Tuesday, August 3, 2010
Berpantang dalam bulan ramadhan
Yang membuatkan I tergerak hati untuk menulis kembali tentang topik ini ialah apabila few days back I read my friend's status at fb, she just gave birth a week ago and she mentioned that she's going to tak berpuasa for the whole 1month of ramadhan. I don't understand what she's trying to say actually, but to think that ramai lagi orang kat luar sana yang beranggapan kalau berpantang tak boleh puasa, oh sungguh kasihan kan?! Okey, I'm not ustazah or pelajar aliran agama dari Mesir yang banyak ilmu or whatnot, tapi rasanya tak salah kan kita berkongsi ilmu, so guys, if there's any wrong info here, please feel free to correct me ya!
Back to my story, bila I dengar 'nasihat' tu dan 'alasan2' kenapa I tak boleh berpuasa sepanjang tempoh berpantang, only 1 thing in my mind, I need to refer this to ahli ilmu/ustaz. Beberapa hari kemudiannya, sambil duduk2 tengok tv, I talked about this issue with my sil-kaklong and my sis-alang, then mak came to join us. La-la tu jugak alang tanya ustaznya, lega sungguh bila dah dapat hujah kebenarannya...
Kita kena faham kenapa kita tak boleh berpuasa, apa sebab2 yang dibenarkan islam untuk kita tinggalkan puasa wajib di bulan ramadhan. Salah satu sebab yang mengharamkan kita dari berpuasa ialah apabila keluar darah nifas, yang mana darah ni keluar selepas kita bersalin. Adik2 kakak2, darah nifas keluar bukanlah sepanjang tempoh berpantang ya, it's really depends on individual, sama jugak macam haid kan, ada orang 4-5hari saja, ada orang 7-8hari tapi ada jugak sampai berbelas2. Same goes to nifas, ada orang langsung takdak darah nifas, ada yang seminggu dah stop, ada 2minggu dan mungkin ada orang sampai sebulan. Kalau orang yang seminggu ja darah keluar but then tak boleh puasa for the whole month hanya sebab dia berpantang, ish pelik sungguh! Tempoh berpantang tu sendiri berbeza ikut negeri, as for kedah 44days, kalau belah kelantan 40days, dah tu nak tunggu berapa hari baru boleh puasa?! Lagipun berpantang ni amalan bangsa melayu saja, macammana pulak halnya bagi orang islam bangsa lain? Mana garis panduan yang sebenar2nya untuk kita ikuti? So back to al-quran and sunnah lah!
Tak timbul isu saya tak berpuasa sebulan ramadhan sebab saya berpantang, no! Unless sebulan tu memang nifas atau haid non-stop keluar, ataupun mengambil rukhsah bagi ibu yang menyusukan anak. Tapi kalau bagitau kat orang tu yang kita tak puasa, biarlah terang dan nyata sebab-musababnya, janganlah cakap atas angin, orang tak faham nanti salah tafsir pulak kan... Wallahua'lam...
Thursday, December 24, 2009
Anda mempunyai masalah perut buncit???
Dak aih, ceq bukan nak juai produk kecantikan tau, jamu ka makjun ka ubat2 pun tak!!!
Rasanya laa kan, kat dalam dunia ni takdak sorang pun ibu yang mengandung, tup2 lepas bersalin perut terus kempis. Kot kalau ada pun, segelintir yang tak payah susah2 buat apapun, perut depa terus kembali kempis sepertimana before pregnant, tapi mungkin tak ramai laa kot ibu2 yang bernasib baik sedemikian kan?! Rata2 habis ja pantang, mesti concern dengan perubahan bentuk badan masing2, lepas tu ikut haluan sendiri laa kan, ada yang concern then buat sesuatu, ada jugak yang concern tapi buat tak tahu, hihi...
Lepas bersalinkan Rafiqh dulu, I dok terlantar atas katil tu lebih dari 24jam, due to ubat bius yang hanya hilang selepas 24jam. Lepas dah habis kesan ubat bius tu barulah I boleh bangun berjalan pi toilet nak mandi. Masa tu punya laa terkejut beruk tengok perut sendiri, serius woo sangatlah menakutkan, mengelebeh, buncit macam tengah pregnant 6bulan dan menggerutu, eeeiii huduh sungguh, huhu. Masa tu tak terfikir langsung yang buncit yang amat ketara tu hanyalah sementara, so ada laa terasa sedih sikit. Tapi dari sehari ke sehari, kulit di bahagian perut tu semakin tegang menjadikan kegelebehan tu hilang dan buncit pun berkurang, fuhhh legaaa. Disebabkan bersalin c-sect, I tak boleh laa nak berbengkung dan bertungku di atas perut, mengurut pun bidan tak usik langsung kawasan perut so proses nak kempiskan balik tu memang agak memakan masa. Sebelum bersalin tu I dah siap2 beli bengkung correcter leesa formula tapi lepas dah balik sini hampir 2bulan lepas bersalin tu baru laa pakai, tu pun pakai 2kali ja, then gave up sebab rasa tak best dan susah, hahaha padahal sendiri yang ngokngek tak reti pakai, hish! Sendiri yang mengong tapi ada hati nak kutuk bengkung tu tak best... Bengkung ni ada tali yang panjang berjela, kena lilit2, I tengok kat internet ja cara nak pakai, tu yang blur tak reti tu, huhu. Dah sebab bengkung tak jalan, cuba pulak pakai barut biasa yang corset tu, yang ni pun tak konsisten, ya laa kan, takat dok kat rumah ja, jadi malas nak pakai. Dulu time study rajin laa pakai sebab setiap hari keluar pi kelas...
Pulun2 senaman nak bagi perut kempis, kira ok laa before pregnant-kan Raziqh banyak dah baju2 kebaya boleh pakai balik. Lepas bersalinkan Raziqh, disebabkan berurut, bertunku dan berbarut dengan sempurna, kejap ja perut dah kempis. Memang ketara amatlah, hanya dalam tempoh 2minggu saja I dah dapat kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha. Bersalin kali ni baru guna bengkung correcter leesa formula tu sebaiknya, bidan tukang urut tu ajarkan cara berbengkung dan kemudiannya mak atau kaklong tolong pakaikan. Tak lama lepas tu kaklong ajar cara nak pakai sendiri sambil berdiri so bila dah pandai pakai sendiri dengan kemas, I pakai sendiri hingga habis tempoh berpantang. Thank you so much my dear sil-kaklong, jasamu dikenang, hehe... Sebelum berbengkung tu kena sapu kapur yang dicampur air perahan limau nipis, menurut orang2 tua 2bahan tu panas so pecahlah lemak2 yang ada kat bahagian yang disapu...
Sebelum bersalin hari tu ada terfikir nak beli bengkung khas untuk ibu yang c-sect, dipanggil bengkung moden yang dah disahkan oleh ahli perubatan bahawa bengkung ni boleh digunapakai oleh ibu2 khususnya bagi yang bersalin secara pembedahan untuk dipakai seawal sejurus selepas bersalin. Masa tu terfikir kot2 kena bedah lagi so untuk pastikan kali ni berbengkung sempurna, nak laa beli bengkung ni. Tapi fikir punya fikir, lepas consider harga dll I buat keputusan untuk tunggu bersalin dululah. Honestly kalau harganya sekitar RM100 ja mungkin I terus ja beli tapi bila tengok the price RM200++ rasa tak berbaloi pulak kot kalau I tak guna pun nanti. Berminat tu memang berminat sebabnya dulu2 sebelum beranak memang I suka pakai corset dan bengkung ni memang style corset ja. Bengkung ala2 corset ni memang sesuai dipakai bila outing, selain berfungsi mengempiskan perut, boleh jugak dijadikan "tube" untuk cover bahagian badan bila nak breastfeed(bf) baby, part ni memang ibu2 yang bf selak2 baju mesti suka, as for me I selalu pilih baju2 berbutang bila outing, tak suka nak selak2, hehehe...
Lepas berpantang hari tu, konon2nya nak sambung berbengkunglah bila dah balik sini, hahaha hagham takpun! Beriya bawa balik bengkung tu, kalau tau tak berbengkung, baik tinggal ja kat rumah mak. Malas dah nak berbengkung tu bukannya sebab perut dah cun habis, hahaha dak2, tolong jangan perasan yer mama2R, sebenarnya dah tak berkeinginan nak berbengkung tu sebab malas nak kontrol jalan duduk dll, lagipun dah boleh pakai baju2, seluar dan skirt pada kadar yang memuaskan hati, rasanya cukuplah kot. Sekarang ni cuma perlukan senaman sikit2 dan jaga itu ini, dah memadai laa rasanya...
Ada sesiapa yang ada petua atau cara lain tak macammana nak kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha selain dari berbengkung?!
Tuesday, August 25, 2009
Pantang
Dari segi pemakanan, dulu masa 2minggu pertama dalam pantang tu I cuma boleh makan nasi berlaukkan ikan haruan. Hanya selepas 2minggu kemudiannya I dibenarkan makan ikan lain, dan selepas minggu ke-3 baru mula makan ayam, telur dan lain2. Sekarang sejak hari pertama lagi I dah makan ikan2, campur2 dengan ikan haruan, selepas 3minggu I dah boleh makan ayam, daging dan lain2.
Dari segi pengambilan jamu pulak, dulu selepas 2minggu bersalin I dah mula ambil jamu. Tapi sekarang ni I ambil selepas minggu ke-3, sebabnya Raziqh ni agak teruk jaundice-nya berbanding Rafiqh dulu, so tak berani nak makan awal, risau ia boleh effect baby. Supplement lain I ambil sama je iaitu pagi sebelum breakfast I makan madu lebah dan gamat healin Gamogen. Tengahari minum Mas Cotet dan malamnya sebelum tidur I ambil calcium, multivitamin dan jamu.
Bab air minum pulak, sama je dulu dan sekarang. Dalam pantang ni dilarang minum air banyak2 sekali gus, kena minum sikit2 je tapi boleh diminum kerap. So bagi ibu2 yang menyusu anak, tak ada apa nak dirisaukan sebab walaupun minum sikit2 tapi kita boleh ulang minum kerap2. I akan minum setiap 30-60minit. I tak tau laa pulak kenapa wanita bersalin ni tak boleh minum air banyak2 sekaligus, so please don't ask me ok. Air yang diminum juga tak boleh air yang sejuk, semuanya kena suam/panas...
Dulu I tak boleh berbekung dan bertungku di bahagian perut. I cuma dibenarkan bertungku bahagian belakang badan saja dan dengan menggunakan tungku Leesa Formula, I tuam seluruh badan. Berbeza kali ni, I mula bertungku sebaik keluar dari hospital. Setiap pagi sebelum pukul 7 I dah mula bertungku selama 1jam lebih. Selesai bertungku baru boleh breakfast dan mandi. Siap mandi terus berbekung dengan menyapu perut dengan air kapur yang dicampur air perahan limau nipis. Syoknya bertungku dan berbekung ni ialah ia mempercepatkan proses perlangsingan dan pengempisan perut, mengeluarkan darah nifas, mengecutkan rahim dan banyak lagi laa... Hasilnya berat badan dan bentuk badan I cepat betul berubah...
Dulu I hanya boleh diurut selepas 2minggu bersalin, awal2 tu bidan tak mahu. Itu pun bukannya urut keseluruhan badan, part perut langsung tak sentuh, bidan kata takut jahitan terbuka... Sekarang ni lepas 3hari bersalin I dah diurut, best sungguh rasa bila dapat urutan lengkap. Dekat2 nak habis pantang nanti I nak panggil bidan datang mengurut untuk 3sesi lagi...
Bab mandi pulak, dulu I takut betul nak mandi. Dah laa dalam pantang my mom tak bagi mandi 2kali, dekat2 nak habis pantang baru laa boleh mandi 2kali sehari. Mandi kena guna air panas, rumah dulu tak ada shower air panas, kena laa masak air dulu, akibatnya mandi sebaldi je laa, hadoi laa nak mandi pun seksa. Bahagian yang dijahit tu doktor tampal supaya sentiasa kering. I tak berani pun nak tengok hingga laa dah beberapa hari, ngeri sebab I ni penakut, hehe. 2hari lepas keluar hospital, pembalut luka tu terkoyak so setiap kali nak mandi I akan tampal bahagian tu dengan kain+plastik dengan harapan luka tu tak kena air, haha. Padahal tak perlu pun buat gitu, cukup dengan lepas mandi tu lap dan pastikan bahagian tu betul2 kering sebelum pakai baju. Bila dah start berurut baru laa I mandi air rebusan daun, itu pun 3kali je. Berbeza dengan kali ni, I boleh mandi macam biasa but still kena guna air panas laa. Rumah pun dah ada shower air panas, so boleh mandi lama2 sampai badan betul2 segar. Pantang kali ni I mandi 2kali sehari selepas beberapa hari bersalin, tak tahan woo badan berlengas sebab asyik berpeluh2...
44hari berpantang memang tak boleh keluar rumah melainkan nak pergi hospital. Eh masa Raziqh 9hari I keluar pergi pejabat imegresen buat pasport-nya, tu jer laa. Setiap hari dok laa terperuk dalam rumah melayan 2orang budak ni. Time diorang baik, banyak laa masa I nak bersenang lenang, siap boleh baca novel dan mengadap laptop ni lama2. Tapi kadang2 tu sampai tak "menang tangan" nak uruskan dua2 ni, sampai tahap nak minum air pun tak sempat. Berpantang kali ni tak macam masa Rafiqh dulu yang mana semua urusan baby mak yang buat, ateh pun rajin bantu. Kali ni I yang uruskan sendiri, mana dengan nak tengok si Rafiqh lagi kan, kiranya ada masanya tu bersambung2 kerja, lepas satu hal, satu hal pulak, lepas si abang, si adik pulak. Masa minggu pertama bersalin je Rafiqh diurus oleh orang lain, bila I dah sihat sikit I ambil alih semuanya- mandikan, bagi makan, tidurkan dan segalanya I akan cuba buat sendiri. I buat macam tu sebab nak biasakan diri dengan komitmen baru ni, tapi tu pun selalunya terpaksa jugak minta tolong sesiapa yang ada, hehe. Balik nanti tak tau laa macammana, kena laa pandai uruskan masa, plus nak kena train both of them untuk lebih berdikari especially si abang laa. Kalau tak, alamatnya tak masak tak membasuh tak mengemas laa jawabnya, hahaha...
p/s: Pengalaman peribadi I ni mungkin berbeza dengan orang lain, so sila laa jangan buat perbandingan yer..

