Thursday, August 26, 2010

Juadah berbuka lagi...

Ni menu berbuka untuk isnin hingga semalam, tapi tak semua pun dapat ambil gambar, mana yang sempat dan teringat nak snap je yang diletak kat sini. Nak share 1 resepi saja iaitu khasidah, sure ramai taktau kuih ni kan, rasanya tak pernah jumpa dijual pun. Mak suka buat kuih ni, selalunya mak kacau seperiuk besar dan agih siap2 dalam pinggan, sorang satu pinggan tapi selalu tak cukup, sedap sangat! Bahan2nya simple, ala2 macam makanan bayi. Biasanya makan dengan bawang goreng tapi I lagi suka makan gitu je, buh dalam fridge bagi sejuk sikit, memang lazat!

Taufufa...

Khasidah...

Bahan2:
secawan tepung gandum
air
gula - ikut kemanisan yg disukai, I letak 1/2cawan

Cara2:
- larutkan tepung dalam air, untuk permulaan I letak 3cawan air
- masukkan dalam periuk dan panaskan, masuk gula, kacau hingga mendidih
- kalau nak lembut boleh tambah air lagi, bila dah mendidih agak lama, tutup api dan tuang dalam acuan, sejukkan sebelum dipotong...

Caramel cheese pudding...

Kari ikan...

Ayam goreng tepung jagung dan ikan goreng...

Telur masak kicap...

Kari udang...

Ayam goreng berempah...

Sayur campur goreng sos bijan...

Sayur campur goreng sos tiram...

9 comments:

umeboshi said...

simple nye kuih khasidah tu. tak pernah tau pun kuih tu. kang k.noora nak cuba buat dan rasa. simple sgt ek resepi nye..

Fith said...

kak noora,
aah tu laa,ramai yg taktau kuih tu.tp fith suka,anak2 pun suka,simple je,manis2 gitu.try laa buat kak...

kew_chop said...

rajin gak fith snap gambar. kita ni tahun ni angin rajin tu dah byk melayang.. hihi.. ayam rempah tu sgt sedapla..

Ina said...

dlm byk2 terliur tgk ikan goreng tu hihi. rmh ni jarang buat ikan goreng gitu sbb hubby xmkn sgt ikan kecik2. in fact kami ni masing2 tgn bermasalah so susah nk mkn dgn tgn. rindunya nk makan ikan goreng cicah sambal belacan. fuh!

Fith said...

murni,
aiseh camera canggih kan ada,kena snap byk laa murni,mesti cantik gambar2nya kan.suh laa cik hubby tlg tiup angin rajin bg murni extra rajin,hihi...

Ina,
alahai syiannya.tgn ina still tak sembuh lg ye?tunggu blk msia insyaAllah boleh mkn ikan semula ye.fith suka ikan kecik2 tu goreng garing,boleh ngap sekali tulang,hehe.

norlin said...

rasa nak masak ayam kung pao chicken fith hari ni... :)

Fith said...

noli,
sila2,cuba resepi baru ye

::NaS:: said...

sedapnyaaa khasidah.lama dah tak makan.mak nas slalu buat kuih tu time kecik2 dulu.mmg tak penah jumpa kat kedai pun.resepi org utara ke ek?mak kak fith org utara jugak kan?

Fith said...

nas,
jarang sgt jumpa org kenal khasidah,hehe.haa apa kata suh mak nas buat,sekkaku kat msia dah tu kan.aah mak kakfith org kedah,mmg suka sgt laa kuih ni kan...