Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Curry-puff

Lama sungguh tak buat karipap. Setahun setengah kat Msia, sekali pun tak pernah buat kuih-muih sendiri, main beliiiiii ja, sebut saja teringin nak makan apa, semua boleh dicari kan. Kat rumah tu takat goreng cucur2 bolehlah, sabaq je laa, punyalah pemalaih!
 
Haaa la ni dah pindah duk jauh, apa teringin nak makan buat ler sendiri! Bolehlah mengilap kembali skill memasak dulu2, ahaks...
 
Beberapa minggu lepas dok sakan buat kuih keria. Sempat buat beberapa kali tapi asyik lupa nak snap gambar. Buat banyak2 dan simpan dalam freezer, goreng waktu pagi untuk breakfast dan bagi 2R bawa bento ke sekolah. Kena 4-5kali bawa kuih keria, depa dah bosan dah, minta nak bawa karipap dan donat dan pizza dan entah hapa2 lagi lah. Uishhhh sabaq2, satu2 yer anak2, mak hangpa ni baru saja nak panas enjin, hangpa dah siap susun menu tak hingat dunia dah eh!
 
Lastweek 2 kali buat karipap. Mula2 hari selasa tu buat intinya dulu. Siap inti tu simpan dalam fridge, the next day baru buat 1st batch karipap. Dah bertahun2 lamanya tak uli doh dengan tangan, selama ni dok pakai breadmaker saja kan, sukat2-campak2-tekan2-tunggu-siap! Sekarang kena guna tangan balik laa sebab BM tinggal kat Msia, tak berani nak buat banyak2 ikut sukatan biasa so buat dalam separuh adunan saja, lebih kurang 200g tepung gandum. Hasilnya dapat laa dalam 30biji karipap kecik2. Settle 1st batch untuk makan sendiri dan beri sedikit kepada ustazah yang datang mengajar 2R mengaji, alhamdulillah...
 
Jumaat lepas disebabkan nak perabih inti tu buat laa sekali lagi, 2nd batch ni hasilnya lebih gebu compare yang sebelum ni. Dapat laa 30biji lebih jugak, sebahagian tu digoreng half-cook untuk frozen, sebahagian lagi goreng elok bagi pada jiran...
 
 Misi berikutnya taktau lagi nak buat kuih apa pulak. Yang pasti, peralatan tak lengkap lagi, kena beli serba sikit untuk complete-kan equipment, baru syiok nak memasak kan?! As of now, kat sini nak kena cari periuk pengukus, besen besar, hand-mixer dan lain2. Balik Msia nanti boleh laa angkut segala mak-nenek perkakas buat kuih yang tersimpan saja tu. Nak bawa mai penimbang, acuan2, breadmaker etc. Plan nak beli magicpan jugak, baru tau yang magicpan tu macam2 boleh buat, huhu ruginya hari tu tak beli bawa mai sini...
 


Sunday, June 26, 2011

Rutin harian...

Rutin harian kat sini simple saja, in fact sangat2 simple!

Bangun pagi pukul 3.30 untuk subuh, tidur balik dan bangun pukul 6 terus masak nasi, sediakan breakfast dan masak nasi goreng untuk bento(=lunch pack) myLove. Breakfast selalunya makan roti saja, untuk mama dan 2R akan makan cornflakes+freshmilk dulu, lepas tu lewat2 sikit bedal roti dan biskut pulak...

Lepas ayah depa pi kerja, mandikan 2R dan basuh kain-baju. Kemudiannya mama hadap laptop jawab email2 customers, message dan merewang2 dalam internet. Budak2 ni main je laa, nak buat apa lagi kan...

Pukul 11 lebih baru sediakan lunch. Lunch kadang2 nasi goreng, kadang2 spagetti. Senang amat! Kalau tanya 2R nak makan apa, jawapan depa mesti spagetti/udon. Udon tarak kat sini, tapi sebenarnya depa maksudkan spagetti tu. Kalau kat Jepun memang 2-3kali seminggu makan udon, kat sini spagetti je laa, pun begitu, mama 2R tak reti masak spagetti lain selain guna base tomato, kat Jepun dipanggil naporitan spagetti, tiap2 hari makan spagetti tomato, tu pun budak2 ni tak reti nak jemu, kesian kat hangpa, hihi. Nanti2 laa mama belajar masak spagetti jenama lain pulak eh. Sat lagi masak pelik2 hangpa tak reti nak telan pulak kot...

Ni spagetti ka mee goreng?! hehe...



Lepas lunch, makan dessert pulak, selalunya yogurt laa. Kat sini macam2 jenis yogurt ada, yang pekat, yang cair, yang pack kecik2, yang dalam kotak 1liter, etc etc. Murah2, rasa yogurt sini lebih kurang macam Nihong jugak, tak masam sangat...

Chocolate&vanilla yogurt with strawberry...


Pukul 2~4petang budak2 ni tidur. Haa sejak mai sini, almost setiap petang I tidur, hahaha. Kalau sebelum2 ni punyalah seksa mata nak lelap siang2 tapi sekarang senang lah pulak. Mungkin sebab malam2 tidur lewat, tunggu settle solat dulu baru tidur, bangun awal macam biasa so agak 'kurang' tidur sikit compare to masa kat Nihong dan Malaysia, kat sana pukul 9 dah hanyutttt...

Bangun petang kami selalunya makan ringan2 dan minum susu. Budak2 ni sambung berkuntau sampai pukul 5lebih I akan bagi depa keluar kalau tak hujan. Jalan2 kat area sini saja, pi mai pi mai seround 2, balik! Pukul 7 masak dinner...

Yang ni menu bila entah, nasi + sup ayam + sambal ayam + ulam timun saja. Sempoi habis menu harian kami kat sini. Dalam gambar tu nasi 2R, buh sup ayam dan kicap saja, kalau makan sayur mentah mesti letak mayonis...



Ni timun kat sini, rupa bentuk dan warna macam Nihong punya timun tapi saiz gemuknya dan rupa dalam macam timun Malaysia. Harga 0.68euro sebiji...


Sebelum pukul 8 biasanya dah dinner, pukul 8 baru mandikan 2R dan get ready untuk tidur. Masa tidur dah berganjak sedikit, pukul 9 baru depa lelap...


Agak santai jadual hidup kat sini tapi tetap rasa penat setiap hari...

Friday, June 17, 2011

Strawberry @ Aardbei

Aardbei means starwberry in Dutch...

Orang Holland tanam strawberry kat laman rumah depa macam tanam rumput je, jeles I tengok! Negara yang subur macam Holland ni tanam apapun semuanya menjadi, tengok rumput depa dah laa, subhanallah seluas mata memandang menghijau bagaikan dijaga rapi, cantik amat! Ini kan pulak kalau ditanam pokok2 bunga, buah2 dan sayuran, macam senang ja nak hidup subur...

Kat Tiel ni terdapat banyak ladang pear, apple, cherry dan macam2 lagi. Kalau pi kedai atau supermarket, rasa happy sangat bila tengok longgokan buah2 ni, especially buah2 berries macam strawberry, blueberry, blackberry, raspberry dll, ish mama 2R memang suka laa, tu baru tengok je tu, belum beli dan makan lagi. Kalau dapat makan hish berganda2 laa seronoknya...

Awal2 sampai sini hari tu Europe ada masalah pencemaran virus/bakteria(not sure) e-coli, so dinasihatkan tak makan buah2 dan sayur2an. Makan hati laa mama sebab boleh tengok je tak boleh beli, sedih sangat2 sampai terbawa2 moody-nya, pelik sungguh perangai orang mengandung ni kan?! Haa sekarang masalah tu dah reda, apalagi, qada' laa balik makan segala yang dok teringin mengidam selama ni...

Hari ni kami keluar lagi. Malas sebenarnya tapi kesiankan 2R dan memikirkan yang mama jugak perlukan senaman, ditambah dengan barang yang nak dibeli tu penting, so keluar je laa. Kali ni kami berjalan jauh sikit, pi satu kedai yang depannya ada gerai buah/sayur tapi malangnya masa kami pi tadi gerai tu tak buka pun, bukan rezeki kami lah tu. Masuk dalam kedai tengok2 ada jual buah2 jugak, bila tanya harga wow murahnya. Tauke kedai tu tak boleh cakap english pun tapi sebab dia sebut harga dan mama 2R tau sikit2 dah bahasa dutch macam nombor, hari dan few other words so faham ler sikit, haha. Cuma beli strawberry je, 1.75euro. Teringin nak beli cherry dan plum jugak tapi punyalah banyak diisi dalam 1 pack, cherry tu 1kg cuma 3euro, kalau yang saiz mini(1st time tengok) sebakul cuma 1.5euro, memang murah2 tapi tak jadi beli sebab risau banyak2 sangat kang tak larat nak habiskan, mama sorang je nak makan, nexttime laa beli yang tu pulak, jangan tamak, hihi...


Sebakul besar ni kalau tak silap beratnya lebih dari 1kg, memang banyak sangat2, tauke tu siap tambah2 lagi. Tak masam sangat tapi tak manis, 2R pulun makan terkejut mama tengok, si Rafiqh tu memang tau dah dia suka tapi si Raziqh ni pelik pulak sekarang, before ni benda2 masam jangan harap ler dia nak telan tapi lately suka pulak. Hari tu beli apple pun masam dia bantai je, strawberry pun dia boleh makan banyak, selera dah bertukar yer dik?! Kalau macam ni gaya 2R makan, lepas ni boleh borong sakan laa...

Spagetti mama pelik?!

Sejak dijamu spagetti untuk breakfast ahad lepas masa kat London(kami menumpang kat rumah kawan2 myLove), si Rafiqh tak sudah2 sebut nak makan spagetti. Memang favourite 2R laa adik-beradik suku-sakat spagetti, udon, soba, mee, bihun dll, suka sungguh2, dah lama tak dapat makan, ketagih laa gamaknya...

Rabu lepas dah pi beli spagetti dah, so semalam for lunch mama masak spagetti. Tak beli pun tomato puree atau paste tomato tu, ganti dengan fresh tomato dan sos tomato saja. Letak daging dan apple slice baki dari makan tak habis hari sebelumnya tu, haha mama 2R memang suka merapu, itu perkara biasa...



Bila tengok spagetti mama dah siap, Rafiqh kata kat Raziqh "spagetti mama pelik kan?!", mama pun tanya "aiks, tang mana yang peliknya?". Tersengih2 dua2 orang, taktau pulak dia nak jawab, hish. Tapi bila dah makan pandai pulak dua2 cakap oishi(=sedap), nasib baik pandai memuji, ahaks. Pelik2 pun tak cukup lunch, dinner pun hangpa demands spagetti jugak, alahaiiiilaa anak. Tapi mama tak buatkan pun, pujuk dan paksa depa makan nasi jugak2, hehe...


Untuk dinner buat daging masak tomyam, cincai habis! Bahan2 tomyam langsung tak lengkap, serai takdak, lengkuas takdak, daun limau purut takdak, sayur2 pun tarak, argghhh nak tunggu serba-serbi tu ada memang tak makan hapa laa kami jawabnya. Belasah ja laa ala-kadar, asalkan ada rasa tomyam udah, kan kan?!




Menu kedua ialah salad with chicken and omelet. Ayam di-slice nipis2, perap dengan garam, lada sulah dan serbuk lada hitam, kemudiannya bakar dengan mayonis. Baki minyak ayam dan mayonis tu tak buang, buat goreng telur pulak, aromanya marvellous! Hancur2kan telur dan biarkan ayam dan telur sejuk sebelum susun atas salad, dressing pakai mayonis saja, simple!




Hari ni lunch makan spagetti lagi. Untuk dinner taktau lagi nak masak apa, ermmmm...

Wednesday, January 5, 2011

Makan2 musim cuti

Antara masakan yang dimasak sepanjang minggu lepas. Dah sebab tak berapa rajin nak masak, nak ambil2 gambar ni lagi ler tak rajin kan?! Letak je laa mana2 gambar yang ada...

Nasi jagung ni 1st time test masak untuk hari jualan sabtu 2minggu lepas, 1st time jugak makan nasi jagung. Minggu lepas tak meniaga, cutikan diri sendiri sebab kampus tutup so students ramai yang pi travel, minggu ni pun rasa macam tak meniaga jugak kot. Minggu depan baru jalan balik bisnes insyaAllah. Nasi jagung ni gu-kan dengan ayam masak 3 rasa, daging black pepper dan acar timun, not bad laa, I memang suka jagung, 2R pun suka, myLove pun takdak complain apa2, kira ok laa tu kot, hiks...

Hari sabtu tu myLove kerja, salji turun agak lebat dan angin bertiup agak kuat, malas nak bawa 2R keluar tapi no choice, keluar jugaklah meredah salji. Lawak tengok muka dua2 budak kecik ni yang terkebil2 menahan sejuk, kesian pun ye jugak. Bila dah settle hantar order I bawa depa ke supermarket membeli barang sikit dan upah sorang sekotak choco ball, kemain suka lagi depa. Petangnya tak ke mana2 pun, plan nak pi Tokiwa Park pun cancel sebab tak tahan nak ber-out door lama2 tengah2 snowing ni. Bagi orang yang duk area yang salji turun melimpah-ruah tu memanglah tak kesah dan tak heran langsung dah takat salji2 ni tapi bagi kami yang salji turun sekali-sekala ni terasa hebat jugaklah nak meredah sejuk tu, malas semalas-malasnya! Makanya kami duk rumah layan drama sambil makan aiskrim, huishhh nikmat woo makan aiskrim time sejuk2 ni, rasa aiskrim tu double triple sedap! Kat rumah ni tak kira musim apa pun, stok aiskrim sentiasa available...



Buat moist chocolate cake atas 'permintaan' Rafiqh, tak nyempat2 tunggu sejuk, tengah panas2 tu terus decorate dan potong dan makan. Rupa asal kek ni huduh amat, dah tu pi potong masa tengah hangat lagi kan, siap ada budak kecik sorang tu tolong cucuk2 pulak time mama bagi izin tabur choc rice tu, perghhh hancus kek, tu yang ambil gambar kek yang dah dipotong, baik punya cover, hehe. Dan entah mana silapnya kali ni buat ter-tawaq sikit, haha, tapi sebab depa ni dah biasa makan tawar2 so no hal la, sehari ja balun licin sebiji kek, waduh2...



Sepanjang minggu lepas buat pau kari ayam ni berpuluh2 biji, untuk tempahan dan untuk disimpan buat breakfast masa cuti tu jugak...



Pau coklat pun buat jugak untuk 2R, suka sangat laa dapat makan pau yang keluar coklat meleleh2 tu kan, sekali hadap Rafiqh boleh habiskan 4biji, hebat aih bab makan, tapi badan cekeding situ jugak, haihhh. Pau ni tak berapa jadi sebenarnya, silap sukat tepung, supposed to add cocoa powder dalam timbangan tepung tapi I sukat tepung ngam2 sukatan asal then tambah serbuk koko asing pulak, makna kata terlebih 'tepung' terkurang air, jadi ler keras sikit. Lesson learned! Next time please take note yer mama 2R, sokmo2 hang loqlaq!



Tiba2 mama2R rasa teringin nak makan puding karamel, buat puding karamel lapis coklat ni sebab 2R suka part coklat tu, mamanya makan yang plain tu saja...



Masa birthday party Rafiqh hari tu tak puas makan coffee mousse tu so buat lagi tapi kali ni layer2 dengan kek, ermmm tak suka sangatlah yang layer, I prefer yang bawah kek atas mousse tu, lagi terasa moussenya, nanti2lah buat lagi. Mana boleh buat kerap2, gemuk la mama...



Sempat jugak godek murtabak dan roti canai frozen ni. Murtabak buat untuk minum petang, dok ada lagi dalam freezer tu. Roti canai untuk breakfast laa sebab dah lama tak breakfast roti canai sampai myLove tanya lah, dan-dan tu terus buat. Pekena dengan kari daging, terangkat! Weekends ni nak buat lagi, dah licin dah stok frozen roti canai ni...



Seperti yang dirancang buat jugak nabe. Petang sabtu lepas pi beli bahan2 nak buat nabe, malamnya kami ber-nabe. Buat simple saja, tak beli pun periuk tembikar tu sebab yang target nak beli tu kecik sangat, tak muat pun nak isi semua bahan2, kalau nak beli yang besaq tu baik guna periuk nabe elektrik yang dah sedia ada ni, dok kerja angkut beli priuk belanga sampai tak dak tempat dah nak simpan. Rumah dah la sekangkang kera ja kan, nanti2 tunggu nak balik Malaysia baru laa nak beli kot...

ayam, udang, sotong, kaki, hotate...

hakusai, cendawan2, carrot, chikuwa dan fishcake...

makan dengan udon, sedap!

kimuchi sotong, hat ni paling heaven sekali!
Selama ni I tak suka makan kimuchi, pedas dan masam terlampau, not a good combination for me. But not to this kimuchi, enak sekali! Jiran yang bagi, memang sedang elok ja sehari before kami nak makan nabe dia mai bagi, macam tau2 ja nak pi beli. Yang ni best sebab pedas tapi tak masam sangat, kena dengan tekak I ni, dia bagi satu pek, ada lagi dalam fridge tu...


Ok, tu je gambar yang ada. Selain yang kat atas tu, buat jugak cucur2, donat, karipap, mee goreng udang, nasi lemak dan lain2. Minggu ni taktau nak try menu baru apa lagi, adehhh sejuk2 ni malasnya nak masak, rasa nak order2 je, hehe...

Wednesday, December 22, 2010

Beef-steak-tak-jadi

Jumaat lepas, dalam dok kalut2 buat kerja itu ini sempat lagi memerap ayam dan daging. Ayam tu nak buat chicken chop untuk makan malam, daging tu pulak nak buat steak untuk minum petang, tuh dia, western sungguh! Tiba2 ja rasa teringin nak makan, tu yang buat jugak tu. Perap dari pagi tapi lepas masak daging tu still tak berapa lembut, nak rebus terasa sayanglah pulak nanti keluar air manis daging tu kan, ermmm takpa laa, next time cuba lagi, ni pun dah kali keberapa buat pun tak ingat dah, asyik fail ja, hahaha. Nasib baik buat sikit saja, kalau dak jenuh nak menelan. Untuk 2R gorengkan fries saja, depa tak berapa reti makan daging2 ni...

Untuk dinner buat nasi goreng masala dan grilled chicken chop bbq sauce, gambar tak ada, lupa nak ambil. Hasil untuk ayam memang best, lembut dan juicy bahagian dalam dan garing bahagian luarnya. Rafiqh dan Raziqh langsung tak makan nasi tapi pulun makan ayam saja...



Sabtu pagi menjual macam biasa, menu jualan ialah nasi goreng cina dan kung pao chicken. Sebab lauk-nya 1 saja tapi harga sama macam selalu2 so bagi extra dadih untuk setiap set nasi. Sengaja pilih menu yang simple sebab banyak lagi kerja nak buat. Siap masak pun awal, pukul 11 lebih dah pergi hantar order dah...



Petangnya siapkan kek2 birthday, nasib baik jugaklah dah siap2 buat 2biji chocolate moist kek hari jumaat tu so petang sabtu cuma buat coffee mousse saja. Kalau semua nak buat hari sabtu tu memang tertonggeng laa mama 2R, tak sempat! Dah laa petang tu baru nak pi beli barang2 nak masak untuk party, perghhh memang terkocoh2. 2biji kek tu dibahagi dalam 4 acuan, potong separuh setiap biji kek dan susun dalam tupperware untuk dibuat base, kemudiannya curah coffee mousse atasnya. Siap buat kek ni beralih kepada chocolate muffins pulak, kali ni buat 2 adunan untuk dapatkan 24biji. Settle je bakar muffins semuanya, buat chocolate brownies pulak. Elok siap bakar brownies tu myLove pun balik dari main bola. 2R tertidur petang tu, boring agaknya tengok mama sibuk tak habis2. Sempat mama mandi dan bersiap2 sementara tunggu depa bangun. Bila depa dah bangun baru siap2kan depa pulak untuk ke majlis malamnya pulak. Cerita majlis dalam next entry yer...

Tuesday, December 14, 2010

Kuih-muih

Dalam 'jadual kerja' minggu ni hampir setiap hari kena godek donat dan karipap, kena buat banyak2 untuk jualan dan jamuan makan2 ahad nanti. Kalau untuk jualan biasanya cukup dengan sekali buat karipap dan sekali buat donat saja. Tapi minggu ni meriah sungguh menguih(istilah baru, hek). Perghhh sampai naik penat dah jari-jemariku mengelim karipap, sampaikan kadang2 tu rasa macam tak boleh nak picit rapat2 masa mengelim tu, mungkin sendi2 jari ni dah lenguh agaknya...

Semalam buat karipap 40ketul, nak buat donat jugak tapi tepung high protein tak cukup, so cancel donat, beralih kepada pau pulak. Buat pau kaya untuk 'sample' jualan, buat kecik2 comel lote, 1 adunan dapat 16biji, 10biji selamat masuk perut masa minum petang, bakinya 6 saja di-frozen...

Hari ni lepas hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) tadi, terus singgah supermarket beli bahan2 nak menguih lagi. Balik tu tidurkan Raziqh dulu kemudiannya adun donat, siap terap2 semua baru buat karipap pulak. Ambil Rafiqh dari hoikuen, sambung buat karipap balik, sambil2 tu sempat buat dadih lagi. 2R suka sangat dadih, asyik minta nak makan. Seminggu dua ni depa buat hal takmau minum susu, selalunya seminggu dekat 10kotak habis tapi beberapa minggu kebelakangan ni 4kotak pun bercinta nak habiskan. Bila tengok depa pulun makan dadih, okey fine, mama transfer susu depa jadi bentuk dadih la jawabnya, hari ni buat 2liter, esok habis la kot, ni pun takdan beku lagi depa dah angkut makan dah, lusa kalau rajin boleh buat lagi...

Mesti viewers dah meluat tengok gambar karipap dan donat kat blog ni, haha macam tak reti nak buat benda lain, kuang3. Kadang2 bosan jugak dok ulang buat benda yang sama, tak berpeluang nak test kuih2 lain tapi nak buat macammana kan, the kids suka sangat. Kalau tengok mama goreng donat, melompat2 happy, tak jemu2 setiap hari belasah donat, ish3...

buat 2 perisa saja, yang asli untuk budak2, yang jagung untuk mak budak...


with flash, wahhh berkilat2 pau ku...

ni pulak without flash, sengaja warnakan hijau supaya senang nak beza. Nanti nak buat inti coklat bolehlah warnakan koko pulak...

Friday, December 10, 2010

Muffins

Lama sungguh berhutang nak publish entry ni, asyik terlupa je. Bukan apa, hari tu dok pindah2kan gambar dari laptop2 ke network harddisk, gambar2 ni ter-masuk dalam folder lain, tu yang tak perasan. Tapi sebab semalam buat muffin, baru teringat yang hari tu janji nak tulis pasal muffins...

Lately dah jarang dah buat muffins, tak macam masa dok gila muffins dulu dalam seminggu entah berapa kali dok buat muffins, hehe. Semalam buat sebab lepas balik kerja tu perut lapar sangat, sejuk2 ni cepat sungguh lapar tapi takdak apa yang best untuk dimakan. Tanya Rafiqh nak makan apa dan dia kata "ke-ki!(=kek!)", sou da ne(=ye tak ye jugak), dah lama tak buat kek, 2minggu tu kira lama laa kan?! hihi. Nak makan cepat punya pasai, muffins definately is the best solution! So apalagi, buka buku resepi muffins dan pilih yang dah siap2 bertanda before ni, tapi terasa nak try muffins pandan so ubah dari resepi asal tu sikit2 untuk hasilkan muffins pandan ni, taraaa...

muffin yang terlebih bakar, hihi...

Tak sampai 20minit pun dah siap untuk dimakan, bancuh hot cocoa untuk 2R dan cafe-latte untuk mama, makan muffins panas2 baru keluar oven tu sambil layan movie, perghhh nikmat! Habis 5ketul muffins, sambil golek2 depan tv 2R pun terus tertidur...

Buku muffins ni my sil-kaklong yang punya, dia pinjamkan sebab I suka sangat buat muffins. Ada banyakkkk resepi best2 tapi sebab selera mat saleh ni tak sama dengan I, so I pilih2 yang mana kena dengan tekak ni untuk dicuba, ya laa, depa boleh buat muffins guna spices, uihhh tak reti aih nak makan kek perisa kulit kayu manis bla3 gitu. Hari tu dah baca macam2 tips untuk buat muffins dari buku tu dan dah cuba apply dah, sekarang in process nak mahirkan diri dengan prektis buat berkali2. Ada berpuluh2 resepi yang dibookmark and so far banyak dah yang dibuat cuma lupa nak ambil gambar je. Suka buat muffins pakai sayur, hari tu guna ubi keledek, karot dan potato, not bad laa, ada kelainan gitu. Setakat yang dok cuba ni memang ternyata muffins depa tak sama dengan kita, texture muffins depa more to bread, agak 'keras' while our muffins is more to cake, gebu. Sedap je mana2 pun, kalau makan panas2 memang syok ah!



Ni muffins pumpkin, sedap, anak2 suka. I bagi kat anak2 jiran jugak and they love it too. Mak depa kata depa tak makan kabocha(=pumpkin) tapi muffins ni depa suka pulak, hehe, biasa laa tu kan, budak2...

Monday, December 6, 2010

Masak2 hari jumaat

Last friday was a hectic day for me, eh sat, rasa macam almost everyday pun hectic, hihi, kes perasan sibuk! Paginya lepas settle-kan hal anak2 dan kain-baju di ampaian, terus godek bahan2 nak buat inti karipap. Kemudiannya adun kulit karipap, campak2 masuk breadmaker dan tunggu siap uli. Lepas tidurkan Raziqh baru kelebek karipap, sebab inti yang baru masak tu masih panas lagi so habiskan dulu baki inti pau hari tu yang ada sikit ja lagi dalam fridge. Habis ja inti tu stop kejap, siapkan lunch dan bagi anak2 makan, lepas zuhur keluar pi baito(=parttime). Kat luar angin punyalah kuat, menderu2 bunyi sungguh menakutkan, hari khamis sebelum tu hujan seharian tapi jumaat tu dah cerah cuma angin kencang macam taufan. Kalau ikut hati ni malas dah nak keluar, risau anak2 demam atau selsema pulak nanti tapi sebab kena pi kerja dan beli barang, makanya terpaksalah selubung anak2 dengan baju 4lapis. Tu pun mata depa terkebil2 bila angin tiup kuat, tangan pun sejuk, haha padan muka, sapa suruh takmau pakai glove dan snowcap. Masa keluar jalan kat luar tu mama pegang tangan Rafiqh kemas2, takut pulak anak haku diterbangkan angin, eh tak tipu, serius angin kuat woo, tu pun rasa macam Rafiqh melayang2...

Balik dari baito tu singgah supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan the next day. Sebab nak cepat sangat mama terbeli baju yang besaq-gedabak untuk Rafiqh, haha, tak dan nak test dah, pakai capai ja, pulak tu saiz 110 yang paling kecik. Selalunya pun memang beli saiz 110 untuk dia, walhal tu saiz budak 4-5tahun rasanya, suka tengok dia pakai baju besar2 nampak laa besar dan matured sikit. Yang selalu dok beli saiz 110 tu baju, seluar still beli yang 95 atau 100, tapi kali ni beli set seluar+baju so baju tu ok laa boleh pakai, seluar tu saja terlebih panjang dan besar sampai ke dada haa, hahaha entah hapa2 mak hangpa ni, loqlaq! Tak pasai2 kena pi beli lagi, tak beli kang kesian pulak kat Rafiqh pi hoikuen(=nursery) takdak seluar casual, dok pakai jeans saja, tak selesa sangat nak main. Tengoklah esok ka lusa ka tulat ka nak pi nishimatsuya, tengok iklan kat tv kata ada winter sale, gaji mama masuk minggu depan, jom pi perabih duit mama ye anak2...

Balik rumah lepas kemas2 barang yang dibeli, buat banana mousse pulak. Memandangkan semalam adalah birthday Rafiqh, so mama niatkan nak buat 'kenduri' sikit untuk orang yang order foods, sambil2 tu nak promote new menu. Birthday party Rafiqh masih tak decide nak buat bila, maybe weekends ni atau next weekends kot. Kejap ja buat mousse tu sebab pakai blend ja semua bahan, senang amat, so sambung buat karipap semula. Anak2 dah tertidur dah time tu, penat kot, lega sangat mak depa dapat siapkan kerja dengan aman permai. Goreng halfcook karipap tu dan pack siap2 untuk yang di-order, bakinya buat minum petang. Bila dah ready blend bahan2 untuk nak masak esoknya tu baru prepare dinner...

Terasa macam nak makan chicken chop lah pulak, kes teringin tengok kat blog kaklong, anak2 menakan tu dok ratah ayam goreng oat, rasa nak test buat sebab senang ja resepinya. Jadinya malam tu kami dinner nasi, ayam goreng oat, kuah bbq dan coleslow, yummy!

Karipap ayam, juai2!


Banana mousse layer with choc cake...
Topping-nya simple je, cuma sagat tiramisu chocolate dan tabur. Tak dapat nak 'merasa', habis semua kat orang order foods, tu pun tak cukup sebab ada yang order nasi last minute, sapa2 tak dapat tu nanti akan diberi kemudian yer. Tapi sadis kesian kat 2R, masa dok buat tu depa tunggu tengok dan minta nak makan, mama kata tak siap lagi, tapi bila dah ready mama cakap tak boleh makan pulak sebab semua orang punya, gomen ne, mama warui ne(=sori ek, mama tak baik kan), nanti esok/lusa mama buat lagi ok...


Ayam goreng oat yang marvelous! Thanks kaklong for the recipe!!!

Bahan2:
ayam
1-2 sudu besar rempah kurma (I ganti dengan rempah masala)
garam
gula
tepung tenpura/tepung beras (I pakai tepung ayam goreng Radix)
oat

Cara2:
- ayam diperap dengan rempah, garam dan gula selama 1/2~1jam
- celup dalam tepung yang dibancuh dengan sedikit air
- golekkan dalam oat dan goreng dengan api yang kecil

Friday, December 3, 2010

Pau frozen & Mini pizza

Breakfast semalam test reheat pau sri kaya yang di-frozen hari sebelumnya tu, hasilnya sama macam baru lepas kukus, lembut dan gebu. Tak perlu kukus balik pun takpa, guna microwave saja, senang! Seronoknyalah, makanya misi seterusnya ialah memasukkan pau frozen ni sebagai salah satu menu baru SakuraApron mini-katering, selain inti kari ayam dan sri kaya, nanti nak try jugak buat dengan inti kacang merah...

Lepas breakfast, cadangnya nak buat karipap tapi bila tengok inti karipap baki dari buat pau hari tu tak banyak mana, tukar plan buat pau lagi. Ketagih sungguh buat pau ni, happy sebenarnya sebab dok jadi elok cantik gebu. Kali ni semua di-frozen, boleh laa buat breakfast weekends nanti, settle dah masalah nak kena fikir hal breakfast weekends, hihi...



Selesai buat pau, beralih ke mini pizza pulak. Dah lama tak buat mini pizza ni, teringin pulak nak makan. Ambil resepinya dari myResepi, credit to Fendi untuk resepi yang sangat best ni...

sebelum dibakar...


selepas dibakar...


Bahan2:
200 ml air
300 gm tepung roti
14 gm gula
3.5 gm garam
16 gm shortening (I ganti butter)
6 gm susu tepung
3 gm dry yeast

Topping:
telur
sos tomato/sos cili/sos pizza
sosej
mix vegetable
cheese

Cara2:
- masukkan bahan2 untuk buat doh ke dalam breadmaker, settingkan untuk buat doh dan on-kan
- bila dah siap tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 10bahagian, buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10minit
- ambil sebiji doh, canaikan diameter lebih kurang 10cm, lipatkan ke atas dan ke dalam bahagian tepinya, biarkan naik 2kali ganda
- sapukan permukaan roti dengan telur, letak topping dibahagian tengah
- bakar pada suhu 180darjah selama 12minit. Biarkan roti dalam oven 5-10minit lagi untuk hasil yang lebih perang


Buat mini pizza ni 9biji saja, 6biji guna sos cili dan 3 lagi pakai sos tomato untuk 2R. Dah banyak kali buat tapi still tak dapat rupa macam yang kat myR tu, tak reti lagi nak lipat ke atas dan ke dalam, tapi tak kesahlah, yang penting jadi, kan kan?! Sebab takdak cheese pizza I carik2kan slice cheese je, hentam sajalah labu...

Wednesday, December 1, 2010

30 hb november

Semalam genaplah usia Raziqh Takeshi 1tahun 4bulan, wahhh dah big boy dah budak kecik ni. Nanti2 laa ye update pasal milestone dia. Entry ni nak cerita pasal apa kami buat seharian semalam, cet macam laa orang kelapaq nak tau sangat, keh3...

Hari selasa macam biasa hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), dalam pukul 8 biasanya dah keluar rumah tapi semalam pukul 8.30 baru terhegeh2 nak turun ke tempat parking kereta, Rafiqh laa punya pasai, buat hal takmau minum susu, kes excited sangat nak pi sekolah. Dia memang macam tu, selalu kalau nak pi sekolah mesti takmau makan takmau minum, kalut nak bersiap, pegang beg dan tala depan pintu. Pagi2 dah buat mama hangin nak paksa2 minum susu, awal2 pagi dah buat drama syahdu dah, grrrr geram!

Lepas hantar dia ke sekolah, kami terus balik rumah. Sidai baju dan tidurkan si Raziqh, kemudiannya adun donat dan terap siap2. Donat lagi?! Aah buat donat lagi, tapi yang ni stok kuih frozen untuk jualan. Ready-kan siap2 kot ada yang nak tempah nanti. Kalau takdak sapa nak beli alamatnya masuk perut 2R lah, hihi, depa pun dah aim dah, nampak ja donat si Rafiqh dok minta nak donat nak donat, si Raziqh dok tunjuk2 dah, haihhh hangpa taktau cemuih ka hadap donat tiap2 hari?!


Lepas lunch kami keluar ambil Rafiqh dan ke Fuji Grand untuk tempah kek sempena birthday Rafiqh ahad nanti. Merayau2 beli barang dulu kemudiannya balik. Sampai kat rumah terus buat inti karipap, petangnya adun doh pau dan guna inti karipap tu buat 8biji pau kari ayam dan 3biji pau sri kaya. Ingatkan boleh laa nak simpan untuk breakfast pagi ni tapi yillek, licin dikerjakan 2R dan ayah depa petangnya...

Hari ni pun buat pau lagi, pagi2 tadi dah buat sri kaya, tengahari adun doh pau dan dah siap kukus dah pun, yang ni semua nak frozen-kan. 1st time nak test buat frozen pau, kalau jadi elok bolehlah masukkan dalam menu jualan nanti insyaAllah. Hari ni dah pun masuk bulan 12, dalam 30hari saja lagi dah nak masuk tahun baru, macam tak terasa masa ni begitu pantas berjalan...

Tuesday, November 30, 2010

Masakan merapu...

Masakan merapu yang pertama ialah cucur satsumaimo(=ubi keledek). Sekarang memang tengah musim keledek makanya banyaklah stok kat rumah ni hasil pemberian orang. Orang jepun ni style makan keledek depa bakar dalam rimbunan kayu dan daun kering, baunya semerbak wangi, dan rasanya sedap woo! Obachan(=nenek) jiran sini suka bagi keledek panas2 yang baru siap dibakar, huisshhh oishiii!!!

Hari tu beberapa hari berturut2 dok dapat keledek, mula2 dapat keledek mentah, buat inti karipap beberapa kali tapi tak habis2 lagi, ni pun dok ada lagi taktau nak masak apa dah. Kemudiannya dapat keledek siap dibakar, sebab dapat 2biji saja makanya sekali 2R hadap dah habis. Tak lama lepas tu dapat sayur2 dan keledek yang dah siap dibakar lagi, kali ni dapat banyak sangat, sampai 7ketul, masa tu pulak 2R tak sihat seketul ja depa makan, hat lain2 tu mama simpan dalam fridge berhari2. Beberapa ketul tu mama preheat dengan microwave dan bagi 2R makan sebagai oyatsu(=snack) petang, selebihnya buat cucur. Nak buat cekmek molek atau keria sebenarnya tapi sebab tak rebus atau sebab tak lenyek halus betul doh kuih berketul2 tak boleh nak bentuk, jadinya kepal2 macam buat bergedel dan goreng, makan cicah dengan sos thai, sedap jugak...

Cucur ubi keledek yang rangup di luar gebu di dalam, ewah!

Masakan merapu kedua ni taktau nak buh nama apa, nak kata bergedel pun tak, nugget pun tak, bebola daging pun tak, hambaga(=hamburger) pun tak, hehe. Gara2 Rafiqh yang rajin sangat dok sebut hambaga sampai mama rasa kesiannya anak haku, dia teringin kot ek. Hambaga ni adalah sejenis masakan jepun yang pakai daging, breadcrumbs, onion bla3, satukan semua bahan2, bulatkan dan leperkan, goreng dengan minyak yang sikit, letak sos dan makan dengan nasi, masakan ni adalah kegemaran rata2 budak2 jepun, mungkin dia tau tentang foods ni dari hoikuen(=nursery) agaknya, so he keeps saying hambaga2 everytime he saw iklan foods kat tv, mostly betul pulak tu, macam kenal je. So mama pun nak buatlah konon, lagipun baru dapat ubi kentang berpuluh2 biji, tu yang meghaban hentam saja buh bahan. At last, jadi entah hapa2, the taste was okey, sedap laa jugak tapi pelik sikit sebab lembik. Maybe sebab kentang kot, kalau buat kecik2 bebola daging tu tak terasa lembik sangat isi dalam tu tapi yang I buat besar2 for me and myLove tu memang lembik sikit. Lembik2 pun licin jugaklah, hihi. Goreng saja semuanya, cuma seketul je dibuat hambaga tapi Rafiqh tak makan pun, huh!


Ok, cukuplah tu entry pasal masakan merapu...
Jumaat lepas rumah kami didatangi tamu, oh I suka sangat kalau ada orang datang bertandang. Dah agak lama jugaklah takdak orang mai so bila Fizah cakap nak datang, happy sangat! Tengahari jumaat tu pi buat parttime, on the way balik tu singgah supermarket beli bahan2 nak buat orange mousse dan mee goreng. Sampai ja kat rumah terus bersilat siapkan hidangan, elok lepas asar Fizah dan Dena sampai. Depa mai sebab nak ziarah kami yang baru sembuh dari sakit2 tempoh hari, arigatou ne! Masak pun dah lewat so mousse tak sempat beku betul2 lagi, mee pulak simple saja. Apapun seronok dapat sembang2 dan bersua muka. Haaa lepas ni sapa pulak nak mai?! hihi...

Monday, November 29, 2010

Donat dah kembali kembong, yeay!

Hari tu jenuh pening dok pikiaq awat laa donat/pau/roti/apam dan segala mak-neka masakan yang pakai yis tu takmau jadi elok, kempis2 takmau naik. Hati ni dok rasa2 semua tu angkara yis, sebab yis tu dah lama. Tu laa, tamak sangat, sekali beli terus hangkut yang pek besaq 500gm tu, haa memang lambat laa nak habis even rumah ni setiap minggu masak benda pakai yis. Nasib baik jugak yis lama tu tinggal sikit saja lagi, tak laa ralat sangat pun nak buang...

Baru2 ni pi beli yis lagi, kali ni pun beli pek besaq jugak, tak serik2 tu, hihi, bukan apa, lebih berbaloi beli yang besaq terus, murah, harap2 kali ni sempat laa perabih kat kuih, jangan laa perabih kat tong sampah lagi, huhu. Takpa2, nanti boleh offer kat mana2 kohai(=junior) kot2 ada yang nak...

Makanya pagi ni test laa buat donat pakai yis baru ni, walla menjadi pun donat ku, yatta ne! Memang dah agak dah, ni bukan sebab cuaca/musim yang sejuk ni kuih2 tu takmau naik, sebabnya I ni kalau time musim2 sejuk I memang akan buat roti atau donat awal pagi, tunggu petang2 baru goreng. Sesejuk tara mana pun memang doh tu akan naik jugak nanti, kalau takmau naik jugak2 contohnya macam kalau tengah snowing tu haa baru penaik doh pakai oven suhu 40darjah celcius tu. Dah sah laa yis lama tu dah mati, takmau aktif dah, tu pasal laa kuih-muih ku huduh2 semuanya. Lepas ni nak try buat roti puri(lagi), selagi tak berjaya jadi cun selagi tu takkan stop buat, hohoho. Puas hati tengok donat2 ni naik kembong elok walaupun baru 2jam siap terap, tu yang tak sabaq terus goreng lepas lunch tadi, takut pulak kalau biaq lama2 nanti meletop pulak donat2 ni, hahaha boleh ka macam tu?! Haa ni baru syiok nak kembali me-roti...


Donat2 yang baru saja siap digoreng, sedia untuk di-frozen...

Monday, November 15, 2010

Quick update

Banyak cerita nak tulis tapi tak berkesempatan nak duduk lama2 hadap blog ni, nanti laa petang2 kalau sempat boleh update lagi...

Sekarang kat sini tengah musim limau, macam2 jenis, masam manis tawaq hebiaq semua ada. I sejak dulu2 lagi memang tak berapa suka sangat makan limau, kalau oren sunkist atau limau yang manis2 tu suka laa, hehe. Dalam rumah ni Rafiqh sorang ja kot yang suka limau, myLove nak kata tak suka pun tak, nak kata suka sangat pun tak, kalau ada tu dia makan laa. Raziqh memang out lah, dia tak suka sangat, sama macam mama. Kami memang jarang amat beli limau, kalau ada stok tu maknanya orang bagi la tu, selalunya jiran tetangga ni yang suka mai bagi. Haa ni tengah berlambak2 limau dalam fridge, takat Rafiqh makan sebiji dua sehari memang tak habis, jadinya kena laa masak buat kek ka hapa ka....

3 jenis limau yang bergolek2 dalam fridge...

Jumaat lepas buat orange mousse ni, hias bagi comel2 kengkonon nak bagi 2R makan, tapi depa tak makan sangat pun, takat separuh cup tu ja sekali makan, tak pernah habis. Awat taktau, kalau mousse lain tu suka je, tapi oren mousse macam kureng sikit, tak masam pun, manis sedap jugak, hmmm pelik sungguh!


Baki2 limau lainnya tu nak try buat kek pulak. Sebelum2 ni suka buat muffins, tapi nak jugak try buat kek pakai limau fresh ni. Bercakap pasal muffins, dah lama tak tayang muffins yang duk buat, hari tu buat muffins pakai pumpkin lah pakai sweat potato lah, nanti buat entry khas pasal muffins pulak laa ye...