Friday, April 2, 2010

Yummy tiramisu cake!

Percaya dak kalau I kata yang dah bertahun2 lamanya I simpan hasrat nak buat kek tiramisu? Sungguh, maunya tak bertahun, sejak mengandungkan Rafiqh lagi sampai laa Rafiqh lahir, mengandung pulak si Raziqh sampai Raziqh dah umur 8bulan, baru semalam buat, perghhh ni baru betul disebut hasrat terpendam kan, muehehehe...

Taktau laa awat yang payah sangat nak buat tu, mungkin sebab selama ni dok cari bahan nak buat tu tak cukup lengkap sempurna(bahan2nya pelik2), dok tangguh punya tangguh langsung tak buat. Cuma beberapa bulan lepas ja masa 'melilau' kat myResepi tu baru terjumpa resepi paling senang nak merealisasikan impian itu. Jadinya, baki cream cheese dari buat double chocolate cheesecake hari tu I guna buat tiramisu ni pulak. Resepi ni memang simple, but yet the taste is superb! Sesiapa berminat nak cuba, boleh refer resepinya di sini. Thanks umi_e!

Petang semalam lepas lunch, I buat chocolate-nescafe cake(resepi campak2), mula2 tu ingat nak pi beli kek kosong tapi malas pulak, so bantai ja laa. Lepas kek siap dibakar, tunggu dah sejuk baru putar cream cheese dan whip cream, oh ya I letak 2sudu besar jus lemon kononnya untuk 'tajamkan' rasa cheese tu, memandai2 ja, siapa ajaq entah, hahaha, rasa best sikit kalau masam2, I loike!

Sila tolong abaikan rupa kek yang comot itu. Saya tau rupanya sangat buruk dan huduh, tapi don't you dare to kutuk hokey, please please please kamu jangan nakal, hakhakhak(tiba2 mereng)...



Bahan2:
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250 ml whip cream
200 ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas(untuk bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko -hiasan

Cara2:
- bancuh nescafe dalam air panas
- satukan gula, cream dan cheese, pukul hingga kembang dan gebu
- potong kek kepada 3 bahagian, ambil 1 bahagian dan susun dalam bekas, tuang 1/3bancuhan nescafe tadi atas kek dan sapu 1/3adunan cream+cheese tadi
- susun bahagian kedua kek, ulang cara dia atas sehingga habis, simpan dalam fridge
- hias dengan serbuk koko

Hajat dihati nak potong 3layer kek ni tapi sebab kelam-kelibut dengan 2R yang mengacau, sorang dok tibai ratah cream tu sebab disangkanya aiskrim(ces, asai warna putih ja semua hang kata "eskem"), sorang lagi gedik suruh dukung sebab nak tengok mama buat kerja, tak ka haru-biru?! Jenuh bertepis2 mama nak decorate kek tu, tu pasal laa jadi huduh, kalau ultraman2 ni tak kacau, mesti jadi lawa(alasan!). Berlemuih pun takpa, bukan orang lain pun nak telan, mama dan Rafiqh jugak, hentam saja laa labu...

7 comments:

kew_chop said...

mak aii tgh diet tgk cake fith sgt menikam kalbu nafsu makan ku ini..hihi..

Ina said...

xde rupa xpe janji rasa tetap mengancam kan. don't judge book by it's cover hihi

Fith said...

murni,
alamak,sori2,tergugat diet murni yer,fith punya diet punah ranah dah,hadoi...

ina,
yer betul!!!klau takat rupa lawa tp rasa hampeh tak guna jugak kan?(baik punya cover,hehe)

afu-chan said...

ur tiramisu oishisou!

kita dulu pun teringiiin sgt nk buat sndiri tiramisu, tp skali buat x buat2 dh sbb renyah. tp mmg puas sbb sedap (terangkat jgk bakul)

fith kalau buat tiramisu try guna mascarpone cheese. laaaagi sedap! asal2 tiramisu mmg guna mascarpone cheese.

Fith said...

afzan,
mmg pun renyah,sbb tu fith buat yg simple ni,ngelat,haha.dah mmg sedap pun kan,angkat bakul pun takpa,hehe...

alamak,cheese tu laa yg fith cari tak jumpa2.tu yg bertahun amik masa tu,pencarian tak berhasil.takpa,pasni try lg cari,gambarimasu!dah jumpa cheese tu boleh buat tiramisu tulen...

Kaklong Nuzula said...

tiramisu ni mmg asal dr jepun ke fith? ada gak org cakap sesetengah tiramisu dia buh sejenis arak ntah apa nama tah.. Tp kalau buat sendiri ok la.. huhu.. bestnya...

p/s: Kaklong mmg penggemar kek..

Fith said...

kaklong,
fith pun taktau asal usul tiramisu ni,tau makan ja,haha.kat sini mmg takleh mkn semua jenis kek,byk diorg letak arak/wine.so buat ler sndr,huhu,biarpun huduh,haha.
tiramisu ni sedap kan,suka sgt!oh kaklong pun suka kek yer?boleh geng laa kita,hehe