Monday, April 20, 2009

Our weekends

Weekends adalah hari2 yang paling memenatkan. Berbanding weekdays, weekends ni penuh dengan kerja, dari celik mata sampai laa tutup mata balik, hehe. Penat tu tak payah cerita laa kan, malam2 pukul 8lebih dah tumbang zzz, join Rafiqh tidur. Agak2 pukul 10lebih mesti terjaga, baru laa aman berdua2-an dengan encik suami, tapi tak lama pun, mata ni mesti laloq semacam jer... Kalau weekdays ni breakfast simple je, roti memanjang. Lunch pun simple sangat, start busy pun bila dah lepas asar, tapi weekends ni dari pagi sampai ke malam tak henti2 buat kerja, especially part memasak, semua menu kalau boleh nak special. Tu kalau dok rumah saja, kalau nak outing lagi laa, penat jugak. Tapi seronok laa kan, myLove ada kat rumah...

Sabtu macam biasa laa, petang2 keluar ke rumah junior, beronggeng! Girls day out! Yang lelaki2 ni dok berebut tendang bola kat padang, yang perempuan kerja perabih duit, hahaha... Seronok sangat kalau dapat jumpa orang lain, bergelak ketawa bercerita merepek merapu meraban, rasa release tension seminggu terperap di rumah tu. I tak tahu laa macammana surirumah2 lain release tension ni kan, tapi bagi I kalau dapat keluar bersosial ni dah memadai. I ni kalau duk tercongok kat rumah memang boleh buat otak mereng!

Hari ahad, awal2 pagi sambil2 buat breakfast dah prepare lunch. Sebenarnya dah seminggu lebih beli ikan pari tapi tak berkesempatan nak masak. Lepas keluarkan ikan, sementara tunggu ikan defrost tu buat perencah untuk perap. Menu hari ni simple je, ikan pari bakar, air asam, ikan goreng, sambal sotong kering dan salad sebagai ulam. Sambal tu buat semalam untuk makan dengan nasi lemak, masih berbaki lagi...

Kalau ikan lain bakar macam tu je pun sedap, tapi ikan pari ni I prefer bakar dengan perencah, terangkat! Lauk2 lain tak pandang dah, belasah ikan bakar dengan air asam je...


Ikan pari belum dibakar...


Ikan pari selepas dibakar...


Air asam boi...


Sambal sotong kering...


Ikan goreng dan salad...

Resepi ikan pari bakar:
Bahan2:
ikan pari
minyak masak - dilumur pada ikan
*bawang besar/merah
*bawang putih
*halia
*serai
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
garam
gula
daun kunyit - hiris halus

Cara2:
- kisar bahan bertanda * dan masukkan dalam mangkuk
-campur bahan2 lain dan perap ikan beberapa jam
- balut ikan dengan daun pisang dan bakar dalam ketuhar atau atas dapur lebih kurang 25minit

Air asam tu pulak istimewanya selain buh air asam jawa, buh jugak perahan lemon dan isi asam boi, potong2 cili padi, tomato dan bawang besar, gaul rata. Rumah ni tak ada lesung batu, kalau tak boleh tumbuk cili dengan belacan, mesti lagi terangkat kan...

Ikan goreng garing ni myLove punya kesukaan, 10ekor pun boleh habis, hahaha... Si Rafiqh ni orang makan nasi dia ratah ulam tu je, makan nasi sikit sayur je penuh mulut. Dah macam kambing pulak, makan daun, hahaha...

Petang tu kami keluar jalan2, tujuan utama nak ambil gambar kenangan kat kedai. Memang setiap tahun ambil gambar untuk meraikan anniversary tapi tahun ni lewat sungguh. Bukan I tak ingat, ingat laa sangat kan, cuma tak sanggup nak sebut kat myLove, budget agak ketat sikit so malas nak request lebih2. Tapi bila myLove sendiri yang sebut, happy nyaaaa... Minggu depan gambar siap, nanti lepas scan boleh buh dalam blog ek, hihi...

Bila terlalu penat, kadang2 malam2 I sampai tak boleh nak tidur. Sakit habis satu badan especially tang bahu! Dah pukul 2-3pagi pun masih on off lagi tidur, asyik terbangun cari posisi tidur yang selesa. Kasihan myLove terganggu tidurnya dek pergerakan I. Terpaksa laa dia urut2 kalau dia nak tidur selesa, hehe. Sedap betul kena urut sampai tertidur terus...

4 comments:

kew_chop said...

yeah, ujung minggu memang saat yg amat dinantikan. ni tak sabar nk tunggu golden week plak. mehla fith jenjln sini..

Fith said...

tuh laa murni,tak sabar tunggu golden week,tp thn ni hubby ckp mcm tak cuti je,bz sgt nak siapkn projek,huhu.
kalau ada rezeki,kot2 sampai sana,fith mesti cari murni,hehe

Ina said...

kiter memula pindah sini tekanan gak la sementara nk adapt dgn situasi tmpt baru. tp dh lama2 ok dh alhamdulillah. bersosial dgn tenet jela. ni dh pindah rmh 'banglo' atas tanah much better gakla hidup jd lebih bermakna. leh bersosial dgn pokok2 kliling rumah plak haha. byk betul beza dgn dok mansion. kalau ada komuniti kwn2 tu lain la citer kan dok memana pn xpe. bkn nya xde kwn nihonjin mmg ada. tp cmner eh nk ckp lain, xsama dgn kwn sebangsa n seagama. haa kreatif ek xterpk nk buh asam dlm air asam hehe :D

Fith said...

Ina,
yer betul sgt2 tu.ada berpuluh kwn nihongjin pun takkan sama dengan kawan sebangsa dan seagama kan.in fact kalau dah seagama pun rasa dekat di hati walaupun berlainan negara,muslim tu kan bersaudara,ewah!
eh resepi tu bukan fith reka tau,tengok kat buku masakan,hahaha.kreatif laa si tukang masak tu kan.tp sedap!