Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Gugur atau buang???!!!

Dari dulu sampai sekarang, isu buang anak kat Malaysia tak pernah2 pudar, makin menjadi2 lagi adalah! Hish, apalah nak jadi dengan manusia2 berhati syaitan ni kan, binatang pun tau sayang anak(selain ikan haruan, sebab ada pepatah kata "ibarat haruan makan anak", haha), so mereka2 ni jauh lagi rendah martabatnya dari haiwan kan, anda setuju?!

Selama hidup kat jepun ni, amat jarang dapat tengok kat berita tentang kes2 pembuangan bayi, punyalah jarang sampaikan boleh kata nak dengar sebulan sekali pun payah. Bukanlah nak kata orang jepun ni baik sangat ka hapa, tapi dulu2 sebelum ada anak ni memang pernah terfikir laa jugak, kenapa kat sini pembuangan bayi bukan masalah dominan sedangkan depa bebas ja buat hubungan seks?! Kesimpulan yang I dapat daripada 'research'(ecceh research konon, hahahaha) yang dibuat ialah:-

1. kondom - kat sini kondom boleh dibeli di mana2, kat kombini(=convenience store) ada, supermarket ada, farmasi ada, hinggakan vending machine yang jual kondom pun ada, perghhhh. Kat Malaysia? Errr sorry, saya tak pasti...

2. bertanggungjawab - kat sini selalunya bila si perempuan tu disahkan hamil, si lelaki yang 'terlibat' tu akan bertanggungjawab, mereka akan kahwin, dipanggil dekichatta kekkon(perkahwinan lepas ter-tuttt)...

3. gugur - kalau I tak silap(melalui pengalaman pi 2klinik untuk check up pregnancy), kat jepun ni memang polisi atau prosedur depa masa 1st check up untuk confirm-kan kehamilan tu, depa akan tanya kita samada nak lahirkan baby tu atau nak gugurkan. Masa mula2 kena tanya dulu memang terkejut jugaklah, myLove kata hapa punya soalan daa, nak tanya pun agak2 laa...

Sekian, perbentangan hasil kajian saya! Cet 3points ja, kalau buat thesis sah2 tak pass ni, ngeeee....

Ok2, sambung...

Dalam islam samada gugur ataupun buang anak(hingga menyebabkan anak itu mati), kedua2nya adalah dosa besar. Gugur di sini I tujukan kepada yang saja2 nak gugur sebab ter-pregnant, bukan atas sebab lain yang dibenarkan syarak hokey. Biarpun baru berusia beberapa minggu dan masih belum diberi roh, tapi perbuatan tu tetap salah. Berbeza hal nya dengan orang bukan islam, if I'm not mistaken sesetengah ajaran mereka 'memaafkan' pengguguran dengan alasan janin bukan 'benda hidup'.

Bagi diri ni yang amat cetek ilmu agama ni, sewenang2nya secara peribadi I merasakan lagi baik gugurkan dari simpan sampai cukup tempoh, lepas beranak buang dalam tong sampah, buang dalam longkang, campak dari atas bangunan, pam masuk jamban, bakar-buang, astaghfirullah, kejam sungguh!

Kalau digugur awal2, sekurang2nya janin tu masih belum cukup sifatnya, masih belum ditiup roh-nya, bagi yang melihat janin tu pun kurang 'terkesan' di hati(baru berupa seketul darah atau daging), tapi kalau dah lahir kemudian diperlakukan ibarat sampah, ya tuhan, tak ada rasa belas kasihan ka di hati mereka? Sungguh pelik pada hati seorang ibu yang bisa merasakan 9bulan kehidupan seorang bayi dalam rahimnya, sanggup sungguh dia buang bayi tu, agaknya Allah dah cabut naluri keibuan darinya kot, hingga dia jadi syaitan yang lebih syaitan!

I really(ulang 4juta kali) HATE syaitan2 ni, kalau jumpa rasa nak sepak terajang 48juta billion kali. Dah gatai pi simpan sampai selamat beranak, kot kalau takmau bela budak tu bagi laa kat orang, bodoh piang sungguh! Hish ni emo ni! Kalau ada yang kata "depa pasti ada alasan tersendiri kenapa depa buang baby depa", cet porahhh hang ni banyak2 cakap, penampaq mau? Elok2 hang makan lempeng, satgi hang makan lempang kot. Apa sekalipun alasannya tetap takkan masuk akai. Orang yang waras takkan sampai hati aih nak buang bayi yang comel, yang lahirnya beserta bau haruman syurga, yang dengan melihatnya saja sesiapapun kan jatuh cinta, so please lah, tolong laa jangan buang bayi2 tu, kalau takmau tolong laa bagi kat orang, tinggalkan kat tempat2 yang selamat buatnya. Sekarang ni kat Malaysia kan dah ada banyak NGO atau pihak2 yang sedia ambil bayi2 ni, haa bagi laa kat situ, yang pi buang2 tu apakejadahnya?!

Di kala begitu ramai orang yang bertungkus-lumus inginkan zuriat, mereka2 ni selamba badak lembu tapir ja buang2 anak depa macam patung. I yang dah ada anak ni pun setiap kali dengar(I tak suka baca berita buang anak, nanti rasa meroyan teringat2) sedih pilu terguris hati ni, ini kan pulak mereka2 yang dah lamaaa kepingin nak anak sendiri kan, pastinya lebih tersiat2 hati mereka. Mesti rasa sedih gila bila Allah berikan nikmat anak tu buat orang yang tak layak menerimanya... Ya, sungguh, Allah benar2 menguji kita dari segenap segi...

Tolonglah, cukuplah dengan mangsa2 yang sedia ada, jangan ditambah2 lagi... Ya Allah, Kau berilah petunjuk dan hidayahMu buat golongan2 ini. Kurniakanlah rasa belas ihsan di hati mereka...

Tuesday, February 23, 2010

Macammana nak dapat anak?!

Beberapa hari yang lalu, chat dengan seorang kenalan lama via ym, kenal dia since zaman sekolah menengah lagi dan dah bertahun lamanya tak dengar khabar, suddenly jumpa balik kat facebook. Tengah2 dok update cerita masing2 then tiba2 dia mentioned tentang anak, dia dah kahwin for more than 3years tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata. He even asked me "kalau ada tips macammana nak dapat anak, share laa"... Wahhh terkejut makcik, I was just laughing "hahaha", bukan niat nak ketawakan dia tapi terasa lawak pulak bila orang tanya soalan gitu, I'm not the one who supposed to answer that kind of question since me myself pun got pregnant after 2years of getting married, tak layak laa nak cakap bab tu kan, apalagi nak bagi tips, ohohoho. Untuk cover rasa 'bersalah' sebab tergelak tadi, I pun 'cakap' "merepek laa", he replied "eh tak merepek, serius ni, orang memang dah lama teringin nak anak". Actually I really wanted to share lots of info regarding this with anyone who seriously asking me about anak but errr sebab dia ialah HE(not she), rasa macam tak selesa lah pulak. So I suggested him why don't they go to consult with gynae, he said they did, oh my, speechless.... The conversation over...

This is not the first time kawan2 tanya soalan macam ni, topik 'anak' ni macam dah jadi satu kemestian setiap kali berbual dengan kawan2 especially yang dah berumahtangga. For those yang baru kahwin tak sampai 2tahun tapi mengadu atau mengeluh belum pregnant, I akan kata "sabar, jangan pressure sangat(stress adalah antara punca sukar hamil), just relax and enjoy your life berdua dengan hubby/wife, yada2". Setakat yang I tahu(dari gynae dan pembacaan), kalau baru 2tahun berumahtangga, even pergi jumpa pakar sekalipun, mereka takkan 'over' sangat nak consult your problems. Just after 2years of trying hard to conceive then only they will try to help you.

Kenapa?
Kerana 2tahun pertama adalah tempoh 'honeymoon' bagi hampir kesemua pasangan, tempoh dimana hubungan batin paling kerap terjalin, so secara lojiknya kalau hubungan itu berlangsung dengan 'betul' makanya the wife akan mudah hamil, insyaAllah. Tapi both husband and wife kena faham laa, kena laa tahu perkara basic dalam hubungan badan, selebihnya cuba dan cuba dengan sabar dan tenang. Jangan jadi macam cerita Cinta Balqis(drama tv3) tu, dah bertahun2 tak 'bersama' tapi dok pulun makan ubat/jamu itu ini dengan harapan nak pregnant, bangang ka hapa??? Ingat anak tu mai gedebuk jatuh dari langit masuk dalam rahim ka? haiyaaa ini macam punya olang pun ada ka????

Sekiranya selepas 2tahun mencuba pun masih belum jugak hamil, pergi laa jumpa gynae. Ni laa masalah orang kita, bila cadangkan depa pi consult doctor, depa melenting balik, depa sangka kita kata depa mandul, hadoiiii. Pi dapatkan nasihat doktor tak bermaksud kita ni ada masalah untuk hamil, tak beerti kita ni mandul. Hakikatnya banyak yang kita tak tahu tentang proses nak dapatkan anak ni yang pastinya pakar2 tu lebih tahu, so bertemu, berbincang dan dapatkan khidmat kaunseling ni memudahkan kita mengenalpasti kesilapan2 yang mungkin selama ni kita tak sedar dan memudahkan untuk kita terus berusaha, tu ja...

Pakar2 ni nanti akan bagitau kita perkara asas tentang proses pembentukan janin(dari hubungan badan kepada proses persenyawaan bla3), kita diajar kira hari subur(melalui kitaran haid), kita diajar cara kenalpasti hari subur(melalui graf suhu badan, body discharge etc.), kita juga dimaklumkan tentang kaedah sexual intercourse yang memaksimakan potensi untuk hamil dan banyaklah lagi.

Tapi kalau semua tu masih menemui jalan buntu, bolehlah proceed kepada ujian2 seterusnya untuk kenalpasti masalah2 yang mungkin kita hadapi, contohnya kalau dari pihak suami mungkin air mani tak berkualiti(kurang sperma dll), kalau dari pihak isteri pulak mungkin disebabkan telur yang tak matang atau kecil dll. Bila dah tahu sebab-musababnya, barulah boleh ambil langkah seterusnya kan, nak makan ubat ka, nak guna kaedah2 lainnya ka...

Seandainya pula ternyata kita diuji dengan infertitility problems, janganlah berputus asa, tu bukan titik penamat yang terus melabelkan kita mandul. Mintalah bersungguh2 dari Allah, bukankah perihal anak ini rezeki dan anugerah pemberian dari-Nya?! Sandarkan harapan kepada Dia, insyaAllah Dia tak akan mengecewakan kita...

Pun begitu, jika memang ditakdirkan kita tak diberi nikmat memiliki anak, bersangka baiklah dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini...