Showing posts with label Japanese culture. Show all posts
Showing posts with label Japanese culture. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Warabi mochi

Warabi mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat jepun. Nama je mochi tapi bukanlah mochi yang sebetul2 mochi sebaliknya it's more to jelly-like confection made from bracken starch. Teksturnya lebih lembut dan tak liat, even Raziqh pun boleh makan, beralun2 lembek macam jelly, sedap! Kalau mochi biasa tu memang tak bagi laa budak2 ni makan, mau tercekik depa nanti, tapi warabi mochi ni potong kecik2 dah boleh suap. Mochi ni kalau kat Malaysia ala2 macam kuih koci laa, hah taktau kuih koci tu apa, pi cari kat pasar yer, tapi tu kalau mochi biasa, kalau warabi mochi memang lain laa dari kuih koci...


Dulu2 taktau pun warabi mochi ni boleh dibeli kat supermarket biasa, cause kalau tengok tv selalunya ianya lebih mudah dijumpai kat area Kansai, kiranya glamour laa kat sana. Teringin nak makan tapi taktau kat mana nak cari. Lastyear baru perasan ada jual so sekarang once in a while mesti beli, makan as desert, yummy!

Harganya dalam 60yen(=RM2) sebekas. Yang dalam gambar tu versi macha(=green tea), ada jugak yang plain putih. Taktau laa apa bezanya, rasa macam sama ja, hehe. Mochi2 ni sangat sedap dimakan dengan kinako(tepung/serbuk soybean yang manis), celup2 dan salut dalam serbuk tu then makan, walla oishiii!!! Warabi mochi ni dikatakan popular ketika natsu(=summer), tapi rasa macam setiap masa ja ada dijual kat kedai.

Haa bagi yang duk Jepun tapi tak pernah rasa lagi, try laa beli, sedap!

Friday, July 23, 2010

Kakikori @ ais kacang-bodo

Antara makanan paling glamour yang akan muncul setiap kali musim panas di Jepun ialah kakikori, kalau kat Malaysia lebih kurang macam ais kacang laa, tapi ais kacang ni serius bodo punya version, takat sagat2 ais lepas tu buh sirap, tu ja, haprak hapa pun tarak. Memang ibarat langit dengan bumi laa kalau nak compare dengan ais kacang kat Malaysia, ais kacang kita sikit punya banyaklah bahan2, ada kacang, cincau, susu, sirap, cendol, asam, laici, aiskrim lagi, perghhh sedap! Kalau orang jepun tengok ais kacang Malaysia, haruih depa teriak meraung2 golek2 atas lantai, muehehehe...

Selalunya kat sini kalau ada matsuri(=festival), banyak laa dijual kakikori ni, laku pulak tu, time panas lit2 makan ais memanglah nikmat kan, but as usual I prefer soft-cream more than anything else, soft-cream saikou(=the best)!

Dah lama dah teringin nak beli mesin sagat ais ni tapi sebab kami ni bukan suka sangat pun makan kakikori, tu yang tak terbeli2. Lepas Rafiqh lahir semangat tu berkobar laa sikit memandangkan boleh laa nak buat main(bukan nak buat makan). Tapi lastyear sebelum summer lagi kami dah balik Malaysia, so tangguh lagi niat nak beli tu. Tahun ni memang tahap dah tergedik2 dah nak beli, puluh2 kali dok ulang tengok kat supermarket yang kami selalu pi beli groceries tu tapi takdak laa pulak, dulu2 kami takmau beli depa juai, la ni kami nak beli depa tak juai pulak, cet!

Alkisahnya lepas balik taki(=waterfall) ahad lepas, kami singgah laa ke satu supermarket yang agak jauh jugaklah dari rumah kami ni. Melilau2 2-3round baru jumpa, sampai lompat2 happy, hahaha tipu hokey. Ada 2jenis rupanya, ada yang jenis pakai elektrik, ada jugak yang manual. Yang manual ni kena putar pakai tangan lah. MyLove kata beli laa yang elektrik tu senang sikit tapi sebab I dok fikir kalau beli hat tu nanti balik Malaysia tak boleh guna dah, rugi laa. Lupa laa pulak yang lambatttt lagi nak baliknya, sempat menatang ni rosak dulu kot, kes3. Nanti sebelum balik boleh laa nak hangkut seketul lagi, tak mahai pun, tak sampai 1000yen(=RM35) pun.

Petang tadi pi supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan esok, jalan punya jalan ternampak laa sirap kakikori ni, dah berkali2 pi supermarket minggu ni tapi asyik lupa nak beli, takkan nak makan ais kosong ja kan, tak sedap langsung! Nak godek bahan2 ais kacang pun belum sampai seru lagi, so lekeh2 pun kalau ada sirap ni dah kira ok sangat dah. Sambil bosan2 tunggu myLove balik, kami pun menggodek mesin ni....

Inilah rupa mesinnya, kecik comel saja...


Ini sirapnya, beli perisa strawberi, ada macam2 perisa sebenarnya, melon ada, grape ada, lemon ada, ish macam2 lah!


Ni rupa ais sagat itu. Kalau kat kedai mahal jugak ni, berapa ratus yen entah, baik buat sendiri kan...
Budak 2orang ni tak makan sangat pun, Rafiqh memang tak suka ais krim, soft-cream pun makan gitu2 saja, si Raziqh ni lagi laa, buat main boleh laa. Haa kan dah kata, beli untuk buat main, ayah dan mak depa ja pulun makan...

Friday, July 2, 2010

Resolusi musim panas 2010

Teman2, kok hari ini ibu mau cerita tentang musim panas di Jepang, dengar ya!

Hahaha tetiba bertukar jadi minah indon pulak! Ngak ada apa2 sih, benarnya kok tadi nyembang sama temannya dari Indonesia, terusan(bukan terusan wan mat saman ye) lidahnya udah gini aja jadinya. Ok2, dah2 tampo kang!

Eh perasan dak, awat ek bila kita orang melayu Malaysia ni sembang dengan orang Indonesia, la la tu jugak terus nak tukar slang cakap bahasa Indon, padahal orang Indon hagham sikit pun tak heran nak tukar cakap slang kita? Kan kan? Ermmm *menggaru kepala yang tak gatal*


Hokey, back to the title, suka sangat meraban...

Bagi sesiapa yang pernah datang/tinggal di Jepun pada musim panas, pasti tau bahangnya summer di sini macammana. Dari segi suhu sebenarnya tak banyak pun berbeza dengan Malaysia iaitu sekitar 40darjah celcius, tapi disebabkan kelembapan udara yang tinggi, badan kita mengeluarkan peluh yang banyak melekit2, jadinya kita akan rasa sangat tak selesa sepanjang musim panas kat Jepun ni berbanding musim panas kat Malaysia(entah sejak bila laa Malaysia ada musim panas!? Sila abaikan tatabahasa yang tunggang-langgang)...

Ketidakselesaan kepanasan kemelekitan kepeluhan dan ke-an lainnya ni selalu mencetuskan rungutan demi rungutan, huhu, haa ni yang nak dibuat resolusi ni, tapi tajuk entry memang tak boleh blah, sedikit over! Saya dengan ini berazam untuk mengurangkan kadar rungutan, kalau boleh takmau merungut langsung, mahu melatih diri jadi hamba yang bersyukur sentiasa, ecceh!

Kebelakangan ni Rafiqh selalu dok sebut2 "atsui ne, atsui ne"(=panas ek), dia bukan sebut saja2 but he really means it, memang dia nak cakap yang dia rasa panas. I don't know where he got that words, selalunya I sebut atsui tu refer to air/makanan panas, takpun pada benda2 macam kuali dan juga pada air paip toilet, tu je, tapi tu pun I sebut "atsui2, abunai!"(panas2, bahaya!), maybe he gets it from his sensei or friends at school. Nevermind! Pokok ceritanya sekarang ni bila dia kerap2 mention benda tu I rasa kurang selesa, seolah2 dia mula belajar merungut, huhu.

Kami adik-beradik memang tak diajar merungut tentang kehidupan apatah lagi perkara2 berkenaan ciptaan Allah, nanti tak pasal2 kena debik dengan mak. Walaupun sekarang ni pun kadang2 bila balik Malaysia terlepas jugak cakap aduhhh panasnya hari ni, haa siap laa kalau mak dengar, mesti kena marah. Panas pun bising, hujan pun bising, serba tak kena, sepatutnya dalam apa jua keadaan kita kena belajar menerima seadanya, Allah tak jadikan walau satu apapun dalam dunia ni dengan sia2, ada hikmah tersembunyi bagi hati2 yang ingin memahami...

Untuk lenyapkan terus atsui ne atsui ne itu, I bertekad untuk mengawal lidah sendiri dari menuturkannya ke arah yang berbaur rungutan. Susah ni, kadang2 terlepas cakap, adehhh dou shiyou?!(=macammana ni?!), takkan nak lempang muka sendiri kot bila terlepas cakap, hehe. Ermmm, tapi tak salah kot kalau sebut "ya Allah, panas sungguh hari ni" bila dalam hati turut mengingati panasnya neraka Allah nanti. Ataupun "atsui ne, best, cepat je baju2 dah kering, seronok dapat sidai futon dan bantal2", haa yang tu takpa kan?! hehehe...

Sejak beberapa hari lepas, bila Rafiqh sebut atsui ne, I akan kata "sou yo, atsui ne, syoganai2, datte natsu da mon"(=aah kan, panas ek, terpaksa laa dah nama pun summer), haha balas balik sebab hari tu dia kata kat I macam tu. Minggu lepas kami redah hujan ke parking kereta, elok masuk kereta Rafiqh ambil tisu lap badannya yang basah. I cakap kat dia, aduhhh basah habis baju mama, guess what he said to me, "datte ame da mon(=dah tu, hujan), basah laa", dush kena sebijik, tu pun taktau ka, hahaha... Tadi naik ja kereta dia sebut atsui ne, lepas tu sendiri sambung syoganai2, datte natsu da mon, hahaha, good! Takmau merungut2 lagi yer...

Monday, February 22, 2010

22.2.22

Pagi tadi masa tengah bersalam dengan myLove before dia nak pergi kerja, myLove sempat cakap yang tarikh hari ni cantik. I was half-blur cause myLove tak pernah mention pasal tarikh2 ni all this while, so I cakap "errr hari ni 22hb 2 2010, ermmm *berfikir*", while dalam otak masih ligat berfikir 'apa yang menariknya kalau takat 22hb 2?! Then myLove kata "bukan 2010 tapi heisei 22", owhhh baru laa ceq paham! Hari ni 平成 22年(nen=tahun) 2月(gatsu=bulan) 22日(nichi=hari)...

Kalau kat Malaysia, even though kita orang islam ni pakai 2 kalender iaitu dalam masihi dan hijrah, but actually in our daily tasks kita more to kalender masihi kan? Mana ada kita tulis tarikh dalam hijrah even masa study subjek agama sekalipun. Kita refer kalender hijrah tu untuk apa2 yang berkaitan dengan upacara/peristiwa islam semata, selain dari tu memang tak pandang dan ambil tahu sangat pun, yer tak?! That's why tak hairanlah kalau ramai umat islam sekarang yang langsung tak prihatin dengan kewujudan bulan2 dan tahun islam, yang sampai tak tau nama kesemua 12bulan pun ada, yang tak boleh sebut nama2 bulan ikut turutan pun ada, lebih teruk lagi yang taktau tahun ni berapa hijrah pun ada wooo, hadoiiii...

Berbeza dengan masyarakat jepun, depa pun ada 2 kalender tapi most of the times depa guna tahun 'era' mereka. Masa zaman jadi student dulu, bila buat nota atau buat assignment atau apa2 saja laa, tarikh akan ditulis dalam tahun heisei. Urusan rasmi mahupun tak rasmi, kebanyakannya ditulis dalam heisei...

Tapi... mungkinlah tak sukar bagi mereka untuk guna tahun 'era' ni since yang berbeza dengan kalender masihi hanyalah tahun, sedangkan tarikh dan bulan masih sama. Tak macam kalender hijrah yang memang 100% berbeza kan?! Ermmm lojik jugak tu, boleh laa nak pakai alasan tu, hehehe...

Sedikit info berkaitan tahun heisei...
Heisei is the current era name in Japan. The Heisei era started on January 8, 1989, the first day after the death of the reigning Emperor, Hirohito. His son, Akihito, succeeded to the throne. In accordance with Japanese customs, Hirohito was posthumously renamed "Emperor Shōwa" on January 31, just as were Mutsuhito (Emperor Meiji) and Yoshihito (Emperor Taishō).

Kiranya sekarang ni dah 22tahun maharaja(betul ka istilah ni? hehe) menaiki takhta, lepas dia mangkat nanti maka bertukar lagilah era.

*** ops, hari ni 22feb adalah tarikh pertunangan kami 6tahun yang lalu...

Sunday, February 21, 2010

H

Setiap kali berurusan rasmi dengan japanese especially via phone call, bila kena eja nama dalam huruf roman(contohnya masa nak book tiket flight), huruf alphabet yang paling susah nak disebut dalam bahasa jepun ialah H, cara sebutannya ialah ecchi(エッチ). Bukannya susah sebab berbelit2 lidah sampai tersembur air liur ka hapa ka, tapi sebab 'makna' disebalik huruf tersebut. Japanese mentafsirkan H sebagai mewakili huruf pertama dari hentai yang beerti "nakal" atau "kotor" atau "lucah".

Ni apa yang I copy-paste dari kamus wiki:-
Ecchi is derived from a Japanese word meaning "lewd", "sexy" or "lascivious" when used as an adjective, or "sexual intercourse" when used as a noun.

Hish hapa laa yang haku merepek ni?!
Eh cop2 !!! I bukan nak cerita pasal H orang jepun tau, NO NO NO, sebenarnya nak cerita pasal nama kami(read: Ishkandar, Fithriah, Rafiqh dan Raziqh), tapi melencong pulak mukaddimahnya, sorry, hehehe...

Mula2 nak story-mory pasal nama yours truly dulu lah, my name memang dieja fitHriah. Dari dulu sampai sekarang, ramai yang sangka I saja2 tokok-tambah H tu sebab nak glamour, hakhakhak. Dak aih, memang tu laa ejaan dalam surat beranak I hokey. Masa kecik2 dulu I pernah tanya abah dan mak, awatnya eja nama fitHriah, bukan fitriah?! Abah kata sebabnya kalau ditulis dalam jawi 't' tu ialah 'ta' tapi 'th' tu 'tho', 2 nama yang hampir sama tapi maknanya berbeza dalam bahasa arab, woooo baru laa faham... Disebabkan adanya H tu jugak memberi kelainan pada nama I, cause setakat 26tahun hidup ni tak pernah lagi I jumpa orang dengan nama yang dieja sama with my name. Kesimpulannya, saya perasan nama saya unik, noktah!

Secondly, myLove's name, secara kebetulan pulak namanya pun dieja with additional H, selalunya dok dengar nama orang Iskandar ja kan, so kinda lain dari yang lain jugaklah. Tapi bila tanya dia awat eja gitu, dia kata "taktau", ces!

Lastly, our super adorable 2Rs' name... Memang I sengaja cari nama yang boleh gedik2 nak tambah H, tak kesahlah kat awal ka, kat tengah ka, kat hujung ka, asalkan boleh buh extra H baru masuk list, hahaha punya nak bagi 'sama' sampai jadi mengong macam tu sekali laa. Apapun, yang pasti dan paling penting, lepas dah tambah H sekalipun, bila tulis dalam arabic ianya masih kekalkan makna yang sama. Takmau laa takat nak nampak glamour ja tapi nanti jadi takdak makna atau mengubah makna asalnya, macam buduh la pulak kan, hakhakhak.

Berbalik pada mukaddimah tadi, hehe tak habis lagi nak cerita bab tu...
Bila dok kena ulang2 sebut ecchi banyak2 kali kat japanese, otak ni mula laa nak melalut fikir bukan2, segan pun ya jugak kadang2 tu, hadoiiii...

Tuesday, April 21, 2009

Sampah oh sampah...

Cerita hal sampah pulak hari ni...

Kat sini kalau nak buang sampah kena buang pada hari2 tertentu. Hari2nya tu pulak berbeza antara satu prefecture dengan yang lain... Kalau kat Malaysia, buang sampah ni senang je kan, semua campak je tapi kat sini kena asing2, ada sesetengah tu siap kena bayar lagi! Ish3, buang sampah pun kena bayar! Contoh barang yang kena bayar tu macam peti ais, tv dll, bukan murah pulak tu, hish...

Kat sini hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari buang sampah kertas dan nama-gomi(=sampah dari dapur seperti sisa makanan). Khamis pulak untuk plastik. Selasa minggu pertama setiap bulan adalah untuk sampah2 seperti kain baju, kasut, kipas, periuk belanga, pinggan mangkuk, pet-bottle, tin, botol kaca dan banyaklah lagi. Kiranya benda yang tak boleh buang hari isnin, rabu, khamis dan jumaat tu haa boleh laa buang hari selasa ni... Hari selasa minggu kedua setiap bulan pulak adalah hari buang sampah kotak2, surat khabar dan majalah...
Sampah macam bekas polisterin, kotak2 minuman, pet-bottle, tin dan botol kaca tu boleh jugak buang kat supermarket. Diorang memang ada sediakan bekas khas untuk buang semua2 ni, tapi kena make sure kalau polisterin, botol kaca dan tin tu dah siap dicuci, kotak2 tu kena siap2 potong...

Sejak kahwin, memang tugas I membuang sampah2 ni. Jarang2 sangat minta tolong myLove buatkan. Tapi sejak pregnant 2nd baby ni, dia laa yang kena buang mana2 yang berat especially diapers Rafiqh dan kotak2. Kalau sampah nama-gomi tu selalunya I laa yang buang, seminggu sekali je pun. Yang plastik tu pulak 2-3minggu sekali. Yang lain2 tu memang kerja I laa...

Antara contoh sampah hari selasa minggu pertama setiap bulan... Tunggu bulan depan baru boleh buang ni...




Kotak2 yang dah diikat...



Sampah plastik...


Kotak minuman yang dah dipotong dan bekas polisterin...


Kat apartment kami tinggal ni, semua sampah kena buang sebelum pukul 8.30pagi. Kalau time malas sangat, nak2 masa musim sejuk tu, I belasah je buang malam2. Bukan salah pun, cuma makcik2 kat sini kecoh sikit, haha, peduli hapa haku! :-p Malas sungguh nak keluar pagi2 buta pi buang sampah, sejuk... Dah laa duk tingkat 5, hadoi...

Sekarang ni bab sampah mostly semua dah clear. Tunggu hari nak buang je, so nanti I tinggalkan rumah ni cuci-calat, senang hati...

Friday, March 27, 2009

Sejuk dan angin...

Tak tau nak kata sekarang ni fuyu(=winter) ker haru(=spring). Sat sejuk, sat panas pulak... Minggu lepas dah mula panas, kalau tengok forecast pun kata kat area Kyuushuu sakura dah mula nak mankai(=kembang penuh). Kiranya tak lama lagi, sekitar minggu depan Yamaguchi punya turn laa pulak. Tak sabar nak pi hanami(=tengok bunga :-p) ni, hehe.

Minggu lepas dan awal minggu ni I dah mula buka pintu koridor dapur dah, bagi angin masuk, kengkonon nak rasa suasana musim bunga laa tapi sejak 2-3hari ni dah sejuk balik laa pulak. Buka pintu tu sat ja, menggigil dua2 beranak, hahaha. Dari koridor dapur ni boleh nampak view pokok2 sakura yang ditanam di sepanjang jalan belakang rumah, ermmm dah nampak dah putik2nya, harap2 tak hujan dan angin tak bertipu kuat, nanti habis laa luruh, tak sempat nak kembang penuh, huhu... Semua orang tahu kan, sakura ni bunga trademark jepun, tapi la ni kat mana2 pun ada dah sakura ni, even kat europe sekali pun. Sakura kembang dalam seminggu je, masa tu memang lawa sebab tak ada daun, bunga sepenuhnya. Bila sebut hanami ni, dalam otak terbayang2 bbq, ingat nak makan je sebenarnya, muahahaha. Bila laa budak2 junior ni nak announce projek hanami diorang ni, haihhh... Minggu depan dah start sem baru, depa busy laa kot.

Ni gambar hanami lastyear, Rafiqh baru 4bulan, tahun ni dah 1tahun 4bulan, dah boleh berjalan, I boleh bayangkan dia takkan dok diam kalau pi hanami kali ni...

2-3hari ni terasa sejuk balik ni bukan sebab apa pun, angin tu yang menyejukkan. Kalau tengok matahari memang panas terik, tapi angin yang dingin tu yang buat tak tahan tu. Beberapa hari lepas ada kes kapal terbang terbalik di Narita Airport, nasib baik tak bawa penumpang, kapal terbang FEDEX Express dari China bawa barang laa kot, tapi kasihan pilot and co-pilot terkorban. Ngeri betul tengok, selalunya kalau ada tragedi kapal terbang ni semuanya disebabkan oleh kegagalan tayar berfungsi masa nak mendarat. Tapi kali ni berpunca dari angin yang bertiup kuat, pilot lost control then the plane itself lost balance, terus terbalik dan terbakar.

Kelmarin jugak adalah "hari hangin mama", tapi hangin yang ni takdak kena mengena dengan agin kat luar sana tu, hahaha ni mama hangin dengan Rafiqh! Beberapa hari dok panas ni, I sedikit rajinlah mengemas, dok pulun settle-kan koridor belakang yang bersepah tu. Penuh kotak2 dan entah apa2 lagi barang kereta myLove, semua tauk(=baling) sumbat ja, sebab sejuk malas laa nak kemas. Ni dah panas ni ambil peluang nak clear apa yang patut. Nak buat time dia tidur tak boleh sebab bising nanti dia terjaga. So kena buat time dia jaga laa, Rafiqh ni bila tengok mak dia kalut, dia pun naik kalut sama, nak tolong la kot tapi bukan tolong permudah, tolong menambah kerja mama. Mama clear barang2 luar koridor, dia clear-kan barang2 dalam rumah, habis segala mak nenek pinggan mangkuk, toys, kain baju dan selipar mama pun dia campak kat luar. Hish penat badan dok terbongkok2 satu hal, penat mulut dok membebel pun satu hal lagi. Sabar je laa...

Kemuncaknya kelmarin pagi2 pukul 5, time orang sibuk nak bangun solat subuh dia terjaga pulak. Dah bangun tak mau tidur, potpet2 sembang. I bagi susu dia tolak, so menepuk laa mama ni dalam separa sedar. Lama jugak laa dok tepuk tapi dok dengar dia gelak2, last2 tersedar dek bunyi alarm pukul 6, dia dah tidur tapi I rasa macam I ni tak tidur pun, mungkin terlelap 5-10minit je kot. Lepas masak bekal lunch, sediakan breakfast dan pergi buang sampah, dia dok tidur lagi. Then myLove pergi kerja, terasa nak sambung tidur tapi sebab berkobar2 nak buat seri kaya, I plan nak tidur petanglah. Disebabkan dia bangun lambat, dia tak tidur dah laa pagi tu, tengahari dia tidur masa I dok sibuk sediakan lunch, tak dapat nak join. Ingatkan petang tu dalam pukul 3 dia akan lelap balik laa, rupanya tak. Masa ni I dah hangin dah laa, ajak tidur dia tak nak. Bila I nak tidur dan rest kejap dia panjat2 dok wrestling, bila I bangun masak dia merengek2, yang buat I lagi hangin tu rancangan NHK Rafiqh dok tengok tu tak ada pulak, kalau ada dia tak kacau I sangat laa, buka chanel lain nak tengok drama pun tak ada jugak, wah bertambah tensyen... Memang dia kena cubit laa jawabnya, hehe, bila myLove balik fuhh lega. Pukul 9 mata dah tak mampu bertahan, terus terlelap dan si ayah laa yang kena uruskan anak... Macam ni laa kan jadi surirumah, walaupun bebas dalam jadual harian tapi bukan jaminan boleh nak rehat ikut timing sendiri. Ni baru seorang ni, lepas ni tambah satu lagi, mama kena bijak uruskan masa laa jawabnya...

Tuesday, March 24, 2009

Eco bag

Sekarang ni seluruh dunia dah mula prihatin dengan isu ekologi ni kan, especially negara2 maju laa, sebab sebelum sampai taraf maju tu depa dah bantai cukup2 mencemari alam kan, hahaha, "la ni"(=sekarang ni) nak cover balik laa tu... Kalau kat Jepun ni, boleh dikatakan hampir semua benda depa nak kaitkan dengan ekologi. Kereta pun dah direkacipta mesra alam, barang2 elektrik dan elektronik ni tak payah cakap laa, segala mak nenek vacuum cleaner, peti ais, washing machine, air cleaner dan macam2 laa lagi, semua dah canggih manggih seiring dengan memelihara alam sekitar. Seronok jugak tengok kempen2 dan usaha murni mereka ni, kalau kat Malaysia setakat yang I tahu AEON memang ada buat kempen2 menjaga alam sekitar ni kan, termasuklah memperkenalkan eco bag di pasaraya dan kempen menanam pokok2...

Sebut tentang eco bag ni, haa mai nak cerita, for those yang tinggal kat Jepun ni sure dah tahu tentang usaha untuk menghapuskan penggunaan beg plastik supermarket yang rata2 dah mula dijalankan secara berperingkat mengikut prefecture. Yamaguchi akan bermula 1 april nanti, di mana kalau pi shopping, no more plastic bag for free, kena bayar woo, dengar kata 10yen sehelai. Memang laa murah je kan tapi kalau kumpul2 boleh beli barang dah tu, apa tak nya, kalau I ni laa kan, sekali shopping beli barang bukan 1 beg plastik je, for sure 2-3helai, kalau dah seminggu 3-4kali membeli, dah habis 100yen tang beg plastik tu je, hish rugi2! So better bawa beg sendiri, silalah belil eco bag!

Sebenarnya sebelum penguatkuasaan ni dibuat lagi kami dah pun guna eco bag. Senang nak angkut barang, sangkut je kat bahu! Beg2 plastik yang dapat tu kadang2 tak ambil pun, sebab menyemak rumah je nanti cause kat sini kalau buang sampah kena guna plastik yang dah dikhaskan, kalau kat Malaysia boleh pakai balik plastik2 tu semula kan... I ada 3 eco bag, 1 tu beli sebab suka dengan designnya, tapi tak pernah guna sebagai eco bag pun, sebaliknya dok isi baju2 bila keluar picnic. 2 lagi tu memang dok pakai selalu tapi mak dah rembat 1 masa datang hari tu, so tinggallah 1 je lagi, yang warna putih biru dalam gambar tu, tu pun orang yang bagi tu. Lastweek I beli lagi 2 - pink dan kuning, sekarang dah ada 3 eco bag, 1 tu I standby buh dalam kereta, kot2 tersesak nak pakai, senang laa dah siap ada.

Haa jom2, pakat pakai eco bag untuk membeli-belah!!!

Tuesday, March 10, 2009

イチゴ Strawberry

Spring comes again and along with it, strawberry is everywhere, of course with the cheap price as well, walla! Sekarang laa masanya nak belasah sungguh2 kan, hihi...
Pagi semalam lepas siap mengemas rumah, I bawa Rafiqh ke supermarket borong A-Price, supermarket ni banyak jual barangan Asia dan barang2 saiz jumbo(untuk keperluan orang berniaga). Jarang sangat nak pi shopping kat situ, ada laa kot sebulan sekali. So semalam kami borong tomato sos, mayonis, french fries dan mix vegetables, semuanya saiz 1kg++, macam nak berniaga pulak, hahaha. Sebenarnya jimat banyak kalau borong macam ni, yer laa tahan lama sikit. Kalau beli pack kecik2 tu sekejap je dah habis, kena ulang2 beli pulak, harga pun jadi berganda2! Tengah2 belek barang, tiba2 nampak strawberry saiz besar2 dengan harga ¥298(+-RM10). Kat Ube ni susah nak dapat strawberry saiz besar dengan harga tu, so apalagi kan, tak fikir banyak dah terus beli... I suka yang besar2 sebab rasanya lebih manis, tak tahu laa kalau yang kecik tu pun manis, sebab selalu terkena time beli yang kecik je mesti masam2 manis... Tapi ni kira tak besar sangat pun lagi, ada yang laaaagiiii besar, tapi harganya pun BESAR laa jugak kan...

Strawberry makan dengan susu manis, yummy, oishiiiii!!!



Ni Rafiqh punya desert, tapi bukan habis pun dia makan, mamanya kena tolong habiskan...
Note: strawberry dan keturunan berry2 ni tak boleh diberi kepada baby bawah usia 1tahun @ yang ada masalah elergic @ ada family members yang elergic strawberry... Blueberry boleh bagi sebab dia bukan ahli keluarga berry walaupun namanya berry jugak, hahaha, ayat macam hapa entah...



Aduh, teringin sangat nak pergi strawberry picking, pernah pergi sekali je masa 1st year dulu. Memang best laa sebab boleh makan banyak mana larat nak telan, bayar murah je. MyLove tak suka strawberry, rasa bersalah pulak nak ajak sebab nanti dia tak makan pun. Tengoklah nanti, kot2 ada rezeki junior2 ni nak pergi boleh laa tumpang sekaki. Paling tak pun, pesan diorang petikkan dan bawa balik, then bayar je laa, uish harganya jauh lebih murah tau compare to beli kat supermarket, dah laa fresh...

Sekarang ni Jepun tengah meletup dengan "white strawberry", masa Valentine's day dan White day hari tu hampir setiap hari laa dok keluar tv. Harga sebiji dalam ¥600++(RM20++), mahal nak mampuih! Tapi dah orang jepun ni memang suka benda2 pelik, sah2 laa depa beli... Kalau I ni, mau 40-50 kali fikir kot... So far, I tak pernah nampak lagi kelibat buah ni kat mana2 supermarket sini... Menurut kata diorang, si putih ni lebih sedap berbanding si merah, lebih manis dan juicy, betul laa kot!

Ini laa rupanya white-strawberry, nama glamour dia "初恋の香り"(fragrance of first love)! Ecewah, nama pun hebat...
Note: aduhai ibu2 mengandung di luar sana, sila laa mengidam buah ni, hahaha, boleh kopak encik suami! muahahaha... *evil laugh*

Dah2, habis dah cerita strawberry... Bawah ni gambar petang semalam, pakcik kecik tengah sabar tunggu ayahnya balik kerja, nak bawa dia pi beli barang dapur... Tu muka khusyuk tengok tv, pandang camera pun tak nak!

Latest picture of mama's tummy at 19weeks of pregnancy... Rasa macam besar je... Lately kalau keluar ke mana2, orang selalu jeling2 dengan pandangan sinis tang perut ni, hish tu mesti ngumpat kata perut buncit padahal anak dah besar, hek! I'm not buncit ok, I'm just pregnant!!!


Bawah ni pulak gambar ketika pregnantkan Rafiqh at 19weeks jugak! Tak menonjol lagi kan perut I masa ni, ermmm...

Tuesday, February 24, 2009

Tsukemono (漬物, つけもの) Japanese pickles

Bagi sesiapa yang pernah datang ke Jepun, mesti pernah tengok dan makan tsukemono. Tsukemono is the general name for Japanese-style pickled vegetables. Usually, they are served with rice, and sometimes with drinks as an otsumami(snacks). Kalau kat Malaysia ni, kira setaraf kot dengan sambal belacan, budu, cencalok dll tu, tapi kita tak buat snacks laa pulak kan benda2 tu...

Traditionally, the Japanese prepared tsukemono themselves. Pickling was one of the fundamental ways to preserve food(for example in summer, untuk elakkan nasi basi/berbau, atas nasi tu buh laa sebiji umeboshi). Nowadays, tsukemono can be readily bought in a supermarket, but despite this many Japanese still make their own. Cause I'm not japanese, I just buy them at supermarket, ihiks...

There is so many kinds of tsukemono, such as takuan/daikon(lobak putih), umeboshi(plum), kyuri(cucumber), and hakusai(chinese cabbage) and etc. are among the favorites to be eaten with rice as an accompaniment to a meal. Beni shoga(red ginger) is used as a garnish on okonomiyaki, takoyaki and yakisoba. Gari(ginger) is used between dishes of sushi to cleanse the palate. Rakkyozuke(a type of onion, rupa macam garlic) is often served with Japanese curry.

Rasa tsukemono ni ala2 macam jeruk, yer laa, benda2 ni diperam kan. I paling suka lobak putih, timun dan halia. Umeboshi dan rakkyozuke ikut mood, bila rasa nak makan, sedap laa jadinya... Pregnant kali ni sama macam masa Rafiqh dulu, teringin nak ratah tsukemono. Luckily, umeboshi memang dah sedia sentiasa ada dalam fridge, semalam I beli lobak putih. Lepas ni kalau ada teringin tsukemono lain pulak boleh cari kat kedai.


Umeboshi - rasanya amat masam...



Takuan/lobak putih(setelah peram warna jadi kuning, tapi ada je yang warna putih) - rasanya sedap, manis2 dan rangup

Rakkyozuke - rasa ala2 garlic tapi sedap lagi dari garlic, sangat rangup

Gari/ginger - sedap, tak rasa macam halia biasa, juga rangup


Satu dilema I sekarang ialah teringin nak makan buah ume(plum) fresh. Ni bukan buah plum biasa2 warna purple tu, ni buah plum untuk buat umeboshi tu. Ada ker orang makan mentah ek? Apa rasanya? Dulu, masa mengandung kat Rafiqh pun sama jugak. Everytime pergi supermarket, I mesti pergi kat area buah2 untuk tengok ume tu, renung sambil berkira2, nak beli memang boleh sangat, murah je tapi ya Allah, punya laa banyak kuantitinya. Memanglah nak sangat makan, kot kalau sedap boleh laa habis kan. Tapi buatnya kalau tak sedap, buang je laa jawabnya kan, bazir pulak. I jadi teringin nak makan tu sebab tengok iklan umesshu(for those yang duk jepun mesti tau ni iklan apa, hahaha, arak! Dalam botol arak tu, ada letak buah ume fresh). Eh, I bukan teringin nak minum arak tau, hish simpang malaikat 44. I cuma teringin nak rasa buah tu... Kita tengok je laa, kali ni adakah hasrat nak makan tu tercapai atau tak, entah2 jadi macam masa Rafiqh dulu, sampai beranak pun I tak beli, hehe... Bila I bagitau myLove pasal keinginan tu, dia boleh senyum je, hish, mesti dalam hati dia kata, "ish asal pregnant je nak makan benda alah ni", hahaha...

Umesshu(arak)


Inilah rupa bentuknya ume fresh tu... Agak2 sedap ker?!