Wednesday, February 3, 2010

Chocolate muffins

Hadoiii, baru boleh nak duduk depan laptop ni setelah berjam2 bertapa kat dapur. Petang tadi mengadun muffins dengan 2R, takdak plan pun nak buat muffins ni sebenarnya sebabnya hari ni nak buat karipap dah untuk minum petang. Tapi disebabkan Raziqh tidur lama lepas mama dan onichan lunch tadi so mood dia sangatlah baik main sorang2 atau main dengan onichan, I pun terus terfikir nak makan muffins, rasa macam dah lama tak makan muffins, eh padahal baru sabtu lepas buat coffee choco muffins, hahaha. Choco muffins ni resepi rekaan sendiri, walla perasan pandai habis dah laa ni, tahap boleh reka resepi sendiri, hakhakhak.


Ni resepinya sebagai rujukan masa akan datang, kalau guna muffin cups saiz seperti dalam gambar, boleh dapat 12 biji:
50 gm butter
40 gm gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
100 ml freshmilk
2 sudu besar serbuk koko
150 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
40 gm choco chips

Cara2:
- panaskan oven 180 darjah celcius
- ayak tepung dengan baking powder
- campurkan serbuk koko ke dalam freshmilk
- pukul butter dan gula hingga kembang
- masukkan telur, pukul sebati
- masukkan esen vanila
- masukkan tepung dan susu tadi berselang seli dan pukul lagi
- masukkan choco chips dan kacau rata
- agihkan dalam muffin cups dan tabur choco chips di atasnya
- bakar 180darjah selama 10 minit

Macam biasalah 2R penyibuk ni pun sibuk nak tolong sama masa nak buat muffins ni so I bagi 2R ni pegang mixer, bergelak-ketawalah depa, syok kot rasa gegar2, hehehe. Muffins ni sangatlah kurang manis, kalau ada sesiapa nak try tu silalah tambah sukatan gula yer. Lepas bakar tu Rafiqh terus nak makan, 2biji sekali hadap, bahagian luarnya garing dalamnya pula sangat gebu, so kira jadi laa kan? ahaks...

Sebelum adun muffins I dah sukat siap2 bahan untuk buat kulit karipap, campak2 dalam breadmaker dan set untuk uli doh 30minit. Elok muffins siap bakar, kulit karipap pun ready untuk diletak inti dan dikelim. Inti karipap dah dibuat semalam. Selalunya pakai 500gm tepung gandum tapi kali ni buat separuh ja, so kalau biasanya boleh dapat 60biji lebih, kali ni cuma dapat 35biji saja. Cukuplah tu, tak larat aih nak berdiri lama2 kelebek karipap. Ni pun 1jam ambil masa nak siapkan, normal ka ek? Ka I ni lembap sangat buat kerja ek, ermmm...


Akhir sekali, gambar seksi anak teruna I, auwwww... Ambil gambar ni semalam lepas dia mandi petang, Rafiqh kalut laa nak tutup 'bird' adik time nak snap picture ni, alah yang dia telanjang bogel lari keliling rumah tak gaduh nak malu, tang adik dia sibuk pulak, hahaha...

9 comments:

aisha said...

alahaii geram ye daging si raziqh ituee...rindu aina time kecik2 ni. berisi2. boleh gigit2 daging die. skrg kuruss je..hihi.

wah cantik ye fith kelim karipap tu..jeles2..saya tak pandai2 lg nak kelim cantik2 cam ida dan fith..aduss..

Fith said...

aisha,
haa time ni mmg best kan gigit2 diorg.bila dah bleh jln terus kurus kan...
ish mana cantik pun,main tibai je nak cepat punya psl,hihi...

kew_chop said...

kak aisha, baru semalam kita sembang2 pasal karipap ni kan. tgk2 fith tgh wat karipap. cantik plak tu. kalo jumpa fith nak belajar cara nak kelepek karipap ni kasik cantik camni. jomla fith dtg area sini, leh jumpa reramai.
gebunya raziqh, geram2!!

mysara said...

bolatnyer budak nehh!!

Fith said...

Murni,
haha serius fith pun tak pandai jugak.owh sembang psl karipap ek,amboi2 mesyuarat karipap yer ibu2 yokohama...
adoi,kalau dekat2 leh kita jumpa2 kan,buat blogger day ker,mesti happening...

My,
hehe,bulat sikit saikin...

zura said...

aduhai.., geramnya fith tgok badan dia..!

Fith said...

zura,
ish anak zura mesti lg montel kan,hehe

afu-chan said...

arghh comeynya diaaa!! mmg rasa nak gigit!

Fith said...

Afzan,
hehe,mmg nasib baby kan,selalu kena gigit...