Saturday, April 4, 2009

Cerita ayam panggang

Khamis lepas, masa dalam kereta on the way nak balik rumah selepas check up tu, seperti biasa I akan baca balik buku laporan kesihatan dan tengok pictures scan baby. Mulut ni dok ngomel potpet2 pasal berat yang naik mendadak tu, haha, tau pun tak puas hati. MyLove macam biasalah, dia dengar je, malas agaknya nak layan lebih2, hek! Elok dah parking kereta, masa dok panjat tangga tu, boleh pulak mulut ni tertanya "esok kita dinner ayam panggang laa ek, ok tak?", hahaha, kantoi, nampak sangat tak sungguh2 pun risau pasal berat kan, sempat lagi tu fikir nak makan. Hadoi, cakap tak serupa bikin!

Sebenarnya dah lama teringin nak makan ayam yang tergolek sekor macam ni. Sejak zaman kecil2 lagi, sebab dulu selalu sangat dok tengok cerita mat saleh masak macam tu kan. Rasa macam best je kalau boleh potong ayam tu... Bila preggy ni lagi laa tak tertahan nafsu dok tengok orang lain dok buat. Tu yang bantai ja buat...

Awal2 pagi lagi dah keluarkan ayam dari freezer. Tengahari tu sambil2 sediakan lunch, I siapkan bahan2 nak bland. Lepas bersihkan ayam dan tos, simpan sekejap dalam fridge dan tos lagi baki2 air. Mulanya nak makan dengan spaghetti tapi fikirkan myLove lebih suka nasi, so buat laa nasi goreng tomyam. 2 tu je menunya, senang...
Ini laa rupanya ayam panggang belum masuk oven. Main belasah je resepinya, hentam sesuka hati. Tengok resepi2 orang lepas tu combine ikut sedap imaginasi... Lepas dah bakar tu lupa pulak nak ambil gambar, kalut sangat nak makan. Apa tak nya, myLove tu yang biasanya dinner lewat tu pun masa ayam ni dok putar dalam oven, dia dah sibuk tanya, padahal baru pukul 7, hish! "Lamanya ayam tu dok pusing, bila nak siap?" hahaha, punya laa dia tak sabar nak makan...

Bahan2:
seekor ayam
*bawang merah/bawang besar
*bawang putih
*halia
*jintan manis
*jintan putih
madu
garam
serbuk lada hitam
jus lemon
cili sos
sos tiram
ubi kentang - direbus sekejap
lemon(I ganti dengan kulit sunkist sebab takdak lemon)

Cara2:
- kisar semua bahan bertanda *
- dalam satu bekas, campurkan semua bahan kisar dengan bahan2 lain selain ubi dan lemon
- perap ayam beberapa jam
- masa nak bakar, sumbat ubi dan lemon dalam ayam
- bakar hingga masak

Haa, tu rupa ayam dah masak, dah potong siap dok dalam pinggan, tunggu ditelan, hihi... Makan dengan nasi goreng tomyam bodoh. Sebenarnya tomyam tu tak bodoh, nasi goreng tu pun tak bodoh, taktau laa tang mana yang bodoh tu kan. Haa, jangan pulak ada yang kata tukang gorengnya yang bodoh ek, kang tak pasal2 ada yang makan penampar bodoh ni, hahaha. Istilah bodoh tu orang selalu pakai untuk benda2 simple kan, so sebab nasi goreng ni tak letak ayam, ikan, daging dll tu so I panggil nasi goreng bodoh je laa. Kesian nasi goreng ni...

Nak buat nasi ni simple je, myLove yang ajar, kalau bab nasi goreng merapu meraban ni memang serah kat dia laa, terer habis!

Tumis bawang putih diracik dan bawang besar dipotong dadu bersama cili padi. Masukkan pes tomyam(I pakai yang cecair tu, bukan kiub). Tambah garam dan gula, masukkan nasi dan serbuk lada hitam. Akhir sekali buh mix vege, siap! Senang je kan...

Kalau rajin, boleh buat potato sarada atau apa2 jenis salad, tapi sebab saya malas dan kononnya jaga badan(takleh makan mayonis), saya tak buat, noktah!

No comments: