Bahan2:
tepung pulut
pewarna hijau
air
air pandan
gula melaka - dipotong dadu
kelapa parut - digaul sedikit garam
Cara2:
- panaskan air hingga agak mendidih
- gaulkan tepung pulut, pewarna hijau, air dan air pandan hingga membentuk doh
- gentel bulat2 dan isikan gula melaka dan masukkan dalam air panas, angkat setelah kuih timbuln
- gaulkan dalam kelapa, siap.
Laksa ni buat untuk dinner kelmarin. Mama dan Rafiqh memang hantu laksa, pantang jumpa mesti bermangkuk2 pulun makan. Siap masak petangnya, so dah makan seround petang tu, malam makan lagi dengan myLove. Sebab Rafiqh pun suka laksa, tak boleh nak buat kuah tu pedas sangat, agak2 dia mampu telan je. Tu pun myLove kata dah pedas dah, cuma I je kot lately suka makan cili padi, potong2 buh jugak, yummy!
Bahan2:
ikan
bawang merah/besar
cili mesin
asam keping
daun kesum
bunga kantan
garam
gula
laksa
telur rebus
timun
salad
bawang besar
cili padi
Cara2:
- ikan direbus bersama asam keping
- selepas agak sejuk, asingkan isi dengan tulang, dikisar bersama bawang dan masukkan balik dalam air rebusan
- masukkan cili, garam, gula, bunga kantan dan daun kesum
Sejak datang jepun ni, I memang suka buat kek pisang, tapi macam2 tragedi betul laa kek ni. Selalu buat tak menjadi, kalau jadi pun rasanya tak laa berapa best pun. Macam2 resepi dah cuba, asyik fail je tapi tak pulak serik, hehe. Setelah lama tak buat, beberapa minggu kebelakangan ni tekak ni kepingin nak telan kek pisang. Hari ni lepas lunch nasi lemak, rajin pulak nak buat, so apa lagi kan, menggodek kek pisang resepi dari myResepi, walla sedap sungguh, lepas ni memang tak ubah resepi lain dah laa kot... Ni I copy paste resepi dari Yani.
Bahan2:
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara2:
- Pukul butter dengan gula sehingga kembang
- Asingkan putih dan kuning telur
- Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
- Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. - Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
- Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit
I tak ada fresh cream so tukar pakai yogurt, esen vanila tukar pakai esen pisang. Kek nya lembut dan gebu. Bahagian luar garing, memang best laa. Rafiqh makan kalah mamanya...
2 comments:
fith slalu wat laksa guna ikan apa? kiter slalu guna sardin tin je sbb nk cpt. xsabar sket bab nk asing2 tulang tu hehe. penah guna ikan cencaru tp ikan tu jenis xmanis so xsedap. xtau pn slalu org xguna ikan cencaru. nk guna ikan sanma tu byk sgt plak tulang.
Ina,fith selalu pakai "aji".pernah try buat pakai "sanma" dan "saba",tapi macam ina cakap laa sanma tu tulang banyak(tapi sedap :-p),saba tu tak sesuai kot untuk laksa penang,kalau laksa pantai timur tu sesuai(dulu ada senior buat).fith tak pernah try lagi buat pakai ikan sardin tin,hehe,boleh try ni.
Post a Comment