Tuesday, September 7, 2010

Puding karamel


Hari tu dah buat puding karamel cheese, so kali ni rasa nak try pulak buat puding karamel biasa ni. Ingatkan susah sangat buat benda alah ni, rupa2nya senang saja *tetiba berlagak*. Kepada kawan2 yang selama ni suka makan puding karamel, haa boleh laa try godek2, memang senang, bila dah buat sekali mesti rasa nak buat berkali2, ewah!

Resepi ni ambil kat myResepi, refer sini untuk resepi original, thanks Alia! As usual, I ubah sikit sukatan puding ni...

Karamel:
5 sudu besar gula
4 sudu air

Puding:
4 biji telur - suhu bilik
5 sudu besar gula halus
400 ml susu segar
beberapa titik esen vanila

Cara2:
[Karamel] - masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga gula sedikit keperangan, masukkan baki air dan biar gula perang. Tutup api dan cepat2 tuang dalam loyang, ketepikan

[Puding] - masukkan telur ke dalam mangkuk, sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul perlahan2 hingga sebati, jangan sampai berbuih
- panaskan susu dan esen vanila, jangan sampai mendidih, agak2 suam saja
- masukkan susu tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, kacau sebati
- tuang dalam loyang berisi karamel tadi
- alaskan dengan dulang yang diisi air, bakar pada suhu 160darjah selama 40-45 minit

Puding ni boleh jugak dikukus, refer link asal untuk tau cara2 nak kukus ye. I prefer bakar sebab pengukus kat rumah ni kecik cinonet. Semalam buat 1 adunan penuh, separuh bagi kat jiran sebab nak balas balik hari tu dia bagi juadah berbuka. 1/4 lagi 2R makan masa minum petang, selebihnya lagi 1/4 tu mama makan kongsi dengan 2R lepas berbuka. Suka pulak dua2 hero ni makan, hari tu masa buat puding karamel letak cheese depa takmau. InsyaAllah raya ni nak buat lagi, tak puas pulak makan, hehe...

I ada soalan nak tanya, sapa2 tau tolong jawab yer...
Macammana ye nak buat bagi puding ni jadi lebih lembut, maksudnya lebih beralun2 ala2 macam purin tu. Tambah susu ka atau kurangkan masa bakar? Anyone knows???

5 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

ni nk bg tips utk puding karemel yg sng n sdp! pkai blender je kak fith :D haha.sy dh wat byk kali dh mmg meletops sedap n confrem mcm kt kdai u~~

buh gula, susu cair, esen, blend sekjp je den sy kukus not bakar :D u may wan 2 give it a try.hehe~

Fith said...

faeeza,
kalau bancuh adunan pakai tepung baru kakfith guna blender,sbb malas nak tapis.tp kalau takat yg mcm ni senang guna tangan ja,kes malas bawa keluar blender,haha.btw thanks 4 the tips...
kakfith prefer bakar laa,sbb pengukus tak muat nak letak loyang,tp takpa,maybe next time kalau pinjam pengukus org boleh laa try kukus pulak kan...

Fith said...

ops nak tanya,faeeza kata dah buat byk kali,ha mesti tau jwpn soalan kakfith tu kan.camne nak lembutkan lagi puding tu?yang resepi tu pun dah lembut tp kalau nak lembutkan lagi kena cairkan adunan ke?hehe incase tau laa...tq!

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

hehe.btl2.nk bsh blender skian hal ;p
hmmm myb sbb sy kukus dats y die lembut kot.in that case try kurangkn ms bkr so dat x keras sgt.hehe. my 2cents opinion.x jd xtauu.ayoop (lariiiii ;p)

Fith said...

faeeza,
haha thanks!nanti kakfith try yer.tq2!