Monday, March 9, 2009

Resepi hujung minggu

Weekends baru ni sekelumit pun tak sempat nak update blog. Eceh, bunyi macamlah sibuk sangat kan, hehe... Sebenarnya banyak benda nak tulis tapi masa yang tak berapa mengizinkan...

Weekends kali ni pun sama saja macam selalu, tak ada projek best pun. Petang sabtu je bawa Rafiqh jalan2 naik stroller ke rumah junior. Punya laa lama tak exercise, jalan sikit je dah pancit, hish teruk betul! Pregnancy kali ni memang banyak melepek je, jarang sangat keluar rumah. Banyak sebabnya, pertama sebab musim sejuk - cuaca tak best nak merayap plus banyak penyakit yang merebak, kedua sebab tak larat naik turun tangga dokong Rafiqh - part naik laa paling tak tahan, uish mengah woo especially kalau bawa barang sekali, kadang2 tu elok sampai rumah je I rasa nak pitam then terus muntah2... Banyak lagi sebabnya tapi malas nak cerita, hahaha, *malas nak fikir alasan sebenarnya, hek!*

MyLove pun dah banyak kali "complained" kata I lately kurang senaman. Nanti dia takut baby dia jadi pemalas, cet. I bukan duk rumah goyang2 kaki ye, banyak kerja I buat tau, update blog ni pun kerja jugak kan kan... Kalau masa Rafiqh dulu I malas masak, tapi kali ni I rajin masak, haa ok laa tu, nanti baby ni rajin masak, hahaha...

Jom kita tengok gambar makanan je laa...
Hari jumaat, untuk minum petang I goreng mee udang...

Bahan2nya simple saja:
mee kuning
udang basah
bawang merah - dimayang
bawang putih - dimayang
karot
sawi
kobis
tomato
cili kering - dikisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam, gula
minyak - untuk menumis

Cara2:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang2, masukkan cili kering
- Masukkan sos2, sedikit air dan karot, selepas karot empuk masukkan udang
- Masukkan mee, sayur2 dan garam gula, adjust rasa ikut kesukaan...

Breakfast sabtu dan ahad ialah roti canai... Hidup di perantauan ni akan rasa indah bila dapat breakfast roti canai/nasi lemak dengan teh tarik, entah apa2! Biasanya I akan buat half cooked dan frozen-kan ataupun biarkan doh dalam fridge, bila nak makan baru buat... Untuk kuah kari ayam pun biasanya buat siap2, simpan dalam fridge(kerja orang malas nak bangun awal pagi)...

Untuk resepinya, boleh refer fp mamafami, lengkap dengan gambar cara2 nak buat lagi... http://mamafami.fotopages.com/?entry=912140




Kari ni style orang tak berapa nak rajin...
Bahan2:
Bawang besar
Isi ayam
Ubi kentang
Karot
2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan air
Garam, gula
Minyak untuk menumis

Cara2-
- Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu, masukkan kari
- Masukkan ayam, kentang dan karot, masak hingga empuk
- Letak garam dan gula, siap...
(I tak letak santan sebab takut cepat basi, kalau nak letak pun boleh je)


Petang sabtu tu buat murtabak untuk dibawa ke rumah junior, myLove biasalah petang sabtu je mesti ke padang main bola... Murtabak ni murtabak cincai namanya. Awal2 pregnant hari tu I teringin sangat nak makan murtabak, godek2 internet cari resepi tapi mostly yang I jumpa resepinya tak lengkap, semuanya pakai kulit murtabak instant iaitu kulit popia dll, mana laa nak cari kat sini. Sebab dah teringin sangat, I buat pakai roti canai, eh ker memang kat kedai depa buat pakai roti canai je ek?! Tapi hasilnya kulit tu tak lembik macam murtabak beli laa, agak rangup sikit, tapi boleh laa, setakat nak lepas rasa mengidam je... Intinya I pakai kari yang atas tu je, masak bagi kering macam inti karipap tu, masa nak balut buh telur yang dah dipukul, siap!


Aduh, tak tahu kenapa hari ni awal2 pagi lagi dah rasa tak sedap badan. Salah makan agaknya, isk breakfast pizza je pun, hmmm. Hari tu dalam entry tentang morning sickness I kata I dah pulih kan, owh tidakkk... Instead of saying bye2, I have to say welcome back to morning sickness... Perut makin besar tapi I makin galak muntah2 waktu malam. Siang hari memang tak rasa apa2, sehat sungguh2 so banyaklah kerja I dok pulun buat. Masuk petang/malam je, terus terlentang nak bangun pun tak larat. Sabar je laa...

No comments: