Tuesday, March 17, 2009

Masak2...

Ni menu hari ahad dan kelmarin... Bila asyik dok upload entry foods ni, terasa diri ni over sangat bab makan, kang gemuk gedempol baru padan muka! Ish risau pulak dibuatnya, dah laa lama tak timbang, la ni pulak dah start musim "lapar sepanjang masa", sungguh bahaya ni. Lepas ni kena sediakan stok buah, sayur, kismis dan yogurt banyak2 balik, buat bahan kudapan. Coklat, aiskrim dan junkfoods dilarang makan, kadang2 je takpa, hahaha...

Ahad lepas masak ayam 3rasa dan sayur campur masak air je untuk lunch. Simple...
Ayam 3 rasa
Bahan2:
ayam dipotong kecil2 dan digoreng separuh masak
minyak untuk menumis
*bawang merah/bawang besar
*bawang putih
*halia
*serai
*cili padi/cili hidup
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos thai
3 sudu besar pes tomyam
garam,gula
daun limau perut
daun ketumbar
bahan bertanda * dikisar halus
Cara2:
1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
2. masukkan sos cili, sos thai dan pes tomyam
3. masukkan ayam, garam dan gula
4. setelah hampir masak potong daun limau perut dan daun ketumbar untuk ditabur
Sayur ni tibai ja segala hapa ada dalam fridge, campak ja semua2, senang kan... I buat sayur air tak tumis, cuma masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus, then bubuh perasa dan sayur2 ikut step mana yang lambat empuk masuk dahulu... Boleh buh ikan bilis, udang kering atau telur jugak, siap!
Hidangan petang dan malam kelmarin...
Lepas lunch kelmarin terasa nak makan kuih sagu, godek2 myResepi jumpa laa resepinya, terus pi buat, 2jam lepas tu dah ngap... Tak jadi sangat pun kuih sagu ni, ni first time buat, sebelum ni tengok mak je buat, tak pernah try walaupun suka sangat makan, haa hambik, dulu takmau belajar, sekali bila buat terlembik pulak. Setakat tekak Rafiqh dan mamanya, memang boleh laa nak telan, dah habis dah pun buat breakfast pagi tadi... Kat sini tak ada kelapa parut fresh so bantai pakai kelapa parut kering tu. Oleh kerana kuih ni tak jadi, taknak laa buh resepi, hehe...


Disebabkan encik suami tak makan kuih sagu, terpaksa laa puan isteri menggulung tuna roll untuk minum petang. Pakai tuna baki nasi goreng Rafiqh, dapatlah 8ketul ni.

Tuna roll
Bahan2:
2keping roti Jepun(dibuang bahagian tepi, slice supaya nipis jadi 2keping, canai supaya padat) - kalau roti Malaysia 4keping
tuna yang dicampur mayonis dan serbuk lada hitam(boleh buh cili padi kalau mau pedas)
timun, karot - di potong panjang+nipis
air - fungsi sebagai gam

minyak - untuk menggoreng
telur - dipukul dengan sedikit garam
serbuk roti(masa kat Malaysia dulu, I pakai roti 4segi yang dihancur2kan)

Cara2:
1. roti yang dah nipis dicanai tu diletakkan tuna, timun dan karot, digulung dan dilekatkan dengan air pada hujungnya
2. sebiji tu boleh potong 2(macam dalam gambar)
3. celup dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti
4. goreng dalam minyak yang agak banyak


Ni pulak menu dinner, buat acar telur dan ayam tandoori. Malam2 I jarang lalu makan nasi, selalunya makan buah, roti dan susu je, tapi tergoda dengan tandoori, makan laa tandoori dibalut salad cicah mayonis, nasi tak makan pun...

Ayam tandoori
Bahan2:
sekeping dada ayam-dikelar atau dicucuk dengan garfu
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar plain-yogurt
1 sudu besar rempah tandoori
1 sudu besar minyak masak

gula

Cara2:
1. perap ayam dengan semua bahan2 tu sejam atau lebih
2. bakar dalam oven hingga garing, boleh jugak digoreng

No comments: