Showing posts with label Marriage life. Show all posts
Showing posts with label Marriage life. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa isteri berubah selepas melahirkan anak?!

Hari ahad lepas ada tengok 1 rancangan tv ni(tak ingat namanya), panggil beberapa celebrities cerita pasal kegarangan isteri2 depa untuk tentukan sapa antara isteri2 tu paling 'kejam' dan 'hebat' untuk bagi si suami menang 'anugerah' ala2 kena queen control untuk tahun 2010. Rancangan ni memang tiap2 minggu ada tapi selalunya mengetengahkan kes2 tentang hak2 yang membolehkan seseorang itu menyaman atau disaman, sekali-sekala dibawakan kisah rumahtangga yang pelik2, suka jugak laa tengok bila takdak movie nak tengok...

Bila tengok kes2 suami kena 'dera' ni kadang2 terfikir jugak dahsyatnya isteri2 kat jepun ni tapi bila fikir2 balik rasanya tak banyak pun beza dengan orang Malaysia. Kat Malaysia pun bukan perkara janggal pun kan bila tengok ada isteri yang tengking, herdik, jerit2 dan maki suami in public, macam dah lumrah sangat dah, yang bantai belasah suami pun dah jadi benda kecik dah rasanya. In fact ramai je my friends yang cakap depa selamba ja menjerit2 bila bergaduh atau berselisih dengan suami masing2, perghhh. Ops no komen, I pun bukan baik sangat, bukannya tak pernah bergaduh atau buat myLove kecik hati tapi tak laa sampai tahap angkat suara melampau-lampau. Dah nak masuk 6tahun kahwin ni kalau berselisih pun semuanya perang dingin, lepas beberapa jam muhasabah diri kami berbaik semula. Kalau takat benda2 remeh tu selalulah pejam2kan mata, kalau benda yang rasa besar tu bawa2lah berbincang dan saling minta maaf. Apapun, selama kahwin ni I memang tak pernah lagi membebel kat suami, haa tu rekod yang sedang dan masih cuba dipertahankan, keh3...

Apa yang menariknya ialah dalam salah satu slot cerita oleh seorang penyanyi ni yang dah kahwin lebih 30tahun dengan isterinya. Katanya isterinya mula berubah dengan ketara bila bersalin anak kedua, anak kedua tu pulak twins. Bila ditanya pada si isteri kenapa keadaan berubah, dia cakap "si suami walaupun anak dah berderet2 life-nya masih sama macam masa belum ada anak. Balik rumah mengadap tv/komputer mengharapkan mahu berehat sepenuhnya. Si isteri pulak makin anak bertambah, beban kerjanya makin meningkat. Semua nak dibuat sendiri, stress dan bebanan kerja akan menjadikan isteri berubah sikap". Can't agree more, sangat betul! Ni kes bagi isteri di Jepun yang fulltime housewife, apatah lagi halnya dengan isteri2 yang bekerja kan. Selalu baca kisah rumahtangga kaum ibu yang bekerja di Malaysia, bagaimana tertekannya nak uruskan rumahtangga selepas seharian penat di tempat kerja. Suami pulak bila balik rumah tau nak mengangkang depan tv, anak2 dilantakkan saja, tapi mulut tak habis2 komplen isteri takmau masaklah, rumah tak kemaslah, anak2 tak teruruslah, ewwahhh macam tu laa kot ye mentaliti orang lelaki melayu kan, nak kahwin untuk ada isteri sebab nak dijadikan orang gaji yang tak payah bayar gaji, grrr. Golongan suami ni habis je kerja kat ofis balik rumah dah boleh goyang2 kaki tapi golongan isteri dan ibu ni 24/7 kerja mereka tak pernah selesai. Jadi janganlah sewenangnya nak salahkan si isteri kalau taring lentok manjanya dah hilang, kalau sifat lemah-lembut-gemalainya dah kurang, kalau lunak suaranya dah tak kedengaran...

Yang menjadikan sesebuah rumahtangga tu indah atau buruk adalah terpulang pada usaha pemiliknya. Suami dan isteri tu masing2 berperanan membangkitkan keharmonian istana cinta yang terbina. Dalam setiap perhubungan pasti ada turun naiknya rasa cinta tu kan, time gaduh rasa benci menyampah dan macam nakkk je lari dari rumah, tapi bila time baik tu bercambah2 sayangnya dan rasa segalanya sanggup dikorbankan demi si dia. Ada orang kata semakin lama usia sesebuah perkahwinan tu semakin dalam laa cinta pasangannya, semakin setia dan semakin bahagia. Yer la kot kan, tapi pastinya semua tu tak wujud dengan sendirinya, tetap kita kena berusaha agar cinta yang ada tu terus mekar berbunga, janganlah pulak kita sia2kan dan abaikan hingga hubungan yang dulunya manis jadi hambar tak berperisa. Bercakap soal peranan menyemarakkan cinta ni teringat pulak I pun dah lama tak buat surprise untuk myLove, hihi(pandai ngata orang, keh3), anniversary kami pun dah tak lama lagi, tinggal sebulan lebih je, ermmm nak kena fikirkan something special ni...

Friday, September 3, 2010

Beraya di mana?!

Dah dekat2 nak raya ni, semua pakat sibuk cerita pasal nak balik kampung. Yang bujang2 no hal laa, tala rumah mak pak laa kan, tapi bagi yang dah berumahtangga ni, kena laa bertolak-ansur, kalau suami isteri dua2 tak boleh bertoleransi, dua2 pun kepala batu, silap2 gaya boleh bawa kepada perselisihan, pergaduhan dan ada jugak sampai bercerai-berai. Jangan taktau, ada suami sanggup cerai isteri, ada isteri sanggup minta cerai semata2 sebab nak balik beraya kat kampung sendiri, aduhhh sadis sungguh!

Walaupun selepas sah lafaz akad nikah isteri menjadi hak suami, tapi tindakan memaksa si isteri untuk mengenepikan ahli keluarganya adalah sesuatu yang zalim, no no, tak boleh! Unless isteri tu memang redha dan rela hati untuk patuh dengan kehendak suami, sore wa betsu no hanashi(=yang tu cerita lain)...

Bagi kami ni sifirnya mudah saja, sejak mula2 kahwin dulu lagi dah janji nak buat sistem selang-seli, tahun ni raya Melaka, tahun depan Ipoh pulak. Rasanya cara ni lah yang paling adil, selang2 ikut giliran. Tapinya dah 5tahun lebih kahwin ni baru sekali kami balik beraya di Malaysia sama2, masa pregnant-kan Rafiqh tahun 2007 dulu, tu 1st time raya kat Melaka. Lastyear myLove tak balik, I raya kat Ipoh dengan anak2 saja. So next, taktau lagi bila boleh balik beraya kat Malaysia dan taktau pun lagi nak ambil giliran macammana, kami tak bincang pun lagi, hehe...

Kadang2 pelik jugak tengok perangai orang yang refuse untuk balik beraya ke kampung suami/isterinya. Apalah salahnya tukar2 suasana kan, mak pak mertua tu pun mak pak kita jugak, family in law tu pun family kita jugak. Kalau takmau jugak2 beraya kat kampung lain, haa toksah kahwin langsung laa, duk bawah ketiak mak pak sampai bila2, haa kan senang cerita! Lagi bertambah2 peliknya bila ada lah pulak mak pak yang jenis kontrol anak menantu, seboleh mungkin nak paksa anak2nya semua balik beraya rumah dia dulu. Tiap2 tahun raya puasa raya haji sampai berperang2 buleh2 nak anak menantu balik rumah dia, selalunya akan bagi alasan konon anak2nya sikit, kalau ada sorang yang tak balik nanti sunyi laa. Aiseh, hapa ingat orang anak sikit tu ja tau sayang anak ka? Awat ingat orang anak ramai tu tak sayang anak2nya ka?! Takkk, sama ja kasih sayang tu, tak beza sezarah pun. Dah kalau tau sunyi anak sikit, awat dulu2 takmau beranak ramai2 kan, huh...

Jadinya, tahun ni anda beraya di mana?! Kami insyaAllah akan beraya di rumah kami syurga kami ni saja, hiks. Selamat pulang ke kampung, jangan bermasam2 muka ye, jangan cemari kemuliaan ramadhan dan syawal nanti dengan keegoan dan sikap pentingkan diri sendiri kita, moga lebaran kali ini lebih bermakna!

Tuesday, May 25, 2010

Doa pengasih...

Selalu kan kita dok tengok dalam drama/filem melayu, orang melayu+islam kita ni bila ditimpa apa2 musibah, sikit2 cari bomoh, sikit2 cari dukun, sikit2 cari 'perantara wali', ish3 apa nak jadi?! Jangan taktau, dalam zaman serba canggih-manggih ni pun, masih ramai antara kita yang percaya pada benda khurafat, tahyul dan yang seangkatan dengannya, yang pastinya samada kita sedar atau tak, perkara2 yang melibatkan kepercayaan ni membawa kepada syirik, menyekutukan Allah itu dosa besar woo! Nauzubillah...

Ada pulak yang kata "eh takpa, bomoh ni jampi pakai ayat qur'an, dia bomoh islam!", *sila tepuk dahi beramai2*, see betapa jahilnya umat islam kita sekarang! Kalau dah sampai berkemenyan, berjampi-serapah, ber'perantara', ber'menurun', berpulut kuning-ayam panggang-bunga 7warna-bla3 bagai, tang mana yang ISLAM nya? Semua tu dah masuk ilmu hitam dah weiii, dah bersahabat dengan jin dan syaitan!

Kalaupun kita bermasalah(contohnya diganggu makhluk halus ka, sakit 'misteri' ka, anak kecik kuat teriak ka hapa ka), kita pun pi laa jumpa ustaz/imam/tok guru or whatever lah untuk berubat atau dapatkan 'ubat', masih perlu kita percaya dan yakin sepenuh hati bahawa kita hanya berikhtiar, bukannya bergantung harap pada kuasa manusia tersebut semata2, sebaliknya kita wajib kena berserah sungguh2 pada kekuasaan Allah Taala, wajib kena percaya sungguh2 apapun yang terjadi adalah berlaku kerana kehendak Allah Taala, dan HANYA Allah yang boleh merubah segala-galanya...

Berbalik pada tajuk entry, as usual intro selalu melencong-meraban dulu, hehe, selalu sangat dok tengok dalam tv tu, asai ada problem rumahtangga ja, pakat2 semua orang suruh si isteri tu pi cari dukun, hadoiii laa, drama2 ni pun satu hal jugak, mengajar ajaran songsang! Ni lagi satu yang dah jadi penyakit keturunan orang melayu kita ni, asai suami buat hal ja, isteri pi jumpa bomoh, asai laki ada 'betina' lain ja, bini pi cari bomoh, konon nak berubat laa, ni bukan cari ubat ni, ni cari penyakit!!! Maunya tak cari penyakit, elok2 sahsiah dan ibadah kita selama ni terjaga, hanya sebab nak menangi cinta suami kita pi bodohkan diri bercampur dengan benda2 nasi kangkang-jampi serapah-minyak pengasih-bla3 konon nak bagi laki dengar cakap, dahhhhh kita pun terheret masuk dalam golongan yang dilaknat. Alangkah ruginya kita kan?!

Adik2 kakak2, hati manusia ni kan dipegang oleh Allah, termasuklah hati suami2 kita tu, Allah yang membolak-balikkannya, kalau hari ni Allah nak bagi dia sayang gila kat kita, esok-lusa Allah boleh ja buat dia benci-meluat-piang kat kita, tu semua kerja Allah, jadinya mohonlah ketetapan hati tu dari Dia, bukan susah pun, berdoa, berusaha perbaiki rumahtangga, bersabar dan bertawakkal, insyaAllah sejahtera. Apalah sangat nilainya cinta suami kita tu kalau nak dibandingkan dengan cinta Allah!!!

Sebelum I berumahtangga, seorang ustazah pernah nasihatkan supaya setiap kali nak buat kerja rumah(memasak terutamanya), even bancuh air untuk suami sekalipun, basuh tangan dan bacalah basmallah pada setiap gerak kerja, insyaAllah penuh berkat. Benda simple ni kita semua pun tau kan, tapi kita amalkan ka?! Selain tu, antara doa yang boleh kita amalkan ialah...


Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Soal hati ni jangan buat main2, besar natijahnya pada pegangan kita, so kawan2 adik abang kakak sekalian, sekuat mana pun kita diuji, jangan berpaling pada bomoh yer, muehehehe...

Wednesday, January 27, 2010

Bagaimana untuk kelihatan anggun di rumah?

Wahhh tajuk, tak tahannn...

Duhai ibu2 surirumahtangga-sepenuh-masa, tidakkah persoalan di atas menjadi sebahagian dari dilema anda?
Jika YA, mari kita berdiskusi, mari cari solusi, ecceh...
Jika TIDAK, sudilah kiranya berikan tips sebarang dua buat panduan saya, hiks...

Perempuan mana yang tak suka kelihatan cantik, bukankah cantik menawan itu naluri fitrah setiap wanita?!

Setiap hari, sudah ku aromakan rambutku wangi2, ku sikat rapi2, ku dandan teliti...
Tapi tak sampai 30minit rambutku dah serabai macam pontianak, gara2 si Rafiqh yang terlebih rajin, suka sangat bagi service saloon percuma biarpun tak dipinta. Takpun gara2 si Raziqh yang suka tarik2 rambutku tanda bergurau-senda...

Setiap hari, sudah ku pakai baju yang cantik2, selesa dan seksi(di mata suami)...
Tapi belum sempat melaram hingga ke petang, baju2ku kotor dek tumpahan susu dan adakalanya najis si anak, baju2ku comot dek kerja memasak dan mengemas, baju2ku basah dek ulang keluar-masuk tandas...

Setiap hari, sudah ku sembur perfume pelbagai jenama bersilih-ganti, biar harum mewangi...
Tapi sekejap saja mampu bertahan, kemudiannya akan kembali masam dengan bau susu, berbau keringat dan peluh...

Setiap hari, sudah ku cuba luangkan masa menyolek diri, agar anggun berseri2...
Tapi baru 2minit berdiri menghadap cermin, pelbagai tugasan rumah mula diproses minda, itu ini tak buat lagi, tak termasuk suara anak2 memanggil minta dilayan, akhirnya ku terus berlalu tanpa sempat berbedak pun lagi...

Haaa tuh dia intro-nya...

Selama bergelar isteri, I tak pernah tanya myLove pandangannya tentang penampilan I di rumah, tak pernah ambil tau pun apa yang dia fikirkan. It's not that I tak prihatin, cumanya sejak bergelar ibu ni most of the times I dah cuba bergaya, tidaklah cantik ala model-modelan tapi sekurang2nya tidaklah hodoh macam nenek kebayan. Setidak2nya bagi sedaplah mata yang memandang...

Antara tips yang I dapat bagi memudahkan penjagaan keterampilan di rumah ialah:

1. pendekkan potongan rambut - taklah kontot macam lelaki kan, paras bahu pun dah memadai, itu pun kalau suami tak kesahlah tapi kalau dapat suami cerewet nak bini rambut panjang mengurai, hah nasib laa kan. Orang lain mungkin tak rasa sukar kot bab ni tapi I memang selalu kesuntukan masa nak belek rambut...

2. pakai pakaian yang disukai suami - kalau suami suka tengok isteri pakai kaftan(baju kelawar), haa pakai ja laa, seksi hapa. Dulu ada orang cakap "hish pakai kaftan ni selekeh", laa dah kalau hentam kaftan siang malam memang arr selekeh, agak2 laa kan, haiyaa...

3. perbanyakkan koleksi pakaian rumah - jangan asyik bantai kain batik + t-shirt saja, ada masanya pakai laa skirt, seluar, maxi dan baju kurung(errrr???)...

4. berbedak - kalau tak sempat nak make-up cun-melecun pun, cukuplah dengan hanya berbedak...

5. kerap mandi dan tukar pakaian - bab ni no hal, memang I suka mandi dan suka menyalin baju, hehehe...

Tips lain, anyone???

Saturday, June 20, 2009

Frozen foods part 2

Entry ni auto-publish, agak2 kalau lama blog ni tak ada entry, ada tak orang nak rindu?! hahaha, perasan!!!

InsyaAllah mungkin sekarang ni kami dah pun berada di atas awangan, ecewah. Tak sabarnya nak sampai Ipoh, nanti boleh story-mory kisah travel kali ni kan kan kan... Daoakan perjalanan kami dipermudahkan yer...

Entry kali ni mai nak sambung part 1 yang lepas... Frozen foods kali ni ialah lauk pauk pulak. Buat 5 jenis je, ada yang stok banyak, ada yang stok sikit, depends on jenis masakan. Harap2 semuanya elok2 je sampai habis dimakan, janganlah ada yang basi ker hapa ker. Sekarang ni dah nak masuk summer, kena lebih hati2 bila kendalikan makanan ni kan. I pack pun banyak2 terus, boleh je nak pack sikit2 tapi rugi ruang laa pulak, ni pun nasib baik ada 2 peti ais yang boleh bekukan, kalau harap 1 je memang tak muat!

1. Ayam masak merah
- I buat 2kg ayam boneless. MyLove memang prefers boneless sebab senang nak makan kat ofis, pakai sudu je kan. Potong sederhana saiznya then goreng sedikit garing. Biasanya orang buat separuh masak je tapi I masak ikut selera si tukang makan, kena laa garing...

2. Ayam masak 3 rasa
- yang ni pun 2kg ayam boneless.

3. Ayam masak madu
- buat 1kg saja...

4. Sambal kosong
- buat sambal siap2 nanti myLove cuma goreng telur, ikan bilis atau apa2 je, dah boleh dimakan. Buat sikit je sebab baki instant sambal bajak dan terasi yang Indonesia punya masih banyak kat rumah ni, semua tu baki lepas tutup kedai hari tu. Kalau sambal kosong ni habis, myLove boleh guna sambal segera tu, adjust serba sikit je dah siap, sedap pun sedap!
5. Sotong masak kicap
- lauk ni kena makan cepat2, esok/lusa habis laa ni... Buat pun sikit je, nak habiskan baki sotong dalam peti ais tu...


Kalau nak buat frozen lauk pauk ni I memang akan goreng semua lauk tu supaya kuah tak meresap masuk dalam ayam/daging. Tak sure pulak boleh ker tak kalau nak campak mentah2 je macam masak paprik, tomyam dll tu, tak pernah cuba...

I mula buat frozen lauk-pauk ni sejak kahwin. Masa tu kan masih study, 3rd year pulak tu. Bagi sesetengah department, 3rd year ni dah releks dah, masa 2nd year yang hectic gila. Tapi my department lain sikit, 2nd and 3rd year memang kelas penuh. Kalau negara lain mungkin 1 sem ambil 4-8subjek kot, tapi kat sini selalunya sampai 10++. Haa bagi juniors yang selalu tanya I tak penat ker jadi wife at the same time jadi student tu I tahu diorang refer kepada tanggungjawab nak layan suami tu kan, hehe. Kalau suami tu student lain keadaannya dengan suami yang dah kerja. Suami student ni banyak masa dok rumah, time ada kelas je dia tak ada, memang banyaklah dia boleh tolong untuk ringankan beban si isteri yang sama2 study kan. Tapi kalau suami dah kerja, tak banyak boleh diharap, dia keluar pagi2 dan balik lewat petang/malam. Seharian penat kat ofis, takkan nak demand itu ini dia buat pulak kan, kalau kadang2 tu tak apa laa, betul tak? Oleh itu adik2, nak kahwin awal tu boleh, yang paling utama kita kena bersedia, mental dan fizikal... Kena laa bijak uruskan masa, baru laa tak rasa terbeban, yer tak? hehehe...
Biasanya I memang masak setiap hari, cuma kadang2 tu sengaja masak banyak2 so boleh simpan untuk hari2 yang tak sempat nak masak. Buat kuih pun sama jugak, buat banyak then simpan. Masa Rafiqh baru lahir pun I buat macam ni jugak, at least ada back up lauk dalam peti ais, perangai baby ni bukan boleh agak, kadang2 baik kadang2 meragam. Buatnya dia meragam, memang tak sempat nak masak, so tak ada laa myLove kebulur tak makan pulak kan, dah ada yang frozen ni, time2 malas ker tak sempat ker, memang sangatlah membantu...
Selain lauk-pauk yang di-frozen, I mesin cili kering seminggu sekali, bawang2 pun sama, bawang putih tu siap2 kupas dan simpan satu bekas, semuanya main agak2 cukup untuk seminggu. Haa masa nak masak tu tak ada laa terkocoh2 itu ini semua baru nak buat kan. Dah siap2 ada tu boleh panaskan minyak dan campak2 je. Mak2 yang bekerja mesti tau buat semua ni kan... My mom yang surirumah tu pun sampai sekarang buat macam ni lagi tau! Ni bukan kes malas, tapi bijak merangka kerja, muahahaha...
Habis dah cerita pasal frozen foods, ni cerita pasal instant foods pulak. Hidup kat perantauan, kadang2 instant2 ni penting jugak. Kes penyelamat bila hormon rajin tak keluar, hehe... Ni semua stok lama, tapi elok lagi laa nak makan. Brahim ni memang simpan untuk myLove guna je, I tak suka sangat masak pakai perencah ni, macam pelik je rasanya, perasan terer masak, hahaha... Stok maggi tak payah cakap laa, punya laa banyak. Makannya tak pun, simpan je buat hiasan! Tapi I tahu kalau I tak ada ni myLove makan laa. Dalam gambar tu sebahagian je tu, kalau tunjuk semua kang ada kata kami nak buka kedai pulak kan. Gambar paling bawah tu adalah sambal bajak dan terasi. Terasi ni bahasa indon maknanya belacan, kalau buat sambal ikan bilis campur dengan sambal terasi ni walla terangkat! I dulu tak reti nak guna padahal sendiri yang jual, myLove yang ajar cara nak pakai, so sekarang kalau masak sambal suka campur sikit, sedap!
Selain yang ada dalam gambar ni, ada jugak perencah2 segera lain macam nasi goreng laa hapa laa, semua tu baki masa I bersalinkan Rafiqh, tuh dia, lama sungguh tak habis2! Balik kali ni tak beli dah aih, buat menyemak rumah je, hek!
Tu je laa preparation yang I buat untuk tinggalkan myLove sementara balik bersalin ni. Janganlah pulak ada yang kata I balik Malaysia tinggal myLove sorang2 kebulur tak makan. Sedih tau, kita ni pun fikir jugak kebajikan dia, itu ini semua dah buat untuk permudahkan. Even ayam daging dan segala mak nenek bahan mentah tu pun siap2 order dah. Walaupun memanglah takkan sama dengan masa I ada di sisi, tapi sekurang2nya tak laa bebankan dia 100%, kena laa belajar berdikari jugak kan, kot2 I ni pendek umur ker, hahaha...

Sunday, May 17, 2009

1st and 2nd

Masa kami kahwin 4tahun yang lalu, tak banyak lagi servis jurugambar profesional macam sekarang ni. Nak2 pulak I diantara yang kahwin paling awal dalam my batch samada batch sekolah mahupun AAJ, so kira agak2 blur laa jugak bab persiapan kahwin ni. Dok pulak jauh kat perantauan, hampir 100% persiapan kahwin tu main serah je kat family kedua2 belah pihak uruskan. My parents pulak jenis yang mementingkan kesederhanaan dalam semua benda, memang tak merasalah nak jadi raja sehari dalam majlis yang serba mewah dan grand. Walau apapun I tetap bersyukur, sedikit sebanyak apa yang I idamkan sejak kecil dulu untuk hari perkahwinan I tu terlaksana, dan yang paling utama semuanya berjalan baik...

Gambar2 kahwin kami memang sangatlah simple, tak ada posing2 maut pun. Abah cuma upah jurugambar mahkamah untuk rakamkan detik2 indah kami tapi jurugambar tu pun bukanlah pakar sangat pun, ala kadar je laa dia dapat ambil. Atas sebab tu laa, kami rancang untuk ambil gambar kenangan kat kedai photo setiap kali meraikan anniversary kami. Selain tu, tujuan ambil gambar kat kedai tu jugak ialah sebab nak tengok "perubahan" kami dari sejak hari pertama bergelar suami isteri hingga laa bertahun2 dan berpuluh2 tahun kemudiannya, hehehe...


Malam akad nikah, setelah diijabkabulkan...


Majlis at my side...


Majlis at myLove's side...


Setahun kemudian...

Our 1st anniversary...


2 tahun kemudian...

Our 2nd anniversary...

3rd and 4th dah tayang kat entry bawah...
p/s: kawan2(perasan macam ramai laa sangat kawan blogger, haha), sila laa buh gambar kahwin kalian, tempek jugak gambar setelah setahun, 2tahun, 3tahun dan tahun2 seterusnya selepas kahwin. Macam tag laa pulak jadinya, haa nak request Ina, Murni, Mai-mommyRayyan, Ida-mamaAiman, Aisha-ibuAina, errr semua2 laa, hihi...

...Anniversary's photos...

Dah seminggu lebih dah ambil gambar2 ni tapi baru sekarang ada peluang nak upload, sebabnya baru semalam scan, hehe. MyLove baru beli mesin copy-scan-print-fax yang baru, apa ek orang panggil benda alah tu, err tak tahu laa pulak kan, so being me yang agak2 slow bab barang2 elektronik ni memang lah tak reti nak guna, so kena tunggu myLove yang buatkan.

Sebenarnya ada 2 lagi gambar yang diambil tapi dah pun di-frame-kan, bila scan jadi blur pulak, yang ni je boleh scan clear. Nanti2 kalau I berjaya dapatkan image yang cantik untuk 2 gambar lagi tu, I'll put them here ok...
4th anniversary...


Ni gambar lastyear, saja ja nak buh jugak...
3rd Anniversary...


InsyaAllah tahun depan ber-4 pulak...

Friday, April 17, 2009

Azal, ghail dan ghilah


Beberapa hari ni dok ralit baca buku "90tips kedamaian suami isteri". Secara peribadi I rasa tajuk buku ni tak sesuailah dengan isi kandungannya, hehe, pepandai je :-p. Isi buku ni lebih kepada hal ehwal perkahwinan, tak banyak pun sentuh tentang tajuk buku, tapi tak apa laa kan, banyak jugak info baru yang I dapat. Sekadar nak kongsi kat sini beberapa istilah yang dirasakan menarik.

Azal ialah perbuatan si suami yang menumpahkan air maninya di luar vagina isterinya ketika melakukan hubungan jenis.

Azal ni adalah salah satu cara untuk menjarakkan kelahiran, alah yang kita dok sebut perancang keluarga tu. Bagi umat Yahudi, azal ni berdosa kerana dianggap telah melakukan pembunuhan secara tersembunyi, sebab nutfah yang sepatutnya tumpah dalam rahim isteri diputuskan. Hal ni dibantah oleh Rasulullah SAW bahawa memutuskan nutfah dengan menumpahkannya di luar vagina bukanlah perbuatan tercela kerana nutfah bukanlah barang yang berjiwa. Rasulullah menegaskan jika Allah mengkehendaki, orang yang melakukan azal pun boleh saja membenihkan anak. Oleh itu, dalam Al-Quran tidak ada larangan perbuatan ni. Samalah jugak hal-nya dengan proses2 perancangan keluarga yang lainnya...

Azal ni perbuatan yang mubah, iaitu boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya, tetapi perlulah dapat persetujuan si isteri terlebih dulu...


Ghail ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang hamil.

Pada zaman dahulu, masyarakat arab menganggap persetubuhan ketika isteri sedang hamil akan merosakkan janin dalam kandungan, boleh menyebabkan keguguran atau bayi meninggal. Anggapan ni sedikit sebanyak mempengaruhi Rasulullah ketika itu, tapi apabila Rasulullah melihat bukti2 yang terdapat pada bangsa Rom dan Parsi yang mengamalkan ghail ini, baginda tidak jadi menyatakan keinginannya dalam bentuk larangan.

Oleh itu, Rasulullah tidak melarang suami menggauli isterinya yang sedang hamil. Perbuatan ini juga adalah mubah, pilihan setiap individu selagi mana ianya tidak merosakkan kesihatan suami dan isteri...


Ghilah ialah suami yang mencampuri isterinya yang sedang menyusu badan.

Masyarakat arab sebelum kedatangan islam menganggap hubungan jimak suami dengan isteri yang menyusu tu salah, sebab dibimbangi si isteri tu hamil dalam keadaan masih menyusu.

Alasannya sama jugak macam ghail, Rasulullah juga tidak melarang perbuatan ghilah ini berpandukan kepada bukti2 yang ada pada bangsa Rom dan Parsi.

Dalam konteks hamil dan menyusu ni, ada sesetengah pihak yang memandang ianya salah berpandukan situasi di atas tanpa melihat dengan lebih dalam lagi asal usul nas terbabit.


Wednesday, March 25, 2009

不倫、浮気

Pengertian istilah2 ni I ambil dari wikipedia...


不倫(ふりん furin) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain...
不倫は配偶者のある男や女が、配偶者以外の異性と恋愛し、性交を行うことをいう(配偶者のいない男や女が、配偶者がいる異性と恋愛し、性交を行う場合も含む)。


浮気(うわき uwaki) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain atau kekasih yang curang pada pasangannya...
浮気は結婚相手以外との恋愛(不倫)、または恋人に無断で他の相手と恋愛すること。


Dengan erti kata lain, CURANG laa... Dalam bahasa mudah, kita sebut "main kayu tiga"!


Beberapa hari ni dunia hiburan jepun dikejutkan dengan berita perceraian artis dan model terkenal Fujiwara Norika dan suaminya pelawak Jinnai Tomonori. 1st time I dengar tentang gosip rumahtangga diorang ni about few weeks ago dalam ruangan gosip pukul 3petang. I told myLove about that, they said Fujiwara Norika is having affair with her ex-boyfriend. MyLove pun terkejut, 1st impression nampak macam Fujiwara yang tak baik laa...
Tak lama lepas tu keluar pelbagai spekulasi keadaan rumahtangga diorang ni sehinggalah kelmarin masa tengok tv pukul 6.30pagi berita mengesahkan perceraian mereka, apa yang lebih memeranjatkan, pagi tadi Jinnai buat pengakuan sebenarnya dia yang uwaki. MyLove kata rasa macam baru je diorang tu kahwin, tapi sebenarnya dah lebih 2tahun pun. Bagi japanese 3tahun awal perkahwinan masih dianggap 新婚(shinkon=baru kahwin @ pengantin baru). Kalau kita kat Malaysia sampai berapa tahun ek dipanggil pengantin baru? hehehe. Kiranya pasangan ni masih dalam mood honeymoon laa. Apapun sebagai orang luar, no one layak komen on krisis rumahtangga sesiapa pun, itu prinsip both of us. Just shut your mouth up! Cause in reality, we don't even know the fact, right? Kita nampak yang luaran je, yang dalaman tu hanya mereka yang terlibat je tahu. As myLove always say "裏の話はだれも分からんよ。" (=cerita disebaliknya tak siapa pun tau)...


Eh, I bukan nak cerita pasal diorang berdua ni, hahaha... Intro je tu...


Sekarang ni setiap petang pukul 4 ada drama ulangan, tajuknya ウーマン・ウォーズ不信のとき~(=women wars-At the time of infidelity) . Drama ni mengisahkan sepasang suami isteri yang lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahayamata. Si suami ni ada hubungan sulit dengan seorang pekerja kelab sehinggakan perempuan tu hamil. 3tahun sebelum tu si suami ni pernah jalinkan hubungan dengan isteri orang dan mempunyai seorang anak lelaki dengan perempuan tu. Si isteri pulak adalah fulltime housewife yang sangat teringin nak anak sendiri, dia berusaha keras untuk hamil tapi nasib belum menyebelahinya. Dia ke klinik buat test dan dapati dirinya tak ada masalah untuk hamil melainkan usianya yang dah 30++, si suami pun buat test jugak dan result-nya pun ok. Of course laa si suami confident yang dia tak ada masalah sebab dia dah pernah hamilkan perempuan2 lain kan(wife dia tak tahu). I tengok cerita ni tenggelam timbul, dulu tengok pun tak ingat snagat dah tapi dari apa yang my junior kata, sebenarnya isteri dia berpakat dengan doktor untuk kata si suami ni tak ada masalah nak dapat anak. Dipendekkan cerita, tak lama kemudian si isteri bekerja dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Dia buat macam tu sebab geram/tertekan dengan semua orang yang kata dia mandul, walhal sebenarnya si suami ni tak ada sperma.
Tapi, dari mata kasar, both of them have no problem with their relationship, bahagia macam pasangan lainnya, they still having sex like usual and they even know that both of them are seriuos in making a baby. Masing2 tak mahu berterus-terang dan akhirnya terperangkap dalam hubungan sulit. Kesimpulan yang I nak cerita kat sini ialah tentang sikap curang pasangan ni wujud di mana2, dalam setiap celah kehidupan seharian akibat dari sikap pasangan tu sendiri.


Dulu I used to think that hanya lelaki yang curang pada pasangannya, tapi sekarang(read:lepas kahwin) baru I tahu hakikatnya sesiapa pun boleh curang! I don't really care kalau yang curang tu cuma pangkat kekasih je, tapi it's really big and huge problem if husband @ wife yang bertindak macam tu... Walaupun dalam islam, para suami berhak kahwin lebih dari 1, ianya bukan lesen untuk dia berlaku tidak jujur dalam hubungan suami isteri tu kan... Dalam masyarakat kita, suami yang curang ni masih boleh "dimaafkan", selalu orang tutup sebelah mata je bab ni, tapi kalau isteri yang curang memang 44keturunan laa kena caci maki. Dalam agama kita kedua2 pihak menerima hukuman yang sama, tak apa laa para suami terlepas hukuman dunia sebab kat akhirat nanti dia takkan mampu lari lagi!


Ada 2komponen utama untuk membentuk institusi rumahtangga, perlu ada suami dan perlu ada isteri. Untuk membahagiakan dan memantapkan jalinan tersebut kedua2nya kena memainkan peranan, mana boleh sebelah pihak ja bersorak sakan, yang sebelah lagi buat derk je kan. Begitu jugak laa bila ada apa2 masalah, masing2 kena bertindak jujur dan berterus terang. Selalu dengar suami main kayu tiga sebab isteri kat rumah tak cantik, selebet macam orang gaji! Isteri tak pandai masak, isteri tak pandai layan, isteri itu isteri ini, nak short cut settle problem, pi cari kekasih gelap! Dari cari "makan luar", baiklah kahwin lagi, tapi kot yer pun nak kahwin lagi, suluh laa diri tu dulu. Satu bahtera pun tak mampu nak kawal, ada hati nak pandu kapal lain, poorah!
Bab isteri berpaling tadah ni pun banyak jugak puncanya, sama jugak, semuanya bermula bila masing2 dah bosan dengan kerenah sesama sendiri tapi malas nak berbincang. Semua nak jalan mudah... Hmmm dunia2...


I'm sure ramai yang tahu kan salah satu faktor yang membawa kepada keretakan rumahtangga masa kini ialah "internet". Dashyat sungguh penangan internet ni kan kalau nafsu tak dapat dikawal. Part suami digoda perempuan lain melalui chatting dll tu I rasa perkara biasa laa sebab lelaki ni memang mudah tergoda pun. Tapi apa yang memeranjatkan ialah si isteri yang terjebak dengan cinta cyber ni, aduhai gawat!
I bercakap dari pandangan I sebagai isteri je ye, kalau tak setuju boleh abaikan. Once dah jadi isteri, I letak pelbagai batas dalam kehidupan seharian, especially dalam perhubungan dengan lelaki2 bukan mahram. I do this cause me myself tak boleh bagi 100% guarantee that I tak bertindak melampaui batas. So tak salah rasanya sebagai langkah berjaga2, I meletakkan garis panduan on how to communicate with other men. Selepas sah jadi isteri, I tahu "taraf" I perlu diletak dimana dan selayaknya I mendapat "penghormatan" bukan saja dari suami sendiri malah dari lelaki2 di luar sana. Mereka tak boleh sewenangnya memandang maruah I dari sudut yang rendah, sebab sekarang I bukan saja bawa imej I semata2 tapi I juga menjadi cermin suami. Selain dari urusan bisnes dan urusan rasmi, I tak pernah menerima salam perkenalan dari mana2 lelaki, baik dalam internet(friendster dll) mahupun alam nyata. No more male friend in my life. I tak chatting dengan lelaki2 lain selain dari urusan penting, melainkan mereka kawan2 lelaki yang dah lama I kenal dan myLove jugak kenal. I never talk about my personal life or problems with other men, kawan perempuan bersepah, tak payah cari lelaki! Walaupun myLove tak pernah mention apa2 pasal ni tapi I sendiri mulakan langkah pertama kerana mengelak bibit2 fitnah tu adalah tanggungjawab semua isteri. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk mereka cemburu atau tak suka dengan tindakan isteri sebab tak mahu dikatakan mengongkong, tak macam perempuan kan, kalau tak suka memang cakap/tunjuk depan2. Apa yang I rasa I tak suka myLove buat, I takkan buat at the first place. I cuba sebolehnya berlaku jujur dan setia terhadap suami, dengan harapan dan doa dia jugak akan buat perkara yang sama...

Haa panjang dah membebel, lain kali sambung lagi, hahaha...