Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

Last biskut raya's project

Fuhhh, finally siap pun semua biskut raya yang nak dibuat. Semalam buat biskut makmur dan biskut arab. Hari ni pulun siapkan biskut oren bergajus. Tinggal 4hari ja lagi nak raya, so mulai esok hingga khamis nak tumpu untuk siapkan persiapan raya apa2 yang patutlah pulak...

Sebelum nak cerita pasal biskut makmur dan seterusnya ni, nak cerita dulu tentang resepi biskut suji dan biskut cheese hari tu. Untuk biskut suji, I ambil resepi kak Fida myResepi. Sebenarnya dok cari resepi biskut arab tapi tak jumpa2, tu yang terasa nak try test biskut suji ni, kot2 lah rasanya sama ka kan, ternyata berbeza amat. Conclusion, I kureng minat taste biskut ni, maybe I yang tak reti adun kot, so the outcome was biasa2 aja. Kalau tengok hasil biskut I dengan kakFida punya pun dah berbeza, kemungkinan besar it was my mistake laa kan...

Biskut cheese tu pulak adalah resepi rekaan sendiri, hentam punya hentam jadilah biskut tu. Alkisahnya nak perabih cheese powder sebenarnya, teringin jugak nak rasa biskut cheese tapi tak jumpa resepi yang sesuai, so dari basic recipe I just added some milk, cheese powder, lemon juice, raisin dan choc chips. Nak bagi cantik punya pasal, maka lorek laa coklat dan tabur choc rice sikit. Rasanya sedaplah jugak, even tak 'rasa' cheese sangat tapi still macam biskut raya jugaklah. Sorry tak dapat nak share resepinya sebab tak pakai sukatan pun, main campak2 saja...

Okey, next recipe is biskut makmur. Ni 1st time cuba buat biskut makmur. Sejak last year lagi teringin nak makan tapi mak tak beli, memang mak tak pernah beli pun sebelum2 ni. Mak kata susah nak jumpa yang betul2 sedap. Tahun ni memang nekad nak buat biskut ni, walaupun tau agak renyah nak godek, cari punya cari resepi akhirnya decided untuk cuba yang Hanieliza punya. Refer jugak kat fp mamafami, ternyata resepi yang sama jugak. Bila chef2 pakar memasak yang bagi resepi, for sure lah sedap kan. And seriously memang sedap bangat! Rasa macam tak boleh stop bila dah start makan, untuk elak dari habis sebelum raya, I dah soletip dah balang tu, hahaha, yabai2!(=bahaya!)...


Bahan2:
(Kulit)
250 gm tepung gandum
40 gm gula halus
minyak sapi (ikut lembut hingga boleh kepal)

(Inti)
150 gm kacang tanah
35 gm gula halus

Gula icing - untuk salut

Cara2:
- kulit : gaul semua bahan hingga doh boleh dibentuk2kan
- inti : kacang tanah digoreng tanpa minyak, diblend halus dan digaul bersama gula
- inti dikepal kecik2 bujur sebesar biji buah kurma
- ambil doh dan leperkan, masukkan inti dan bentukkan bujur
- bakar pada suhu 180darjah selama 20minit
- sejukkan sebelum salut dengan gula


Biskut arab pulak memang bertahun2 dah teringin nak makan, teringat2 kat biskut arab my cousin buat masa kami kecik2 dulu, rindunya kat dia. Puas cari resepinya sebelum ni tapi tak jumpa, bila tengok kat blog Hanieliza ada lah pulak, even tak sama rupa macam my cousin buat tapi nak try laa jugak, buat pelepas rindu. Bahan2 nak buat biskut arab ni sama ja dengan biskut makmur, since minyak sapi masih ada balance lagi, so buat laa sikit, memang sikit pun, tak sampai 20biji dan selamat dah masuk perut semuanya, hahaha. Silapnya pi letak kismison top of that, jadi huduh, kismis tu pun mengeras, time nak makan korek buang kismis tu, hahaha... But still, the recipe is superb!


Bahan2:
125 gm tepung gandum
60 gm gula halus
60 gm minyak sapi

Cara2:
- adun kesemua bahan hingga jadi doh, buat bulat2 dan bakar pada suhu 180darjah selama 20minit


Biskut terakhir ialah biskut oren bergajus. Yang ni pun belasah sendiri, tengok resepi kat majalah dan ubah2 ikut selera. Taktau laa sedap ka tak, Rafiqh kata sedap, hmmm budak tu bukan boleh ambil kira, dia semuaaaa pun sedap!


Bahan2:
100 gm mentega
35 gm gula
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
200 gm tepung gandum
50 gm cornflakes + gajus - blend halus
4 sudu besar oren sunquick

Cara2:
- pukul mentega dengan gula hingga kembang
- masukkan telur dan esen vanila, pukul rata
- masukkan tepung gandum, conflakes dan gajus tadi, masukkan pes oren, ratakan
- canai dan terap
- bakar pada suhu 160 darjah selama 10-15minit
- sejukkan dan hiasa dengan choc

Wednesday, September 1, 2010

Resepi biskut raya lagi

Ni nak share lagi 2resepi, projek biskut raya no. 5 dan 6, biskut almond london dan biskut mazola...

Almond london ni pun 1 of my favourite raya cookies jugak, but this is my 1st attempt of making it, selama ni mak yang tolong sponsor. Tahun ni mak kata mak tak dan pi tengok kat kedai2 lain, tengok kat kedai kek dekat2 rumah tu ja tapi tak juai lagi, so mak tak dapat nak kirim. Takpa mak, tahun ni memang takdak kuih beli, semua anak mak buat sendiri, keh3. Resepi biskut ni macam biasalah cilok dari myResepi, memang mantap, tapi dah alter a little bit lah! Thank you mama kastam tioman for the yummilicious recipe!!! Untuk resepi original, sila refer sini...



Bahan2:
250 gm butter
120 gm gula icing
1 biji kuning telur
270 gm tepung gandum
90 gm tepung jagung
30 gm cornflakes - kisar halus
30 gm badam - kisar halus

paper cup
coklat masakan
minyak jagung
badam racik

Cara2:
- pukul butter bersama gula, masukkan telur
- masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang dah diayak, masukkan cornflakes dan badam
- uli hingga menjadi doh
- buat bulat2 memanjang, bakar pada suhu 180 darjah selama 20minit
- biarkan sejuk
- untuk hiasan : masak coklat masakan bersama minyak jagung dengan kaedah double-boiler, celup biskut dalam coklat dan masukkan dalam paper cup, tabur badam racik, biar mengeras

Selalunya almond london orang letak badam biji dalam biskut tu kan, tapi sebab kat rumah ni tukang makannya adalah budak2 kecik, untuk elakkan risiko tercekik makanya mak depa blend saja laa. Kalau resepi asal tu pakai nestum tapi I tukar cornflakes sebab nestum yillek, mana nak cari, bukan anak2 I makan nestum pun. Biskut ni sedap, even tak salut coklat pun sangat sedap...


Resepi seterusnya ialah biskut mazola ataupun ada jugak orang panggil biskut kacang. Yang ni pun rasanya 1st time buat, tak ingat laa pulak kalau dulu2 pernah buat. Ambil resepi ni kat fp my sil-kaklong, thank you kaklong!



Bahan2:
250 gm tepung gandum
200 gm gula (I guna 170gm saja)
200 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan dikisar
minyak mazola - secukupnya

kacang
kuning telur

Cara2:
- campur semua bahan2 dan masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit hingga boleh membentuk doh
- bentukkan, letak kacang dan kuning telur sebagai hiasan
- bakar pada suhu 160darjah selama 15minit++


Disebabkan tak jumpa cari kacang tanah, makanya belasah ja laa pakai kacang yang orang makan sebagai kudapan tu, hahaha, suka-suki ja tukar2. Taktau laa rasa macammana, baru ja siap bakar ni, tapi rasa2 sedap laa kot, baunya perghhh menggoda sungguh, biskut ni pun sangatlah gebu...

Monday, August 30, 2010

Resepi biskut raya

Hari tu dah bagi 2resepi kan, dua2 pun dah selamat dibuat, kali ni kita tengok resepi seterusnya ye puan2, hehe *budget chef rancangan masak2 kat tv*...

Biskut no 3 ialah choc chips spotties, resepi dari my sis-ateh. Dia minta dari kawannya, dia kata sedap amat biskut ni, setara famous amous(tak reti eja). Ceq makan famous amous tu pun tak pernah kot, so ni try laa buat nak rasa tara mana sedap sangat kan, keh3. Kesimpulannya sedap laa jugak, rangup2 gitu. Sebab hari tu dah buat choc chips, yang ni kasi up sikit, buh make up bagi comel dan bagi nampak ada kelainan sikit laa...

tak buh make-up lagi...

setelah make-up, comel?!
Bahan2:
150gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 cawan choc chips
1 cawan badan racik - digoreng tanpa minyak
2 cawan cornflakes - diblend

Cara2:
- pukul mentega dengan gula
- masukkan telur dan esen vanila
- masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder dan soda
- masukkan cornflakes, badam dan choc chips
- bentukkan guna sudu, buat kecik2 ye sebab biskut ni mengembang
- bakar suhu 160darjah lebih kurang 15minit


Next, biskut samperit gebu resepi dari zureyna myResepi, thank you so much!

Bahan2:
200 gm mentega
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard

hiasan ceri - I guna kismis
pewarna kuning telur - tak letak pun

Cara2:
- ayak ketiga2 tepung
- pukul mentega dengan gula hingga kembang
- masukkan kuning telur dan esen vanila
- masukkan tepung dan kacau sebati
- bentukkan dengan acuan samperit, hias dan bakar pada suhu 150darjah selama 15-20minit

note : I lebihkan tepung gandum sebab doh ni agak lembik...

Tuesday, July 27, 2010

Resepi biskut raya

Eh2 tak buat kuih raya lagi, ni resepi lama2 dulu, tepek sini sebab 1 of this blog's viewers-Fieyra requested me to do so. Both resepi ni memang dah masuk list untuk digodek sebagai kuih raya tahun ni. So simple, yet superyummy! Resepi2 ni dicilok dari myResepi, yer kawan2 myR dah sehat, so kalau ada plan nak buat kuih raya boleh laa belek kat situ dan jangan lupa copy paste yer, kot nanti dah ready bahan2 tiba2 buka web tu tak boleh view pulak, ada yang frust tonggeng2 pulak nanti kan, hihi.

Resepi pertama ialah chocolate chips cookies dari Nadia. I dah modified resepi ni ikut my taste, so I put my version recipe of chocolate chips cookies, kalau nak tengok yang original, boleh klik link atas tu yer...


440 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
250 gm marjerin
160 gm gula
1 biji telur
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar milo
6 sudu besar badam racik - dipanggang sedikit
100 gm choc chips

- ayak tepung, baking soda dan baking powder
- pukul marjerin dengan gula
- masukkan telur
- masukkan tepung, susu, serbuk koko, milo, badam dan choc chips, adun rata
- canai berlapik plastik atas bawah, terap
- bakar 160darjah selama 15minit

1 adunan biskut ni boleh dapat dekat2 200 biji...


Resepi kedua ialah classic butter cookies dari Yani.


370 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
150 gm gula (I letak 100gm saja)
150 gm butter - suhu bilik
sedikit esen vanila

- ayak tepung dan baking powder
- pukul butter hingga jadi bentuk krim, masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga putih
- masukkan telur dan esen vanila
- masukkan tepung, kacau dengan spatula hingga sekata
- wrap dalam plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 1jam
- keluarkan dari peti ais, canai doh berlapik dengan plastik wrap atas dan bawah, canai setebal 5mm dan terap
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 15minit saja)


Ok, nanti2 bila dah start buat kuih I tepek lagi resepi2 seterusnya. I memang suka buat biskut tapi taklah berapa rajin nak buat yang renyah2, prefer yang simple2 dan cepat siap, tapi yang paling penting mesti sedap. Kiranya semua resepi2 I buat ni lekeh2 je laa, haa jangan pulak nanti ada yang kata "eleh, takat resepi macam ni pun nak buh kat blog", jangan hokey!