. Tak ramai pun kawan blogger...
- Maisara MommyRayyan
- Murni UmiMairaZayyan
- Ina Mama'Abid
- Dyana MamaIzz
- Aisha IbuAina
- CikYam MommyAyra

*Ibu2 sekalian, kalau rajin buatlah tag ni, kalau malas sila abaikan, hehe...

Tuesday, March 31, 2009

Tagged

Dah lama hutang tag ni dari Dyana-mamaIzzMuqri, baru teringat nak buat, hehe. Gomen ne. Ni first time kena tag, mai laa nak jawab...

1. Do u think u`re hot?
Errr yer laa kot, I always make sure I look "hot" at least pada pandangan myLove laa... Orang lain haku tak peduli!

2. Upload ur fav pic

3. Why do u like dat pic?
Gambar tu bukan fav sangat pun, yg fav tu orang dalam gambar tu, hehe...
Love both of them so much.
4. When was the last time u ate pizza?
On weekends last 2weeks, myLove ordered from Chicago Pizza, yummy...

5. The last song u listen to
Nasyid2 Yusuf Islam...

6. What r u doing rite now beside dis?
Meriba si Rafiqh yang sedang tengok Inai2 Ba sambil suap dia makan pau kaya...

7. What name u prefer beside urs?
Fatimah, Mariyah

People to tag:
Tak yah tag dah laa kot sebab rasa macam ramai sangat dah pernah buat...

8. Who is no.1
9. No.3 is having relationship with..
10. Say sumthing about no.5
11. How about no.4
12. and no.2

Sekian...