Thursday, November 12, 2009

Choco mousse brownies

Setelah sekian lama teringin nak buat dan nak makan kek ni, finally last tuesday I managed to make it, yatta ne... Alah, bukan payah mana pun nak buat, senang amat! Oh tapi tu tak penting cause the most important is the taste, wallaaa yummilicious!!! Serius, sedap! Tak tipu woo! hehe

Sejak pregnant-kan Raziqh lagi dah teringin sangat nak buat tapi disebabkan kat sini tak ada gelatin halal, so mengidam laa sampai ke sudah, dah bersalin baru dapat makan. Balik Malaysia hari tu dah siap2 beli gelatin berlambak2, dalam senarai deserts yang I nak cuba buat tu ada banyak resepi yang kena pakai gelatin, haa lepas ni senang ler, hihi, best2!

Selasa tu I puasa sebab isnin tak puasa, kiranya kek ni makan untuk berbuka. Though I know myLove tak suka makan kek tapi tetap laa nak suruh dia rasa, nak menunjuk sebenarnya hakhakhak, so I offered him and he did jamah sikit, sekadar nak ambil hati I je laa tu(yes I know that, but who cares, aight?! haha). He said the mousse taste like an ice cream, yes absolutely right, memang sebijik rasa macam choco ice, sedap sangat!!!

Mula2 ingat nak buat setengah adunan je tapi dah alang2 beli whip cream 200ml, kalau pakai separuh je bazir pulak so buat 1 adunan, memang puas hati, I surely will make it again, tapi tak tau laa bila, punah diet haku weiii...


Ni resepinya, thanks to Yani!
http://www.myresipi.com/top/detail/4792

Brownies
45 gm butter
65 gm gula halus
1 biji telur
50 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

- pukul butter dan gula hingga kembang
- masukkan telur, pukul lagi dalam 3-4minit
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi, kacau rata
- masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 190darjah celcius selama 12-15 minit
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk

Choco mousse
140 gm coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100 ml air
2 biji telur putih
200 ml whip cream
40 gm gula halus

- masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air, biarkan dalam 5minit
- cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler sehingga coklat cair
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk berisi coklat dari periuk air tadi, masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sehingga gelatin larut, biarkan sejuk
- pukul putih telur hingga kembang atau bertanduk(bila terbalikkan bowl telur tidak jatuh), sambil pukul telur tu masukkan gula sikit demi sikit
- dalam mangkuk pukul whip cream hingga jadi krim
- masukkan adunan coklat+gelatin dan whip ke dalam telur tadi, kacau perlahan2 hingga sebati
- masukkan dalam loyang berisi kek, simpan dalam peti sejuk hingga mousse keras
- hias dengan serbuk koko sebelum hidang

6 comments:

zura said...

mmg nampak sedap fith..! huhuhuhu

Fith said...

sabar2 org tgh pantang,hehe

Ina said...

sedapnya! mmg nmpk pn mcm aiskrim. ish kena pk 1000 kali ni nk buat. xpun tggu kurus dlu baru buat. haha bila laa tu nk kurus. peram jela dlu resepi ni nmpknya :D

Fith said...

ina,
haha tuh laa psl,mmg boleh buat rosak diet.fith hbskan kek ni dlm 2hari je,tak tahan nafsu tgk kek ni dok dlm peti ais,haha
ni dok aim nak buat cheese cake yg ina tunjuk hari tu.tp kena tunggu 2minggu lg kot,hehe

Kaklong Nuzula said...

huhu.. sedapnya nampak. tak penah lg wat kek pakai gelatin ni. nway fith beli gelatin yg mcmana ek? yg brand halagel ker?

Fith said...

kaklong,
fith tak ingat laa pulak brand apa,sbb dah buka pack buh dlm bekas,dah buang plastik tu.klau kat msia rasanya byk yg halal,haa pernah tgk iklan kat myResepi ada jual gelatin halal.
try laa buat kaklong,fith pun baru 1st time buat kek yg pakai gelatin dan whip krim,hehe.