Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Monday, January 24, 2011

2R naik bas dan keretapi

Keluar rumah sebelum pukul 9, naik bas dari bus station depan Saruta hingga ke Ube Shinkawa train station. Menunggu train ni yang lama nak mampuih, almaklumlah keretapi kampung, sejam sekali ja ada lalu. Salah kami jugak sebab main redah ja, tak check jadual perjalanan dulu, haa ni namanya jalan2 tanpa perancangan, huhu. Sebelum naik train tu sempat laa kami merayau sekitar 'bandar' Ube berjalan kaki, sejuknya laa wei. Mujur jugak bawa stroller, ganti2 antara Rafiqh dan Raziqh. Pukul 11.30 naik train sampai ke Ube station dan tukar train untuk ke Shimonoseki, perjalanan terasa sekejap ja. Tengok permandangan gunung-ganang, sawah padi dan hutan2 sambil sembang2 pasal 'future', indah sungguh!

Dah sampai Shimonoseki station, jalan kaki berbelas2 minit untuk ke Pejabat Imigresen. Lintas jalan sana, lintas jalan sini untuk memahamkan map yang waduhhh sikit amat petunjuknya, jenuh pusing2 map tu. Mujur myLove pandai baca map, kalau harap kat I, lama dah kami sesat barat, hahaha. Lepas dah bersimpang-siur berjalan sampailah ke tempat yang dituju, dah pukul 1 dah time tu. Dah siap2 isi borang bagai, pukul 2 lebih keluar mencari tempat nak solat. Masuk shopping mall la paling selamat, sebab dalam tu panas dan selesa. Cari port baikkkk punya, dekat tangga bahagian tempat locker barang2, agak tersembunyi. Lepas solat pi cari makanan pulak, perut dah lapar tak hingat. Makan tenpura udon, dah kenyang makan2 tu pi solat asar pulak sebelum balik.

Perjalanan balik kami decided untuk naik bas, direct dari Shimonoseki sampai Ube. Budak2 ni dah penat so malas nak tukar2 pengangkutan dah. Pukul 4.30 naik bas, susukan Raziqh dan dia tidur sepanjang perjalanan, plus minus 2jam. Rafiqh pun sama, terlentok kepenatan. Sampai rumah mandikan 2R dan mama masak dinner, settle kerja2 habis semua tumbang. Lepas ni bila visa dah siap nak kena pi ambil pulak, kali ni tukar plan lainlah, fehnat2...




Friday, December 24, 2010

Illumination di Tokiwa Park

Semalam adalah public holiday kat sini, so myLove cuti. Kami tak ke mana pun, paginya lepas siapkan breakfast, terus settle-kan kerja2 rumah dan prepare lunch. Hasratnya nak pi baito(=parttime) right after Raziqh took his morning nap, senang sikit nak menyelinap keluar since lately dia sangat marah kalau ditinggalkan, even mama nak pi buang sampah pun dia melalak tak hingat. Macam mak2 lain jugak, I sangat benci tinggalkan anak dalam keadaan meraung, rasa tak tenteram dan tak happy nak pi buat kerja. Kalau dulu dia ok ja bila I pi deliver orders tapi sekarang jangan harap. Kalau dia sedar I nak keluar memang dia buat perangai sungguh2. The best way to leave him ialah tunggu dia tidur lah. Pukul 11 lebih dia tertidur, letak dalam buaian dan bersiap cepat2 terus keluar. Rafiqh pun dah tertidur, dia ni kalau ayahnya ada dia mudah tertidur, mungkin syok diriba atau tidur celah2 ayahnya sambil orang tepuk2 usap2 kot, lali2 terlelap terus. Kalau dengan mamanya saja, memang seharian laa dia takkan tidur, melompat tak habis2...

Biasanya kalau pi baito memang hangkut depa sama tapi dah kebetulan ayah depa cuti kan, apa salahnya tinggalkan depa kat ayah depa, hihi, mama suke! Senang sikit mama nak buat kerja, jadinya semalam tak lama pun keluar, tak sampai 2jam dah settle kerja, terus balik, sempat singgah supermarket lagi belikan choco ball untuk 2R, ingatkan depa dah bangun dan akan 'sambut' mama laa, tapi cet, masuk2 rumah sunyi sepi, terbongkang lagi rupanya. Petangnya untuk minum petang buat nugget, requested by encik suami. Tinggal sikit je lagi chicken mince ni, lupa pulak nak order untuk stok this month, ni yang rasa macam nak beli ja food processor, mesti berbaloi2 kan, tertengok kat blog Norlin hari tu sebenarnya, macam best ja. Kalau beli mince pun mahai dah, kalau boleh buat sendiri uish untung tu, boleh meniaga nugget pulak lepas ni, haha, tau nak meniaga ja hang noo, hehe...


Tengahari semalam dapat email dari kohai(=junior) girl ajak pi tengok lampu2 merelip-merelap kat Tokiwa Koen sempena Xmas ni, tak jauh pun dari rumah kami ni. Memang dah ada plan nak pi petang esok sebab ada maskot2 kartun Doraemon dll tapi myLove kata esok mungkin yuki(=snow) turun, dah alang2 orang ajak pi semalam, I tanya myLove boleh tak kalau kami nak pi and he said okey, horay! Pukul 6 dah siapkan dinner, bersiap2, pukul 7 kami dah ready tunggu yang lain2. MyLove tak pi pun, just the 3 of us, join Nas, Fizah dan Dena. Ingatkan sejuk sangatlah semalam, hentam bagi budak2 ni pakai baju sampai 4lapis, last2 tak sejuk tara mana pun. Tapi ok laa kan, kalau sejuk2 sangat nanti selsema batuk pulak depa. Ni antara gambar yang sempat di-snap, as usual tak banyak pun gambar...


Tsuyoshi-kun...

Takeshi-kun...

at last, managed to snap picture only 2 of them...


my little heroes...


Pagi tadi tengok forecast kata esok tak yuki laa pulak, hare(=cerah) lagi, makanya petang esok boleh laa pi lagi kot. Rafiqh semalam dok tunjuk2 kereta kabel bentuk zou(=elephant), nak naik laa kot, tapi seriau takut dia gayat pulak, haha. Tengoklah esok kalau ok, kita naik yer. Sapa nak ikut?! Jom3!!!

Thursday, October 7, 2010

Tak lekat duk rumah...

Minggu ni setiap hari kheja dok keluar, bukan sekali tapi sampai 2-3kali sehari, boleh masuk rekod kami ni, hihi. Dok rumah tingkat-5-takdak-lif ni kalau takdak urusan tak hingin aih nak turun bawah. Tambah la ni ada 2budak pulak, sebolehnya sekali keluar tu mesti nak settle 2-3 urusan sekaligus. Tapi minggu ni memang sakan laa bebudak ni pijak tanah, seronok tak hingat laa depa mencalak...

Isnin keluar pagi sampai ke petang, pi 2 bank, habis settle kerja2 bawa depa meronda sat kat shopping mall, lunch udon ja sebab malas dah nak balik masak. Tengok depa pun dah penat, terus balik. Petang tu lepas depa bangun tidur turun lagi untuk bersihkan 'kontena' sampah apato ni. Tuh dia, panggil kontena macamlah besaq sangat, tapi dah tu namanya, taktau nak translate apa, haha. Benda tu diperbuat dari besi lebih kurang 2meter panjang 1meter lebar dan 1meter tinggi. Setiap kali buang sampah, kena buh dalam tong tu dan tutup dengan jaring2 supaya burung gagak tak punggah. Jadinya, penduduk blok ni kena ambil giliran seminggu satu rumah untuk bersihkan benda tu. Minggu ni giliran kami laa...

Selasa pagi2 hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), tengahari lepas ambil dia kami pi beli barang dapur, settle shopping terus balik rumah. Petangnya keluar pi supermarket dekat rumah dan pi bank lagi, sampai kat rumah bagi depa berlari main bola dulu baru naik. Rabu pagi lepas Raziqh bangun morning nap kami pi bank(lagi), pi shiyakushou(=pejabat daerah) lepas tu lunch then balik. Petang turun bersihkan kontena dan stor, keluar ke supermarket A-price dan balik tu bawa pi koen(=playground) depan rumah ni. Hari ni petang satgi pi baito(=parttime job), lepas tu kena bersihkan kontena dan kalau sempat nak bawa 2R pi koen. Esok nak pi beli barang dapur saja kot. Ahad ni ada jamuan raya, nak beli bahan2 buat puding cocktail berkuah dan popia goreng, nak buat 2juadah tu ja kot. Hasil dari dok kheja keluar setiap hari ni memang mantap, depa tidur malam tak menguwek langsung, pengsan terus agaknya, hahaha...

Memang seronok kalau boleh bawa 2R pi koen setiap petang, syok habis laa depa. Cuma tak larat nak berperang ajak balik, huishhh si Raziqh laa paling sakan, tak bagi langsung orang angkat dukung dia, melentok2 badan menjerit2 suruh letak balik dia nak sambung main lagi. Masalahnya dia bukan main buaian ka gelongsor ka hapa ka, dia tau tala main tanah, kalau main tanah elok2 takpa la jugak, ni dak, dia pi lempaq2 tabur2 habis kena anak orang haiseh, lepas tu dok berlari pi mai pi mai, risau takut budak2 lain langgar dia. Setiap hari dia yang dok sakan berlari tapi yang peliknya awat mak dia yang terlebih penat, musykil2, hehe...

Thursday, June 24, 2010

Lenggang2 kangkung

Hari ni saya rasa sangat gumbira, sebab utamanya tadi kami keluar pi shopping tapi satu yen pun tak kena bayar, sebab keduanya saya berjaya beli KANGKUNG, at last! Dah bertahun cari kangkung kat Jepun ni, rasanya banyak ja juai kat mana2 supermarket sebab selalu sangat tengok blog kawan2 kat Nihong ni yang beli kangkung tapi nasibku selalu malang, tak pernah pun jumpa, huhu. Alhamdulillah, hari ni boleh pulak terjumpa, haa esok boleh laa buat yong tau fu, yatta ne!

Pagi tadi obachan(=nenek) jiran rumah bawah kami ni datang. Dia memang selalu datang main dengan budak2 ni tapi baru je semalam datang bawa yogurt dan minuman yogurt so agak pelik laa jugak bila awal2 pagi dah dingdong2 rumah. Rupa2nya dia nak ajak keluar shopping barang, tapi kedai tu agak jauh, dah masuk daerah lain dah iaitu Hofu, hampir sejam perjalanan dari sini. Bila tengok risalah iklan yang dia tunjuk tu, jalan nak ke kedai tu memang agak familiar, so I cuma double-check tempat tu kat yahoo map, lepas tu bagitau dia boleh aje nak pergi. Bukan main happy lagi dia, terus cakap nak ajak obachan sorang lagi(jiran sebelah rumah I). Janji pukul 1 nak keluar, pukul 12.30 depa dah tercegat depan pintu rumah, aiseh nasib baik laa kami dah siap cuma I ja tak solat lagi. Panggil depa masuk dulu cakap nak solat sat. Pukul 12.45 kami naik kereta pi isi minyak dulu, as usual obachan akan bagi duit, memang tak boleh tolak cakap taknak, satgi dia bebel2 marah hahaha dah faham sangat dah perangai dia so terima saja laa. Kalau ikutkan pi situ tak payah buh minyak banyak2 tapi dia hentam suruh buh banyak2. Selalunya kalau isi amaun tu boleh tahan dekat2 sebulan laa, alhamdulillah rezeki, ngehehehe...

Hari ni weekdays kereta tak banyak, I cuma maintain drive 60km/j saja tapi dalam 40minit dah sampai. Melilau2 dalam kedai barangan antik tu, mak aih barang2 kat situ mahai nak mampuih, takut aih nak pegang, rata2 berharga puluh2 man(1man=10 000yen=RM300++), waduh2 nak beli memang tak mampu laa, takat cuci mata boleh laa sebab memang cantik2. Jenuh berkepung dengan Rafiqh, dia dok berkepit dengan obachan ja sampai naik risau dia sentuh barang2 tu. Obachan beli barang2 yang dia nak, habis dekat RM1000 jugaklah dia, perghhh kaya2! Then dia belikan beberapa barang untuk I, hihi sukeee...

Settle beli barang kat situ dia ajak pi SunPark shopping complex, dia nak belanja makan soft-cream. Apalagi kan, on the way balik Ube kami singgah kat SunPark dulu, lama dah tak pi sana, sekarang musim sale best sungguh cuci mata. Lepas makan soft-cream dan minum air, kami pusing2 kat kedai buah/sayur pulak. Hajatnya nak membeli sayur sikit sebab murah2, jalan punya jalan ternampak kangkung, terus terbayang2 yong tau fu di depan mata. Bila nak pi bayar obachan dah tunggu kat cashier, hmmm dia laa yang bayar, sayur2 tu tak mahai pun tapi tembikai tu mahal ler(bagi I laa)...

kangkung...


bawang 130yen, kangkung 100yen, terung 100yen dan tembikai 1000yen...


Habis membeli kami terus balik, dekat2 pukul 4 baru sampai rumah. Sekarang ni 2R tengah tidur kepenatan, walaupun Raziqh tadi dah tidur dah dalam kereta. Seronok jugak sekali-sekala melayan nenek2 ni, selalunya bawa pi shopping barang dapur kat area2 sini saja, kali ni pi jauh sungguh. Apapun, seronok sangat bila tengok obachan happy...

Wednesday, June 16, 2010

Of today's activities

Pagi tadi bangun pukul 3.30 untuk subuh, lepas tu gedebum tidur balik. Alarm keitai (=handphone) bunyi 5minit sebelum pukul 6, bangun2 terus sikat dan ikat rambut, pi cuci muka dulu sebelum masuk dapur...

Masak nasi, goreng telur dan buat telur masak kicap, goreng ayam, goreng sayur, masukkan foods secara berasingan dalam 3 tupperware, bancuh air roselle dan letak dalam flask, ok siap bento(=bekal) myLove. Dah tu buat breakfast pulak - air koko 2mugs, koko+freshmilk untuk Rafiqh, rebus telur setengah masak untuk myLove, hidangkan roti dalam pinggan, letak lada sulah, kicap dan multivitamin atas meja, settle breakfast...

Jenguk 2R dalam bilik, depa tak bangun lagi so terus pi buang sampah. Naik balik on-kan washing machine dan angkat cloth diapers yang tak kering disidai dalam rumah(semalam hujan) dan sidai kat beranda. Raziqh bangun tidur, layan dia breakfast sambil tengok tv...

MyLove pergi kerja pukul 7, on laptop dan I breakfast. Rafiqh pukul 8 baru bangun dan layan dia pulak breakfast. Mandikan 2R, sidai baju, adun donat, update blog dan tidurkan Raziqh. Obachan(=nenek) bawah datang bagi sushi, sembang2 sekejap dan layan Rafiqh main sambil tengok drama. Pukul 11lebih Raziqh bangun, sediakan lunch Raziqh, bagi Rafiqh makan dan I pun lunch sama. Adun kulit karipap dan kelebet karipap, solat, main dengan 2R, call klinik kanak2 sebab Raziqh dah 4kali muntah, mama dah risau sebab badan dia tak panas dan dia aktif macam biasa cuma tak boleh makan, bila makan ja terus muntah balik, nurse minta bawa dia ke klinik petang nanti. So tidurkan Raziqh, kutip baju dan lipat, goreng donat dan karipap semuanya half-cook untuk frozen. Sambil tunggu Raziqh bangun tidur, I dan Rafiqh dah bersiap2 nak keluar. Bila Raziqh bangun dia muntah lagi, siap2kan dia dan kami keluar...

Kat klinik, doktor kata mungkin angin masuk perut, tak nampak tanda2 dia sakit cuma tekak sedikit merah. Doktor masukkan ubat ikut bontot dia dan suruh 'puasa'kan dia sejam, bagi dia makan ubat dulu sebelum bagi susu/foods lain. Tak lama pun kat klinik sebab orang tak ramai, nak balik terus pun awal lagi, myLove sekarang lewat malam baru balik rumah, dari dok 'berperang' dengan 2R ni kat rumah, baik ler bawa depa pi jalan2. Taktau nak pi mana pun sebenarnya, main redah ja sampai laa kat Yamaguchi Foods Fair. Melilau pi mai pi mai hagham satu makanan/sayur/buah pun tak beli tapi melencong pi bahagian menjahit, hahaha. Shopping barang2 menjahit laa apa lagi kan, kan tengah gila menjahit la ni, hakhakhak, poyo!

Pukul 6.30 sampai rumah, nyusukan Raziqh dulu sebelum nak mandikan depa tapi Raziqh tertidur pulak. Buh dalam buaian, mandikan Rafiqh, masak nasi, masak lauk, mandi, solat dan menengung depan laptop ni cari tutorials jahitan. Lepas dinner dengan Rafiqh, ambil kain2 nak ukur dan potong, settle jahit sikit ja Raziqh bangun, sakan tidur sampai pukul 9lebih baru terjaga, yang si Rafiqh dari siang tak tidur2, lately sebab ayah balik lambat dia pun refuse tidur awal, macam nak tunggu ayahnya. Tapi sebab ayah balik lambat sangat, dia dah tertidur pun tadi. Lepas 2R tidur, mak depa sambung potong kain dan update entry ni sementara tunggu ayah balik. Kalau selalunya pukul 9 dah padam, la ni kerap pulak berjaga malam, hihi...

Sekian, entry takdak motif...


sushi...


donat, karipap dan kulit karipap frozen...



hasil rembatan di Daiso 100yen shop...

Friday, June 4, 2010

Jalan2 semalam

Kata sakit tapi kemain lagi merayap semalam, keluar pagi-balik petang, lepas tu pengsan kepenatan, padan muka, tak sedaq diri lagi!

Pagi semalam macam biasa bawa 2R ke english class, lately kelas ni dah tak diadakan setiap minggu, teacher bebudak ni busy agaknya so bila kelas ada, memang sebolehnya nak 2R join. Tak sangka laa pulak badan ni masih tak sihat, so kat sana semalam mama 2R tak banyak bercakap atau bergerak, takdak mood nak join budak2 ni melompat dan menari. Lepaskan Raziqh bergerak bebas dan monitor dia dari jauh saja, risau jugak bebudak lain lari2 terpijak dia tapi Rafiqh ada 'awasi' si adik, so lega sikit. Raziqh adalah 'pelajar' paling kecik dalam kelas tu tapi dia punya lincah, mak aih, penat nak ligan!

Habis ja kelas tak tunggu makan dah kami terus minta diri nak balik. Tapi bukan balik pun, kami ke shiyakushou(=pejabat daerah) untuk hantar borang berkenaan jidouteate(=elaun bulanan) 2R ni. Tak sampai 10minit pun kat situ, settle saja urusan kalau boleh memang nak balik terus, nak rehat tapi disebabkan dah beberapa hari janji nak bawa 2R jalan2 kat shopping mall so sakit2 pun gagahkan diri jugak berjalan. Peliknya elok masuk Fuji Grand ja badan rasa sihat terus, hakhakhak, mengong!

Lunch dulu kat mister doughnut sebelum mulakan aktiviti mengukur mall. Dah kenyang perut baru kami pusing2 takdak arah tujuan. Bawa 2R ke play area untuk bagi depa main2, weekdays mana nak ada orang kan so lengang sungguh, 2R main macam tempat tu depa yang punya. Sebelum balik masuk 100yen shop beli barang sikit, lepas tu kami balik...

Masuk dalam kereta both tertidur kepenatan. Elok sampai rumah depa terjaga, ingatkan depa nak sambung tidur laa bila dah naik atas rumah tapi tak pun, dah fully charge bateri balik, sakan pulak melompat. Mak depa punyalah penat, dah tahap ultraman pencen dah, bawa 2R masuk bilik, tutup pintu sendal siap2 supaya both tak boleh keluar, pesan suruh main elok2, mak depa terbongkang tidur sejam. Memang tak sedar langsung, bila bangun tengok bilik gaya tongkang dah, tapi takpa laa, as long as depa dok diam bagi mak depa rest sat pun kira cukup bertuah dah, hehe...

Sepatutnya petang semalam lepas myLove balik kerja, nak keluar pi beli barang dapur tapi sebab dah tak larat sangat, cancel. Pagi tadi pukul 8lebih I keluar pi beli apa2 yang penting. Ni pun masih belum betul2 rasa sihat lagi, malas nak keluar petang2...

Oklah, layan gambar bebudak ni yang diambil semalam...

Car-seat Raziqh dah di-front facing-kan. Seeloknya kalau baby tu tak kesah, better biar back facing tu lama2...


My little heroes!


Kat play area...
Both 2R ni saikin(=lately) nampak berminat dengan kenderaan, so semalam terbeliak2 mata depa tengok densya(=train), shinkansen, car, bus, truck bla3 yang dipamerkan tu bergerak2. Nanti dah besar sikit kita beli set train dan shinkansen yer...

Kasihan, terlentok kepala tidur. Gomen ne baby, mama lupa nak turunkan seat...

Tuesday, April 13, 2010

Spring cleaning lagi...

Hadoiii penatnya laa, hari ni dari pagi dok pulun mengemas rumah, spring cleaning fasa ke-2(konon!), ni baru nak berehat. Sejak seminggu kebelakangan ni dah mula rasa panas dah, Raziqh pun malam2 tak berapa boleh tidur lena, 4-5-6kali jugaklah dia terjaga, asyik resah gelisah, ubah sana tak kena, ubah sini pun tak kena, melalak ja laa kerjanya. Tapi mungkin jugak dia dok meragam tu sebab gigi atasnya nak tumbuh kot. Semalam pasangkan kipas kat dia, haa baru laa dia tidur nyenyak...

Sebab kasihankan dia, mulai malam ni dah kena tukar tempat tidur dah la, sebelum ni kami tidur kat ruang tamu sebab ruang tamu lebih panas, sesuai untuk winter, tapi sekarang kan dah masuk spring so better tidur kat bilik tidur semula. Tu yang dok pulun kemas bilik tu, vacuum-lap-salin cadar dan ubah kedudukan barang2 dalam tu. Dah alang2 mengemas bilik tidur, habis serumah I kerjakan, dengan almari baju dan laci2 barang semua habis kena punggah dan susun balik, haa baru puas hati...

Pagi tadi bangun sahur, sementara tunggu subuh tu belek dulu apa2 yang patut. Ikut hati ni memang takmau stop tapi lepas solat terdengar Raziqh menangis laa pulak, pi susukan dia dan nak sambung tidurlah, mata pulak taknak lelap, akibat bersahur dengan kopi hikhik. Terkebil2 tak sudah, baik bangun buat kerja kan, berhenti sekejap untuk siapkan breakfast dan bekal myLove. Lepas myLove pi kerja, I dok pungpang2 mengemas, stop lagi untuk layan 2R dan tidurkan depa, then sambung balik. Tengahari stop pulak nak bagi 2R lunch, kemudian akhir sekali kemas dapur. Baby cot yang dibuat playpen tu pun dah selamat disimpan, buat menyemak ja kat dapur tu, bukan depa mau pun main dalam tu, dok jadi tempat simpan toys depa ada laa. Dah lipat simpan semua terasa lapangggg sungguh rumah ni. Rumah yang sempit ni kalau disusun kemas pasti akan terasa luas kan?! Haa begitulah seadanya...

Ni rupa ruang tamu kami sekarang. Habis dah futon2 diangkut, tinggal sekeping ni ja untuk 2R guna masa tidur siang. Jumaat ni nak pi 100yen shop nak cari raga besar nak dijadikan bekas simpan omocha(=toys) 2R, lepas ni nak bagi depa main kat bilik ni ja sehingga Raziqh cukup 'besar' untuk main kat bilik satu lagi tu...

Dapur pun dah clear, luas laa sikit untuk 2R bermain kan. Gambar bawah sekali ialah baby cot yang siap dilipat, jadi kecik ja, senang nak simpan, tak makan banyak space. Tunggu next baby pulaklah ye baru khidmatmu diperlukan, hehe...

Sunday, February 7, 2010

Babysitter

Petang jumaat lepas I dan 2R keluar dengan my junior-Dena. Pagi tu dok kalut siapkan kerja2 rumah ni, tidurkan 2R siap2 then dari tengahari keluar sampai dekat2 pukul 5 baru balik rumah, hamboi2 kemain lagi kan merewang, hehehe...

Sebenarnya I ada urusan yang memerlukan bantuan seseorang untuk tengokkan Rafiqh sekejap. So about a week ago I dah tanya Dena boleh tak kalau nak minta tolong dia babysit-kan Rafiqh dalam sejam gitu, dia punyalah seronok nak tolong, alahaiii terharu sungguh, tak sangka ada yang sudi nak tolong tengokkan si Rafiqh yang nakal ni, hehe.

Sebelum pukul 1 kami dah keluar rumah, nak jalan turun tangga 5tingkat yang takdak lift ni plus turun tangga dari blok ke parking area tu dah ambil masa dekat 15minit, haa punya laa lama kan? Biasa laa, dah Rafiqh turun sendiri, kadang2 laju macam orang berlari, sampai nak terjatuh, kadang2 tu nyet2 punya laa berhati2. No choice, terpaksa kena ikut rentak dia laa sebab nak dia belajar naik-turun sendiri, penat woo nak kendong. Pi isi minyak kereta dulu baru pi ambil Dena kat area apato dia. Kami sampai agak awal padahal janji pukul 1.30, tunggu kat dalam kereta sambil melayan Rafiqh bersembang. Raziqh macam biasalah, buh ja dalam car-seat terus tertidur. Makin senang nak bawa dia berjalan sekarang, memang dia akan tertidur terus bila letak dalam car-seat tu...

Bila Dena sampai kami terus ke tempat I ada urusan tu, at first janji nak minta tengokkan Rafiqh seorang ja tapi memandangkan Raziqh tidur so I tinggalkan both. Rasa bersalah kat Dena sebenarnya, takut 2R tiba2 meragam tapi memang tak henti2 asyik pesan especially kat Rafiqh lah! Risau jugak kot2 dia tiba2 melalak kena tinggal. I cepat2 turun kereta then terus blah tinggalkan dia. Dekat setengah jam jugaklah baru selesai, berlari2 anak ke parking area tu sebab nampak Dena duk dukung Raziqh. Rupa2nya Rafiqh menangis dulu sebab rimas dengan seat-belt, haiyooo mama ngokngek lupa nak buka seat-belt, gomen ne. Lepas Dena dah keluarkan Rafiqh, Rafiqh dah diam then Raziqh pulak terjaga dan menangis, tu yang Dena keluarkan Raziqh pulak, fuhhh lega, ingatkan dua2 melalak sakan, kesian Dena, hehe...

Kemudian kami jalan2 kat Fuji shopping complex, biasa laa, dah lama tak ke 100yen shop, singgah sekejap membeli barang2 kek. Beli muffin cups, acuan kek, baking powder, baking papers, buku2 Rafiqh dan getah. Dah penat melilau sana sini baru laa pergi makan soft-cream, dok menyembang sambil2 tu breastfeed Raziqh yang dah kelaparan. On the way nak balik tu kami singgah beli barang dapur sikit...

Masa nak hantar Dena balik Raziqh meragam, mengantuk agaknya so Dena tolong ribakan. Lepas Dena turun, attach dia pada car-seat dan terpaksa biar dia menangis, mujur kejap je kemudian dia terus terlena. Sampai naik rumah pun dia masih tertidur...

Balik tu terus goreng cucur pisang untuk minum petang, buatkan susu untuk Rafiqh, mandikan 2R dan masak dinner sekali. Malam tu 2R pengsan awal, memang penat agaknya kalau keluar jalan2. Mama pun penat jugak tapi sekali-sekala keluar dengan girl memang rasa best sangat, boleh sembang2...

Thank you so much to Dena, sudi jadi baby-sitter 2R, siap offer diri lagi for next time, hehe. Arigatou ne...

Tuesday, January 26, 2010

Percubaan pertama

Yesterday for the first time in my life, I managed to bring the kids out and I drove alone without helper...

Alhamdulillah, selepas berbulan2 pencarian dilakukan, akhirnya myLove 'bertemu' jugak dengan kereta yang memenuhi kriteria-nya. So sekarang, I dah ada kereta untuk dipandu sendiri(read: I cuma reti drive automatic-car, tu pasal tak boleh drive kereta myLove yang manual), yippie2!!!

Kali ni myLove belikan honda stream pulak, beli yang 2nd hand saja, memang dia nak jugak2 beli family car 7-seaters, katanya mudah dan selesa untuk anak2(arrr, ada chance nak tambah baby lagi ni, ahaks), walhal kalau ikutkan I, pakai kereta kecik2 taraf kancil pun takpa dah. Apapun, memang lebih selesalah kalau pakai kereta besar, senang nak angkut stroller dll bila outing...

Dah 2minggu dah kereta ni ada kat parking bawah tu, lastweek dah settle semua urusannya tapi baru semalam ada peluang nak test drive. Ni first time I drive stream, tak banyak pun bezanya dengan wish so taklah gugup sangat, insyaAllah selepas beberapa percubaan lagi, bila dah biasa nanti mesti lebih mahir...

Semalam lepas zuhur after lunch, I bawa anak2 keluar ke shiyakushou(=pejabat daerah) dan singgah kat supermarket beli barang sikit. Cuaca pagi semalam mendung dan hujan renyai2, kalau ikutkan hati ni memang malas nak keluar, tapi gagahkan jugak sebab kesian kat Rafiqh weekends hari tu tercongok dalam rumah ja, lagipun dah janji dengan dia nak bawa keluar(part janji ni den paling lomah ni, ralat sangat nak mungkir). Masa kami keluar tu dah tak hujan, cuma suasana suram dan gelap kat luar...

Driving alone with Rafiqh bukan masalah besar sebab dia memang dah terbiasa sejak baby. Kecik2 dulu baik ja senang sungguh nak diurus, tapi bila dah besar ni kadang2 banyak pulak cikadak, especially kalau ayahnya ada, demands nak didukung laa hapa laa, tapi bila ayah takdak, pandai pulak bawa diri, tau kot mak dia tak layan dia punya songeh. Sebagai percubaan pertama nak drive dengan 2R ni, I kena pastikan 'pengalaman' baru ni sebagai sesuatu yang manis, bukan trauma, baik untuk 2R apalagi untuk diri sendiri, hahaha.

Semalam, as usual 2R took their morning nap around 10 and woke up 12++, changed their diapers and clothes, bagi makan siap2 then off we went out. Tidur cukup dan perut kenyang adalah permulaan yang baik, cause time ni mood depa akan sangat baik. I was nervous actually to see how Raziqh would react, ya laa, all this while dia dok atas pangkuan mama ja bila naik kereta sebab budak ni suka menyusu dan tidur terus bila dok dalam kereta, jarang2 sangat berpeluang buh dia dalam baby-seat so risau laa jugak kot2 dia refuse takmau duk dalam tu, nak2 pulak seat dia kat belakang yang back-facing pulak, langsung tak nampak sapa2, buatnya dia teriak, mau gelabah mak dia nak drive kan. Rafiqh macam biasa mesti jadi co-driver, masukkan dia dulu dan pakaikan seat-belt, then masukkan adik sambil ulang2 cakap "Raziqh good boy, mama nak drive, adik behave ok, pleaseeee".

Alhamdulillah, both of them behaved well, langsung tak buat hal, legaaaa... Rafiqh takdak suruh dukung(part ni paling penting, hehe), dia turun tangga-naik tangga 5tingkat sendiri, jalan berpegangan tangan, no running, no aksi nakal, fuhhhh... Raziqh pun ok, I was quite surprised to see him playing alone. Cumanya setiap kali nak letak dia dalam combi babywearing tu dia merengek sebab rimas, pakai baju tebal2 sengsara sungguh nak masukkan dia, mama nak galas pun susah sikit, ni kes malas nak adjust2 balik, sabar laa dik, nanti bila adik dah tak payah pakai baju beruang kutub tu senanglah sikit yer. Haa, sepanjang dok drive tu Rafiqh tak henti2 tanya "adik?", mama jawab "tu ada kat belakang tu", pelik kot tak dengar suara adik, lepas tu sat2 tanya balik "adik?", mama jawab lagi dan lagi dan lagi, haihhh takut sangatlah orang tinggai adik dia, hehehe...

I budget untuk keluar 2jam saja, kalau lama2 karang depa restless pulak, so kami balik rumah dekat2 pukul 3. I really enjoyed the outing, rasanya both 2R pun sama. InsyaAllah lepas ni kena biasakan lagi untuk keluar ber-3. Sangat teruja nak tunggu haru(=spring), nanti petang2 nak bawa budak2 ni pi playground, lalalalala...

Wednesday, January 13, 2010

Hari ini

Bangun tidur pagi tadi kepala rasa sedikit pening, sebenarnya dah seminggu lebih dah sakit kepala ni bertandang, datang kejap kemudian hilang, lepas tu datang balik, hadoiii. Sebelum2 ni nak kata pening nyutnyut tu tak jugak, sebab lebih rasa macam mata yang blur, ala2 macam pening tang mata ja, pelik sungguh, tapi hari ni memang sakit kepala betul2, siap muntah2 lagi pagi tadi... Hah jangan pulak ada yang kata I pregnant ok, NO! not yet, hehe...

Sepatutnya pukul 11 pagi tadi dah janji dengan kohai(=junior) nak ke shiyakushou(=pejabat daerah) tapi sejak beberapa hari lepas lagi kami dah sedia maklum hari ni kemungkinan salji turun so depends on cuaca laa samada jadi pergi atau tak. Kereta dia tak pakai tayar khas untuk salji, so memanglah tak berani kan nak drive kalau salji turun, tayar jadi mudah slip atas jalan yang berais. Pukul 6pagi tadi, bila selak langsir tengok kat luar, subhanallah salji lebat sungguh, putih seputih-putihnya, dari pengalaman I(yang tak seberapa ni) menjangkakan memang tak bolehlah nak pi sebab berkemungkinan besar salji tu tak habis cair lagi. Lebih kurang pukul 10 call dia dan decided untuk tak pi, try jugak tanya juniors lain kot2 ada yang free petang ni atau esok tapi memang semua busy maklumlah tak lama lagi dah start exam final sem so fikir punya fikir I sms myLove minta izin nak naik teksi saja lah, he agreed. Masa tu 2R tengah tidur, disebabkan I pun masih pening dan loya, I pun baring dan tertidur sama. Terlelap sekejap ja pun tapi rasa badan dah ok, still pening sikit lagi tapi dah tak loya. Terus bangun sediakan bahan nak masak dinner dan keluarkan baju2 2R nak pakaikan nanti.

Gedebak-gedebuk Raziqh pun bangun, salin baju dia dan tunggu onichan pulak bangun, pukul 1lebih baru Rafiqh bangun, bagi makan choco mousse brownies dan minum susu je for lunch, hahaha mama dah tak larat sangat dah nak masak, plus tak ada selera nak makan so kami makan simple saja. Siapkan 2R then pukul 2 call teksi suruh datang.
Keluar ja dari rumah perghhh sejuk tak hingat kat luar, walaupun matahari memancar terik tapi angin agak kuat dan salji masih dok turun lagi. Atas jalan pun masih banyak diselitupi salji dan ais(salji separuh cair membentuk ais). Mama terpaksalah dukung Rafiqh sebab risau dia terjatuh. Naik teksi sampai ke shiyakushou, settle-kan kerja, siap ja dapat dokumen terus nak balik laa, tapi Rafiqh ni buat keras kaki pulak dah, dia lari takmau balik lagi. Alahaiii ni bukan taman permainan ka shopping complex ka boleh nak main2, ni ofis ler, hish...

Kasihan laa pulak kat dia yang tak puas keluar, tengok jam baru pukul 2.25petang so bawa dia jalan pi 7Eleven kejap, beli choco corn kesukaan dia, junkfoods sikit dan bayar bil. Bagi dia jalan2 sambil tengok salji sampai laa kat bus stop, terfikir nak balik naik bas lah, so tengok kat bus-schedule lagi 2minit ada bas yang lalu kat rumah kami akan sampai, haa apalagi terus decided naik bas, boleh bagi Rafiqh jalan lebih sikit. Naik bas pukul 2.48petang, pukul 3.05minit sampai bus stop. Pukul 3 tu memang time budak2 balik sekolah, bus stop kami turun tu pulak memang betul2 depan sekolah, jadinya kami jalan balik rumah sekali dengan budak2 balik sekolah laa. Wahhh suka kemain Rafiqh, siap main snow dengan budak2 tu, bergelak ketawa lah bersembang lah, depa tu pulak punyalah banyak tanya itu ini, jenuh pulak nak melayan.

Ni 1st time Rafiqh 'main' snow, sebelum ni kalau keluar time snowing pun mana laa nak bagi dia main kan, mesti cepat2 keluar-masuk rumah sebab dah malam. Kali ni boleh laa bagi dia chance merasa pegang snow. Seronok tengok dia kagum dengan snow, hehehe... Pukul 3.30 sampai rumah, tangan Rafiqh dah sejuk merah tak hingat, kesian dia, meraung2 menangis cakap itai(=sakit), hahaha, tadi masa main salji dia tak rasa sakit, dah nak masuk rumah baru sedar kot. Basuh tangan dia dengan air suam dan pujuk dengan upah bagi makan choco corn, habis 10batang sekali hadap...

Mesti ada yang terfikir kenapa I perlu menyusahkan diri sendiri, naik bas dan berjalan jauh dalam snow dengan kendong si kecik yang dari awal keluar rumah sampai masuk balik asyik tidur ja, mana dengan nak kontrol Rafiqh yang kejap-behave-kejap-haprak, hahaha walhal I boleh ja direct balik naik teksi kan, ermmm takdak reason pun, cuma memang perangai I yang suka dedahkan anak2 dengan benda2 baru. Suka anak2 explore dunia luar dari pelbagai sudut. Kalau setengah orang lebih suka bagi anak keselesaan dan kesenangan percuma, I pulak suka anak2 merasa kesederhanaan dan kesukaran. Kalau ada ibubapa yang over protect terhadap anak2, I pulak lebih kepada let them be independent with minor-monitoring. Ada mak bapak yang langsung tak bagi anak2 sentuh main tanah but not me, pilih laa tanah di kawasan yang bersih dan bagi mereka peluang 'bergaul' dengan nature, besar manfaatnya pada perkembangan minda anak2. Oh tiba2 rasa nak balik Malaysia duk kampung ja, suka sangatlah anak2 bermain cara kampung, bila laa nak tercapai hasrat ni, hohoho...
permandangan dari beranda rumah...
Rafiqh dalam bas...

Tuesday, January 5, 2010

Cuti new year

- Rabu -
Lepak2 kat rumah aje, cuaca kat luar pun sejuk semacam. Pagi tu buat donat untuk minum petang...
- Khamis -
Dari pagi yuki(=snow) turun dengan lebatnya, sejuk sungguh. Tapi disebabkan matahari memancar terik, kami pun ambil keputusan untuk keluar...

Lepas solat zuhur kami keluar ke Kojima, myLove nak survey barang, penat laa jugak merayau dalam kedai tu cause I kena jadi "bayang2" Rafiqh, ikut ja bontot dia ke mana dia pergi, dah laa mengendong adik yang macam biasalah, aktiviti wajib dia tak lain tak bukan tidur dalam sling tu. Jenuh nak ligan dia yang sakan berlari ke hulu ke hilir, eh tapi I bukan ikut dekat2 pun, asalkan nampak kelibat dia ja, kat sini bukan macam Malaysia, insyaAllah selamat hehehe. Rafiqh pun trick je lebih, habis2 jauh dia lari pun, nanti dia pusing balik cari ayah dia. Dia buat macam games "mari mencari ayah" laa pulak, siap belek muka orang dulu untuk confirm-kan dia tak salah orang, hahaha yer laa kan, musim2 sejuk ni most lelaki pakai jacket hitam, so dia confuse.

Bila tengok Rafiqh dah lalok mengantuk, myLove pun ajak balik. Sebelum tu kami singgah makan sushi. Dah lama tak makan sushi kat kedai, sejak Raziqh lahir ni kami tak pernah gaishoku(=makan luar) lagi. Teringin sangat nak makan udon tapi kena tunggu Raziqh besar sikitlah, boleh je nak buat kat rumah tapi of course 'rasa' tu tak sama kan, hohoho... Masa makan sushi tu pun Raziqh ni taknak duk diam, mana dengan nak suap si Rafiqh lagi, hadoi tak menang tangan nak kontrol 2budak. Sebulan 2 lagi insyaAllah Raziqh dah boleh duduk without support, bolehlah buh dia duduk dan makan dengan amannya, hihi...

- Jumaat -
New year kami sambut kat rumah je. Tengahari tu adun double-choco-donat, petangnya goreng dan celup chocolate, perghhh meleleh air liur, hahaha.

- Sabtu -
Simpan sikit donat semalam untuk goreng buat breakfast. Nikmatnya pagi2 dapat makan macam ni, wohohoho tak fikir diet dah time ni...

jari Rafiqh yang dah tak sabar nak makan...

- Ahad -
Tengahari tu keluar pi beli barang dapur. Balik rumah buat pizza dan sup cendawan, yummy!

Awalnya I cadang nak ajak myLove bawa budak2 ni jalan2 tapi bila tengok myLove yang kurang sihat, spent masa kat rumah je laa, huhu... Hari ni myLove still cuti lagi, insyaAllah esok boleh pi kerja dah kot. 2R ni demam masih on off, masih batuk dan selsema, harapnya cepatlah sembuh. Banyak plan nak masak menu2 baru tapi susahlah dengan Raziqh yang langsung takmau berenggang ni, rasa macam nak gantung ja dia kat belakang ni, hehe. Semalam memasak sambil pakai sling tapi susah sebab dia gagau semua benda, bahaya la kan. InsyaAllah esok lusa sihat la kot...

Wednesday, December 23, 2009

Nabe

Semalam ada jemputan makan2 nabe oleh students Malaysia. Nabe ni sejenis japanese food ala2 stimbot laa, memang tradisi Japanese time sejuk2 ni banyak makan food ala2 stimbot, selain nabe ada jugak oden(masak bahan2 macam yong tau fu dalam sup). Dah setahun tak makan nabe, I memang rasa seronok laa bila dijemput. Hari ni public holiday kat Jepun, tu yang semalam boleh join tu...

As usual, takkan nak pergi lenggang-kangkong pulak kan, mesti kena buat something, I memang tak reti laa pi rumah/tempat orang tak bawa apa2, rasa pelik semacam. So pagi semalam buat pau sri kaya untuk minum petang dan breakfast pagi ni, tengahari tu sambil sediakan lunch I buat kek pisang, disebabkan pisang hanya tinggal sebiji saja, buat 1/2 adunan ja laa. Fikir punya fikir, dah taktau nak bawa apa then I decided to bake another 1 cake, belasah ja buat kek keledek, pakai resepi kek pisang tapi adjust a little bit, nasib baik laa menjadi, fuhhhh legaaa... Selain 2kek tu I bawa jugak kimuchi yang jiran bagi hari tu, kalau tinggal kat rumah ni memang membazir ja laa, last2 masuk tong sampah, baik laa bawa bagi depa makan/rasa sama. Habis licin jugak akhirnya...

Buat 10 biji saja, ngam2 untuk minum petang semalam dan breakfast pagi tadi...


Sebelah kiri kek keledek, sebelah kanan kek pisang...

Kami tiba kat sana pukul 7lebih, pungpang2 majlis bermula pukul 8.30 kot. 3round mama ulang makan, hahaha, kenyang! Sedap! Depa pilih untuk buat kimuchi nabe, bahan2nya simple tapi kira bestlah, sesuai dengan citarasa melayu, siap ada sambal kicap+cili api lagi! Berasap2 lidah ni makan, hehe. Ada seafoods(udang, sotong, kaki), ada ayam, ada sayur2, ada tofu, ada wakame(=rumpai laut), macam2 lagilah!

Nabe ready to eat!



Hadoiii, budak Rafiqh ni dah tak takut dengan boys dah, kemain nakal lagi dia. Keluar-masuk bilik, gedegang2 dia main buka-tutup pintu, lari sana sini, saja2 pi lari celah2 orang, hanggau segala mak-nenek barang atas meja, uish geram sungguh! Tak reti duk senyap langsung, ada ja laa kerja dia... tolong memasak di dapur...
tolong punggah buku2...


tolong susun magazines and newspapers...



"peace!"



adik yang masih "behave"...


Aktiviti wajib Raziqh, masuk2 kereta terus tidur, sampai kat meeting room pun still tidur. Bangun main2 kejap then before balik tu dia tidur semula...
Lepas makan2, depa students tu ada meeting perlantikan ahli jawatankuasa persatuan pelajar melayu Yamaguchi University. Lantik2, gelak2, sembang2, gelak2 lagi, gedebak-gedebuk 11 malam baru kami balik. Sampai rumah settle-kan 2R then terus tertidur sama. Pagi ni Rafiqh bangun pukul 10pagi, haa tuh dia penat sangatlah tu, sakan sangat berlari dan melawak, haihhh... Bangun mandi dan breakfast, pukul 11lebih dia tidur balik, pukul 2lebih baru bangun, hebat2, hahaha...