Almond london ni pun 1 of my favourite raya cookies jugak, but this is my 1st attempt of making it, selama ni mak yang tolong sponsor. Tahun ni mak kata mak tak dan pi tengok kat kedai2 lain, tengok kat kedai kek dekat2 rumah tu ja tapi tak juai lagi, so mak tak dapat nak kirim. Takpa mak, tahun ni memang takdak kuih beli, semua anak mak buat sendiri, keh3. Resepi biskut ni macam biasalah cilok dari myResepi, memang mantap, tapi dah alter a little bit lah! Thank you mama kastam tioman for the yummilicious recipe!!! Untuk resepi original, sila refer sini...
Bahan2:
250 gm butter
120 gm gula icing
1 biji kuning telur
270 gm tepung gandum
90 gm tepung jagung
30 gm cornflakes - kisar halus
30 gm badam - kisar halus
paper cup
coklat masakan
minyak jagung
badam racik
Cara2:
- pukul butter bersama gula, masukkan telur
- masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang dah diayak, masukkan cornflakes dan badam
- uli hingga menjadi doh
- buat bulat2 memanjang, bakar pada suhu 180 darjah selama 20minit
- biarkan sejuk
- untuk hiasan : masak coklat masakan bersama minyak jagung dengan kaedah double-boiler, celup biskut dalam coklat dan masukkan dalam paper cup, tabur badam racik, biar mengeras
Selalunya almond london orang letak badam biji dalam biskut tu kan, tapi sebab kat rumah ni tukang makannya adalah budak2 kecik, untuk elakkan risiko tercekik makanya mak depa blend saja laa. Kalau resepi asal tu pakai nestum tapi I tukar cornflakes sebab nestum yillek, mana nak cari, bukan anak2 I makan nestum pun. Biskut ni sedap, even tak salut coklat pun sangat sedap...
Resepi seterusnya ialah biskut mazola ataupun ada jugak orang panggil biskut kacang. Yang ni pun rasanya 1st time buat, tak ingat laa pulak kalau dulu2 pernah buat. Ambil resepi ni kat fp my sil-kaklong, thank you kaklong!
Bahan2:
250 gm tepung gandum
200 gm gula (I guna 170gm saja)
200 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan dikisar
minyak mazola - secukupnya
kacang
kuning telur
Cara2:
- campur semua bahan2 dan masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit hingga boleh membentuk doh
- bentukkan, letak kacang dan kuning telur sebagai hiasan
- bakar pada suhu 160darjah selama 15minit++
Disebabkan tak jumpa cari kacang tanah, makanya belasah ja laa pakai kacang yang orang makan sebagai kudapan tu, hahaha, suka-suki ja tukar2. Taktau laa rasa macammana, baru ja siap bakar ni, tapi rasa2 sedap laa kot, baunya perghhh menggoda sungguh, biskut ni pun sangatlah gebu...
6 comments:
rajin beno fith dah buat memacam kuih..
wah biskut mazola! suka! terlupa terus kuih ni. if not ritu leh suruh mak kirim sama hihi
kak noora,
teringin nak makan laa kak,apa yg teringin semua nak buat,haha,hbs arr pas raya ni jd ikan buntal laa...
ina,
fith pun suka biskut ni,sbb mmg rasa lemak2 kacang kan.haa takpa,tunggu blk msia boleh mkn,hihi
wahh, boleh la try. almond london mmg favourite.. kalau fith yg susume, mesti sodap!
Fith...baru hari ni terfikir nak buat biskut raya....dan kuih raya yg terlintas di fikiran adalah yg fith letak kat blog fith ni....baru la hari ni duk nak tulis resepi ni....nak usha bahan...harap harap jadila kan...amat jarang buat kuih raya....tahun ni...just aim dua jenis ja...satu almond lanndon dan satu lagi tgh duk fikir nak buat yg mana....
my,
cuba laa,fith suka jugak biskut tu.selalu klau beli doh biskut kureng sikit tp resepi ni mmg sedap,puas hati...
norlin,
hehe sempat lg ni nak buat biskut.cuba2,insyaAllah jadi.almond london mmg best kan,plg cepat hbs biskut ni lah...
Post a Comment