Saturday, February 28, 2009

Mee Bandung & Nasi Lemak

Setiap kali tawaf blog orang lain yang letak gambar2 masakan, memang terangsang sungguh selera makan ni... Semuanya nampak sedap, tapi kadang2 rasa hampa sebab tak ada resepi. So, seboleh mungkin lepas2 ni kalau I letak gambar masakan, akan disertakan sekali resepinya. Boleh jugak buat reference diri sendiri kan...

Semalam untuk dinner I masak mee bandung. Dah lama tak masak, I malas nak masak masakan yang nama sama tapi rupa dan rasa berbeza antara 2 negeri - Kedah(mine) dan Johor/Melaka(myLove). Awal2 kahwin dulu, bila I cakap I nak masak contohnya mee bandung ni, dia expected I masak style mee bandung Muar, makan pun tak pernah mana laa reti nak masak kan. So sekarang ni setiap kali masak benda2 yang sama tapi berbeza tu I mentioned siap2 ni style Kedah ok...

Mee Bandung:(2 orang)

Untuk kuah diperlukan-
*3biji bawang merah/1biji bawang besar
*2ulas bawang putih
*2 sudu besar udang kering
*2sudu besar cili kisar
Udang, sotong, ayam, daging
Telur ayam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Tomato
Gula, garam

Cara2-
1. Bahan2 bertanda * diblend bersama
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend hingga naik bau
3. Masukkan air, sotong, ayam dan daging
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula
5. Agak2 semua dah empuk, masukkan udang, telur ayam dan tomato. Adjust rasa ikut kesukaan...

Untuk mee diperlukan-
Mee kuning
Serbuk lada putih
Tauge
Kobis/sawi

Cara2-
1. Panaskan belanga yang diletak air sedikit hingga mendidih
2. Masukkan mee dan serbuk lada putih
3. Kacau2 sebati dan masukkan tauge dan kobis/sawi, masak hingga sedikit layu
4. Tapis baki air(jika ada)

* Hias dengan daun bawang dan bawang goreng


Lunch hari ni ialah nasi lemak daun pisang, ni kes terliur tengok fp kaklong laa ni. Aroma nasi lemak panas2 atas daun pisang memang mengasyikkan, hehe...

Nasi Lemak:

Untuk nasi diperlukan-
Beras
Halba
Halia
Bawang merah
Daun pandan
Santan dicampur sedikit garam

Cara2-
Masak seperti biasa

Untuk sambal ikan bilis diperlukan-
Bawang merah dan bawang putih - dikisar
Cili kisar
Air asam jawa
Garam, gula
Ikan bilis

Cara2-
1. Tumis bahan kisar, masukkan cili dan masak hingga hilang bau cili
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula
3. Goreng ikan bilis sebelum dimasukkan dalam kuah

Untuk ayam goreng berempah:
Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk kari, kemudian goreng


Sekian saja sesi memasak hari ini...

1 comment:

si.ra said...

adulahai tensionnya tengok n3 ni..tergugat jiwa raga..bila la rajin nk wat semua ni ya..salin resepi la dulu...huhuhuhu