Showing posts with label Pot pet pot pet. Show all posts
Showing posts with label Pot pet pot pet. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Follower ke-77

Sat lagi ada laa yang kata "hek elleh, baru 77orang dah kecoh", hakhakhak, lantak hangpa laa nak kata hapa, kuang3...

Blog ni ditulis atas dasar suka2, kadang2 ada info berguna bolehlah nak kongsi, tapi banyak masanya entry mengarut ja sebenarnya. Seronok ada blog, dapat ramai kawan, boleh berkongsi pandangan, boleh merapu ikut dan, bagi orang yang 'takdak kerja' macam I ni, ada laa benda nak dibuat kan?! hihi...

Acu tengok kat link blog ni http://ourlovestory-7777.blogspot.com, haaa nampak dak nombor yang berjela tu?! Favourite number abah sebenarnya, tapi dah terikut2 pulak jadi suka, so nombor tu dah jadi sinonim dengan hidup kami ni. Kereta2 kami baik kat Malaysia mahupun kat Nihong(perghhh bunyi macam banyak gila kereta, haha), plate no. memang sengaja sanggup bersusah-payah pi beli nombor 7777 tu, hiks. Peduli laa orang nak kata kami poyo ka hapa ka, depa dengki laa tu!

Tuan blog ni dok berangan2 laa kengkononnya blog ni boleh cecah follower sampai 7777 orang, haa buleh ka?! Boleh ja nak usaha bagi dapat angka tu cepat2, caranya kena rajin buat contest ka, giveaway ka, apa2 laa yang mensyaratkan peserta untuk jadi follower tapi malas laa pulak. I ni punyalah pemalas, tak pernah join any contest/GA pun especially yang ada syarat2 macam ni, I cuma jadi follower bagi blog2 yang betul2 I follow saja, tu yang menambah lagi kemalasan diri tu. Takpa laa, tak dapat 7777, 77 pun ceq happy dah. So next target untuk 'happy', kena tunggu 777orang lah yer, tahun bila laa tu gamaknya, hahaha...

Apapun, terima kasih buat yang sudi dan rajin me-'register'-kan diri follow blog ni, 1 effort jugak tu nak klik2 untuk join follower ni kan?! So guys, thank you so much! Eh tak lupa, terima kasih jugak buat yang selalu datang bertandang baca2 blog ni, yang komen lagi laa berterima kasih, rasa terhibur sangat! *tuh dia, ucapan macam orang memang award, award apa hang menang cik tijah oiii*. Dah2, sat2 lagi sambung merapu balik, nak pi masak lunch pulak...

Wednesday, February 9, 2011

Weekends, isnin dan selasa yang meletihkan...

Sabtu lepas petangnya kami ke klinik, habis urusan kat klinik terus hantar myLove balik sebab dia nak pi main bola, then bawa 2R pi sambung shopping lagi, ada sikit lagi barang yang nak dibeli sebelum nak pos barang esoknya. Melilau beberapa tempat, kemudiannya singgah rumah kohaitachi(=juniors) sembang2 makan keropok dan sebelum balik rumah kami pi tapau sushi dulu untuk dinner, hihi. Keluar beberapa jam je tapi penatnya tak terkata. 2R penat berlari, mak depa penat meligan. Malam tu semua tidur awal, siap boleh ngigau2 lagi, haa memang penat sangat la tu kan...

Ahad pagi settle-kan packing barang, timbang2 lagi dan tunggu pakcik takkyubin mai ambil. Selesai lunch dan barang dipos, rehat2 golek2 saja laa, dah tak ada sangat nak dibuat. Badan ni tak berapa nak sehat, nak buat kerja pun malas. Malamnya pukul 7.30 ada janji dengan kawan2 sepejabat myLove, depa nak buat soubetsukai(=majlis perpisahan) untuk myLove so depa ajak kami sekeluarga keluar dinner. Lepas dinner as usual budaya orang Jepun ni depa nak makan snack sambil berhuha-huha, punya dok menyembang sampai pukul 12 baru balik, perghhh penat! Balik tu semua tumbang, esoknya dah la nak kena bangun awal, adehhhh tsk tsk...

Isnin pukul 6 dah bangun bersiap2, nak hantar 2R pi hoikuen(=nursery) sebab kami nak pi ambil visa. Pukul 8 lebih kami dah tercegat kat hoikuen tapi sensei pulak datang lambat. Selalunya sensei dah ada kat kelas menunggu tapi pukul 8.20 baru nampak sensei, hadoiii, time nak cepat ni laa macam2 hal. Tinggalkan 2R dalam keadaan yang sangat kelam-kabut, kalut nak ligan densya(=train) pukul 8.36, memang rushing habis la. Pukul 8.25 baru keluar dari hoikuen tu, kesian Raziqh kena tinggal macam tu so dia nangis laa. Mungkin jugak sebab ayahnya ada, tu yang dia teriak tu bila tengok ayah mama blah balik. Knowing my baby, sat ja dia nangis pun, lepas tu sibuk main laa...

Mujur sempat naik densya pukul 8.36pagi tu so kami sampai Shimonoseki pukul 9.42, terus ke pejabat imigresen, pukul 11 baru settle semua urusan. Nak ke bank pulak, myLove kena buka akaun baru untuk kerja baru ni, kat situ ja ada branch so nak taknak kena buat terus. Orang bank tu kata 10minit ja boleh siap tapi hampehhhh. Kami ni dah laa plan nak kena balik dengan densya pukul 11.50, terlewat 2minit terlepaslah densya. Adehhhh, hati ni dah resah dah sebab janji nak ambil Raziqh pukul 1, risau dia tak boleh tidur without breastfeeding, all this while selain dalam kereta dia memang kena bf baru tidur. Dalam hati tak henti2 berdoa moga2 Raziqh ok. Kami naik densya pukul 12.30 yang dijadualkan sampai Ube pukul 2, pukul 1 lebih baru call sensei tanya keadaan Raziqh, sensei kata dia dah tidur dah, phewwww lega! Sebab dia tidur kami tak pi ambil 2R tapi terus ke shiyakushou(=pejabat daerah) settle-kan kerja dulu, balik rumah solat dan keluar balik untuk lunch, lapaq wooo pukul 3.30 baru lunch. Habis lunch pukul 4 baru pi ambil 2R. Raziqh bila nampak mama terus terkam, haha selalu dia bolayan je sama mama, tau pun rindu. Balik rumah dok melekat je laa, alalala kesiannn...

Semalam tengahari hantar Rafiqh ke rumah mak angkatnya Cik Nas sebab mama nak bawa Raziqh pi check up budak 1tahun 6bulan yang ramai2 tu. Pukul 1 sampai kat medical insurance centre, daftar dapat no 23, pungpang2 settle semuanya pukul 2lebih. Singgah kedi buku kejap beli buku2 2R, lepas tu baru pi ambil Rafiqh...

Hari ni tak ke mana2 dah, nak rehat2 kat rumah saja. Pagi tadi dah settle buang sampah. Sat lagi nak vacuum rumah dan kemas rumah. Malam ni dah nak berangkat dah...

Wednesday, February 2, 2011

I think I need rest!

Rasanya I ni dah terlampau over bekerja lately hingga tak sedar yang badan ni bukan laa muda lagi(bunyi macam dah tua sangatlah pulak, hak3). Kebelakangan ni selalu rasa tak sedap badan, bila siang buat kerja macam orang taktau penat, bila malam elok lepas isyak ja badan dah tak larat nak bangun, mata pun kuyu mengantuk tak hingat, bahana pulun sangat semua benda nak buat sendiri. Bila badan dah penat, malam2 tu ala2 mamai ja bila terjaga, kalau bernasib baik, bolehlah dapat quality sleep through the night, tapi ada masanya si kecik ni tak boleh nak tidur elok, sejuk ka hapa ka taktau laa, makanya tidur maknya pun terganggu samalah, sabaq ja laa. Siang2 jangan kata nak lelap, nak baring sat pun tak sempat, haa tuh dia...

Minggu ni masih lagi dalam fasa mengemas rumah, packing barang dan settle-kan beberapa urusan. Bab mengemas dah ok rasanya, tinggal sikit2 lagi nak final touch. Barang pun dah almost 80% siap packing, wahhh awal giler kan?! Ok, that's me! I hate last minute punya kerja, nanti itu tinggal, ini tinggal, haru! Kalau balik sat takat 2minggu no hal, tapi kalau balik lama, takkan segala benda nak hangkut beli kan, hehe. Sejak dah tau nak balik Malaysia, I dah mula buat list dah, apa nak beli, apa nak bawa balik, serba-serbi masuk list. And lastweek dah keluarkan beg2, cari kotak dan campak2 apa yang nak bawa balik dalam tu, dekat2 nak pos ke airport nanti baru susun betul2. Kalau susun sekarang pun, esok lusa I punggah susun balik, haha gila sungguh, suka sangat susun barang ni pun susah jugak kan?!

Oleh kerana merasakan yang badan ni perlukan sedikit rehat, I pun dah stop untuk menjual, minggu ni takdak jualan foods lagilah jawabnya, huhu. InsyaAllah nanti balik sini boleh on semula. Weekends ni nak tumpu pada preparation nak balik...

Bila rasa badan dah lenguh2, mula la dok terbayang2 sedapnya laahai kalau balik mengurut nanti, hihi. Ni acara wajib ni, nak kena pi saloon, nak pi body and face treatment, pi mengurut, uishhh syiok!

Friday, January 28, 2011

Geram!

Hari tu cerita mama geram kat onichan, hari ni nak cerita pasal geram kat si kecik ni pulak. Kebelakangan ni subhanallah dia makin mengada2, sangatlah kuat merap, nak buat apa pun tak senang, bergayut2 kat kaki ni, geram sungguh!

Semalam macam biasa hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), minggu ni hantar fullday so dia pi sorang saja, Raziqh tak pi. Kalau dua2 pi sekolah memang senang, mama balik rumah boleh terus buat kerja, hari khamis biasanya extra busy sikit. Tapi bila Raziqh sorang saja kat rumah, dia bukan mau main sangat pun, dok asyik mengacau mama ja laa. Dari siang sampai ke malam tak habis2 merengek, nak kata tak sehat, sehat elok ja tengok. Taktau laa apa yang tak kena, masuk fasa buat perangai kot. Kalau masa baby2 dulu suka la jugak nak melayan, tapi la ni meluat, haha, geram rasa nak picit2, bingit telinga dengar dia melalak, hish sabaq ja laa budak ni...

Lepas hantar Rafiqh semalam kami pi beli barang, banyak barang nak kena beli minggu ni, barang orang pesan, omiyage(=souvenir), barang dapur, barang jualan dan barang nak buat jamuan ahad nanti. Hari ni pun kena pi beli barang lagi, bukannya boleh angkat sekali harung, kena ulang angkut, almaklumlah rumah tinggi sangat, nak bawa 2budak ni lagi kan...

Esok still menjual lagi, menu minggu ni nasi daging, lauknya cuma air asam dan ayam goreng berempah. MyLove tanya nak menjual sampai bila ni, tengok wife dia pulun sungguh cari duit lebih, laa sampai dah tau bila nak balik Malaysia laa, hehe, selagi belum fix tarikh selagi tu lah nak menjual, dapat income sikit2 pun syukur sangat dah, banyak benda nak beli ni, hihi...

I dah officially berhenti parttime dengan company Sunday newspaper tu. Dekat setahun jugak laa kerja dengan company tu, mula kerja februari lastyear, berhenti januari. Otsukaresamadeshita! Depa tanya awat nak berhenti, I kata lama nak tinggalkan nihong, so better berhenti terus, kalau balik nanti rasa nak sambung kerja balik, depa minta mai semula, aah ye la tu, rasa macam tak dah kot. So semalam adalah my last day, nextweek dah boleh concentrate mengemas rumah dan settle kerja2 tertunggak. Rasa macam nak ja hantar 2budak ni pi sekolah 2 hari nextweek, hmmm tengoklah nanti macammana...

Ahad ni insyaAllah nak buat makan2 sikit untuk students yang bakal grad this year. Tak ramai pun, 12orang saja. MyLove ajak jugak beberapa orang kawan ofis dia. Menu makan tengahari so buat nasi dan beberapa jenis desserts, kalau sempat esok petang nak godek kuih jugak. Buat awal sikit jamuan tahun ni sebab depa pun dah busy dengan thesis dan final presentation, kalau tak buat sekarang nanti masing2 dah sibuk tak berpeluang dah, kami pun tak tentu berapa lama lagi nak ada kat sini. Kiranya ahad ni last kot jumpa students yang dah nak balik, huhu...

Friday, January 21, 2011

Salam hari jumaat...

Seminggu ni langsung tak buat minum petang, tak ada aktiviti baking, tak buat kuih-muih jugak. Wahhh nampak santai je kan, tapi tak jugak, sebab setiap hari kena keluar ada urusan nak kena settle-kan, penat serupa tu jugak. Disebabkan kurang aktiviti memasak ni makanya takdak laa gambar2 masakan minggu ni. MyLove sekarang tiap2 hari balik lambat, sebab tu lah boleh skip buat minum petang. Selalunya lepas maghrib dah siap2 masak dinner. Lepas isyak dah settle semua kerja, pukul 8 tidurkan 2R dan tunggu myLove balik je...

Mood nak update blog pun dah agak2 lemau dah sekarang ni. Takdak idea sebenarnya, hehe. Biasa laa kan, manusia ni pun ada naik turunnya, pasang surutnya, malas rajinnya...

Hari ni macam jumaat2 lainnya, kena pi beli barang2 dan buat preparation bahan2 nak dimasak untuk jualan esok. Esok masak nasi ayam je, tak renyah sangat. Untuk malam ni nak buat nasi goreng hailam, lepas tu goreng chicken katsu, dah, sempoi sungguh dinner...

Malam esok ada majlis solat hajat anjuran persatuan anak2 Malaysia. InsyaAllah nak join tapi belum decide nak masak apa untuk dibawa ke sana. Masak lauk-pauk je la kot, rasa macam tak berapa nak rajin untuk godek2 desserts. Nanti kalau sempat snap gambar2 masakan esok haa baru boleh upload...

Oklah, selamat berhari minggu semua! Have a nice weekends!

Wednesday, January 19, 2011

La ikro ha fiddin

'La ikro ha fiddin' adalah tajuk drama ye, bukan tajuk syarahan saya pada hari ini, harap maklum, hiks...

Sure semua orang pun tau apa maksudnya kan, 'tiada paksaan dalam islam'. Tadi tengok drama ni kat Youtube, best, sangat menyentuh hati, satu garapan cerita yang menarik, lain dari yang lain. Dalam dok tengok sambil2 buat kerja dan melayan 2R yang melasak tak hingat tu pun I still got the 'message', and it touched deep in my heart, sedih amat, sampai ternangis lah. How I wish kita umat islam tak prejudis dan memandang hina golongan non-muslims, hidayah itu milik Allah, Dia berhak berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tak kesahlah anutan apa sekalipun yang kita pegang, hidup dalam hormat-menghormati dengan mengharapkan keharmonian. Kat Malaysia yang berbilang kaum tu, secara kasarnya memang nampak hidup yang sejahtera tapi hakikatnya masih wujud pertumpahan darah akibat pertelingkahan antara bangsa. Tak masuk paper je laa kan, tapi kes2 tu berlambak2. Moga Allah lindungi kaum keluarga kita dari mala-petaka ini, amin...

Ok, dah2, nampak sangat takdak idea nak meghaban sampai review drama pun boleh buat entry, hak3. Sorry laa kawan2, blog ni mungkin akan terabai sikitlah buat masa ni but I promise to update at least 1 entry in 2days, insyaAllah. Sebenarnya ada sesuatu yang sedang berlaku di sini, to us to be exact, and if it really meant to be happen, surely it will bring a very big change to our life in all ways, insyaAllah to be much more better than now. Tunggulah bila semua dah betul2 confirm nanti I'll reveal everything 1 by 1 ehhh...

Oh ye, sebelum terlupa, kepada semua viewers yang berminat dengan produk2 SK-II tu bolehlah usha2 my online shop ni ye. Meh2...

Thursday, January 13, 2011

Macam2 cerita

Tak nyempat2 dah nak update blog ni, 2-3hari kebelakangan ni banyak habiskan masa menggodek blog lagi satu, disamping dok pulun buat kuih-muih frozen. Almaklumlah dah 2minggu cuti buat kuih frozen untuk jualan so minggu ni tiap2 hari buat kuih, sambil2 buat untuk nak jual tu boleh jugak buat untuk anak suami nak makan kan?! Ni pun baru ja habis buat karipap dan dadih, rest sat sebelum keluar pi baito(=parttime) pulak petang nanti...

Hari ni hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), 1st time hantar dia full-day ie 8hours, nanti before pukul 5 nak pi jemput dia, macammana laa agaknya dia ye, agak2 dia terpinga2 tak bila mama tak datang macam selalu2, hehe. Seronok sangat laa nak pi sekolah, tiap2 hari tanya, tiap2 hari heret beg sekolah tu ke hulu ke hilir. Dulu2 kan dia sekolah setiap selasa, so dia alert dah, lepas sehari ayah pi kerja dia akan pi sekolah tapi sekarang dah tukar hari khamis, dia macam tertunggu2 awat laa lambat sangat dia nak pi sekolah, haha kesian sungguh. Si Raziqh ni pulak pagi2 tadi bila nampak Rafiqh ready-kan beg sekolah, dia dah happy semacam dah. Nampak mood dia lain dari kebiasaannya, dia seronok sangat bergelak-ketawa sorang2 dalam kereta, mungkin dia sangka dia pun nak pi sekolah kot. Sampai kat kelas terus terkam main dengan budak2 lain, bila mama siap kemas barang onichan mama pun panggil la ajak balik, boleh pulak dia lambai dan cakap bye2 kat mama, haha semua sensei(=cikgu) dah gelak dah, aparaaa! Bila mama angkat dia kendong bawa keluar, meronta2 dia nak turun, muka dah masam dah, pujuk2 cakap nextweek turn adik pulak yer. Hadoiii kesiannya lahai, masing2 suka sangat pi sekolah, seronok kot boleh lari main kat padang, ramai kawan, makan ramai2, sensei baik2(tak macam mama yang garang), pendek kata kat sekolah tu sangat bebas dan banyak benda yang menarik depa boleh buat. Kalau Raziqh dah boleh 'berdikari' tidur without mama, nak je hantar dia fullday sama2 dengan Rafiqh, hmmm tengoklah nanti macammana, mungkin boleh test sekali kot. Tak sampai hati pulak tengok dia bersungguh2 nak join Rafiqh. Kalau bagi Rafiqh pi halfday pun kesian jugak, dia nak stay lama2 kat situ, ish serba salah sungguh. Doa laa ayah dapat rezeki lebih yer anak2, insyaAllah ayah mama hantar onichan full day setiap hari dan adik boleh pergi 2-3kali seminggu...

Bila Rafiqh pi sekolah full-day ni, terasa laa jugak ada masa lebih. Boleh concentrate layan main2 dengan Raziqh dan bila Raziqh tidur boleh laa buat kerja2 lain dengan aman permai. Kalau pun ada sesetengah mak tu tak sanggup berpisah dengan anak2 even untuk anak pi kelas/sekolah, I tak pulak ada perasaan macam tu, in fact I'm more than happy to let them explore the world without my observation. But of course, in my case my kids yang willingly tergedik2 nak pi sekolah kan, bukan kena paksa or whatnot, so memang laa naluri keibuan I tak tercuit, cuba kalau depa meronta2 takmau pi, sah2 dah mak depa ni emo tak padan, keh3...

Oklah, dah meraban lebih2 dah. Nak kena sambung kerja balik...

Tuesday, January 4, 2011

Kembali

Hari ni dah pun 4hb januari, sekejap ja dah 3hari berlalu dalam tahun 2011 ni. MyLove dah mula kerja balik hari ni makanya berakhirlah 'cuti' akhir dan awal tahun kami, mode cuti dah kena off dan tekan on balik mode bekerja. Yosh gambarimasu!

Cuti yang hampir seminggu kali ni pun kami tak ke mana, habiskan masa di rumah saja. Plan kengkonon nak kemas oshire pun tak jadi, malas betul nak buat kerja bila dah sejuk2 ni. Takmau la cerita pasal cuti baru2 ni, takdak apa yang best langsung, bosan tahap tenuk! Lately I sangat mudah rasa stress dan down, yang menjadikannya lebih teruk ialah apabila I taktau macammana nak handle those feeling, hinggakan tiap2 hari entah berapa puluh kali I berdoa nak balik Malaysia bercuti, just can't help myself from thinking about that, mungkin rindu sangat dah pada abah mak dan adik-beradik kot. Seriously I sendiri pun taktau what's wrong with myself, seems like I've changed a lot, not like what I used to be before, someone yang positif terhadap naik turun kehidupan. Nevermind, insyaAllah everything will be fine soon. Wahhh tetiba melepaskan rasa yang terpendam kat sini kan, hehe. Okey, enough about that...

Cerita pasal benda yang best pulak, apalagi kalau bukan Y.E.S = year end sale kan, hihiks. Tahun ni I takdak laa berbelanja besar pun menghabiskan duit untuk jualan hujung tahun ni tapi puas hati jugak laa membeli, tak cukup beli kat sini, kat Malaysia pun sakan jugak membeli(online shopping of course), hakhak. Kat sini beli kasut baru, baju dan seluar berpasang2, set SK-II dan set make-up base. Kat Malaysia beli 6pasang kain kengkonon nak buat baju(yang entah bila nak balik buat pun taktau), beli dress dan baju berpasang2, beli pitera set SK-II lagi, macam2lah. Untuk 2R beli baju2 saja, depa ni dah kesuntukan baju dah, kesian anak2 haku. Sale kat Jepun ni memang best, potongannya boleh cecah 90%, tu yang separa gila tu, ni pun dok kontrol2 ni, beli yang 'perlu' saja(hahaha tipu laa sangat). Takpa laa berhabis sikit, shopping adalah terapi yang baik kan?! ecceh baikkk punya alasan...

Tahun baru lazimnya datang dengan azam dan target yang baru, as for me myself, tahun ni memang tak ada terlintas lagi apa2 matlamat baru yang nak dicapai, sekadar meneruskan azam2 sebelum ni, disamping berdoa moga2 Allah buka pintu rezeki yang lebih luas bagi kami. Nak kata tak ada azam tu tak laa kan, banyak azam dan target cuma yang 'baru' tu belum ada lagi. Bagi I tahun 2010 adalah tahun yang baik dari segi bisnes, alhamdulillah, harapnya tahun ni pun rezeki datang tak putus2...

Sekali lagi nak ucapkan "akemashite omedetou gozamiansu!(happy new year!)" to everyone. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan barakah-Nya buat kita dan keluarga, moga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan aman sentosa, moga sihat sejahtera, moga terpelihara dari mala-petaka, moga dikurniakan kejayaan dalam kerjaya dan apa jua impian kita, moga diberi kelapangan masa dan jiwa dalam mendidik permata2 hati kita, moga diberi rezeki cahayamata bagi mereka yang impikannya, moga segala urusan hidup kita diberi jalan pemudah oleh-Nya, amin...

Tuesday, December 21, 2010

Mau update tapi mood tarak!

Banyak benda menarik berlaku sepanjang weekends baru2 ni, hujung minggu yang padat dan penat tapi sangat best, tapi mood nak update belum mai lagi. Semalam kepenatan masih berbaki makanya dok golek2 tengok tv saja, lepas tengahari baru on komputer tapi masih malas nak duduk hadap laptop ni. Cadangnya nak update hari ni laa lepas Rafiqh pi hoikuen(=nursery) tapi sebab dia tak pi, so tak jadi update lagi, hihi, alasannn, padahai yang betoinya dok ralit tengok baju2 kat online shop...

Hari ni myLove pi shucchou(=outstation), pagi ni bangun awal dari biasa sebab myLove nak keluar rumah pukul 6pagi. Pagi tadi cuma perlu prepare breakfast saja, tak payah buat bento(=lunch pack) pun. Raziqh macam biasa dia pun sibuk bangun sama, bising2 sampai si Rafiqh pun terjaga. Lepas ayah depa dah keluar I paksa 2R tidur balik, sebab masih gelap so depa senang tertidur semula, dengan mak depa sekali lelap. Sedar2 ja tengok jam dah pukul 8 lebih, humak aih, kelam-kabut laa pi mandi. Bila settle semuanya tengok kat luar alamak hujan la pulak, decided untuk cutikan Rafiqh lah, malas nak redah hujan pagi2 ni. Biarkan ja depa tidur sampai pukul 8.30 baru depa bangun. Cakap kat Rafiqh hari ni tak pi sekolah tapi petang nanti mama bawa jalan2 ok. Dia kata ok, alah kalau kata tak ok pun ada mama kesah?! muahahaha...

Nanti mood dah datang baru I update lagi yer...

Friday, December 17, 2010

Fehnat lah!

Dah jumaat dah pun, pejam celik pejam celik, phewww seminggu yang memenatkan, sangat2 penat hinggakan hampir setiap malam sebelum pukul 9 I dah terlelap dah. Badan ni habis sakit2 especially tang bahu, rasa macam nak pi spa mengurut, awat laa servis mengurut kat nihong ni mahai nak mampuih, hadoiii. Nasib baik ada tukang urut free, walaupun picit2 tak sampai 10minit tapi ok laa dari takdak langsung kan?! Nak minta urut lebih2 pun tak sampai hati, dia pun penat jugak balik kerja. Lega laa sikit sakit2 bahu ni, kadang2 tu nak tidur pun rasa tak selesa, dek menahan rasa sakit tu. Minggu depan nak kena pi farmasi beli vitamin arinamin EX tu lah, dah habis dah stok dalam rumah ni, vitamin tu bagus untuk rawat sakit2 bahu dan kepenatan melampau ni, ewwah iklan pulak aih...

Minggu ni memang extra penat sikit bukan sebab apa, sibuk dok prepare birthday party si Rafiqh, walaupun cadang nak buat simple saja tapi menu mesti banyak jugakkan, pi mai pi mai dengan kerja2 lainnya terpeleot jugaklah mak depa ni. Sebab buat kerja dengan kelam-kelibut ni lah, semalam buat pau orang tempah pun tak jadi, buat dadih pun tak jadi jugak, adehhh geram sungguh, time nak cepat dan banyak kerja ni laa benda2 ni nak spoil. Si pau tu dok tak dok tiba2 jadi keras, ni mesti kes terlebih tepung, salah sukat lah tu. Si dadih tu taktau pasaipa tiba2 berketul2 susunya. Akibatnya hari ni pun terpaksa buat pau dan dadih lagi, hish, loqlaq! Saja2 ja tambah 2kerja dari banyak2 kerja yang dah sedia ada...

Mujur esok myLove cuti, boleh minta dia tolong vacuum rumah, kemas2 rumah dan lap apa yang patut before lusa. Esok pagi nak kena masak untuk jualan, petangnya nak buat kek birthday 3biji dan 2jenis muffins, takut tak sempat pulak nak kemas2 rumah. Malamnya nak pi makan2 ada jamuan nabe pulak, haa yang ni syok, suka! Tak sabaq nak pi, hahaha. Dah prepare kek batik dah nak bawa pi, kalau sempat esok nak buat puding roti jugak, kalau sempatlah!

Dah lama blog ni tak menulis benda yang bermanfaat, asyik merapu ja kan. Maaflah ya, insyaAllah nextweek ada banyakkk entry lagi, hihi. Selamat berhari minggu!

Thursday, December 16, 2010

Eh2, yuki?!

Yuki = snow

Cepatlah pulak tahun ni yuki turun. Biasanya hujung2 tahun 30 atau 31 dec baru yuki nak mula turun dan biasanya new year adalah hari memutih, memang snowing yang agak lebat. Tapi tahun ni agak memeranjatkan, cepatnya sejuk, brrrrrr...

Tengahari semalam masa yuki turun I tengah menggodek karipap so minta Rafiqh buka sliding door dapur dan bagi both 2R 'menikmati' kesejukan luar. Raziqh sangatlah jakun, melompat2 sambil tunjuk yuki yang makin lama makin lebat. Mula2 tu I confused jugaklah, eh biar betul ni yuki, musykil dan rasa macam tak percaya, tapi bila dah makin lebat dan nampak jelas barulah yakin yang tu yuki. Ni gara2 pagi tu pi buang sampah so tak sempat nak tengok tenki yohou(=forecast) kat tv. Tapi pagi tu memang rasa sejuk semacam, menusuk ke tulang. Tak sempat nak snap gambar pun due to tangan2 ni tak boleh stop dari buat karipap, kang kalau stop bila pulak nak habiskan kerja kan. So layankan je laa 2R yang happy tengok benda putih melayang2 turun dari langit, haha. Maybe next time boleh ambil video dan gambar depa yang kegembiraan tu. Dah agak2 lama dah buka sliding door tu I suruh tutup lah, mak aih sejuk menggigil2 dah ni...

Lepas lunch bagi 2R pakai baju banyak2 lapis, Raziqh lepas keluar toilet menggigil2 kesejukan, menangis dia taknak duduk langsung, sampai dah naik purple bibirnya, sejuk sangat lah tu, kesian. Masa dia tidur pun halakan heater ke arah dia, kami kat dapur ni memang sejuk laa sebab takdak heater. Tapi sebab dok buat kerja dan Rafiqh dok main, bergerak sana sini so masih boleh tahan lagi...

Hari ni pun myLove kata maybe yuki turun lagi, perghhh macammana nak keluar ni. Malas betul nak keluar time sejuk2 ni, kesian 2R pun yer jugak. Sejuk!

Thursday, December 9, 2010

Sejuk aih...

Sejuknya laa haih, no more auturm I think, huhu sedih! Awat sedih? Sebab tak dan pun pi tengok kouyou(=maple), tiba2 dah masuk fuyu(=winter). Padan muka! Tu laa, suka sangat tangguh2, sedaq2 dah sejuk tergedik2 dah. Last week ingatkan weekend ni nak bawa the kids pi piknik kat Tokiwa Park, boleh ajak girls lainnya jugak, tapi bila tengok cuaca beberapa hari ni, hmmm mimpi ja laa, mau terketaq2 kesejukan kalau berkelah time2 macam ni, tak pernah dibuat orang, huh! Takpa laa, moga2 ada peluang lagi bertemu aki(=auturm) tahun depan insyaAllah...

Sejak isnin lepas rumah ni dah almost 24hours on danbo(=heater), memang sejuk sangat dah, Rafiqh yang before ni selalu pakai seluar kontot ja kat rumah pun dah minta pakai seluar panjang, hihi. Dan lagi la ni 2R dah start pakai socks dalam rumah. Rafiqh tu dulu2 takmau pakai socks dalam rumah, bagi dia socks tu kena pakai bila nak pakai kasut saja, kalau buka kasut means kena buka socks jugak, ala2 pakej gitu tapi sebab dok tengok si Raziqh berstokin dalam rumah dia pun terikut2. Alah sebenarnya baru sehari dua ni dia start berstokin dalam rumah pun, so 1st day dia pakai socks tu I terkejutlah jugak, sebab dia pakai sendiri...

Mama: eh2 onichan pakai kutsushita(=socks), jibun de haita no?(=pakai sendiri?)...

Rafiqh: sou yo!(=aah!)

Mama: heee sugoi ne onichan(=wahhh hebatlah onichan), yatta ne!(=yeay!)

Rafiqh: mama, kutsu wa?(kasut?)

Mama: uishhh orang tak pakai kasut dalam rumah, toksah buat loqlaq naa!

Hahaha lebih2 pulak noo, dah bagi pakai stokin hang nak bantai kasut sama. Pakai je laa seliper mama tu, kasut no no no eh!



Nak update banyak lagi tapi tak sempat dah nak merapu berjela2, esok2 pulak sambung meghaban hokey. Tata!

Wednesday, November 24, 2010

Rindu tak?!

Dah seminggu blog ni terabai kan, lamanya tak ada proper update, rindu nak berblog, korang pun rindu tak? haha. Sebenarnya I dah sihat lama dah tapi anak2 yang masih tak berapa betul2 lagi sihatnya, tu yang takdak masa sangat nak hadap laptop ni. Dan lagi sejak tumbang sakit2 dek virus hari tu, semacam dapat penyakit pakej pulak, terkena virus MALAS sama. Malas serba-serbi, semua benda takdak mood nak buat, adehhh bahaya sungguh ni. Ni pun masih bersaki-baki lagi rasa malas ni, nak kena pulun merajinkan diri balik laa ni, yosh gambarimasu!

Rafiqh dan Raziqh masih belum fully recover lagi. Sat lagi nak bawa pi klinik. Sepanjang depa sakit2 ni memang tak pijak lagi klinik due to mama pun tak sihat sama so tak larat nak keluar, bila mama dah sihat, time klinik buka tengok depa macam ok dah tapi tiba2 malam muntah2 dan diarrhea balik, bila nak pi klinik, hujan lah, klinik tutup lah, macam2. Bertangguh2 sampai la ni tak pi lagi...

Raziqh awal2 kena hari tu dia muntah2, habis muntah dia diarrhea pulak, tak teruk sangat laa sebab cuma 2kali ja membuang dalam sehari, tak macam orang diarrhea sangat pun. Sampai petang semalam dia masih poop cair, tu yang nak pi tanya doktor tu apa laa yang tak kena sebenarnya. Si Rafiqh pulak dia cuma muntah2 dan muntah dan muntah. Paling teruk masa petang dan malam khamis tu, non-stop muntah sampai langsung tak boleh tidur, kesian sungguh tengok. Semalam muntah sekali, taktau sebab salah makan ka atau pasaipa, nak kena pi klinik jugak ni, kenapa laa agaknya...

Sekarang ni memang musim virus merebak, macam2 jenis penyakit ada. Lepas ni kena extra careful especially dalam penjagaan rumah dan kebersihan anak2. Kesian tengok depa sakit2 macam tu, habis seghoh kurus dah anak2 haku, huhu...

Thursday, November 11, 2010

Eh2 raya?!

Astaghfirullah, I langsung tak sedar yang idil adha dah dekat dah, rabu depan kan?! Soo many things took place in this few weeks which make me totally forget to ask mak about raya korban. Hari tu dah tanya bila raya tapi sebab tak tanda kat kalender so lupa balik. That's my problem, kurang memori! Last monday call mak pun tak sembang dengan mak, due to mak sibuk dengan weekly maid yang mai bersihkan rumah, so sembang dengan alang je masa tu. And now mak ada kat Seremban(rumah abah) pulak, nextweek pulak laa kot nak call mak. As usual, raya haji ni bukanlah meriah sangat, so tak ramai orang akan perkatakan tentangnya, luckily ada blogger yang tulis tentang balik kampung and such, baru tersedar, huhu...

Not sure how we're going to celebrate this coming eid. Jatuh on weekdays, myLove lately balik awal je tapi semalam katanya banyak kerja so taktau laa dia boleh dan nak ambil cuti ka tak. I pun tak tanya lagi, entah2 dia pun taktau rabu depan raya, haha. Takpa laa, kalau busy dan tak boleh cuti, tak payah laa cuti, bukan ada apa2 pun nak dibuat on that day, sini mana ada korban2 ni, hehe...

Walau macammana sempoi pun eid celebration kami, yang pasti I akan masak menu2 yang sedikit special laa. Ni tengah dok fikir lagi nak masak apa agaknya ye, ermmm, tapi kalau ikut hati ni macam2 nak masak, hihi...

As for now, macam yang dah kami bincangkan dulu raya ni kami tak buat open house, sebab cadangnya nanti nak gabung terus dengan birthday party Rafiqh insyaAllah. Sekarang ni just tunggu 'jemputan' jamuan raya dari pihak kohaitachi(=juniors) aje laa. Eh tapi kalau ada yang nak mai beraya, jemput laa datang ye, jangan malu jangan segan!

Friday, November 5, 2010

Update main2

Ni entry selingan saja, maybe petang2 sikit kalau sempat ada lagi entry akan di-publish. Hari ni datang mood nak memasak, so ada beberapa 'projek' masakan sedang in progress, petang nanti baru nak tayang...

Alhamdulillah dah sehat sepenuhnya, terima kasih tak terhingga buat yang sudi bertanya khabar. Both 2R pun alhamdulillah maintain sihat, harap2 tak berjangkit laa dari ayah dan mama. Budak berdua ni kalau selsema sikit2 takat hidung berair je tapi tak ganggu keaktifan depa, selera makan macam biasa dan tidur ok, memang I tak bagi ubat, biar recover sendiri. Dulu2 taktau so asal sakit sikit je terus redah klinik paed, almaklumlah semua free kan, haha. Tapi sekarang dah 'bijak' sikit, atas nasihat doktor kalau takat karui kaze(=selsema ringan) tu tak payah laa kalut2 sumbat bagi ubat, let their bodies produce the antibody to fight with the viruses and bacteria. Baru laa immune system badan depa kuat...

Hari ni jugak genap usia Rafiqh 2tahun 11bulan, in just 1month he'll turn 3! Alhamdulillah. Dah agak lama tak update cerita pasal 2R kan, milestone update masih dalam draft lagi, hari ni atau esok akan cuba siapkan insyaAllah...

Oh btw, for those yang hari tu tanya2 kenapa my sil-kaklong dah laaamaa tak update fotopages dia, jawapannya sebab dia nak 'pindah' rumah baru. So insyaAllah from now hopefully dia akan aktif kembali, kawan semua dijemput untuk melawat rumah baru kaklong yer. Dah masuk dunia blogger dah, welcome welcome!

I know most of this blog viewers are among my friends, kenalan dekat dan jauh, kawan2 dari zaman sekolah rendah sampai sekarang, thanks for coming adn reading! Ada jugak antara viewers yang connect with my sis-alang via fb, so ada yang tahu what had happened to her. I nak cerita banyak2 pun tak boleh, sebab ni hal peribadi dia, nak minta izin dia untuk tulis pun berat mulut ni nak ucapkan. What ever it is, I know she reads my blog, so incase she gives me permission to write, insyaAllah I'll update soon. If not, please keep praying for her, may Allah give her strength...

Tuesday, November 2, 2010

November

Sedar tak sedar tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum 2010 meninggalkan kita, kejap je masa berlalu kan?!

Apa yang menariknya bulan 11 ni? Raya haji dah tak lama lagi, cuti sekolah pun tinggal kurang lebih 3minggu je lagi kan?! Cuti2 sekolah ni ramai laa yang akan naik pelamin, banyak ler jemputannya nanti. Kalau duk Malaysia, dah kenyang makan nasi minyak dah laa...

My bestfriend-Ida pun tak lama lagi bakal bergelar raja sehari, sayangnya kami tak dapat nak balik untuk sama2 meraikan hari bahagia tu nanti. Sedih jugak sebenarnya, dah nak masuk 4orang member IMFEEN yang kahwin, sorang pun I tak pernah attend. Tinggal sorang je lagi, hopefully dapat laa pergi majlis dia nanti, sebab masa I tunang dan kahwin both sides dia pergi, ralat sungguh rasa kalau tak pergi time giliran dia, huhu...

Dan tak lama lagi jugak my bestfriend-Naz akan jadi ibu. Moga semuanya berjalan lancar hendaknya. Tak sabar nak 'tengok' baby-nya, hehe...

Selain tu, tak ada apa2 yang menarik pun bulan ni, macam bulan2 lain jugak kot. Cuma end of this month nak kena buat preparation sikit2 for Rafiqh's 3rd birthday bash, haa yang ni best! Looking forward for it, hiks. Daun2 pun dah mula nak menguning, so maybe kalau myLove tak busy nak ajak pi jalan2 tengok daun lah! Moga2 bulan ini dinikmati dengan penuh kegembiraan...

Monday, November 1, 2010

Tunggu yer

Nak minta maaf buat kawan2/readers yang tertunggu2 entry pasal trial set SK2 tu, tengah berusaha nak settle-kan entry tu by today insyaAllah. Hari tu cadangnya nak publish on weekends tapi tak sempat. Nak translate nama produk2 tu pun dah blur2, haha, sabaq je laa kan. Nak buat macammana, ni 1st time 'pegang' SK2, peghak sikit di situ, sikit saja ya!

Tunggu yer...

Thursday, October 28, 2010

Sejuk yang tiba2

Sepanjang minggu lepas kat sini masih bercuaca panas, even though I pernah beberapa kali tulis yang cuaca dah makin sejuk or auturm had finally come, but oh no, it was just for a while, lepas tu panas balik. Lastweek kawan2 kat area atas semua dah mula cerita area atas dah sejuk tapi kami kat rumah ni masih lagi on kipas/cooler masa tidur. Masa2 lain memang tak on apa2 cuma waktu tidur sebab bilik bertutup berkuap so kadang2 agak panas sikit. Dalam dok panas2 tu tiba2 selasa hari tu sejuk amat sangat. Berlarutan hingga hari ni memang totally sejuk dah. At last, auturm is here!

Ahad dan isnin lepas 2hari suntuk hujan turun, walaupun hujan tapi taklah sejuk sangat pun, kami masih buka lagi sliding door dan tingkap2. Hari selasa tu baru betul2 rasa sejuk, malamnya pun dah sejuk tapi masih boleh bertahan, on lagi kipas. Paginya masa nak hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) pakaikan dia baju tebal sehelai je dan seluar paras lutut. Sampai kat hoikuen tengok budak2 lain semua ber-jacket/sweater bagai, haha segan pulak rasa, adehhh mak hang ni buta perut sungguh, sejuk2 pun releks lagi tak bagi anak berbungkus. Nasib baik sensei(=cikgu) dia tak sound, sebab last weak I selamba ja bagi Rafiqh pakai t-shirt lengan pendek, seluar paras lutut tapi pakai sweater laa, sensei dia tanya "daijyoubu? hanso no t-shatsu dake?"(ok ker ni? baju lengan pendek je?), kuang3 malu ceq se-das! Tapi mak dia lagi releks, pakai t-shirt dengan skirt saja, haa gaya macam bersantai musim panas, hihi...

Seharian hari selasa tu duk kat rumah adehhh sejuknya. Lepas maghrib I dah tak tahan dah, terus mulakan operasi geledah bawa keluar danbo(=heater), dengan penuh keyakinan di hati menyangkakan yang toyu(=minyak gas) baki haru(=spring) hari tu ada lagi sikit. Dah siap bawa keluar 2ketul danbo, lap elok2 dan pasang suis bagai, bila check tong toyu, alamak, yillek, semua kosong! Aduhhh macammana ni, dalam hati berdoa harap2 myLove balik awal, malam2 ni I dah malas nak keluar pi beli. Malangnya myLove balik lambat, akibatnya malam tu memang tidur dalam kesejukan, hahaha. Semalam keluar beli barang, balik tu terus singgah stesyen minyak untuk beli toyu. Setong tu 18liter, memang I tak larat laa nak angkat naik tingkat 5 kan, kalau angkat tong saja takpa jugak, ni dengan Raziqh, memang tak ah! Budak 2orang ni bukannya boleh kena tinggal sekejap pun dalam rumah, melalak laa si adik tu nak ikut, jadinya I cuma angkat sampai ke stor bawah je, malamnya lepas myLove balik baru minta dia angkat naik atas. Makanya semalam rumah dah dipanaskan, perghhh baru syok!

Cumanya rasa sejuk ni macam dah masuk fuyu(=winter) lah pulak. Memang sejuk sungguh, macam skip terus aki(=auturm). Tengok kat tv, area atas dah mula turun salji. Ada kat beberapa tempat tu pengunjung datang nak tengok daun kuning/merah tapi sebaliknya snowing pulak, haha, dah semakin pelik dah perjalanan musim sekarang ni...

Wednesday, October 27, 2010

Macam2 nak cerita

Saya sebenarnya ada banyakkkk benda nak cerita, tapi sekarang agak kesuntukan masa. Bukanlah bisnes kencang juta2, haha cuma dah nama pun meniaga kan kecik tara mana pun buat laa cara nak meniaga, takkan nak main2 pulak, betul tak?! So sekarang ni tengah berusaha untuk settle-kan beberapa order customers dari Malaysia. Dah agak semput dah ni memikirkan ada lagi kerja yang pending and my biggest problem is I ni pelupa orangnya, adehhh. Dah ada notebook untuk catit kerja2 dah, tapi bukunya disimpan tinggi2 atau dalam beg, susah nak refer selalu. Without the notebook pun, in fact sebenarnya I sentiasa list-kan kerja I untuk the whole week everyweek dan tampal kat pintu peti ais. Dari isnin sampai ahad, dah tulis itu ini apa nak kena buat cuma kadang2 tu ada jugak benda yang terlepas pandang, haiyaaa. Memori otak ni tak boleh nak upgrade dah, kalau boleh buat macam komputer ni dah lama dah I up-kan, hiks...

Malam2 lepas bebudak ni tidur, selalunya I pun akan pengsan sama. Semalam pukul 8 dah out-of-service dah, padahal kalau ikut plan tu nak settle-kan beberapa kerja dulu, nak spend masa tengok london heart dengan myLove dulu tapi sedar2 je tengok jam dah dekat pukul 10malam, nak bangun buat kerja pun dah tak larat, last2 tidur je laa...

Esok laa kot boleh update banyak sikit...

Wednesday, October 20, 2010

Sangap senyap2

Rasa2nya dah nak dekat sebulan dah laa tak akses web tv3, dah ok ka tonton tu ek?! Malas nak buka sebab dok baca kat fb ada yang kata tak ok2 lagi, huh! Taktau nak kata apa dah, bukan depa ambil pot pun even berjuta orang dok komplen dan maki seranah depa kat web tu, haha, memang dasar 'aiman tak kesah' sungguh laa...

Bila dah lama2 tak tengok drama melayu ni terasa rindu la pulak nak layan cerita melayu. Kalau balik Malaysia hagham tak hingin pun nak tengok tv, tapi bila dah duk jauh2 ni mula laa gatai tergedik nak tengok cerita melayu, hehe, rindu laa konon...

Jadi fulltime housewife ni time busy tu memang busy laa, sampai tak terjengkau tangan ni dok bersambung2-nonstop pulun buat kerja rumah. Tapi bila mai masa lapang tu, hadoiii sangap jugak laa mati habis kutu2 taktau nak buat apa, kesian kutu. Kalau tengok mak2 kat Malaysia tu petang2 selalu depa layan drama ka hapa ka kan, tu sebahagian dari pengurusan masa jugak tu, a way for them on taking short break, hehe. Kalau I pulak, my short break adalah ber-blog dan tengok drama melayu, but still that's not my me-time ye, sebab kalau layan drama tu selalunya sambil2 tidurkan si Raziqh, takpun masa tengah masak cause my laptop ada atas meja makan kat dapur...

Hari tu masa awal2 web tv3 tu mereng, I pun yer2 je cakap kat myLove, lepas ni I banyak laa masa sebab dah tak boleh nak tengok drama2 dah, haha, rupa2nya tak pun! Seharian berlalu sama jugak, celik mata pagi2 pungpang2 gunggang2 sedar2 dah malam. Tengok drama ka tak tengok ka sama saja, takdak pun extra chance nak baring2 rehat ka, nak tidur siang jauh sekali lah, haha...

Haiseh, sangap! Anyone nak suggest web/blog yang ada upload drama tak? hihi...