Sunday, August 22, 2010

Juadah berbuka

Antara juadah berbuka beberapa hari kebelakangan ni yang sempat di-snap gambarnya, yang lain2 gambar yillek...

Air buah mata kucing @ dried longan...
Air ni dikatakan mampu meningkatkan penghasilan susu badan, alhamdulillah so far berkesan laa. Disebabkan stok buah ni ada berlambak2, sekali buat tu memang ber-jug2 laa, hah apalagi, sila minum sampai kembung! Sedap, suruh minum segelen pun takpa aih...


Air jagung biji selasih...
Orang selalu buat sirap biji selasih, tapi tekak ni tetiba teringin pulak nak minum air jagung padahal biji selasih dah rendam, tibai ja laa buat air jagung buh biji selasih, tak salah pun kan, bukan mabuk pun. Biji selasih ni dikatakan mampu menyejukkan badan, selain biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk dan gula batu jugak dipercayai boleh menyejukkan badan, so di kala panas lit2 la ni jom pakat minum air biji selasih. Betui ka dak boleh sejuk badan tu jangan tanya ek, ceq pun taktau!


Choc chips cookies...
Biskut raya pertama dibuat untuk tahun ni, untuk elakkan biskut raya ni jadi biskut puasa, sebalang dah pun selamat disembunyi, lagi sebalang dah licin budak2 ni makan...


Buah melaka @ onde2...
Buat sikit ja, secawan tepung beras pulut saja, dapat laa sepinggan tu, tak puas pun makan sebab bagi jiran sikit, tiba2 dia mai hantar juadah berbuka, kebetulan pulak takdak apa nak balas so bagi ja buah melaka ni, taktau laa dia reti makan ka tak, sebab dia sekeluarga dari Sudan. Esok lusa buat lagi laa jawabnya...

Resepi:
1 cawan tepung beras pulut
3 helai daun pandan - blend dengan air, tos untuk ambil airnya
sedikit pewarna hijau
gula melaka - dipotong kecil
kepala parut - ambil putihnya saja (guna kelapa kering ja)
sedikit garam

Cara2:
- gaul tepung dengan air pandan dan pewarna hijau hingga jadi doh yang tak lembut dan tak keras, agak2 laa ye
- didihkan air
- buat bulat2 sebesar guli, leperkan dan masukkan gula melaka, bulatkan kembali dan buh dalam air panas tadi
- tunggu hingga buah melaka tadi timbul, angkat toskan dan golek2 atas kepala parut yang dah digaul garam


Donat...
Goreng untuk minum petang bebudak ni, sekaligus untuk mama jugak laa, boleh makan lepas terawih, hihi...


Juadah berbuka semalam...

Nasi goreng tomyam...


Ayam panggang madu rosemary...

Bahan2:
ayam
halia & bawang putih - tumbuk kasar
kicap
sos tiram
serbuk lada hitam & serbuk lada sulah
garam
madu
minyak bijan/zaiton
rosemary (option)

Cara2:
- perap ayam dengan semua bahan2 kat atas tu beberapa jam sebelum di bakar


Popia goreng...
Teringin nak makan popia, lama dah dok cari kulit spring roll yang halal tapi baru jumpa jumaat lepas, memang rezeki bulan puasa laa ni kan, hehe.

Bahan2:
kulit spring roll
ayam - dipotong kecil2
bawang putih - diracik
bawang besar - didadu
karrot - potong panjang2
tauge
kobis
lada hitam
garam
gula
sedikit rempah masala (option)

Cara2:
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi, masukkan ayam dan goreng hingga masak
- masukkan karrot, tauge dan bahan2 lain, tutup api baru masuk kobis. Jangan masak lama sangat, supaya sayur2 tak layu
- balut dalam spring roll dan simpan dalam freezer
- nak makan nanti goreng hingga garing


Kuah popia...
Ni resepi mak, teringat dulu mak rajin buat popia, popia mak paling sedap laa, suka sangat bila cicah kuah ni, nyum2!

Bahan2:
cili kering - direbus, ditos, dibasuh dan di-blend halus
kurma (untuk 1 bekas ni I guna 6biji) - buang biji dan blend dengan cili boh(2 sudu besar) tadi
gula
garam
cuka/air asam jawa
bawang putih - ditumbuk/diracik halus
bijan/kacang goreng - digoreng tanpa minyak terlebih dulu

Cara2:
- masak cili boh+kurma tadi dengan sedikit air hingga hilang bau cili
- agak2 dah bertukar warna(merah gelap) dan hilang bau cili baru buh bahan2 perasa
- masukkan bawang putih, bijan/kacang, siap!


Dadih...
Pernah dah buh resepi dadih ni dulu, kalau nak resepi sila godek cari sendiri ek. Puasa time panas2 ni paling syiok bila dapat makan benda2 sejuk kan, buat dadih ni pukul 5lebih dah, pukul 7.30malam dah boleh makan. Kali ni buat 1 liter susu saja, 2R makan 4bekas tu sekali hadap, ish3!

4 comments:

norlin said...

wah semua sedap....tak tau nak pilih mana satu yg nak buat ni...

Fith said...

noli,
ish biasa2 je,tak sedap mana pun,hehe.kat blog noli pun bykkkk resepi best2

afu-chan said...

huarghhh meskipun ku di malaysia, terliur jgk tgk ur cookings fith!! nasib baik waktu mlm, x la dugaan sgt huhu

Fith said...

afzan,
uishhh afzan masak lg tiptop.dok baca selalu,tak tgk pun boleh bayangkan tau,hehe...