Pagi raya tu dia muntah sekali lepas minum freshmilk sebelum kami pi solat sunat raya. Dah berbelah-bagi dah nak pi ka tak, takut dia muntah kat dewan pulak tapi gamble ja laa pi, sebab semua dah ready. Tak ramai pun jemaah yang hadir, students ramai yang ada kelas kot, tapi alhamdulillah meriah laa jugak. Lepas solat sunat tu ada makan2 sikit, kami bawa kek oren, biskut raya dan popia goreng. Rafiqh masih batuk2 dan selsema, Raziqh pulak kurang sihat makanya dua2 tak melasak sangat, duk diam ja, mujur Raziqh tak muntah walaupun dia pulun makan bihun, pizza dan kek, phewww lega! Pukul 10 lebih kami bersurai, balik rumah layan movie dan drama melayu, hihi...
My heroes...
Tengahari tu kami lunch simple je, takdak mood nak masak juadah raya memandangkan Raziqh kurang sihat. Lepas lunch, masak nasi empit dan cucuk2 ayam untuk buat sate, petang lepas asar baru bakar sate. Bakar dalam rumah atas dapur gas tu saja, senang! Kuah sate pakai yang segera, hari tu mak kirim berlambak2. Kuah sate segera ni ada banyak jenis rupanya, sejak dulu dok makan jenama JM(Jamilah Mansor Enterprise) memang sedap laa, Ipoh mali maa, tapi baru2 ni test yang lain sebab orang bagi, jenama adabi ka hapa entah, tak berapa sedap. Kalau ada yang segera ni senang, takat nak makan sikit2 untuk sate atau cicah cucur tu boleh bancuh saja, kot kalau nak makan dengan nasi empit haa berbaloi laa nak masak pun kan...
Habis laa cerita sehari raya kami...
Khamis tu myLove dah kerja semula tapi jumaat dia cuti balik sebab tak sihat...
Khamis tu myLove dah kerja semula tapi jumaat dia cuti balik sebab tak sihat...
Hari sabtu malam ada majlis makan2 sempena raya, buat style pot luck gabung sekali dengan Indonesian, meriah! Penuh meja dengan hidangan masakan pelbagai juadah. Kami bawa nasi empit, kuah kacang ayam dan biskut2 raya, tu saja yang sempat dibuat. Kalau ikut plan nak buat mousse dan puding jugak tapi tak berdaya dah nak berdiri lama2 untuk masak, bawa ja laa apa yang ada. Gambar tak sempat nak ambil sebab dok kalut dengan Raziqh yang takmau duk sangat, sejak tak sihat tu dia dah tak berapa mau dengan orang lain, melekat dengan mamanya saja. Sebab masing2 pun tak berapa sihat, keadaan tempat jamuan pun sesak, 2R nampak kurang selesa walaupun semangat nak main tu ada so pukul 9lebih kami dah minta diri nak balik. Balik rumah layan movie lagi kemudiannya semua tidur. Sambutan2 raya yang simple tapi tetap seronok...
4 comments:
Bila kat perantauan, kita kena make the best out of what we have. Terletak pd diri kita sendiri la nak memeriahkan suasana.
kak unaizah,
haa betul2,kalau asyik nak yg sama mcm msia mmg sampai bila2 pun takkan dpt menikmati keindahannya kan?kita yg kena create rasa best tu.sgt setuju!
kak fith: sate itu nmpk sgt sedap!!!!!! geramnya....nk kena buat ni....
statement kt ats tu sy setuju sgt! best ja pun sebenarnya beraya diperantauan ni..lain dr yg lain..takla asyik buat benda yg sama ja tiap tahun..
siti,
haa buat laa,sekali-sekala pekena sate mmg syiok laa,hehe.
ye betul,beraya kat perantauan ni suasananya lain,terasa syahdu dan indah sgt pagi raya tu...
Post a Comment