Monday, July 12, 2010

Cita2 nak buka gerai jual roti telur...

Tak ingat laa pulak masa umur berapa tahun entah pernah laa ada cita2 nak buka gerai jual roti telur. Kalau tak silap masa tu darjah2 laa, alah budak2 tak matang lagi, merapu ikut dan. Eh tapi ni bukan roti telur yang roti canai buh telur tu tau, ni roti telur yang roti bersalut telur. Cita2 ni takdak sapa tau rasanya, tak pernah bagitau sapa2 sebab takut satgi kena gelak, ni kalau abah mak dan adik2 tau ni depa boleh gelak guling2 sampai esok pagi...

Alkisahnya zaman dahulu kala, mak suka sangat buat roti telur ni untuk breakfast pagi2. Roti telur mak buat perghhh mantap nak habaq mai. Punya laa suka roti telur ni sampaikan siap berangan2 besaq nanti nak buka gerai jual roti telur ni laa, gerai tu mesti dekat2 dengan sekolah, lepas tu roti telur ni ada macam2 versi, boleh request nak buh inti apa, sekaya ada, jem strawberi ada, coklat ada, nanti bila dah lama sikit meniaga, agak2 dah untung banyak boleh laa buka cawangan 40gerai merata2, nanti dah untung juta2 boleh beli merc-mata-belalang sebiji bagi kat abah. That was my dreams, hahaha...

Tapi la ni jangan kata gerai, atap gerai pun takdak! Jadinya buat roti telur untuk santapan suami dan anak2 saja laa. Kalau meniaga pun tak laku kot, takat roti telur lagu ni budak darjah 1 pun reti buat...



Mai nak bagi resepi kot2 ada adik darjah 1 yang teringin nak buat...

roti - buang bahagian kelilingnya dan potong 4
*2 biji telur
*2 sudu besar susu segar
*1 sudu besar susu pekat
*1 sudu besar gula
*sedikit garam

mentega - untuk goreng

- pukul semua bahan * hingga sebati
- panaskan kuali, buh mentega sikit
- salut roti dalam telur dan goreng hingga masak
- boleh letak inti kalau suka, tapi versi ni dah manis, makan gitu pun sedap dah...

Sekian, selamat mencuba!

9 comments:

zura said...

tiba2 lapar laa tgok roti nie.., ehehehhe..! same laa zura nie laa menu selalu sebelum g sekolah.., hahahhaa..

amsyar pun suka makan roti nie daaa

Fith said...

zura,
haa tekak amsyar sama dgn rafiqh,suka bebenor roti ni.sgt simple tp sedap kan,hehe

Ina said...

hihi ok aje apa. skrg dh ramai org wat bisnes gitu. sepcialized on 1 food je. mcm nasi ayam dh ada. burger dh ada. fith buat la roti telur plak. tp buat pelbagai la kan. basic nyer roti telur hihi. btw kiter suka mkn roti telur inti tuna mayonis. dh sapu mentega n buh inti tuna. celup telur baru goreng. blaja dr mil. sedap la plak! smpi skrg dok buat hihi.

Fith said...

ina,
haha tu cita2 zmn budak2.lawak plak diingat2.
eh buh laa resepi n gambarnya sekali,dok try bayang tp takleh bayang2 lg ni,terasa cam sedap je versi mil ina tu,nak try!hehe

kew_chop said...

sedap2 versi mil ina tu aritu penah buat time kami pegi sana kan.
lapaq la pulak tgk roti fith panas2.. err nak buat jap minum ptg arini mak budak tak buat apa lagi.. hihi..

norlin said...

nampak sedap roti telur ni...yg ina ckp roti telur bubuh tuna mayonis tu pun mcm sedap ja...boleh cuba...

Fith said...

Murni,
ooo terbukti sedap,ish ni nak request resepi dari ina ni,hehe...haa sila2,pi buat minum ptg,fith 'cuti' hari ni,haha

Noli,
tuh laa,terasa cam best je kan,roti telur ada tuna,errmmm teringin nak cuba,hehe

ida deu said...

fith..otanjyoubi omedetou...mai la blk mesia..hehe

Fith said...

ida,
arigatou...
aiseh,panggil blk plak.tunggu naa,akan pulang jugak nanti,hehe.dah sehat?mai kata kena chicken pox hari tu,alahaiii,mg cepat sehat yer...