Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Mother's day...

Ni satu lagi entry dah basi...
Celebrated mother's day untuk my mom-mak awal seminggu dari yang sepatutnya sebab awal mei tu kan ada cuti buruh, my bro-achik balik rumah so kami keluar pi beli kek dan hadiah untuk mak tengahari 1mei tu. Petangnya potong kek, yeay!



I sponsor the cake, beli Tiramisu cake tengah ada offer, ermmm ok laa sedap laa jugak, boleh pulak adik I yang bertiga tu makan, walhal depa anti-cheese, hehe. Hadiah ateh+achik+adik yang share duit untuk beli, depa beli kad, fridge magnet mother's day dan bantal kecik untuk gantung dalam kereta. Tersenyum2 mak terima hadiahnya, suka la tu...

Sekian saja sambutan hari ibu yang sangat sederhana. Mama 2R takdak sambut2 pun, 2R hapa pun tak faham lagi kan, hehe.


Muka 2orang yang tak sabaq2 nak makan kek...

Father's day & birthday celebration

Bersempena hari bapa yang bakal disambut esok, meh laa nak update cerita ni. Sambutan ni berlaku hampir sebulan yang lalu(23hb mei), baru sekarang boleh update sebab dok tunggu gambar2 ni dari my sis-alang. Takpa laa cerita dah basi pun, simpan untuk kenang-kenangan...

As usual bila ada je peluang untuk kumpulkan kesemua adik-beradik(or at least most of us), kami akan plan for family dinner atau apa2 aktiviti keluarga. Kebetulannya malam myLove balik Malaysia dari Nihong tu kami semua ada kat KL, so set laa masa dan tempat untuk makan2. Kali ni buat surprise birthday celebration plus father's day celebration untuk our lovely abah. Ops, mother's day celebration pun tak cerita lagi, next entry lah, haiyaaa...

Pagi 23hb tu kami(mak, me&kids, ateh dan adik) meredah jam ke Sogo untuk shopping, hasratnya nak beli handbag+kasut mak, handbag for me dan present untuk abah. Setelah bertahun2 tak masuk KL, teruja sungguh dapat jalan2, rasa macam tak banyak pun berubah, 2R baru 1st time tengok KLCC, KL tower dan pusing2 KL, perghhh kesian kat hangpa noo. Tu pun nasib baik laa ada driver tok abah tolong bawa, kalau dak, memang tak ah! Berjam2 shopping, lepas lunch kami balik Seremban, sempat rest sekejap sebelum pi KLIA nak ambil myLove pulak. Sampai kat KLIA myLove dah lama dah sampai, selesaikan solat maghrib dulu baru bertolak ke restauran tasik dalam Uniten, dah janji dengan abanglong&family dan alang&hubby nak dinner kat situ, tapi malangnya restauran tu tutup, apakah?!

Bincang2 sat nak cari tempat makan, decided untuk pi makan kat restauran Tupai2. Restauran tu macam glamour sebab banyak kali masuk tv, tapi orang tak ramai sangat pun, makanan tu tak laa sesedap mana pun, tapi servis ok laa, boleh ler. Habis makan baru keluarkan hadiah2 dan kek. Mak hadiahkan kemeja kasual untuk abah, kami 6beradik pun share belikan kemeja, ateh&achik&adik belikan perfume(hadiah father's day), abanglong&me&alang sponsor kek. Kek tu my bil-Shahril yang tolong tempahkan a day before, nak cover line punya pasal kan, kek sangat sedap, SecretRecipe punya, I loike! Tak puas makan, nanti balik boleh beli lagi, hihi...

Sebenarnya birthday abah jatuh pada 30mei dan hari bapa jugak lambat lagi nak sambut, tapi dah kebetulan semua ada, tu yang kami sambut je terus. Bukan senang nak cari peluang macam ni, bila masing2 dah ada komitmen kerjaya dan keluarga, kenalah bijak guna kesempatan kan?!

Happy sangat bila dapat berkumpul ramai2, cuma malam tu achik sorang tak ada, huhu. Jangan sedih2 ye pakcik, lepas ni kita set birthday celebration 2S+2R pulak, kasi gempak sikit, kita buat pool party, weeee....

Ok, layan gambar lah pulak...


Yang diraikan - abah tersayang...


Mak bersama cucu gegurl sulongnya, ararara kawaiii ne...


Us...




Inilah jantung hati semua orang, 1st girl lah katakan, ciwi habis!

Comel kan?! Headband bunga daisy besaq-gedabak tu hadiah dari paksunya. Berbulan2 paksu cari, before baby Syadza lahir lagi paksu pulun nak beli tapi baru jumpa pagi tu kat Sogo, suka kemain lagi paksu. Rindu kat Syadza, balik nanti mesti makin montel, 2R ni pun tiap2 hari buka iphone mama nak tengok pic Syadza, sayangggg Syadza yer...


HAPPY BIRTHDAY ABAH !

HAPPY FATHER'S DAY ABAH!

WE ALL LOVE U SO SO SO MUCH!!!

Wednesday, May 4, 2011

Kenangan part 2

Sambungan dari entry yang lepas...

Budak 2orang ni seronok laa kot bila balik Malaysia, kawasan dalam rumah lapang, luar rumah pun lapang, melasak laa jawabnya pagi petang siang malam. Aktiviti wajib depa kalau cuaca cerah ialah main kat luar. Habis kawasan rumah ni depa tawaf pi mai pi mai. Kadang2 tu naik risau jugak kalau tak nampak kelibat depa bermain, especially si Raziqh tu lah yang paling tak boleh percaya, uihhh banyak sangat aih 'kerja' dia. Baru2 ni belikan dia selipar baru yang ada bunyi tot tet tot tet tu, haa baru lega sikit, eh lega banyak. Sebabnya senang nak trace dia pi mana, dok sebatu pun dah boleh dengar bunyi selipar tot tet dia tu...

Ni gambar terbaru Rafiqh dan Raziqh. Rafiqh esok genap laa 3tahun 5bulan. Raziqh pulak dah pun 1tahun 9bulan. Dah big boy dah dua2 orang. Nanti2 I update perkembangan terbaru depa pulak yer...




Sepanjang bulan mac dan april, rumah mak ni memang meriah sentiasa. Apa tak nya, kaklong dan anak2nya balik tinggal kat Ipoh sebab menunggu hari nak bersalin. 2R ada geng laa nak main, 2R + 2S = 4heroes ni dah cukup dah untuk buat havoc, penat nak melayan...

29 mac adalah hari lahir my youngest brother - adik. So kami pakat2 buat celebration lagi walaupun before tu dah celebrate ramai2, seronok jugak melayan sambutan2 ni especially bila ada ramai budak2 ni, happy tengok depa gembira. 28hb tu keluar belikan kek untuk potong petang tu, then the next day keluar makan Radix fried chicken pulak. Selamat ulangtahun kelahiran ke-11 paksu! We all love u...


Sunday, May 1, 2011

Kenangan part 1

Sekejap je masa berlalu, dah pun masuk bulan 5. Maknanya dah nak masuk 3bulan kami kat Malaysia. Sejak balik Malaysia ni, memang agak lemau laa bab update-mengupdate blog ni. Alasannya sibuk lah, morning sickness lah, takdak mood lah, ish macam2lah, kalau disenarai tak muat ruang ni kot, hihi. Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang kami kat sini, rasa rugi pun ye jugak sebab tak coretkan kat sini semua kenangan2 tu, so sementara otak ni masih ingat sikit2 pada apa yang telah berlaku, mai laa nak tulis secara rambang...

10/2 balik ke Malaysia, stay Ipoh 2hari je, sabtu 12/2 kami ke KL, the next day balik Melaka. Duk di Melaka sampai laa 24/2, kemudiannya balik Ipoh semula. Petang 26/2 kami ke rumah abang myLove kat Kajang sebab myLove naik flight ke Holland malamnya. Bermula 27/2 tu kami anak-beranak melepak di Ipoh saja laa...

Ada 1 weekends pada bulan mac yang lepas(tak ingat tarikh), semua adik-beradik I balik dan berkumpul kat rumah abah mak, seronok, meriah sungguh2. Walaupun dok mabuk tak hingat time tu, dalam dok tingtong2 mereng tu pun still boleh rasa enjoy dapat berkumpul semua 6beradik, campur ipar-duai dan anak2 saudara. Hari sabtu malam kami keluar makan beramai2 kat Pakeeza Restaurant, family dinner ni adalah acara wajib bila berkumpul. Gambar yillek laa, nak makan pun terkedu2 tak lalu, ni nak ambil gambar pulak, memang tak ah! Hari ahad tengahari tu masak ramai2, as usual chef2 unggul(kaklong dan alang) tunjuk skill memasak, chef-tak-berapa-nak-unggul(haku lah tu) duk tepi2 tengok aje yer, hakhakhak. Macam2 masak, dah macam nak raya pulak. I pulak try test buat maki-zushi, hasilnya not bad laa for the 1st timer kan, memang rupa tak cun tapi rasanya boleh tahan, 2R laa yang pulun makan. Tak payah terkejut laa ye, even though dah 9tahun duk nihong, memang tak pernah sekali pun buat sushi hokey, slowly kena belajar dah laa kan, nanti senang nak jamu anak2 yang bertekak jepun ni. Lepas lunch beramai2, petangnya kami buat birthday celebration untuk abanglong(3/3), kaklong(1/2), alang(18/2), ateh(21/2) dan adik (29/3), haa buat sekali harung 5 orang, jimat! Beli kek aiskrim kat baskin robin dan lepas makan aiskrim, keluar kat laman untuk ber-bbq pulak, bakar daging dan ayam, best! Dah kenyang perut, buka kolam plastik pulak, bagi budak2 kecik ni berendam, satu kawasan perumahan bukit ni boleh dengar pekikan budak2 ni, havoc gila, haha. Hmmm, bila pulak laa nak dapat berkumpul semua2 macam ni lagi...

Wednesday, April 20, 2011

Update carca marba

Banyak sungguh benda nak update tapi sebab tak dak masa nak bercerita panjang so mai laa nak tulis in points saja. Ada beberapa draft entries dah sebenarnya, tak sempat nak perabih tulis saja, nanti2 laa bila ada mood tu boleh publish banyak2 terus eh. So kali ni cuma dapat bagi cerita2 pendek sajalah, kira ok la kan, at least blog ni tak laa sunyi sepi sangat, ada laa jugak ceritanya...

1. Baby baru abanglong&kaklong tu namanya Siti Syadza Damia. Ramai aih yang tanya, haa baru boleh hebah secara rasmi selepas papa dan mamanya dah umumkan. Kami panggil 'baby pinky' kat dia, sebab baju seluar mitton socks serba-serbi pink, sekali dengan mukanya pun pink, hehe. Putih merah orangnya, gebusss...

2. Pregnancy dah masuk minggu ke-17, alhamdulillah morning sickness dah makin berkurang. Dah tak rasa loya2 cuma still akan muntah bila tersalah makan. Pening2 masih ada, almost setiap hari terpaksa berdepan dengan rasa pening ni, walaupun bukanlah pening yang nyut2 sampai kena baring tu tapi tetap jugak pening2 ringan ni mengganggu urusan harian...

3. Ada lebih kurang seminggu lebih je lagi kami kat Malaysia. 2mei nanti dah nak berangkat ke Holland. Maybe nanti kat sana banyak laa masa terluang, boleh update banyak2 kot, hihi...

4. Perkembangan SK-II pulak. Sejak balik Malaysia ni ramai sungguh yang bertanya pasal nak membeli produk SK-II, atas sebab tu I dah beli beberapa set sebagai ready stock yang insyaAllah akan tiba di Malaysia sekitar awal mei nanti. I akan tulis entry khas berkenaan set2 ni nanti, so kalau berminat boleh contact yer...

Friday, April 8, 2011

Double triple happiness on 7th april

Semalam I bukan saja teruja sebab myLove nak balik tapi lebih2 teruja lagi sebab my sil-kaklong nak melahirkan cahayamatanya yang ke-3...

Petang semalam sekitar pukul 2.30 abanglong dan kaklong dah ke klinik, tinggalkan both of their heroes kat rumah. Sedang budak2 ni bergegak-gempita main tak ingat dunia, tiba2 dapat phone call mengatakan kaklong dah nak bersalin, kami pun kelam-kelibut laa bersiap nak pi hospital. Sesampai kat hospital baby dah lahir dah pun, alhamdulillah both mommy and baby sehat, and it's a GIRL! Taraaaa...




Siti Mariam's junior, sebijik wajah mamanya, kawaiiii...

Comel kan? The 1st cucu perempuan in our family. Tok abah yang kat Seremban, maklang dan maktehnya sibuk laa suruh ambil gambarlah itulah inilah, semua excited habis dengan kelahirannya. Oh btw, baby ni takdak nama lagi yer. Geram woo tengok baby baru lahir ni, rasa nak kemam2 je. Belum berpeluang nak kendong baby lagi, semalam cuma sempat tengok, snap gambar dan kiss je, lepas tu terus rushing ke stesyen keretapi nak jemput myLove pulak. Takpa2, petang sat lagi nak pi hospital tengok baby lagi...

Haaa maklang, makteh dan pakcik sure tak senang duduk sekarang ni kan, muahahaha sila laa balik, kita gomoi baby kaklong, keh3...

Tuesday, August 31, 2010

Happy birthday MAK!

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran mak yang ke-50!

Alhamdulillah, pada usia 50tahun mak dah ada 4orang cucu hero semuanya dan insyaAllah more more are coming very soonnn, hiks...

Tahun lepas mak celebrate birthday with abah, adik, me and my kids. Tahun ni dengan alang pulak, a day before tu family abanglong balik Ipoh, seronok betul dengar mak dok bercerita hal gelagat cucu2nya. Happy laa tu anak cucu balik berkampung kat rumah. Tahun ni takdak pakatan hadiah dari kami adik-beradik, masing2 beli hadiah sendiri dan bagi sendirian berhad. Next year maybe boleh kongsi2 semula, budget pun insyaAllah dah makin besar dah, almaklumlah doktor dan engineer akan mula bekerja tak lama lagi, hahaha...

Pagi semalam call mak, macam biasa laa bila hari jadi mak telefon kat rumah tu pun tak henti2 laa berdering, lepas sorang, sorang pulak call. Dah anak 6orang kan, tak campur abah, adik-beradik atau anak menakan mak lagi. Masa I call tu, mak baru habis cakap dengan ateh, baru nak pi sidai baju so borak2 dengan alang sat sementara tunggu mak settle kerja. Alahai laa mak, 24/7 365hari setahun mak kerja, tak pernah sehari pun mak cuti, even on your special day or mother's day, kerja rumah langsai macam biasa. Itulah hebatnya seorang ibu kan...

Selamat hari lahir buat mak. Kami senantiasa berdoa semoga Allah Taala panjangkan usia mak dalam keberkahan, semoga Allah beri kesihatan tubuh badan buat mak, semoga segala impian mak jadi kenyataan, semoga amal ibadah mak diterima Allah, semoga mak dilimpahkan rahmat yang berpanjangan, semoga urusan hidup mak dipermudahkan dan semoga mak bahagia setiap detik waktu. Kami mungkin tak mampu berikan mak harta dan kemewahan, tapi kami janji kami akan jadi anak2 yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mak dunia dan akhirat, kami janji untuk jadi anak2 yang baik dan selalu menggembirakan abah mak dalam sisa2 hidup yang ada... We all love you so much!

Friday, July 16, 2010

Makkk, I miss you!!!

Rindunya kat mak, dah seminggu lebih tak call mak, seminggu lebih tak dengar suara mak, terasa janggal laa pulak hidup ni. Semalam pukul 12malam abah sms, bagitau depa dah nak ke London, esok ka lusa dah nak balik Malaysia. Abah kata penat sangat berjalan, pi nak berehat tapi lagi penat ada laa, haha, kesian abah mak, dah tua2 ni bukan larat sangat nak travel non-stop, tu pun alang sewa van, kalau naik turun bas/train, mesti lagi penat kan. Minggu depan baru laa boleh call mak, mesti banyak cerita mak, ni 1st time mak pi UK, excited toksah cakap laa...

Start berpisah dengan mak masa lepas SPM, masa buat preparation course nak datang sini kat UM, masa tu memang setiap minggu berkali2 dok call mak, takpun abah mak call. Bila datang sini, dah jadi kemestian dalam seminggu at least sekali mesti call mak, dulu2 call malam, sejak jadi fulltime housewife ni selalu call pagi2 agak2 lepas mak dah settle kerja2 rumah, tengah2 dia berehat tu call laa sembang sejam dua. La ni mak dok dengan my youngest brother-adik berdua saja kat rumah, bukan ada apa sangat pun kerja nak buat. Mengemas2 rumah weekly maid datang buat, masak pun simple2 saja, habis2 pun mak sidai baju dan dok berkebun ja laa kot. Abah balik weekends saja, mesti mak sunyi seharian terperuk sendirian kat rumah, tu yang rajin mengacau mak tu. Mak tak reti pakai internet2 ni, kalau dak boleh laa chatting, hehe.

Tapi kadang2 tu selang sehari call mak, sampai mak tanya "laa awatnya?", "saja laa, nak dengaq suara mak, hahaha", "gatai aih", hambik hang, call mak sendiri pun kena 'gatai'! Gatai pun gatai laa, selagi boleh dengar suara mak, call laa, nak jumpa kerap2 tak boleh, dengar suara pun jadi laa. Nanti kalau mak dah takdak, suara mak laa yang akan paling dirindui, huhu...

Rindu mak, moga2 abah mak dan adik selamat pulang...

Monday, July 12, 2010

Doktor maklang,tahniah!!!

Alhamdulillah jumaat lepas adalah hari konvokesyen my sis-alang. Abah, mak and my youngest bro-adik dah berangkat ke UK pada hari rabu lepas untuk sama2 menghadiri majlis graduation alang...

At last, setelah 5tahun berhempas-pulas di University of Aberdeen, alang bakal pulang dengan ijazah perubatan yang diimpinya sejak dia berusia 3 atau 4tahun. Sejak kecik2 dulu lagi kalau tanya dia, besaq nanti nak jadi apa? Dia mesti jawab nak jadi doktor, kalau I dulu cita2 tu sentiasa berubah2, sat2 nak jadi peguam, nak jadi nurse, nak jadi cikgu, nak buka gerai jual roti telur(haha apa punya cita2 daa), tapi dia maintain dengan 1 cita2 tu dari dulu sampai laa sekarang. And now she's a doctor! Really proud of you sis, am sure abah mak adalah orang yang paling bangga dan bahagia di hari konvokesyen alang tu. Teruskan berusaha, moga cepat2 jadi gynae, mana tau kot2 angah boleh bersalin anak last dengan Dr. maklang Nawwal nanti, agak2 sempat tak? hihi...

Gembira dengan kejayaan alang tu I made kek pisang on that day. Buat 5 adunan untuk diagihkan kat jiran2 dan awal2 lagi dah niatkan nak bagi kat sesiapa yang order foods untuk hari sabtu. Terlupa yang plastik packing yang comel2 dah pun habis, so bantai pakai plastik kosong saja laa...

untuk jiran2 tetangga, dah agih2 baru teringat tak ambil gambar lagi, nasib baik ada baki yang tak hantar lagi...


untuk yang order foods on saturday...

Tinggal 3orang saja lagi yang belum grad, ateh tak lama dah, lagi setahun saja, yang lagi 2 tu lambat laa lagi, achik baru form 4, adik pulak baru darjah 4...

Alang, sotsugyou omedetou gozaimasu!(=congratulations on your graduation!)... Mabruk!!!
Next, looking forward for the 'biggest news' from alang and not to forget you too kaklong!(haha, nak jugak kenakan kaklong, hihi)... Well, jangan buat2 tak faham ya, kehkehkeh...

Monday, May 31, 2010

Happy birthday Achik !!!

Hari ni pulak birthday achik yang ke-16. Beza sehari saja dengan abah.
Happy birthday achik!
Moga terus menjadi anak yang soleh, selalu mendamaikan hati abah mak dan jadi kebanggaan abah mak. Semoga menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih buat kawan2 yang masih ingat untuk bertanya khabar tentang update operation achik dulu. Alhamdulillah dia makin sihat, dah tak pakai bengkung besi lagi sekarang ni. Walaupun masih bercuti dari bersukan tapi so far aktiviti hariannya dah kembali normal. Syukur alhamdulillah, moga Allah peliharanya dari sebarang kecelakaan lainnya...

Hari ni tak ada mood nak update banyak2, kurang sihat dek hadirnya PMS. Esok lusa boleh kembali aktif ber-blogging insyaAllah... Have a nice day to all of you!

Sunday, May 30, 2010

30 mei yang istimewa

Hari ni 30 mei, genaplah usia Raziqh 10bulan, in just 2months time he'll turn 1! Not sure dah berapa berat dan tinggi dia sekarang, I'm trying not to care much about that cause it'll just make me realize how big my baby is now, hoho, nanti dah tak ada baby lagi, sabishiiii...


Update terbaru tentang Raziqh Takeshi @ 10months young:

1. sudah ada sikit symptom takutkan strangers. Nak kata stranger anxiety pun tak jugak, sebab mula2 saja dia akan cuba avoid strangers, dah lama2 sikit dan lepas dah 'scanning' around the new environments and so, dia ok je.

2. saikin(=lately) bawa pi mana2 pun makin ramai pulak kata dia macam girl.

3. he calls Rafiqh as "ata~~~", this is really funny! Bila tengok Rafiqh, dia terus sebut2 that word, and everytime mama jerit panggil Rafiqh, dia pun tumpang sekaki jerit ataaaaaaaaaaaaaaa...

4. he seems to hate body contact, walla very the japanese style eh! Boleh selamba ja tepis tangan orang bila orang cuba nak sentuh dia, especially with Rafiqh, he really hates Rafiqh gomol2 dia. Rafiqh tu pun satu, makin adik tak suka, kuat pulak dia menyakat. Penat mama nak leraikan...

Tu saja kot, lain2 rasa macam pernah cerita dah, ni laa padahnya selalu sangat update pasal dia, bila nak tulis milestone terus takdak idea, hiks...


Hari ni 30 mei adalah hari ulangtahun kelahiran abah yang ke-53.
Happy birthday Abah! We really love you so much! Doa kami selalu mengiringi setiap langkah abah sebagaimana ingatan kami yang tak pernah lekang saban waktu merindui abah...
Moga abah sihat2 selalu, moga abah gembira dan bahagia, moga abah senantiasa dalam lindungan Allah dan di bawah payungan rahmah penuh barakah Allah Taala...

Monday, March 29, 2010

Happy birthday Adik!

Hari ni 29 mac adalah hari ulangtahun kelahiran adik kami yang bongsu - Ahmad Sulhiy, atau lebih mesra dengan panggilan 'adik'. 10tahun dah usia dia, ish macam tak percaya laa pulak, rasa macam dia masih kecik lagi, sekejap ja masa berlalu, tak lama lagi dah nak menginjak remaja, uhuk...

Dia lahir ketika usia mak dah pun cecah 40tahun, abah mak mulanya tak plan pun nak ada anak lagi, sedar pada risiko beranak pada usia yang lewat tapi hasrat abah nak seorang lagi anak lelaki dan pada 'percubaan' akhir tu memang dah dijanjikan rezeki oleh Allah, alhamdulillah kami semua happy sangat nak dapat adik lagi masa tu. Besar rahmatnya kelahiran dia ni, 6tahun jarak usia dengan achik membuatkan semua orang sayang amat kat dia. Sepatutnya abah mak pi Makkah pada tahun dia lahir tu tapi terpaksa ditangguhkan setahun, so masa abah mak pi mengerjakan haji I tengah tunggu result SPM, adik belum pun cecah setahun and I was the 1 who had to take care of him, and the others of course.

Dia sangat comel, dari kami 6beradik ni dia laa yang paling putih gebu dan lemah-lembut. Yes, you read me right, though he is a BOY, he is really a soft-spoken person and behave well all the time. Sejak kecik lagi sesiapa pun tengok dia mesti sangka dia girl. Pernah banyak kali mak bawa dia pi masjid berjemaah dan bagi dia pakai baju melayu lengkap berkupiah, masa tu dia dah 4tahun gitu, orang still tanya "perempuan yer?", hahaha haparaa. Kalau bawa pi potong rambut dan mak request minta potong rapat pakai mesin, orang saloon tu mesti tanya banyak2 kali sebab sangkakan dia tu girl, hehe lawak pulak bila diingat2. Till now, dia jenis yang mudah dijaga, tak nakal, tak banyak kerenah dan disayangi sesiapa pun yang kenal dia...

Walaupun dia bongsu, dia sayang kat budak2, kalau bagi dia 'mengasuh' budak2 especially baby, haa memang dia suka sangat laa. Sayang amat kat anak2 saudara dia, anak2 saudara dia pun sayang amat kat dia, dia memang pandai melayan budak2. Cumanya sekarang ni kasihan sangat kat dia, membesar keseorangan tanpa kehadiran abang2 dan kakak2 yang lain memang selalu buat dia terasa sunyi. Apatah lagi abah pulak weekends baru balik rumah, dia tinggal berdua ja dengan mak. Selalu jugaklah dengar dia mengadu bosan dan sunyi tapi nak buat macammana kan, dah nasib dia. Sebab terlalu kesiankan dia, abah bina kolam ikan kat rumah tu, tiap2 hari kerja dia lepas balik sekolah, dok melepak kat pondok kolam tu 'main' dengan ikan2 dia...

Adik, happy birthday! Moga adik membesar menjadi muslim dan mujahid islam yang berjaya dunia dan akhirat. Moga adik kekal dengan sahsiah terpuji dan disenangi seperti sekarang. Moga adik menjadi anak yang soleh dan selalu menjadi pendamping abah mak menyusul hari2 tua mereka...

Rafiqh dan Raziqh ucapkan - Otanjyoubi omedetou paksu!!!

with Rafiqh...

with Raziqh...

Wednesday, March 10, 2010

Neraca keadilan

Sejak kecik lagi I memang bercita2 nak jadi lawyer, abah adalah idola yang membentuk minat dan impian tu tapi malangnya bila I suarakan hasrat hati nak ikut jejak langkah abah, abah pulak menghalang. Memang pelik kan bilamana seorang bapa yang berjaya dalam kerjayanya dan begitu minat dan komited dengan kariernya tiba2 menyekat anak2nya dari terjun ke bidang yang sama. Selalunya paling tidak, si bapa pasti bangga kalau ada antara anaknya yang mengikut jejak langkahnya kan. It's not only me yang memendam minat terhadap bidang guaman/kehakiman ni, to my surprise abanglong pun sebenarnya punya kecenderungan yang sama. Tapi sayang seribu kali sayang, setakat hari ni memang belum ada seorang pun dari kami yang berada dalam bidang tersebut. Meskipun sejak dulu lagi abah menegaskan yang abah punya alasan untuk menghalang anak2nya dari masuk ke bidang ini, tapi hingga ke hari ni pun I masih tidak 100% 'menerima' alasan tersebut...

Pernah suatu masa lalu ketika bersembang dengan myLove, I ceritakan pasal cita2 tu dan myLove bagi galakan untuk I buat 2nd degree dalam bidang perundangan lepas grad dalam bidang kejuruteraan, tapi bila fikirkan yang I kini lebih terkesan dengan dunia bisnes so keinginan tu ibarat 'mati'. Nak kata tak kecewa tu tipu lah, memang agak terkilan. Somehow I percaya dan seolah2 yakin seandainya I kini bergelar peguam/majistret I akan bergelar seorang peguam/majistret yang berjaya *perasan bagus, haha*. Apapun, I selalu cakap kat myLove, semua tu ada hikmahnya, kalau I tak datang sambung study sini, tak jumpa laa dengan dia, tak kahwin dan takdak laa 2R ni kan, wakakakaka...

Abah sekarang bekerja di mahkamah tinggi Seremban, mengendalikan kes2 berat yang ada masanya hingga melibatkan hukuman mati. Bila sebut jatuh hukum kepada pesalah ni, kalau takat penjara atau sebat mungkin tak seberapa tapi kalau dah sampai hukum mati, memang beratlah tanggungan amanahnya, bukan calang2 dah kan sebab dah bersangkut paut dengan nyawa. Kini antara kes yang hangat dan mendapat perhatian ramai kat Malaysia ialah kes jenayah seorang lelaki yang membunuh 4ahli keluarganya dengan kejam.

Beberapa minggu lepas masa sembang dengan mak via phone, mak ada sebut dan ceritakan pasal kes abah kali ni. Disebabkan I ni bukannya peminat surat khabar Malaysia, so I memang tak tau pun kes tu sedang dibicarakan, hanya semalam kawan2 yang tahu pasal tu ada message dan maklumkan, barulah tau so terus buka utusan untuk baca. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di sini. Macam2 spekulasi orang buat berkaitan kes ni tapi kena tunggu hasil siasatan lah untuk tau perkara sebenar...

I akui memang besar cabaran dan besar tanggungjawab kerjaya abah ni, belum masuk hal sihir/ilmu hitam/guna2 yang orang dok tuju kat abah, belum lagi melibatkan keselamatan diri dan keluarga yang terancam dan jugak permainan rasuah serta seribu satu cabaran lainnya, semoga Allah melindungi abah dan beri abah kekuatan untuk terus berjaya dan cemerlang, amin...

Friday, January 22, 2010

Happy Anniversary Abanglong & Kaklong!


Hari ni hari ulangtahun perkahwinan abanglong dan my sil- kaklong yang ke-6...

Congratulations to both of them!!!

6tahun lalu, masa abanglong dan kaklong kahwin, I tak pergi pun, huhu. I baru 1st year student kat sini, masa tu tengah nak exam final sem so tak dapatlah balik. Selepas sebulan, majlis sambut menantu di Ipoh, haa time ni I ada, siap tumpang majlis kahwin abang untuk I bertunang lagi, hiks...

Abang & Kaklong,
Tahniah! Happy for you... Sekejap ja dah 6tahun... Kami doakan moga rumahtangga yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Moga abang dan kaklong senantiasa dirahmati dan diberkahi dengan rezeki yang melimpah-ruah serta anak2 yang soleh dan solehah(arr solehah tu bila nak dapat? hahaha)...
with lots of love,
is, angah, rafiqh & raziqh...

Monday, December 28, 2009

Familia...

Sekarang ni my sis-alang mesti tengah tak tidur lena, sure berdebar2 menanti kekasih hatinya yang tengah on the way terbang jauh dari Malaysia untuk bersamanya di bumi inggeris, ecewah! Setelah beberapa bulan terpisah, akhirnya pasangan pengantin "tak berapa" baru ni insyaAllah akan kembali bersama, membina mahligai cinta di perantauan, hiduplah mereka bahagia hingga ke akhir hayat, hahaha, dah jadi ending cerita kanak2 laa pulak...
Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat my bil-Shahril...
We're soo happy for both of you... Selamat ber-honeymoon!!!

Minggu lepas keputusan PMR dah diumumkan, alhamdulillah achik lulus dengan cemerlang. Semua orang pakat('pakat' dalam bahasa kedah bukan beerti sepakat atau berpakat2, taktau aih nak translate, haha) terkejut dengar berita achik dapat 9A. I sendiri yang sms abah pun macam tak percaya bila abah balas sms dengan jawapan ringkas "achik dapat 9a", uish biaq betoi, abah ni buat lawak ka, 5kali jugaklah I ulang baca sms tu, kot2 mata ni silau ka, hahaha... Tak sangka sungguh dalam dok malas baca buku, boleh pulak score, rezeki achik laa tu.
Fuhhh lega sungguh, nasib baik tak janji apa2 dengan dia, so dia taklah menuntut sebarang hadiah, muehehehe...
Lepas ni SPM pulak, moga cemerlang jugaklah hendaknya...

Update tentang pembedahan tulang belakang achik, alhamdulillah dia dah makin pulih. Dah boleh bengkok2kan badan untuk solat dll, dah boleh berlari dan macam2 lagi. Cuma dia masih perlu buat rawatan susulan di hospital dan pakai bengkung besi. Buka sessi persekolahan baru ni nanti dia akan stay di rumah instead of duk asrama sehingga dia betul2 pulih. Taklah lama, sebulan saja kot. Terima kasih buat kalian yang sudi mendoakan dia...

Ni gambar lama, beberapa hari selepas pembedahan...
Gambar ehsan dari kaklong, dah lama dah kaklong bagi, tapi baru nak buh, hihi.

Wednesday, November 11, 2009

Achik part 3

Terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang sudi bertanya perkembangan terkini achik. Alhamdulillah setelah hampir 7hari terlantar di hospital, dia dah pun dibenarkan pulang isnin lepas. So now he's already at our home sweet home. Tapi of course lah dia belum 100% pulih lagi, take time laa kan nak kembali "hidup" macam dulu. As for now, dia masih perlukan seseorang untuk tolong dia "bergerak". Dah tentu laa orang tu ialah mak, kesian mak, busy sungguh. Baru je habis jaga I berpantang, la ni kena jaga achik pulak. Tak pi mengaji lagi laa tu jawabnya. Mesti kawan2 mak bising kata boring sebab mak tak pi, hahaha. Biasanya hari yang mak ada kelas mengaji tu, pagi2 buta lagi telefon rumah tak henti2 berdering, sibuk ngalahkan pasaran saham, huh! Oh lupa, mak kan ketua kelas! Eh, ngumpat mak pulak...
Sebelum operation tu, doktor ramal mungkin achik akan ditahan lebih kurang 15hari kat sana tapi since dia menunjukkan perkembangan yang baik, doktor pun discharge awal. Huishhh tak boleh bayangkan kalau kena tahan lama2. Walaupun dah balik rumah, dia tetap kena pi hospital untuk rawatan susulan. Kalau nak duduk apalagi berdiri, dia kena pakai "bengkung besi" untuk support tulang belakang dia tu. Mak kata, biasanya 3bulan laa kena pakai benda tu, nak pakai tu pulak kena orang yang tolong pakaikan, tak boleh pakai sendiri so maknanya dia akan dok kat rumah even lepas sekolah dah dibuka nanti. Mak kena pi-ambil dia sekolah setiap hari laa tu, ish bestnya...
2minggu pertama ni dia kena pantang makan betul2, menu ikan haruan laa tiap2 hari, hahaha. Sebelum bedah hari tu mak dah jamu makan macam2 so lepas ni kalau buat mengada2 banyak songeh, suruh mak luku ja kepala dia, sekeh 2-3 das!
Sure dia sangap banyak benda tak boleh buat sendiri. I dulu dalam pantang, nak angkat air secebok pun mak tak bagi, sampai sebulan lebih baru boleh angkat, ni achik kena sabar sampai berbulan2, ish tak tau laa nak cakap. Bila dah biasa hidup tak perlukan bantuan orang ni, mesti rasa rimas nak buat apa pun tersekat2 kan, apapun kena laa tabah dan banyak2 bersabar, semua tu untuk kebaikan sendiri jugak, kan?!

Tuesday, November 10, 2009

Birthday presents...

Syok laa Rafiqh, belum pun sambut birthday, dah dapat hadiah...

Sebenarnya I tak ada laa nak beli seawal ni, cadangnya a week before his birthday baru laa nak order. Few days back I told myLove I want to buy a present for Rafiqh, siap tunjuk barangnya and he gave the green light. The next day, myLove tanya dah beli ker barang tu, I cakap laa ingatkan nak order giri2(=dekat2) birthday dia but since dah tanya tu I pun terus je order. Aah kami beli kat internet je. Kat kampung Ube ni bukan banyak pun mall atau kedai barang budak, lain laa kalau kat bandar2 besar nun. So mostly kalau nak shopping, I prefer beli kat internet, kadang2 tu boleh dapat harga yang jauh lagi murah, tu yang best tu... Oh lagipun, my points kat yahoo shopping ada dekat 1000yen dan mesti guna before 31dec ni, tu yang cari kat internet je hadiah dia, senang!

Sejak 3minggu lepas I dok merayau2 dalam internet ni, I was undecided at first cause banyak sangat benda yang nak beli, hahaha, but finally I found something intresting. The usual price would be more than 6,000yen(about RM200++), but there is 60% on sale that make the price only 2980yen(about RM100), yippie2! Kat kedai yang I tengok ni ada jual jugak board yang I nak sangat tu and luckily it also on sale, terus decided to buy both, hish tamak sungguh! So bila dah decided nak beli yang tu, I searched for shop which offer the cheapest price, kira punya kira jumpa laa yang paling berbaloi, taraaa sampai dah!

Muka selebet baru bangun tidur, terus sibuk nak main...

Birthday Rafiqh 5dec ni jatuh pada hari sabtu, so we plan to held a small birthday bash at our home on the next day ie. sunday, just a high tea party, senang nak masak yang simple2 saja. Tapi memandangkan a week before tu adalah raya haji which biasanya students sini akan organize jamuan raya, so nak kena risik2 tanya dulu takut clash tarikh pulak... Though it's going to be a small celebration but still I tengah dok fikir2 nak buat theme party or not, nak buat game or not, masa lastyear tak buat semua tu pun...

Masa kecik2 dulu abah mak tak pernah pun buat birthday party untuk kami. Seingat I cuma sekali mak buat party untuk ateh, masa tu dia 2tahun kot, tu pun sebab masa kami(read:alang and me) main masak2 dengan anak2 jiran kami buat party tipu2, beli gula2 and junkfoods dan jamu kawan2 makan, pura2 macam tengah sambut birthday for her. Mak dapat tau so mak pun buat laa party betul2. Kebiasaannya dalam my family, apa2 celebration tak kira laa birthday abah, mak atau anak2 ker kenaikan pangkat abah ker pencapaian anak2 ker, semuanya disambut dengan "makan besar" sesama kami jer. Kalau birthday, birthday boy/girl tu boleh pilih nak makan kat mana, so abah akan belanja makan kat situ, hadiah2 memang tak ada. Tapi entah sejak bila entah setiap kali birthday kami, mak akan belikan gula2, snacks dan kek then packing comel2 untuk bagi kat kawan2 kelas, for sure yang paling untung tu my youngest brother laa kan, setiap tahun sambut birthday dia, siap dapat presents dari semua orang lagi. Masa kecik2 dulu memang teringin nak celebrate birthday kat rumah, ada makan2, ajak kawan2 tapi sebab mak tak suka buat jamuan, memang tak payah mimpi laa kan, dah lama2 tu kami jadi tak kesah laa. Tapi sekarang bila dah jadi ibu, I berazam nak buat sesuatu yang I tak pernah dapat untuk my kids pulak, of course bukan takat party thingy ni saja, banyak lagi benda2 lain yang my parents tak pernah buat tu I nak buat... Mungkin bagi sesetengah orang birthday celebration ni kurafat, entah laa I tak reti nak komen lebih2 dari sudut islam. Bagi I, as long as pengisian party tu tak ada yang menyalahi agama, I rasa tak salah pun. Bukannya nak bermegah2 atau nak membazir, party tu macam jugak kenduri just nak jamu orang makan(a way of sedekah) dan yang paling utama adalah untuk gembirakan anak2 kecil. Buat masa sekarang Rafiqh masih terlalu kecil untuk faham semua ni, but I'm sure starting with nextyear dia dah boleh faham dah, masa tu I surely akan tengok kegembiraan dia. Ni salah satu cara untuk I hargai anak2, they are my precious, my soul, my everything... InsyaAllah setiap tahun nak buat benda ni... Eh tapi kalau you guys tak buat semua ni pun tak bermakna tak hargai your kids kan, banyak lagi cara lain untuk kita tunjukkan perhargaan dan kasih sayang kita, yer dak?!

Sunday, November 8, 2009

Mak

Sejak achik dibedah rabu lepas, hingga ke saat ni mak sekali pun tak balik ke rumah lagi. Dah 5hari mak "menginap" kat hospital tu. Kesian mak, mesti mak penat, mesti mak letih yang amat sangat. Mana laa selesa dok kat hospital tu, setakat boleh duduk, tak boleh nak baring meluruskan pinggang pun. Makan minum yang tak menentu dan tidur yang pastinya tak lena. Sedih bila fikirkan hal mak, kalau laa kami dok dekat, boleh laa tolong apa yang patut bagi meringankan beban. Walau macammana sekalipun ketidakselesaan mak kat sana, setiap kali call mak, suara mak tetap ceria, tetap "lantang" berbicara, sedikit pun tak dengar keluhan, sekelumit pun tak ada rungutan...
Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan tubuh badan buat mak, moga mak tabah dan kuat. Kau payungilah mak dengan rahmat dan barakah yang berpanjangan...

Abah cuma dapat balik Ipoh menemani mak dan achik dari rabu hingga laa hari ni, petang nanti abah dah nak kena balik Seremban. Mujur laa kaklong ada kat rumah, boleh laa tolong masakkan makanan buat achik dan tengok2kan adik. Achik pulak seminit pun tak boleh berpisah dengan mak, langsung tak beri peluang mak nak balik berehat. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak, orang tak pernah sakit, sekali sakit tu dia bagai hilang keyakinan. Hanya kehadiran mak memberinya kekuatan...

Dulu... masa ateh ditahan di wad, mak adalah insan yang mengisi kerusi kosong disebelah katil pesakit, setia sepanjang masa... Pertama kali I dibedah, mak jugaklah yang setia menemani. Mak lah satu2nya insan yang "menghantar" I sehingga ke muka pintu bilik bedah. Sepatah pun mak tak berkata2, hanya renungan mata yang tajam menuturkan sejuta satu isi hatinya. Sedih, takut, gementar dan segala yang terpendam dalam hati ni satu2 bagai dibaca telus oleh mak, dan satu2 perasaan itu padam dengan hanya sentuhan kasih mak... Sekali lagi ketika I bersabung nyawa untuk melahirkan Raziqh, mak lah yang sabar bangun dan berdiri, mundar-mandir resah gelisah...

Sungguh besar jasa seorang ibu, tak cukup hanya mengandung dan melahirkan, tidak sekadar menyusu dan membesarkan, sehingga anak2nya meniti hari remaja dan dewasa, dia tetap berkeringat menggalas dugaan...

Ya Allah, kau panjangkan usia mak, berilah aku kesempatan untuk membalas segala jasanya, paling tidakpun untuk menjaga sakit demamnya nanti...

Friday, November 6, 2009

Achik part 2...

Achik (paling kanan)...

Atas permintaan my friend-Idani, ni I post-kan gambar achik... Achik ni anak ke-5 dari 6orang adik-beradik, agak manja laa jugak cause my parents have been waiting for quite sometime before achik was born(kes nak anak lelaki), yer laa kan jarak antara abanglong dengan achik pun dah 11tahun. Jarak usia dia dengan my youngest brother pun agak jauh jugak ie. 6years...
I ni sayang laa jugak kat dia, hahaha bunyi macam hapa je, eh dak aih, mesti laa sayang kan. Dalam usia remaja dia sekarang ni I boleh laa kategorikan dia sebagai anak dan adik yang baik, tak banyak buat hal dan tak laa nakal sangat. Dari kecik sampai la ni hidup dia cuma tau sukan dan kereta. Minat sungguh dengan kereta2 sport dan paling minat dengan bola. Ingat lagi masa dia kecik2 dulu(1tahun ++), kalau bawa dia ke mana pun, benda yang dia tau minta hanya laa bola, pantang laa nampak bola mesti nak. Toys lain tu dia tak pernah pulak minta belikan. Dia dok asrama(Sekolah Izzudin Shah, Ipoh), dekat ja laa dengan rumah, setiap minggu kalau dia tak balik/outing, wajib laa kena pi tengok dia bawa makanan. Haa tapi kalau balik rumah kheja tidoq ja, macam laa kat sekolah tu tiap2 malam buat qiamullail. Nak kata pandai sangat tu tak laa, otak dia setaraf laa dengan I kot, tak bodoh piang, tak cerdik sangat, eh tak2 otak I bagus sikit dari dia, kahkahkah. Ermmm rasanya antara 4orang adik2 I tu, dia laa yang I tak pernah marah kot. Hat yang 3orang tu kadang2 berleter jugak laa...
Semalam call mak tanya khabar achik, mak kata dia ok cuma tak boleh makan lagi, baru bagi minum milo sikit dah muntah dah. Lepas operation tu setiap kali makan dia asyik muntah ja, mak dah serba salah nak bagi makan, dia dok gaduh lapaq tapi bila makan keluar balik, alahai kesian. Dia pun dok ngadu kata belakang lenguh, mak kata baru sapu bam dia dah mengaduh sakit, belum urut lagi, haihhh susah laa kan. Abah kata dia "keling garam", tau ka keling garam tu apa? hahaha, nak explain pun tak reti tapi lebih kurang macam orang yang over laa, sakit sikit ja tapi meleweh mengada2, haa kan dah cakap dia ni manja... Tadi abah sms bagitau yang achik sesak nafas semalam sebab dok pulun tahan sakit masa nurse keluarkan darah, dia still tak boleh makan or even minum pun, asyik muntah je. InsyaAllah petang ni doktor akan pasangkan braces kat badan dia untuk support supaya dia boleh duduk. Harapnya dia kuat semangat untuk cepat sembuh... Tak tau laa berapa lama nak kena stay hospital tu, mujur laa abanglong dan kaklong balik Ipoh, boleh laa kaklong tolong masak dan jaga adik sementara mak dok kat hospital... Bila ditimpan musibah macam ni, I rasa perasaan untuk lebih hargai adik-beradik tu lebih mendalam, kadang2 bila kenangkan keadaan dia tu rasa nak menangis laa jugak, sebak sangat tak dapat tengok dia. Apapun, moga Allah permudahkan semuanya...

My sibling... abanglong, angah(=me), alang, ateh, achik dan adik...

Thursday, November 5, 2009

Achik

Banyak sangat benda nak cerita sampai taktau mana satu nak mula dulu... Hari tu ada janji nak post gambar2 jamuan raya yamadai tu tapi dah sebulan dah tak buh2 jugak, kira halal laa yer, tak payah laa ek...

Hari ni nak cerita pasal achik laa dulu. Sebenarnya my bro-achik dilahirkan sihat sempurna sifatnya 15tahun yang lalu, alhamdulillah. Dia membesar dengan baik tanpa banyak masalah, tak ada sebarang sakit2 kronik, takat demam selsema tu biasa laa kan. Cumanya sejak hampir setahun yang lalu dia ada masalah batuk2. Pernah sekali dulu dia batuk hingga mengeluarkan darah tapi masa tu dia fikir yang mungkin darah tu berpunca dari tekak yang luka akibat batuk yang sangat teruk. Pernah laa berubat dan macam2 ubat dah cuba tapi batuknya on off, baik sekejap then datang balik.

Sehingga laa sehari selepas majlis walimah my sis-alang bulan 7 yang lalu, sepatutnya pagi tu achik balik asrama tapi dek kerana sekali lagi dia batuk hingga mengeluarkan darah, mak tak bagi dia balik, sebaliknya suruh dia ikut I yang berkebetulan pagi tu nak ke Ipoh Specialist Hospital(ISH) untuk maternity check up. Kami(read:alang, shahril, myLove and me) bawa laa achik ke ISH bertemu pakar(pakar apa entah, lupa pulak nak refer alang, hehe). So doktor tu suruh pi check darah laa pi x-ray laa hapa laa, semuanya alang dan Shahril yang urus memandangkan alang lebih arif bab2 perubatan ni. Mula2 tu doktor suspected achik ada batuk kering, nauzubillah kami berdoa moga tak laa kan. Lepas keluar semua results tu barulah tau rupanya tulang belakang achik dah bengkok teruk hingga mengganggu fungsi paru2nya. Doktor tu rekemenkan pakar lain untuk merawat achik.

Sebenarnya memang sejak achik meningkat remaja, postur badan dia nampak agak "pelik" sedikit, senang cakap badan dia senget! Tapi selama ni kami dok sangka semua tu disebabkan masa kecik2 dulu dia bawa beg sekolah berat sangat, ya laa kan, beg sekolah kat Malaysia ni kan berat nak mampuih! @^:/;#"bodohpiangpunyasistempendidikan!&%"!)=(*}+ (maki sat, hahaha). Mak pun selalu laa berleter ungkit2 pasal achik dulu keteqaq(=degil) takmau dengar cakap, mak berbuih mulut pesan suruh galas beg dua2 belah bahu tapi dia suka sangat galas sebelah, hahaha. Abah dan mak dok berkira2 nak bawa dia pi berubat lepas alang tamat pengajian perubatannya di Aberdeen tu. Lepas pi jumpa pakar dan tanya itu ini pasal punca terjadinya tulang belakang bengkok dan kaedah rawatannya tu barulah kami tau rupa2nya achik memang dah dilahirkan macam tu, dah sejak azali gitu, makin besar makin teruk laa. Hahaha lawak laa pulak bila fikir2 sebab tak pasai2 ja selama ni achik tadah telinga dengar mak berleter marahkan dia, padahal semua tu bukan salah dia pun. Atas nasihat doktor, achik perlu buat pembedahan segera, tak boleh tunggu lama lagi. Menurut doktor kes2 macam ni banyak dah terjadi, pesakit perlu dibedah dan dipasang skru pada tulang belakangnya, insyaAllah selepas beberapa peringkat rawatan dia akan pulih. I nak explain lebih2 pun tak reti, karang salah pulak...

Tu je laa ceritanya, lepas selesai duduki PMR dia terus dicutikan dari pi sekolah sebab nak bedah segera, dengan harapan dia pulih sepenuhnya sebelum sekolah dibuka semula tahun depan. So sekarang ni dia terlantar kat hospital, taktau laa untuk berapa lama. Moga dia cepat sembuh dan boleh kembali aktif bersukan...