Monday, November 8, 2010

Puding karamel lapis coklat, mee ladna dan cucur jagung

Puding karamel lapis coklat

Resepi asalnya di sini, thanks Rossitamz @ myResepi. I dah ubah resepi ni, so kalau nak tengok yang ori sila refer link atas ye...

This is the 3rd version of caramel pudding I ever made. 1st dulu yang ala2 cheese cake, 2nd yang original resepi and this one mix with cocoa powder. All in all, I think the best is the combination with cheese, love it to the max! Tapi yang ni pun okey jugak, sedap! Buat pagi tadi, petang dah licin, 2R yang pulun makan, mama sempat rasa beberapa sudu saja, tak sampai hati pulak nak makan bila tengok anak2 bersungguh2 minta disuap...

Kalau tengok nama puding tu 'berlapis' kan tapi puding I buat takdak laa lapis2 pun, malas aih nak ulang buat banyak2 kali, hihi.

Bahan2:
(Karamel)
5 sudu besar gula
4 sudu air

(Puding)
6 biji telur
10 sudu besar gula halus
700 ml susu segar
beberapa titik esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko

Cara2:
(karamel)
- masukkan gula dan 2sudu besar air ke dalam periuk, masak hingga gula keperangan, masukkan baki air dan tutup api
- cepat2 tuang dalam loyang

(puding)
- panaskan susu dan esen vanila hingga suam
- pukul telur bersama gula hingga sebati
- masukkan susu tadi sikit2 dan kacau rata
- bahagikan adunan kepada 2, 1 bahagian dicampur serbuk koko dan kacau sebati, tapis adunan jika berketul
- masukkan 3/4 cawan adunan tanpa koko ke dalam loyang, bakar/kukus hingga masak
- ulang2 berselang-seli, bila dah siap masak, sejukkan sebelum keluarkan dari loyang



Mee ladna

Dinner kami untuk hari sabtu lepas ialah mee ladna. Balik dari himeyamasai tu sampai rumah pukul 5.30malam(yup, dah malam dah, maghrib sekarang pukul 5.17), terus breastfeed si Raziqh, kesian dia, dekat 6jam 'puasa', hahaha. Sekarang dia dah tak kesah kalau tak dapat menyusu kat luar, as long as before keluar tu dia dah minum puas2, then in between jalan2 tu bagi dia makan dan minum dengan cukup, he'll be fine even without breastfeeding session. Senang kan?! Alhamdulillah. But still setiap kali outing mama kena consider baju yang dipakai adalah bf-friendly, just in case. Lepas dia dah kenyang menyusu, buat kerja itu ini, then masakkan dinner. Masa beli bahan2 nak masak tu cadangnya nak buat mee bandung tapi bila tengok blog kaklong, terus tukar plan. Makna kata resepi ni dicilok dari blog kaklong laa, thank you! Cumanya kaklong pakai kueh teow, I pakai mee, and as usual ada tambah-tolak sikit bahan2 ikut apa yang ada dalam rumah ni...

Mula2 kena masak versi anak2, lebih kurang macam buat untuk kami makan cuma tumis guna mayonis dan tak letak cili padi dan sos cili, yang lain2 tu sama saja. Untuk budak2 ni selalunya bahan2nya dipotong kecik2 cinonet, sesuai laa dengan mulut depa kan...


Rafiqh dan Raziqh punya...


Rupanya kurang cantik, tapi rasanya, best!

Sedap mee ladna ni rupanya, ala2 chinese style gitu...

Bahan2:
minyak untuk menumis
bawang putih - diracik
bawang besar - dimayang
mee kuning
ayam boneless - potong kecil
udang
fishcake
chikuwa
cili padi
carrot
tomato
kobis
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
garam
gula
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 bij telur

Cara2:
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
- masukkan isi ayam, udang, fishcake, chikuwa, lobak merah, tomato dan cili padi. Tambah air
- masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula
- bila rasa dah okey, masukkan mee
- angkat mee, tinggalkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan kobis, bila dah agak likat masukkan telur
- bila telur dah masak/setengah masak, curahkan kuah atas mee tadi
Tomato dan cili sos tu I pandai2 sendiri tambah. Untuk resepi asal, boleh refer sini okey...


Cucur jagung

Buat cucur jagung ni semalam, untuk minum petang. Cucur jagung ni lebih kurang macam adik-beradik cucur udang, cucur ikan bilis dll laa kan, my favourite!


Bahan2:
tepung gandum
jagung - tin/frozen/fresh
bawang besar
telur
sedikit freshmilk
serbuk kunyit
garam
gula

Cara2:
- bancuh semua bahan dengan air suam hingga adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat, elok2 boleh jemput dengan tangan ja
- panaskan minyak dan goreng hingga agak garing, angkat dan hidangkan


Cucur ni I suka makan dengan kuah kacang, yummeh! Makan dengan sos thai pun sedap jugak. Dulu2 kalau buat suka letak udang kering atau ikan bilis sikit tapi sekarang sebab Raziqh suka makan, untuk elakkan dia tercekik I tak letak, kalau rajin I akan blend halus udang kering/ikan bilis tu sebelum campur dalam adunan. Boleh jugak letak daun kucai dan sebagainya...

7 comments:

kew_chop said...

sedapnya puding karamel tu. kita ni seingat nya penah sekali jek wat puding karamel tu pun cam x bape menjadi. kalo dekat dah lama nak berguru ngan fith..

Unaizah said...

Nampak sedap la karamel tu. Akak kalau buat cucur jagung tak letak milk n telur. Tp akak letak udang kering yg dah ditumbuk halus and tepung beras sikit. Tepung beras tu nak bagi rangup.

Fith said...

murni,
sedap2,try laa.kena try 2-3kali,pastu mesti jadi,hehe...

kak unaizah,
ooo menarik jugak tu campur tepung beras,nanti nak try laa,thanks!
sedap jugak karamel versi ni,ada kelainan sket...

hajar said...

rajin nye fith...masak macam2...best2 plak 2..
hajar ni, makan nak, masak nyer malas..

Fith said...

hajar,
tak rajin sgt pun,sbb ada tukang makan si kecik 2org tu yg kena masak jugak tu,hehe.

hajar said...

seronok masak ni bila ada tkg mkn n mknn yg kita masak habis sekelip mata je...hehe

mcm fith, anak2 tgh nk membesar, kuat la mkn nye..
seronok kan tgk anak2 berselera mkn...

Fith said...

hajar,
haa betul2.tu yg betulnya,sbb ada tukang mkn,rajin laa kita menjamu,yer tak?nak2 lg yg nak mkn tu anak2 dan suami kan,malas pun kena paksa2 jadi rajin jugak...

tu lah,budak2 tgh nak membesar ni mmg sentiasa lapar.sampai kdg2 buntu taktau nk masak apa dah...