Tuesday, September 28, 2010

Masak apa tu?!

Paling suka dengar Rafiqh tanya, "mama masak apa tuuu, masak aaapa tu?", intonasi suaranya berlagu2. Dia dapat idea untuk 'lagukan' soalan2nya tu dari sikap suka ajuk bila mama cakap "hari ni nak masak aaapa ye? nak masak aaapa?", ayat tu ayat lazim mama ulang2 tanya pada diri sendiri bila dah pening fikir nak masak apa but still tak boleh nak decide, tak sangka benda tu dah jadi habit, mulut ni suka ulang2 soal diri sendiri yang akhirnya boleh tersedar tu bila anak dah mula ajuk2, hihi, tapi takpa, suka dengar dia ajuk sambil menyanyi, comel!

Sekarang ni mood rajin memasak dah kembali, dah panjang dah senarai foods yang menanti, bila cukup lengkap bahan2nya haa baru lah boleh menggodek kan. Yang pastinya nak try masak menu2 baru banyak2, konon2 nak asah lagi skill memasak ni...

Semalam sebelum nak order bahan2 mentah dari Baticrom, seperti kebiasaannya I akan check dulu apa yang dah habis dalam freezer sambil2 kemas dan cuci freezer. Tengah2 mengemas tu terjumpa laa tempe yang masih berbaki lagi. Aiseh tersorok bawah2 aiskrim sampai boleh tak perasan dan terlupa yang tempe dok ada lagi. Kat rumah ni I sorang je yang makan tempe, tu pun setakat tau masak sambal tempe ikan bilis je, bila dah nampak tempe ditambah dengan tengah puasa, terbayang2 laa enaknya kalau buat sambal. Jadinya petang semalam buat sambal tempe ni untuk juadah berbuka...



Tempe, ikan bilis dan kacang yang belum disambalkan...

Bahan2:
tempe - dipotong sederhana besar
serbuk kunyit + garam
ikan bilis
kacang

bawang merah
bawang putih
halia
belacan * optional
cili boh
air asam jawa
garam
gula
bawang besar - dimayang

Cara2:
- gaul tempe bersama serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan
- goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
- kisar bawang merah, putih dan halia
- guna minyak tadi, panaskan dan tumis bahan kisar hingga naik bau
- masukkan cili boh dan letak air sikit demi sikit, masak hingga cili garing
- masukkan air asam jawa, garam dan gula, masukkan bawang besar
- bila dah agak pekat kuahnya baru masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tadi, gaulkan rata dan hidangkan


Untuk minum petang semalam buat kuih sagu atau ada jugak orang panggil bronok. Ni antara my favourite kuih, memang suka sangat2. 2nd time cuba buat dan alhamdulillah kali ni hasilnya lebih baik, next time bolehlah buat lagi...

Kuih tanpa kelapa ni untuk 2R, depa tak reti makan kelapa kering, terus nak muntah macam orang tercekik, agaknya sebab lekat2 di tekak kot, hehe...


Bahan2:
3 1/2 cawan air - boleh kurangkan jika suka kuih lebih pejal
pewarna merah ros
1 cawan sagu kecil
3/4 cawan gula - boleh tambah jika suka manis

kelapa parut - ambil putihnya saja
secubit garam

Cara2:
- panaskan air dan pewarna merah hingga mendidih
- basuh sagu dan toskan, masukkan dalam air panas tadi, kacau rata
- masukkan gula dan kacau hingga lebih dari separuh sagu sudah masak(tak nampak biji2 putih)
- bila sudah pekat, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 20minit, atau sehingga kuih tiada biji2 putih lagi
- bila dah masak, angkat dari kukusan dan sejukkan, potong dan salut kepala yang dah digaul dengan garam

Kat sini mana laa nak rembat kelapa parut kan, pokok nyoq pun takdak, makanya pakai ja kelapa kering. Letak air panas 1 sudu kecil dan sikit garam untuk digaul, sedap jugak!

5 comments:

kew_chop said...

alamak fith terliur tgk kuih sagu fith la plak tapi stok sagu dah abes, huhu

norlin said...

boleh try buat ni....sagu ada ja ni yg kawanbagi tak guna guna....:)

Fith said...

murni,
alaahai kesian plak asyik terliur ek,klau dekat bleh hulur kuihnya kan...

noli,
haa apalagi noli,buat kuih sagu laa sagu2 pemberian kwn tu,hehe

Ina said...

sedapnya sambal tempe. dlu dok rumah sewa balik kelas masak lauk sambal tempe tu slalu la jd menu. senang n sedap. lauk org bujang. kiter dlu dok vista kt kerinchi tu. teiap minggu dok menjenguk pasara malam kerinchi tu la. kot tau kot. biasa dok p tak dlu? hihi

Fith said...

ina,
awat taktau pulak,haha,selalu gak gi situ dulu2.best kan pasar malam kerinchi,argggh rindu plak zmn muda2 dulu,haha