Showing posts with label IMFEEN. Show all posts
Showing posts with label IMFEEN. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

IMFEEN 1st gathering 2012

Seronok!

Ahad yang lepas, kami tak ke mana2, kerana menunggu kehadiran tetamu2 istimewa. 5 of IMFEEN (Elah je tak dapat join sebab masih kat Nihong) berkumpul di rumah kami. Buat plan nak gathering ni secara tak sengaja, lebih kurang 2minggu lepas. Happy sangat dapat bertemu lagi, especially dengan Ida yang dah bertahun tak jumpa, rasanya last time jumpa Ida masa berpantangkan Rafiqh kot, means dah dekat 5tahun laa. Sekarang Ida pun dah kahwin and soon to be a mommy!

Untuk gathering kali ni kami pilih untuk buat pot luck style. Hajatnya nak jemput depa mai lunch tapi memandangkan momma 3R masih tak menang tangan nak sediakan foods so kami buat minum petang tapi sebab nak sembang lama, jemput mai awal, pukul 2! Momma 3R cuma masak mee goreng, makaroni tomato sauce(menu for kids) dan karipap saja. Thanks to Ida and Mai yang bawakan kek...

Puas laa boleh berborak lama, update latest info itu ini, suasana pun santai je sebab buat kat rumah sendiri, hihi. Kalau buat kat outdoor memang tak sempat nak sembang sangat, mata ni tak boleh lepas pandang dengan budak 2orang tu. Sebab tu I prefer kalau orang nak jumpa kami, meh laa datang rumah, senang!

Selain IMFEEN, petang tu kami juga didatangi oleh kohai(=junior) Yamadai Zambri dan kawannya. Lewat petang tu my sis-alang & family dan abah pun datang jugak. Seronok sangat setiap minggu ada tamu...

InsyaAllah end of this month Elah balik bercuti, boleh laa kita gathering lagi yer.

Tuesday, November 1, 2011

Tetamu2 istimewa

Seronok betul berpantang kali ni, almost every weekends mesti ada tetamu yang datang bertandang, even on weekdays pun selalu ada tetamu, meriah sungguh! Jiran tetangga, kawan2 mak, kawan2 I, my old friends sejak zaman muda-mudi dolu2 yang dah bertahun tak jumpa, kohaitachi(=juniors) Yamadai, saudara-mara, adik-beradik, ish ramai lah! So sapa2 lagi yang ada niat nak mai tu, haa jemput laa datang, kami sangatlah berbesar hati meraikan tetamu, hihi...

Entry kali ni nak buh gambar kawan2 lama dan juniors yang sudi jengah kami kat Ipoh ni...

1st of all, thanks to my dear BFF Naz & family. Naz ni 1 of my bestfriends masa study kat Ambang Asuhan Jepun dulu2, seangkatan laa dengan Ida, Mai, Elah dan Echo, yang dari situ lah datangnya IMFEEN, hehe. Dia juga merangkap my roommate masa 2nd year study kat situ. Bila dah sambung study kat Nihong, dah jarang amat boleh jumpa, tapi tetap contact each other. Dan kini setelah lebih 5tahun kami tak jumpa, alhamdulillah kami berpeluang bersua kembali, yang paling best tu, kali terakhir jumpa dulu I belum ada anak and now I'm already a mother of 3, Naz pulak dulu anak dara dan sekarang dah ada sorang anak, perghhh how time flies...



Next weekends tu pulak, set date with Lieza and kaklong Yati, depa ni pun seangkatan jugak sama2 study kat UM then ke Nihong. Lieza used to be my university-mate, memang rapat laa. Both of them kerja kat Ipoh ni, best sangat dapat jumpa, kemain lagi berborak, rasa tak puas bersembang. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh jumpa lagi...



Kemudiannya, baru2 ni kohaitachi yang baru je balik dari Nihong bulan 3 lepas dan kini bekerja di Malaysia pulak datang. Happy laa dapat jumpa Ain, Has dan Zambri walaupun kejap aje...


Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi menceriakan hari2 kami di sini. Rafiqh, Raziqh dan Raisha pun happy sangat2, dapat duit raya, dapat hadiah lagi. Arigatou ne minna!

Wednesday, November 24, 2010

Cerita2...

Pagi tadi dah bawa 2R ke klinik, masa sampai kat klinik sekitar pukul 10.30pagi tu tak ramai lagi pesakit tapi tak lama lepas tu punyalah ramai orang, berduyun2 pakat mai(tipu la sangat, haha), tapi hadoiii laa sesak klinik dibuatnya. I memang akan rasa rimas bila biarkan 2R terdedah dalam persekitaran orang sakit, lagipun depa dah nak sembuh dah kan, satgi tak pasai2 bawa balik penyakit lain pulak, haishhh...

Bila masuk jumpa doktor I pun explain laa apa yang patut, pungpang2 kelentong lebih-kurang, hihi, yang sebenarnya sebelum jumpa doktor lagi pun I dah tau serba sikit tentang apa yang sedang kami lalui ni sebab myLove dah google pasal penyakit ni since khamis lepas. Kira2nya dah tau dah laa apa doktor tu nak cakap, kalau tak pi pun takpa tapi sebab tertanya2 awat laa depa 2beradik ni tak sembuh betul2 lagi, tu yang pi jugak tu. Kami sebenarnya terkena sejenis virus(tak ingat namanya), it's absolutely normal to get such viruses dalam cuaca dan iklim sekarang ni. Apatah lagi kalau anak2 dihantar ke hoikuen(=nursery) atau youchien(=kindergarden), lagi mudah nak kena. Tapi depa ni bukan dapat dari situ pun, taktau mai mana entah virus ni. Takpa laa sekali-sekala Allah nak bagi sakit, hidup ni kalau tak sakit tak thrill laa kan, sakit acah2 ja, kena bersyukur jugak tu...

MyLove, me and Rafiqh kena muntah2, Rafiqh dan maknya laa paling teruk. Raziqh awalnya muntah dan kemudiannya cirit pulak. Sebab tak demam, sehari dua lepas kena virus tu badan dah mula pulih sendiri cuma rasa lemah2 badan sikit. Budak 2orang ni ja yang tak betul2 sembuh lagi, walaupun dah aktif dan dah mau makan sikit2 tapi tetap muntah dan diarrhea lagi, lepas doktor check 2R tadi, doktor kata keadaan perut depa masih belum stabil, so kena elakkan foods yang berminyak dan makanan tenusu. Memang depa pun dah kurang selera makan, nak makan japanese foods macam onigiri dan udon saja(perghhh berlagak), freshmilk pun dah lama tak minum, dok bagi minum milo semata. Doktor pun bagi laa ubat, insyaAllah sehari dua lagi elok la tu kot...

Ok, cukup2 laa cerita pasal sakit. Kita cerita pasal benda lain pulak. Minggu lepas dan minggu ni ada banyak good news among my friends...

My bestfriend Ida dah pun selamat bergelar isteri, cantik sungguh berseri2 menjadi raja sehari, tahniah buat Ida dan pasangannya Totoq, semoga Allah merahmati perkahwinan kalian! Moga mahligai cinta yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Naz pulak dah selamat melahirkan her 1st son, dah jadi mak orang dah pun makcik ni, macammana laa gamaknya gaya dia pegang baby ek, haha, teringin nak tengok, apapun tahniah buat Naz dan Bashir! Semoga baby bakal menjadi mujahid islam yang terbilang...

Seorang lagi teman blogger, Aisha pun dah selamat melahirkan puteri keduanya. Mesti comel macam kakak Aina ye, semoga baby Aida menjadi puteri yang solehah...

Tumpang merasa gembira melihat kawan2 menikmati kebahagiaan hidup...

Saturday, August 14, 2010

Elah & hubby jalan2 Yamaguchi

Elah is 1 of my bestfriend, we used to be roommates for 2years when we were students in AAJ. It has been almost 2years++ since the last time we met each other, kali terakhir jumpa kalau tak silap masa I berpantangkan Rafiqh. Out of 5 other members in IMFEEN, she's the only 1 who managed to come to my place. Though I've been to Fukui(Ida&Mai), Utsunomiya(Echo) and Gunma(Naz) but sadly I never have any chance to go to Iwate(Elah's place). She's now a fulltime housewife living in Kanagawa, almost 12hours to reach here by car, jauh giler kan?! Mungkin tak dapat ke Iwate but who knows nanti kami bertandang ke rumahnya di Kanagawa pulak kan, hihi...

Mereka bertolak ke sini jumaat malam, stucked in traffic jam for few hours, but alhamdulillah safely arrived around 3pm on the next day. I've made nasi lemak for lunch, after having our lunch we just lazying ourself sembang2 update new stories gossip2 itu ini sambil tu I baked banana cake. Then having minum petang - choco mousse brownies, karipap and teh tarik. Malamnya after dinner semua tidur awal sebabnya the next day ada agenda nak kena bangun awal pagi...

On sunday morning I woke up early at 3.30am to goreng bihun for bento, goreng tuna roll and sardin roll for breakfast. After breakfast at around 5++am, we started our journey to Tsunoshima, 1 of the most beautiful island in Japan. Other Malaysians yang terdiri dari students dan engineers dah pun ber-camping kat situ since saturday's evening so we just joined them. Perjalanan ambil masa 2jam lebih, jauh sungguh tapi puas hati sebab pulau dan pantai kat situ sangatlah cantik. Raziqh tidur sepanjang perjalanan...


jambatan yang memisahkan tanah besar dan pulau...

kanak2 riang sedang bersukaneka...

sedaplah Rafiqh ada orang tukang ombu(=back carrying)...
Rafiqh ni kalau dengan lelaki biasanya dia kureng sikit, he prefers girls more but with elah's hubby boleh pulak dia kamcing, tak habis2 panggil pakcik2, suka sangatlah pakcik azmil kuat melayan kan...


Sampai sana main2 pasir sekejap then terus terjun mandi, at first both 2R taknak mandi sangat, lepas susukan Raziqh baru dia recharged back his mood and energy, sakan laa main air. Tapi Rafiqh as usual dok teragak2 selalu, tak sporting langsung. Paksa2 jugak sampai kuyuplah dua2. Mandi tak lama, around 10am kami naik untuk makan2, kebanyakan mereka yang ber-camping tu dah siap2 kemas nak balik. Walaupun baru pukul 10lebih tapi bahang panasnya masyaAllah tak tahan sungguh. Even dah lumur sunblock kat bebudak ni but still risau depa 'terbakar', hitam tu takpa, tapi takut perit pedih tu ja, kesian depa. Lepas naik tu malas dah nak turun, bawa 2R pi mandi shower, tukar baju dan rest kat tempat teduh hingga myLove selesai mandi, tu pun tak lama, tengahari kami dah bertolak balik...

Sampai je rumah lunch, kemas2 dan rehat2 dulu, petangnya goreng karipap untuk minum petang dengan kek pisang dan air teh. Kemudiannya keluar jalan2 round Ube, then singgah makan soft cream dan taiyaki. Malamnya lepas dinner terus masuk tidur, kepenatan...

On the next day(monday) woke up as usual to prepare myLove's breakfast and bento. Dia nak cuti mulanya tapi I yang kata tak cuti pun takpa cause he still has project to be done, sebolehnya nak dia siapkan before ramadhan, if not terpaksa laa kerja teruk nanti, duk berdiri berjam2 dalam kilang, kesian laa pulak kan. Lagipun plan nak ke Shimonoseki dan Kitakyuushuu saja pun, which I quite familiar with both places, rasa yakin je nak bawa tamu jalan2 even without myLove, hihi. Lepas myLove pi kerja I settle-kan kerja2 rumah dan siap2kan budak2 ni. Pukul 9lebih kami bertolak, pukul 10lebih sampai kat Michishio, restauran makanan jepun. Tujuan utama ke situ nak makan fugu(=ikan buntal). Awal sungguh kami lunch, pukul 11lebih sambung perjalanan ke Shimonoseki. Sejak seminggu sebelum tu lagi kami dah berjanji nak jumpa kawan2 sebatch dari Hiroshima yang kebetulannya pun datang jalan2 kat Yamaguchi - both Wan Arif and his wife Cik Wan Aishah @ Ecah are our friends...

lunch...

Parked our car at Kaikyokan's parking lot, subhanallah orang punyalah ramai, mungkin sebab tengah cuti obon kot, Elah tak minat nak masuk kaikyokan, tempat2 macam ni kalau bawa anak2 best laa, tunggu Elah ada anak laa ek, hehe. Rafiqh pun dah lama tak masuk, Raziqh belum pernah lagi, insyaAllah next time kita datang lagi dengan ayah ye anak2... So we walked straight to the ferry terminal, sebelah kaikyokan. Naik feri/boat untuk ke seberang pulau Kyuushuu, sampai ke Mojiko in less than 10minutes if I'm not mistaken, kejap je pun tak sempat nak mabuk aih...
in ferry...

Sampai Mojiko jalan lagi untuk jejak Ecah&family. Jumpa tu lepak2 kejap sembang2 makan2, tak lama pun sebab Ecah&family ada plan lain nak pi shopping ke Fukuoka pulak, but we really had a great time to meet each other again after few years...

Ecah(paling kanan) with his active little boy-Hadiff. Ni 1st time jumpa Hadiff, sangat comel dan lincah...

Sambung jalan2 lagi dengan misi mencari omiyage(=souveniors), tak ingat pulak Elah beli apa, but something related to fugu I guess, yer laa, dah datang Yamaguchi, memang fugu je laa lambangnya. Jalan punya jalan, pusing2 tengok monyet punya show, kemudiannya kami balik. Langit pun dah gelap, angin pun kuat, baru dapat tahu rupa2nya taifu(=angin taufan) nak datang, tapi tak lalu sini laa, cuma tempiasnya je terasa. Dah beberapa hari tak tengok berita, tu yang taktau tu, hihi... Masa on the way balik hujan pun turun...

Bergambar bersama bananaman, maskot Mojiko...

Sampai rumah dah lewat petang, rehat2 kejap then buat cucur ikan bilis with potato untuk minum petang. Malamnya again, right after dinner I dah pengsan, hahaha... Nak bagi chance tetamu tidur awal jugak sebenarnya sebab the next day depa dah nak bertolak balik awal pagi...

Selasa pagi, pukul 7.30pagi Elah&hubby bertolak balik, kami pulak bersiap2 nak ke taki(=waterfall). Thank you so much Elah for coming, harapnya Elah enjoy laa yer selama kat sini. Sehingga bertemu lagi insyaAllah. Okey, next, siapa pulak nak datang?!

Most of the pictures above are from Elah's camera, TQ dear!

Monday, December 28, 2009

Congratulations...


Congratulations to my dear bestfriend-Elah...
She's getting married soon... *whoot whoot*

Omedetou Elah & Azmil !!!
Moga mahligai cinta yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Out of 6 members of IMFEEN, 3(Mai, Fith, Naz) dah selamat, 1(Elah) on the way, Ida and Echo?! insyaAllah soro2 ka na, ehehehe...

Thanks a lot to Elah sudi kirimkan kad dan jemput fith sekeluarga, zannen desu, hontouni ikitai kedo mata ikenai kamo, huhu...
Semoga majlis berjalan lancar, selamat pengantin baru!!!

Monday, November 2, 2009

Kad dah sampai~~~

My bestfriend, Naz yang juga merangkap my roommate masa kat kolej 11 UM dulu akan mengakhiri zaman single-nya hujung bulan ni. Walaupun berkali2 I kata tak dapat nak hadiri majlis dia, dia tetap laa nak kirimkan kad kahwin dia tu(kad print banyak yer?! hehe).
Apapun, terima kasih sudi jemput kami sekeluarga. Gomen ne tak dapat nak pi, insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi nanti, maybe by that time Naz pun dah ada babies, hihihi...

Rasanya I tak pernah tulis pasal kawan2 baik I dalam blog ni mahupun kat flickr dulu(ker ada?! tak ingat laa pulak). Mereka adalah kawan2 yang menceriakan hidup I di UM dulu, love them to the max! hiks...

Kenal baik dengan Naz ni since our early days at 5th college, may be sebab kami datang dari "negeri" yang sama(masa tu I still dok KB) kami jadi rapat. Dia duk bilik lain tapi suka betul datang melepak kat bilik kami(read:Ida, Elah, Echo and me), sorang lagi yang suka buat bilik kitorang tu macam bilik sendiri ialah Mai, hahaha. Dari bilik 4orang dah jadi 6orang, faham2 je laa kan macammana bising dan gamatnya bilik tu. Masa 2nd year kami semua pindah kolej 11, so pecah2 bilik tapi still berkawan baik. Masa tu I sebilik dengan Naz, dah macam adik-beradik dah, selalu benor gaduh tapi kejap je terus baik semula, hehe. Lepas fly ke Japan kami terpisah, Naz di Gunma, nun jauh di atas pulau honshuu, I pulak jauh di hujung bawah. Selama dok sini ada laa beberapa kali kami jumpa. Lepas grad Naz balik Malaysia while me masih merantau di sini...

I'm so happy for you. At last bertemu dengan si dia, your mr. right, may Allah bless both of you. Moga mahligai cinta kalian kekal bahagia hingga ke akhir hayat, moga dirahmati dengan anak2 yang soleh dan solehah...

Omedetou Naz, mabruk ya ukhti...