Wednesday, April 29, 2009

Frozen baby-donat

3-4hari ni bila jenguk blog orang, banyak sungguh entry pasal donat. Krispy kreme laa, J.co laa, Big Apple laa, eh Dunkin donuts dah tak glamour ek, tak ada pun orang buat entry pasal dia, hehe. Terliur pulak tengok donat2 tu, kat kampung Ube ni cuma ada Mister Donut je, tu pun kena pilih2 ada yang boleh makan ada yang tak boleh, eh boleh je kalau nak makan tapi tak halal laa, hahaha...

Hari tu my sis-ateh ada bagitau kat Jusco Ipoh ada kedai Big Apple baru buka, wah bestnya, I pernah makan Dunkin donuts je, lain2 tak pernah rasa pun, balik ni boleh laa nak merasa, dengar orang kata sedap sangat...

Hari ni jepun cuti, pepagi lagi lepas breakfast I dah buat donat. Baru2 ni beli acuan kuih, kalau sebelum ni asyik buat mini-donat je, kali ni buat mini-donat dan baby-donat pulak. Mini-donat tu diameternya 5cm, baby-donat ni 3cm, cute jer...

12 biji baby-donat tu I buat frozen. Selebihnya mini-donat dan baby-donat untuk minum petang. Mini-donat buh gula macam biasa, baby-donat buh coklat, konon2 nak bagi nampak cantik ler, ala2 donat kedai tu, hahaha.





Bahan2:
140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
6 gm susu tepung
40 gm marjerin
5 gm yis

Cara2:
- adun semua bahan hingga jadi doh
- canai dan terap
- biar doh naik, kemudian goreng

1 comment:

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...