Showing posts with label GIS. Show all posts
Showing posts with label GIS. Show all posts
Friday, September 27, 2013
Bakul bento ~
Dekat 2minggu tak update blog, entah apa yang disibukkan sangat tu pun taktau laa...
InsyaAllah hari ni kalau sempat boleh post beberapa entries sekaligus...
Untuk entry kali ni, cerita tentang bakul bento saja ~~~
Masa pergi daftarkan 2R ke GIS sebulan yang lalu, kami dibawa melawat ke kelas2 2R dan kawasan2 sekitar sekolah, termasuklah ditunjukkan juga tempat di mana mereka akan makan, bermain dan menghabiskan banyak masa. Ketika melawat ke tempat makan tu, nampak laa bakul2 dan beg2 berisi bento tersusun penuh atas meja. Tertarik sangat sebab nampak kemas teratur, rasa macam nak prepare something like that juga untuk both Rafiqh dan Raziqh tapi bila dah balik rumah dan sediakan bento untuk depa, tiba2 rasa macam bakul/beg tu tak perlu. Sebabnya bekas2 bento tu mama dah susun elok2 dan muat2 je dalam beg sekolah depa...
Sehinggalah khamis lepas, teacher Raziqh kirimkan note dalam "communication book" meminta supaya kami sediakan bakul/beg bento untuk Raziqh. Ianya bagi memudahkan pihak guru2 nak manage food intake dia, senang kot sebab nampak jelas apa yang dia bawa. Tambahan pulak, sebenarnya beg sekolah dia tu kecik aje. Walaupun tak bawa buku2 sekolah selain communication book tu saja, dia tetap kena bawa balik buku dari library dan kadang2 kena bawa kelengkapan untuk swimming session, which is bila semua ni masuk beg, masa nak pi sekolah tu takpa la, cantik elok mak dia susun, tapi bila dia balik rumah humak aiiiih dah jadi tunggang-terbalik macam hapa ja, hahaha budak bertuah...
Weekends lepas ayah 3R kurang sihat so kami tak ke mana2, dok terperap dalam rumah saja. Makanya bakul tu tak terbeli lah, sehingga hari selasa baru mama keluar pi cari. Beli bekas bertutup kecik comel tapi bila balik rumah dan cuba susun bekas2 bento-nya, adoiiii laaa tak muat lah pulak! At last bekas tu adik Raisha ambil buat harta dia (dia pegang bekas tu dalam gambar di atas). Onichan-tachi ni balik sekolah nampak je bekas tu dah happy tapi bila mama kata tak boleh guna yang ni sebab tak cukup besar, dua2 frust, hihi. Ok, the next day mama keluar lagi mencari bakul bertutup, terpaksalah jalan jauh sikit pergi kedai barang2 plastik ni sebab kedai yang terdekat tak banyak choice, tak best! Alhamdulillah mujur dapat apa yang dihajati. So sejak semalam depa dah start bawa bakul2 ni ke sekolah, seronok laa kan sebab dah sama dengan kawan2 yang lain...
Dan sejak ber-bakul ini jugak, depa especially Rafiqh dah start requested untuk tambah menu bento lagi, dia minta letakkan yogurt drink yang kotak kecik2 tu dan extra cookies, hamboi2 yang banyak2 mama bagi tu tak cukup lagi ka?! Sakan sungguh, pi belajar ka pi makan?!
Friday, September 13, 2013
Bento!

Bento untuk seminggu ini...
Bagi kanak2 yang masih under foundation classes (2-5tahun) dan primary year 1-3, diwajibkan mak bapak sediakan makanan dari rumah. Mereka akan makan di tempat khas di sekitar kelas sambil dipantau teachers dan teacher's assistants. Bagi students year 4 ke atas, boleh laa anak2 ini pi makan di kantin. Pun begitu, disebabkan kita muslim dan sekolah ni tak sediakan muslim foods, makanya nanti2 pun tetap juga 2R kena bawa foods sendiri dari rumah...
Disebabkan sesi persekolahan yang panjang, pihak sekolah minta bekalkan 3 bekas makanan untuk anak2, 2 sesi snacks dan 1 lunch. Pagi2 ada sesi snack pertama, setakat ni bagi depa bawa roti, nugget atau cucur saja, bekalkan juga freshmilk. Untuk lunch, sediakan makanan berat macam nasi, mee, spagetti etc. Menu lunch ni kena rotate ikut selera depa, supaya depa mau makan sampai habis. Snack yang kedua biasanya bagi yang ringan2 saja, kek/biskut dan selitkan buah2. Dalam menu harian ni diwajibkan untuk letak sayur dan buah, nak bagi seimbang nutrisinya. Soal depa nak makan atau tak, yang tu terpulang laa kan. Macam Rafiqh ni dia suka sayur tapi buah agak picky sikit, banyak songeh. Raziqh pulak suka almost semua jenis buah tapi sayur memang takmau, ikut mood dia, kadang2 ok ja makan carrot, potato dan timun tapi kadang2 takmau langsung. 2 selera yang berbeza, hehe. Kadang2 agak susah nak pujuk depa untuk makan sayur dan buah ni, tapi so far kat sekolah depa makan juga even tak suka, mungkin sebab tengok budak2 lain makan kot...
Nak sediakan foods ni tak susah sangat rasanya, sebab jumlahnya sikit2 je. Bangun pukul 5, pukul 5.45 dah settle siapkan semuanya. In between tu sempat mandi dan solat lagi, means tak ambil masa pun kan?! Tapi nak dapatkan idea untuk rotate makanan tu agak mencabar. Setakat ni dok survey kat internet ja contoh2 bento yang boleh ditiru untuk 2R bawa pi sekolah. Selebihnya dok dengar depa cerita kawan2 makan apa kat sekolah, selalunya depa akan request benda yang sama. Lebih mudah sebenarnya masak ikut apa yang depa minta, sebab for sure esoknya bangun pagi tu terus happy melompat2 tengok mama masak ikut request depa. Nampak gayanya lepas ni kena rajin laa tanya dan tengok orang buat bento anak2, kena kreatif lebih sikit. Tengah berkira2 juga nak merajinkan diri buat kuih frozen macam donat, karipap, keria etc, sebab depa ni suka sangat laa benda2 tu semua. Nanti ye anak2, minggu depan mama panaskan enjin, hihihi...
Friday, September 6, 2013
Sekolah
Finally... After like 2months berjimba-ria, the kids(read: Rafiqh & Raziqh) will going to school starting this coming monday insyaAllah, alhamdulillah ala kulli hal...
Kami dapat tahu kena pindah Thai sekitar awal jun, my other half decided untuk pergi dulu then lepas dah settle down baru kami join, which is around after raya. Dia pergi end of june, so starting july 2R dah tak ke sekolah lagi. A week before ramadhan kami balik Ipoh, plan asalnya selama peninggalan myLove, I nak gerakkan bisnes ELKEN, nak buat tour ke utara untuk bisnes sharing and such tapi Allah ada perancangan lain untuk kami, ter-preggy lah pulak, so mulalah episod mabuk2 yang membataskan pergerakan. Tambah pulak puasa, memang flat terus. Makanya melepak je laa kat Ipoh sehingga raya...
Budak2 ni happy laa tak ke sekolah, awal2 tu I thought nak buat home-schooling je kat rumah till end of this year, lepas tu baru nak hantar both masuk sekolah kat sini. Silibus dan buku2 semua dah dapat dari teachers depa tapi nak mulakan tu alaaaahai, bercinta! I'm totally takdak bakat jadi cikgu, garang dan tak sabar, plus the kids sangat banyak auta, seriously rasa sangat down. Talked to mr husband and he said, no worry lah, hantar ja depa ke sekolah right after sampai sini nanti, ingatkan dia bergurau, rupanya tak, hahaha. Dia dah survey tentang persekolahan 2R, tak payah tunggu awal tahun depan, la ni dah boleh start dah. Phewwww lega laaa, tak boleh nak bayangkan life for another few months dengan depa ada kat rumah, tak buat apa2 hanya tengok tv-main-ipad-makan-tidur-bla3, fehning!
Selama kat sini, company akan tanggung kesemua yuran etc persekolahan anak2, bermula umur anak itu 4tahun. Luckily Raziqh dah 4tahun so bolehlah hantar both masuk sekolah yang sama. Kalau tak, haru laa jugak, risau Rafiqh refuses takmau pi sekolah sebab Raziqh takdak...
Alkisahnya 2 hari lepas, kami dah ke sekolah baru depa untuk urusan pendaftaran, melawat persekitaran sekolah dan beli baju2 sekolah. Alhamdulillah settled! Sejak lastweek lagi depa dah excited nak ke sekolah, dalam kereta ok lagi tapi elok sampai ja kat parking tu Rafiqh dah start buat drama, haha, nangis! Si Raziqh releks ja, dia pulak syahdu lebih2. Tapi lepas dah bawa melawat sekolah, tengok kelas dan kawan2nya, tengok padang dan swimming pool, dia nampak dah calm down dan kembali excited. Bila tanya2 pun nampak dia dah ok. Suasana baru kan, of course akan ambil sedikit masa untuk dia adapt dan belajar untuk selesa. Biasanya depa ni tak ambil masa yang lama untuk serasi, in 3 days dah boleh cope with the new environment insyaAllah. Moga Allah permudahkan, moga Allah beri laluan yang terbaik untuk anak2 ini...
So nama sekolah 2R adalah Garden International School (GIS). Ada yang tanya kenapa hantar ke sekolah international, tak hantar ke sekolah siam biasa saja. Hehe actually I pun taktau the reason. Maybe sebab Msian kat sini semua hantar anak2 ke situ kot, so mudah nak buat reference dan mudah 2R nak adapt. Then mungkin sebab nak depa bagus dalam english. Kalau hantar sekolah siam, semestinya depa akan mahir berbahasa Thai tapi memikirkan yang nanti balik Msia depa lebih memerlukan english so rasanya masuk internetional school ni pilihan yang tepat. Lagipun FREE kan, kalau sendiri yang nak hantar, ermmmm rasanya tak kot, tak mampu aih. Ambil je laa peluang ni untuk bagi depa involve dengan international environment, bergaul dengan pelbagai jenis manusia, insyaAllah didoakan GIS ni bakal menyumbang kepada pembentukan sikap2 positif dan pembangunan sahsiah terpuji dalam diri anak2 ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)






