Tuesday, October 5, 2010

Nasi ayam penyet

Nasi ayam adalah menu wajib kena masak at least sekali setiap minggu kat rumah ni, myLove memang suka sangat nasi ayam, kalau balik Malaysia pun antara menu yang dia akan cari2 nak makan pastinya nasi ayam. Tiba2 minggu lepas tekak ni teringinnnn sangat nak makan nasi ayam tauge. Sebenar-benarnya tak pernah pun makan nasi ayam tauge ni, yang boleh tau wujudnya nasi ayam tauge ni ialah sebab pernah tengok myLove makan masa kami dinner kat sebuah kedai makan kat Manjoi tahun lepas. Duk tak duk boleh pulak kempunan nak makan, pelik sungguh, haha. Dah tu, pulunlah cari resepi kat google lah, kat yahoo search lah, kat myResepi lah, kat mana2 entah lagi tapi hampeh tak jumpa. Mula2 tu ingat arghhh bantai ja laa buat macam nasi ayam biasa cuma tambah tauge celur ja dalam ulam2 tu. Tapi sebab dok ghairah check satu2 resepi nasi ayam kat myR tu terjumpalah resepi nasi ayam penyet ni. Dah banyak kali dah dok baca pasal nasi ayam ni tapi tak pernah terfikir nak cuba, bila baca bahan2 dan cara2 buatnya, terasa nak cuba lah, ada kelainan yang sangat menarik!

Nak buat nasi ayam penyet ni memang agak renyah sikit, step2nya agak banyak dan leceh tapi hasilnya berbaloi2, sedap! Istimewanya nasi ayam ni sebab ramuan perap ayam dan sambal cabainya, tapi taktau laa mana mai nama penyet tu, puas dah kelih cara2 buat takdak pun tang mana2 kena penyet, jangan kata ayam, nasi pun tak kena penyet, nama yang pelik!

Gambar nasi lupa pulak nak snap, tapi nasinya sama saja macam nasi ayam biasa. Dalam resepi tak ada buat sambal kicap tapi I buat jugak. Dalam resepi jugak tak ada suruh letak tauge tapi kan kata nak makan nasi ayam tauge, so letak laa tauge celur tu jugak, hiks, pepandai ja hang merapu ehhh!

Nasi ayam penyet ni dikatakan berasal dari Indonesia, ye laa kot ek... Refer resepi asal di sini, credit to blogresepi!

Bahan2:
(AYAM)
ayam - rebus 10minit dan toskan, simpan air rebusan untuk buat sup dan masak nasi
jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar - goreng tanpa minyak hingga naik bau
serbuk kari ayam
serbuk kunyit
serbuk lada putih
bawang putih
halia
air
garam
tepung beras
minyak masak - untuk menggoreng

(SAMBAL)
sedikit minyak masak
cili merah dan cili api - dikisar (I pakai cili boh saja)
bawang merah - dihiris (bawang2 ni I kisar sekali dengan cili boh)
bawang putih - dihiris
tomato - potong 4
belacan
ikan bilis
gula merah
garam

(NASI)
beras - dibasuh dan ditos
bawnag putih
perkakas 4beradik
butter
garam
kiub pati ayam - I tak letak
air rebusan ayam tadi

Cara2:
(AYAM)
- masukkan semua bahan kecuali tepung beras dan minyak masak ke dalam pengisar dan kisar hingga halus
- lumur bahan kisar pada ayam dan perap, lagi lama lagi sedap
- simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu(I tak buat pun)
- panaskan minyak, golekkan2 ayam dengan tepung beras dan goreng hingga garing

(SAMBAL)
- panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. angkat dan ketepikan
- goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan
- guna minyak tadi, masukkan bawang merah dan bawang putih, setelah layu masukkan tomato, gaul rata dan tutup api, sejukkan
- masukkan semua bahan goreng tadi(ikan bilis, belacan, bawang+tomato) dalam pengisar/lesung batu, kisar/tumbuk separa halus
- masukkan kembali ke dalam periuk dan panaskan. masukkan gula merah dan garam, gaul rata - rasa sambal dan adjust rasa

(SUP)
- masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa dalam air rebusan ayam tadi
- masukkan jugak sayur seperti ubi kentang dan carrot jika suka

(NASI)
- panaskan butter, tumis bawnag putih dan perkakas 4beradik hingga wangi
- masukkan beras, kacau lebih kurang 5minit, pindahkan dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa


Baki sambal nasi ayam penyet ni simpan dalam fridge, keesokannya buat nasi goreng ala kampung pulak. Minggu lepas pi Trial jumpa kacang botol ni, perghhh suka sangat makan ulam ni. Susah nak dapat kat sini, pernah jumpa sekali ja, tu pun 7tahun yang lalu. Tak sangka pulak ada jual, tapi sayangnya tadi pi Trial, dah takdak jual dah, baru ingat nak beli lagi, huhu...


Kacang botol ni kalau buat kerabu pun best ni, kalau ada sambal belacan lagi laa terangkat. Bila laa nak jumpa jual lagi...

6 comments:

Heartilyina said...

kiter pernah makan nasi ayam ada tauge kat chicken rice shop je. tapi memang lain sket nasi ayam kat situ. memang chinese style kot. pergh boleh jumpa kacang botol ek. memang xpernah la jumpa kat sini hihi. teringat time kecik2 dulu bosan xtau nak main apa. ajak kawan pi petik kacang botol kat pagar rumah. pastu berkelah tepi rumah makan kacang botol dengan kuah rojak hihi

Fith said...

ina,
ooo nasi ayam tauge tu chinese style laa yer.cari resepi tak jumpa2 pun,hehe...
amboi,kacang botol jd pelam plak yer,boleh buat cicah,haha,takleh nak bayang.fith suka gak ratah kacang botol no,mmg suka sgt2.bila laa nak boleh mkn lg pun taktau,hehe

::NaS:: said...

yg sambal tu kan Kak Fith,belacan dgn ikan bilis tu lepas goreng nk buat apa?goreng utk amik rasa dia je ke?
macam best je resepi ni.tak penah makan pun,nk try la buat.hehe

Fith said...

nas,
haha tak lengkap rupanya cara2 membuatnya,gomen2.lepas goreng tu kita kisar sekali dgn bwg2 yg dimasak tu.pastu masak sekali lg.try laa,kakfith suka,tp renyah,buat sekali sekala boleh laa,hehe

umeboshi said...

bestnye dpt jumpa kcg botor kat nihon. k.noora dulu2 x pernah jumpa pun?! tokoro de,kat m'sia ada restoran ayam penyet. kat opis k.noora ni pun ada tapi k.noora belum pernah rasa. ramai kata sodap..ntah la! hehe

Fith said...

kak noora,
mmg ada nihongjin tanam kacang botol ni tp tak dipasarkan,tanam utk mkn je kot,bukan utk jual.klau pi area2 tokuji/kampung2 tu mmg byk.
ooo ada restoran nasi ayam penyet ye,baru tau.fith pernah dgr je tp tak pernah jumpa dijual.nanti bleh la kak noora test,sedap ker tak kan...