Nasi empit tu pakai yang segera punya, cap Nona, senang amat laa kan, budak darjah 1 pun boleh masak, buh air, buh garam sikit, rebus je sampai masak, angkat dan tos, siap! Tunggu sejuk dan potong2...
Untuk kuah kacang tu I buat pakai resepi nenek...
Bahan2: (sila agak2 sendiri yer)
*bawang merah
*serai
*lengkuas
*jintan manis
*jintan putih
*buah keras
*cili mesin
ayam - potong kecil2
gula merah/perang
gula pasir
garam
air asam jawa
kacang tanah - dikisar
Cara2:
- bahan bertanda * dikisar
- tumis bahan kisar hingga naik bau
- masukkan air dan ayam
- masukkan bahan2 lain dan adjust rasa
- masukkan kacang tanah
Choco banana muffin
Macam biasa, resepi dicilok dari myResepi...
http://www.myresipi.com/top/detail/1050
Chicken chop
Dah pernah dah buh entry chicken chop ni dulu tapi kali ni buat ayam tu perap dengan rempah kari, tu pasal laa bila goreng warna ada sikit gelap.
Ayam - pakai boneless dikelar2 bahagian yang tebal dan dicucuk2 dengan garfu. Kemudian diperap dengan lada hitam, sedikit garam dan gula, rempah kari. Salutkan dengan telur dan breadcrumbs sebelum digoreng dalam minyak yang panas.
Kuah black pepper - panaskan kuali dan diletak sedikit butter. Tumis bawang besar dipotong dadu dan bawang putih diracik halus. Letak sos cili, sos tomato, sedikit kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali buh mix vege kalau suka laa...
Coleslaw - cara yang sama dengan before2 ni buat jugak.
Ayam panggang prune
Ayam diperap dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk hancur, gaulkan jugak buah kurma dan buah prune, jus lemon, serbuk lada hitam/putih, sedikit garam dan gula. Sebelum bakar lumurkan ayam dengan sedikit minyak dan taburkan bawang besar.
Ni hidangan makan tengahari ahad lepas...
Ayam diperap dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk hancur, gaulkan jugak buah kurma dan buah prune, jus lemon, serbuk lada hitam/putih, sedikit garam dan gula. Sebelum bakar lumurkan ayam dengan sedikit minyak dan taburkan bawang besar.
No comments:
Post a Comment