Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Puasa dan makanan

Hari ni baru hari ke-2 mula puasa semula, dah berapa lamaaa dah tinggal, ni baru terhegeh2 nak puasa balik. Puasa ganti untuk puasa ramadhan yang tinggal sebab bersalinkan Raziqh hari tu dah settle dah, alhamdulillah. Sekarang dok pulun nak langsaikan puasa nazar pulak, ada 7hari lagi. Cadangnya nak puasa 3hari seminggu so insyaAllah dalam 3minggu selesai laa. Lepas tu boleh la nak buat puasa sunat pulak. Bagus sebenarnya puasa ni, sebab hanya dengan berpuasa dapat menghalang diri ni dari makan. Kalau tak puasa, kerja melantak ja tak habis2, hehe...

Orang kata tengah2 puasa ni laa nafsu makin susah nak kawal, aip2 ni nafsu makan ek, bukan nafsu lain hokey! Memang betul pun, tengah dok puasa pun otak ni tak habis2 fikir pasal makanan. Pagi2 lagi dah belek myResepi, macam2 benda teringin nak makan, hampeh sungguh!

Semalam buat susu pekat manis, 1st time cuba. Kat sini bukannya takdak jual susu pekat, ada aih tapi agak mahal ler. Boleh ja nak beli, bukan nak pakai selalu pun kan tapi dah kebetulan masa merayau2 dalam myR terjumpa resepi ni so terus rasa nak cuba lah. Gambar kat bawah ni diambil masa susu tengah panas so tak nampak sangat 'kepekatan'nya. Bila dah masuk fridge baru nampak pekat. Tapi sepatutnya I masak lagi lama untuk hasil yang lebih baik, takpa next time buat lagi sampai berjaya...


Bahan2:
500 ml susu segar
100 gm gula

Cara2:
- masak atas api sederhana sehingga susu jadi separuh dari sukatan asal


Petangnya pulak cuba buat apam gula hangus tapi tak berapa menjadi, gambar pun tak ambil(dah tak jadi, takkan nak tunjuk jugak kot, hish). Tak jadi pun takpa, Rafiqh belasah jugak, I buat juadah berbuka semalam dan bersahur pagi tadi, bakinya ada sikit ja lagi...

Hari ni pulak buat dadih, guna resepi mak, ambil kat fp kaklong. Lama dah tak makan, rindu pulak nak jamah dadih mak. Resepi mak ni special sikit tau, lembut beralun2, bila start makan memang tak boleh stop...


Kalau kat Malaysia, boleh laa beli susu segar 'terbaik dari ladang' yang biasanya ada banyak dijual kat pasar tani tu, tapi kat sini susu pure tu mahal laa, I pakai freshmilk biasa ja, untuk dapatkan rasa lemak yang mantap, beli freshmilk yang 'pekat', bukan yang rendah lemak atau yang dah diubahsuai tu. Dari 2liter susu dapat 9 cawan macam dalam gambar tu, buat perisa jagung, bandung dan kosong. Rafiqh dah tak sabar nak makan dah, dari tadi dok gelut pimaipimai nak buka fridge, hish budak ni...

Bahan2:
1/3 (8 gm) agar2 bertali 24 gm
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 liter susu segar
secubit garam

Cara2:
- masak agar2 bersama 1 1/2 cawan air hingga larut, kemudian tapis
- masukkan susu, gula dan garam
- masak hingga susu mengelegak skit2, kacau sentiasa
- agihkan dalam bekas2

Tips: biarkan susu tu suam2 sebelum letak perisa dan agih masuk bekas...


Juadah berbuka hari ni tak buat apa2 dah, nak habiskan mee-bandung-bodoh hari tu, ada baki lagi kuahnya. Esok nak masak apa pun taktau lagi, ermmm apa yang best ek?!

Thursday, October 15, 2009

Chocolate cake

Awal2 pagi lagi dah sibuk menggodek kek coklat. Gara2 tak puas makan kek coklat yang my junior(siapa yer yang buat? Yatt ek?) buat masa jamuan raya hari tu. Mana nak puas dah kalau makan sekeping je, nak puas kena laa baham sebijik terus, tapi melampau laa pulak kan nak telan banyak2, hahaha... Beberapa hari lepas masa jengah rumah Ida-mamaAiman http://ida81.wordpress.com/, terliur tengok kek coklat Ida buat, terus rasa berkobar2 semangat nak buat sendiri, haa kalau buat sendiri boleh laa nak melantak banyak mana pun. Sebenarnya sejak semalam lagi nak buat tapi rasa over sangatlah pulak memandangkan hari selasa tu baru je buat cucur keria, semalam pulak dah bancuh tepung nak goreng cucur udang kering, takkan nak buat kek lagi kan, hish berlebih2 pulak makan, kang badan jadi tong baru padan muka! So bawa2lah menangguh niat tu untuk buat hari ni...

Haihhh, ni laa masalahnya bila I berpuasa, nafsu makan tu melampau2. Puasa ni selain dari sebab wajib kena ganti tu, kononnya nak jaga pemakanan, boleh laa nak diet dan shed weight. Tapi hampeh!!! Kalau tak puasa, nak masuk dapur pun malas. Nak masak dinner tu lepas asar baru decide menu dan baru terhegeh2 nak masak. Tapi kalau time puasa, perghhh dari tengahari lagi dah fikir dah menu nak masak, bukan takat dinner je, complete dengan side menu/desert lagi, hamboi teruk sungguh. Macammana laa nak kurus kan, bantai makan tak ingat dunia, kuang3...

Selain buat kek, hari ni jugak I buat roti canai dan murtabak. Eh2 tu bukan I yang nak makan tau, isnin lepas myLove tanya tak ada murtabak ker? Hish, buat pun tak, mana nak adanya... Kesian kat dia punya pasal, haa semalam I dah buat intinya, hari ni balut je laa, weekends nanti boleh makan untuk breakfast atau minum petang...

Kek ni I buat setengah adunan je, cukup laa 2orang je nak makan. Tak boleh nak komen rasanya lagi sebab tak ngap lagi, hehe. Sesiapa nak tau resepi kek ni boleh laa ke rumah Ida yer...

Kek coklat yang dah disiram coklat dan ditabur choc rice, tak sabar den nak makan ni?! yum2...

Ni version cupcakes untuk si Rafiqh. Budak2 tak boleh makan coklat siram dan tabur, nanti rosak gigi, mak budak je boleh, hahaha...

Sunday, September 6, 2009

Puasa

Bila dah mula boleh puasa, baru laa syok nak cerita pasal bulan ramadhan ni. 9 hari pertama ramadhan I tak dapat nak puasa, elok je sebulan usia Raziqh I dah boleh berpuasa, tapi ni pun belum tentu lagi boleh habis terus, entah2 ada berlubang lagi lepas2 ni. Apapun, syukur la kan, dapat jugak rasa nikmat puasa di bulan ramadhan tahun ni, dan rasanya tak banyak kot nak kena ganti nanti...

Puasa kali ni adalah puasa pertama berjauhan dari myLove sejak kami bergelar suami isteri. Tahun lepas pun banyak hari tak berbuka dan bersahur bersama sebab myLove sibuk dengan kerja, balik lewat atau outstation, tapi tahun ni paling sadis laa sebab sebulan terus. Sedih tu memang tak boleh nak elak dah, terkenang2 dia kat sana, makan minum dia mesti ala kadar je, sayu pulak hati ni bila fikir2. Untuk tak menambahkan rasa bersalah, I memang jarang sangat tanya tentang juadah berbuka dan sahur dia. MyLove sendiri pun tak pernah nak bercerita apalagi nak merungut atau bernada sedih setiap kali kami bersembang/chatting, sekurang2nya emosi ni tak laa terganggu sangat. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa kan, sekarang ni masing2 dok hitung hari je, as for me of course laa hitung hari nak balik sana...

Apapun, dalam dok bersedih tu ada jugak kegembiraannya. Setelah lebih 6tahun tak berpeluang berpuasa dengan keluarga, tahun ni Allah beri I sebulan penuh untuk habiskan ramadhan dengan my own family, ni peluang yang jarang2 orang dah kahwin dapat, kan? So I sangat bersyukur, entah bila pulak dapat nikmati detik2 macam ni...

Puasa kat Malaysia ni nikmatnya pada makanan laa kan? Mewah sungguh, macam2 hidangan ada. Tapi memandangkan I masih dalam pantang, berbuka dan bersahur tak laa menarik sangat pun. Makanan yang boleh dimakan tu terlalu limited, ulang2 lauk yang sama. Tengok je laa orang lain makan best2, tapi tak apa jumaat ni dah habis pantang, sempat lagi nak merasa apa2 yang teringin tu, hihi...

Bercakap pasal puasa, kat rumah ni my family jenis yang berbuka mesti makan nasi, lepas terawih baru jamah kuih-muih. Masa sahur pulak, selalunya cuma abah je makan nasi, yang lain2 semua jenis makan ringan2 je. Bila I dah kahwin, myLove ni lain pulak caranya. Masa berbuka still sama, dia makan nasi, cuma part sahur tu dia tetap nak nasi. Awal2 kahwin dulu memang terasa sukar laa jugak, so kena laa biasa2kan diri bangun awal dan siapkan lauk pauk, haa sekarang dah terbiasa, tak ada masalah dah laa...

Ramadhan tahun lepas I menyusukan Rafiqh, masa tu Rafiqh dah pun 9bulan, dah makan solid foods selain susu ibu, so tak terasa sangat pun bezanya dengan ramadhan sebelum2 tu. In fact, berbuka dan bersahur pun sama je macam biasa. Untuk bersahur cukup dengan segelas susu, roti dan buah kurma. Cumanya tahun lepas I banyakkan minum air dan makan buah kurma sebagai sumber tenaga untuk menyusukan Rafiqh. Berbeza dengan tahun ni bila menyusukan anak secara eksklusif, diet pemakanan memang kena beri lebih perhatian. Jadinya tahun ni I bersahur dengan nasi, sekeping roti, kurma, segelas susu dan bergelas2 air masak. Kalau tak makan tu semua nanti mula laa otak ni dok fikir eh cukup ker susu ni, mula laa dok risau kot2 anak kelaparan. Padahal cukup je susu ni insyaAllah, saja je ter-over fikir...

Ramadhan kali ni pun terawih timbul tenggelam. Sejak jadi ibu ni memang tak berpeluang nak penuhkan terawih setiap malam. Bila anak betul2 mood baik baru laa boleh nak solat sunat. Tahun ni lagi laa, 2 anak dah, bila seorang tidur seorang pulak bangun, macam tu laa selalu2... Tadarus pun sama jugak. Setakat nak khatam sekali tu boleh laa nak paksa2, nama kata nak ulang khatam berkali2 macam dulu2 tu memang tak kesampaian laa...

Walau apa sekalipun, semoga ibadah2 di bulan mulia ini diberkati Allah...
Nanti cerita pasal raya pulak yer...

Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan!!!

Dikesempatan ni I nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua pembaca dan teman2 blog. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata yang mungkin menghiris hati sesiapa yang sudi bertandang ke sini. Moga ramadhan ini lebih baik dari yang sebelum2 ini, moga ibadah kita diterima Allah Taala, amin...

Esok I baru 23hari berpantang, mungkin beberapa hari je lagi I dah boleh mula berpuasa. Itu pun mungkin on off puasa dan tak puasa bergantung kepada darah nifas dan keupayaan menyusu anak. Apapun, harap2nya tak banyak tinggal la kan...

Menyambut ramadhan tahun ni terasa sayu di hati. Apa tak nya, setelah lebih 4tahun berkahwin, tahun ni adalah tahun pertama berpuasa tanpa suami di sisi. Sedih pulak mengenangkan myLove yang berpuasa sendirian di perantauan. Walaupun I nampak releks je, macam tak ada perasaan pun nak emo sana sini, tapi hakikatnya Allah je tahu segala yang bergelodak dalam hati ni. Supaya I tak runsing dan berkelana, I ambil keputusan untuk tak terlalu fikirkan hal tu. Kami dah pilih untuk perpisahan ni so kami kena laa ambil risikonya. Yang paling utama, jangan biarkan anak2 terima tempias rasa tak senang hati ni. InsyaAllah tahun depan masih ada untuk kami raikan ramadhan sekeluarga... Moga Allah mempermudahkan urusan ramadhan ini buat myLove...

Selamat berpuasa buat semua...

Wednesday, April 22, 2009

Juadah berbuka

Tajuk entry macam di bulan ramadhan laa pulak kan, hihi... Hari ni tak puasa, alhamdulillah setakat ni dapat laa 2 hari-isnin dan selasa berpuasa, insyaAllah esok pulak nak sambung. Niat utama berpuasa ni ialah nak bayar nazar, niat sampingan adalah untuk hadkan pengambilan makanan pada waktu siang, hehe. Ada yang tanya(including myLove) "larat ker? tak lapar ker? baby ok ker?", jawapannya I sengih je...

Soal larat tu bukan masalah laa since I memang terperuk ja dalam rumah ni, langsung tak keluar! Melampau sangat laa kan kalau kata tak larat, bukan buat apa pun, ke hulu ke hilir dalam rumah je, habis sangat pun main bola dan shabondama(=soap bubble liquid) dengan Rafiqh, tu pun dalam rumah je! Part lapar tu pulak, so far belum laa rasa lapar sangat2 lagi, dalam pukul 5.30petang rasa laa penat sikit, dahaga dan lapar, tapi tak sampai ke tahap terlepek pun... Pi mai pi mai buat kerja, memang tak sedar pun masa berlalu. Kalau tanya pasal baby pulak, rasanya dia ok je kat dalam tu. Bergerak bukan main aktif lagi, sampai senak dan tersentak2 I dibuatnya. As long as he/she is moving actively and consistently, I guess nothing to be worry about, right?

Sekarang kat sini berbuka pukul 6.50petang, cuaca pun tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, memang sesuai laa untuk berpuasa... Setakat mana termampu, buat je laa. Kalau dah tak larat nanti, memang tak akan paksa diri...
Nama je laa puasa, tapi memasak still macam biasa, tahan sikit sebab tak boleh makan je, hahaha. Macam2 teringin nak makan haihh, alkisahnya isnin lepas buat puding roti untuk berbuka, lepas myLove balik kerja baru dinner sama2. Untuk dinner I cuma buat ayam masak kunyit, telur dadar dan sarada. Dah sebab dinner pun dekat2 pukul 9malam, memang tak bangun sahur dah laa jawabnya.
Puding roti ni biasanya orang buat buang kerak2 bahagian tepi tu kan, tapi sebab I sayang nak buang, buh je sekali. So yang part tu akan garing sedikit selepas dibakar. Resepinya hentam2 ikut suka, dapat laa 8biji, Rafiqh makan 3biji dan mamanya makan 5biji...



Ayam masak kunyit ni resepi dari myResepi tapi I ubah sebab nak bagi berkuah. MyLove suka makan lauk berkuah, memang kena masak yang banyak kuah.



Sarada... Ada salad, kobis, lobak putih tsukemono dan limau sunkist. I kalau buat sarada mesti buh buah, dah sebab limau je ada, bantai je buh, tu pun saki-baki si Rafiqh makan tak habis, hehe...


Ayam masak kunyit

Bahan2:
ayam boneless - dipotong kecil
serbuk kunyit
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
cili padi hijau dan merah - dihiris
sayur2 - kali ni guna asparagus dan karot
sos thai
pes tomyam
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, asingkan
- tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili hingga naik bau, masukkan ayam tadi
- masukkan sos thai dan pes tomyam sedikit, tambahkan air untuk cairkan
- masukkan sayur2 dan garam gula, siap...


Semalam pulak buat bengkang gandum, setengah orang panggil kuih bakar. Bengkang ni kalau mak yang buat memang meleleh laa, dah lama tak makan, bila dah teringin ni kena laa buat sendiri. Hasilnya memang jauh laa dari yang mak buat, mak bakar pakai sabut, kat sini mana nak cari sabut, bakar dalam oven je laa. Rafiqh pun suka, seronok je layan dia makan... Untuk dinner pulak buat hati ayam masak kicap pedas dan ayam goreng berempah, sayur tak buat, makan ulam2 je.
I memang suka bakar sampai garing, part yang garing tu yang sedap, hehe... Ke mana menghilang 1/2 lagi tu? Dalam perut Rafiqh, kesian mama tengok je anak makan, hahaha... Resepi ni boleh refer my sil-kaklong punya fp.
http://shw.mariamsayutiy.fotopages.com/19225769/KUIH-BAKAR.html


Hati ayam masak kicap pedas, juga diambil resepinya dari myResepi tapi diolah ikut selera sendiri. Sebelum kahwin tak reti pun makan benda2 dalaman ni, tapi bila dah kahwin, belajar dari myLove. Orang kata time pregnant ni tak bagus makan benda2 dalaman ni, tapi kalau kadang2 je takper kan? hihi *ayat sedapkan hati*...

Hati ayam masak kicap pedas

Bahan2:
hati ayam
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
serbuk ketumbar
serbuk kunyit
serbuk kari
cili boh
sos tomato
kicap
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan hati ayam dengan serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk kari
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai
- masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak
- masukkan hati ayam tadi bersama sedikit air
- masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula, siap...


Hari ni belum tau lagi nak masak apa. Sepatutnya esok kena pi klinik untuk check up baby tapi myLove busy je, kena tangguh laa gamaknya. Nak ajak junior temankan untuk jaga Rafiqh ni pun segan laa pulak, diorang sure busy dengan kelas kan. Tak sabar sebenarnya nak pi klinik sebab nak check gender baby, hihi. Sabar je laa...