Friday, August 13, 2010

Minuman berkhasiat untuk ibu hamil/menyusu di bulan puasa

Menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bagi ibu yang sedang hamil/menyusu sememangnya bukanlah perkara yang mudah. Tidak boleh tidak rata2 ibu pasti akan suarakan kebimbangan tentang kesihatan diri sendiri, kesihatan bayi dalam kandungan mahupun anak yang sedang disusukan. Beberapa minggu sebelum ramadhan tempoh hari, ada beberapa orang viewers yang menghantar email bertanyakan tips untuk maintain-kan penghasilan susu badan di bulan ramadhan, terima kasih banyak2 ye sudi bertanya, saya bukanlah pakar, nak bagi solusi pun teragak2 sebabnya most of the questions berkisar pada situasi ibu2 bekerjaya yang pam susu which I have no experience at all. Tapi takpa, mungkin ada yang sudi nak berkongsi tips, anyone?!

Honestly I tak ada cara khusus nak maintain-kan penghasilan susu badan especially dalam bulan puasa ni. Tak pernah pam susu, 100% direct feeding so memang taktau laa susu tu banyak mana penghasilannya. Disebabkan si kecik Raziqh ni sangatlah kerap menyusu(almost every 30minutes) so jarang amatlah rasa engorge, stok susu ni kira macam sekali produce sekali feeding habis, produce-habis-produce-habis, haa gitu laa lebih kurang...

Selalu jugaklah terbaca kat blog2 ibu yang menyusu tentang produk2 yang boleh increase or at least maintain our milk production, macam2lah ada kat pasaran kan, so kalau berminat bolehlah try to search for it. Pun begitu, kena ingatlah tak semua benda tu sesuai dengan semua orang, kadang2 elok je bagi orang tu tapi tak berkesan bagi kita, sementara nak jumpa sesuatu produk/cara yang betul2 fit dengan diri kita tu memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. I sendiri tak pernah ambil apa2 produk, kat sini bukan senang nak konsisten try and error produk2 tu semua, I prefer guna cara2 semulajadi saja, mana2 yang senang untuk diamalkan...

Hari ni nak kongsi 1 resepi yang insyaAllah baik untuk kita amalkan. Semua orang pun tau kan kurma banyak khasiatnya, Rasulullah SAW dahulu selalunya berbuka dan bersahur hanya dengan kurma, memakan kurma ni sunnah, pasti banyak manfaatnya untuk kita amalkan. Tapi I rasa ramai antara kita yang ada masalah nak makan kurma dalam kuantiti yang banyak. Nak makan tu nak tapi tak boleh telan dek kemanisannya, kalau I ni kurma yang kering2 memang seksa sikitlah nak makan, selalunya cari kurma yang ala2 masih segar, kiranya isi dalamnya lembut. Takpun kurma2 muda yang kalau tak silap disebut sebagai rhotab. Tapi suka2 pun tak mampu jugak nak telan banyak2, hehe.

Cara paling mudah nak makan kurma dalam kuantiti yang banyak ialah dengan dibuat jus, blend dengan air dan minum. Untuk resepi kali ni kita upgrade sikit, instead of guna air kosong saja kita pakai freshmilk, kemudian kita tambah bahan2 lainnya ikut selera lah. Dalam al-quran dan sunnah Nabi banyak disebut tentang makanan2 yang baik untuk kesihatan, contohnya buah tin, buah zaiton, habbatus sauda, kismis, kekacang, delima, madu, za'faran, air zamzam, ish banyaklah lagi. Yang mana ada dan mudah ditemui tu bolehlah kita simpan buat stok kat rumah kan. InsyaAllah tak payah susah2 cari atau beli produk2 lain dah, 'guna' saja apa yang Allah dan RasulNya sarankan...

Ni versi I, cuma pakai apa yang ada kat rumah ni je laa...

1 liter freshmilk
7 biji kurma
14 biji badam
21 biji kismis
3 sudu besar madu asli

- masukkan lebih kurang 300ml susu segar dalam blender dan campur bahan2 lainnya, blend hingga halus
- masukkan baki susu dan blend sebati, simpan dalam tupperware bertutup dalam peti sejuk
- insyaAllah boleh tahan 3-7hari

MyLove kata rasanya ala2 macam horlick, tapi I pulak kata baunya macam air kacang soya tapi rasanya lemak2 manis, sedap! Rafiqh suka sangat, sekarang kalau dia minta susu mesti tunjuk nak air ni. Raziqh pulak sebab dah setahun so dah bolehlah minum freshmilk, try jugaklah bagi dalam 10ml tapi dia kurang suka, takmau minum pun, budak ni memang, nak susu mama jugak2!


Senang sangat nak sediakan minuman ni, rasa pun sedap, khasiatnya banyak, doa2lah moga Allah beri kemudahan untuk kita dalam bulan penuh barakah ini... Selamat mencuba!

6 comments:

zura said...

Wah cam sedap je nampak fith.., nak try la nanti buat..!! huhuhuhu.., mengepam susu di bulan puasa nie mmg agak mencabar.., mmg kena kuat semangat..!! alhamdulillah laa susu zura masih cukup utk si kecik tue..

Fith said...

zura,
gambatte ne!insyaAllah bekalan susu tu cukup untuk aisy kan...
sedap laa jugak,alternatif untuk makan kurma byk2,try laa,mana tau suka ke kan,hehe

Anonymous said...

thanks for sharing...

Fith said...

Anonymous,
no prob;)thanks for reading

Heartilyina said...

wah mcm sedap je. mmg teringin nk minum susu buh almond bagai tu tp xbuat2 gak. kena bli bahan la nnt leh buat utk buka poser hihi. tq fith!

Fith said...

Ina,
cuba laa,klau buat hari2 terasa gak lecehnya tp klau seminggu sekali senang kot kan,hehe.sedap gak laa bg tekak fith ni hehe,cuba2!