Showing posts with label Clinic. Show all posts
Showing posts with label Clinic. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

1year 6months check up

Raziqh dah genap 1tahun 6bulan pada 30hb yang lalu. 2minggu sebelum tu I dah terima poskad dari kenkou houken senta(medical insurance centre) untuk Raziqh dibawa menghadiri kenkou shinsa(=medical check up). Kat sini budak 1tahun 6bulan ada medical check up yang dibuat secara beramai2. Kalau check up biasa2 tu buat kat klinik pakar kanak2 secara peribadi aje. So masa buat kat pusat kesihatan ni best laa, boleh tengok ramaiiii babies seusia anak kita, macam2 gaya dan ragam! Untuk sesi check up yang ni ibubapa diberi briefing pasal kesihatan anak2, selain tu ada sesi check gigi dan test jugak. Wahhh kecik2 dah kena ambil ujian haa. Settle check up ramai2 tu, kena pi klinik pakar kanak2 untuk jumpa paed pulak untuk check up lain2nya. Means ada 2 stages laa nak kena buat...

Malangnya kami mungkin tak boleh join check up 'jemaah' tu, tak sempat rasanya, mungkin masa tu dah ada kat Malaysia. So I called pihak houken senta untuk tanya, depa kata takpa tapi depa minta buat check up tu once dah balik sini semula nanti, before Raziqh turns 2years old. But still untuk check up dengan paed kena pi buat. Makanya semalam I bawa Raziqh untuk 18months check up with paed. Sekaligus ambil injection mana2 yang masih tak cukup lagi tu, Rafiqh kena cucuk JE while Raziqh kena DPT final jab. Cucuk siap2 sebab dah nak keluar dari nihong, so senang...

Petang pukul 2.30 sampai kat klinik, memang sengaja pilih buat appoinment petang2 dengan harapan klinik lengang tapi seperti biasa setiap isnin mesti ramai orang. Kami tunggu hampir setengah jam jugaklah. Sampai2 tu bagi kad klinik, kad insuran, kad rawatan, buku laporan kesihatan dan buku check up, kemudiannya isi beberapa borang dan ambil suhu badan both 2R. Sementara tunggu giliran dipanggil, nurse datang check Raziqh, beratnya cuma 8.8kg sahaja, haha ringan sungguh! Tinggi tak ingat la pulak, malas nak refer buku aih. Untuk ujian IQ, dalam satu kertas ada dilukis 6benda(train, shoes, dog, juice, car, 1 lagi apa entah, tak ingat) ditunjukkan pada kanak2 tu, nurse akan sebut benda tu dan minta budak untuk tunjuk, luckily Raziqh boleh tunjuk 3benda yang diarahkan, good boy!

Kemudiannya masuk jumpa paed, lepas check sana sini, test mata dan telinga, paed tanya beberapa soalan, bila masuk bab breastfeeding, doc tanya "Takeshi-kun dah tak minum breastmilk kan?", bila I jawab "no, he's still on breastfeeding", doc terkejut, haha, kat sini biasanya budak2 hanya menyusu hingga 1 year old. But since doc tak komen apa2 so anggap ja la dia tak bantah, hihi. All in all, semuanya alhamdulillah normal, tumbesaran yang baik dan memberangsangkan. Moga membesar dengan sihat dan sejahtera ya duhai anak...

Masa untuk injection pulak, as usual Raziqh memang maintain saja, sejak baby sampai sekarang tak pernah pun nangis setiap kali kena cucuk, tak sakit kot ek, hehe. Bila tiba time Rafiqh, mama sedikit berdebar2, sebab dah laaaamaaaa dia tak kena cucuk, setahun lebih dah kot. Kali ni sebab mama dukung si Raziqh so dia naik duduk sendiri atas kerusi depan doc, sambil2 sembang dengan doc and nurses, doc check dia, bila tiba giliran nak dicucuk, doc minta tangan kiri dan dia hulur sambil mata dok tengok kat jarum. Nasib baik dia tak menggelupur atau tolak tangan doc, selesai ja kena cucuk baru dia cakap "itai, itai, itai(=sakit)", hahaha kesian. Selesai semuanya kami pi beli barang dulu sebelum balik. Sampai ja kat rumah dua2 pengsan tidur, penat sangat kot, takpun 'mabuk' sebab kena cucuk, hihi...

Monday, November 15, 2010

Macam2 cerita...

Hari ni pagi2 lagi dah bawa 2R keluar, mula2 pi isi minyak kereta, kemudian ke klinik kanak2 sebab Rafiqh demam dan batuk2, lepas tu pi beli barang sikit, pi post office dan singgah kombini sebelum balik rumah, phewww...

Rafiqh tiba2 ja batuk2 petang jumaat lepas, before keluar ikut mama pi buat chousa(=survey) kawasan tu dia okey ja, masa tengah dok jalan2 tu dia batuk non-stop. Mula2 tu ingat dia mengada2 je, haha rupa2nya memang gatal tekak agaknya. Bukan lama pun keluar buat chousa tu, dalam setengah jam gitu saja pun. Kalau ikutkan memang takmau keluar hari jumaat tu sebab nak buat biskut raya 2-3jenis tapi orang ofis tempat I baito(=parttime) call tanya pasal chousa, baru teringat yang benda tu tak siap lagi. Sempat buat choc chips cookies sejenis saja, petang tu pukul 3 bawa 2R keluar. Malamnya Rafiqh mula demam, myLove kata sekarang Jepun dilanda jerebu yang datang dari China, ooo patut laa asyik kelam mendung ja hari tu, jerebu rupanya(tak ingat dah berapa lama tak 'layan' berita, dok kalut ke benda lain, hehe)...

Sabtu pagi tu keluar pi beli barang dapur dan ke Uniclo nak beli baju budak2 ni. Balik dari beli barang tu 2R dah kepenatan, tidur dari pukul 1 sampai dekat pukul 5 baru bangun. Dah laa depa tidur tu before sempat lunch so bangun2 tu memang tahap kebulur dah kot, makan banyak tak hingat. Semalam tak keluar pun, paginya mama sibuk menggodek biskut oat, ayah pulak mengelap perabot2 dan vacuum rumah, melepak ja seharian kat rumah...

Tadi ke klinik macam biasalah, hari isnin mesti penuh pesakit. Mungkin sebab on weekends klinik tutup, jadinya semua terkam bawa anak2 pi klinik hari isnin laa kan, tu yang ramai orang tu. Pun begitu kami tak laa tunggu lama sangat pun, kalau lama pun budak2 ni bukan kesah pun, pi klinik macam pi playground, happy kemain. Rafiqh dah lebih setahun tak batuk, masa balik bersalinkan Raziqh last year tu memang dia selalu demam dan batuk, 3bulan duk Malaysia, sebulan ja kot dia betul2 sihat, lagi 2bulan tu on-off demam laa batuk laa selsema laa, haihhh, paed sana kata sebab cuaca atau udara Malaysia yang kurang bersih, so Rafiqh bertindakbalas, ermmm mungkin jugak kot. Sejak balik sini dia dah tak batuk2, demam dan selsema tu biasalah. Ni bila batuk2 alahai kesian sungguh tengok, especially time nak tidur, macam tak lena je sebab terganggu dek batuk2. Batuk tu berkahak, tapi sebab tak reti nak buang kahak tu dia asyik batuk2 non-stop. Sebelum tidur I cuma sapukan vicks dan tinggikan kedudukan kepalanya. Dok bagi dia makan ubat beli kat farmasi dan madu 2kali sehari. Semalam dia batuk2 dan I paksa dia muntahkan kahaknya tu, keluar banyak. Tadi masa doktor check pun katanya paru2 dia clear, means selsema/batuk ringan saja, alhamdulillah. Raziqh so far masih bertahan, takdak tanda2 nak demam atau selsema atau batuk lagi...

Dah alang2 pi ambil ubat untuk Rafiqh tu tanyakan sekali tentang cucuk MR untuk si Raziqh, nak buat appointment sebenarnya tapi nurse tu kata boleh ja kalau nak cucuk terus, haa baguih sangat la tu, takdak kerja aih nak ulang pi banyak2 kali. Makanya Raziqh pun dicucuk laa tadi, releks ja kena cucuk, muka maintain. Kalau Rafiqh dulu setiap kali doktor nak check dia pun dia mesti tolak2 tangan doktor, dia tak suka body contact(perasan jepun!) tapi Raziqh ni memang jenis tak heran kat orang, doktor boleh main2 lagi dengan dia...

Hari ni pulun buat samperit pulak, esok nak buat biskut mazola, cukup laa 4jenis tu untuk raya haji ni, nak bagi kat jiran2 sikit dan jamu kohai2(=juniors) yang tak sempat 'merasa' biskut raya puasa hari tu. Memandangkan lusa raya, even myLove tak cuti pun nak kena jugak masak special menu, esok banyak laa benda nak kena buat. Kalau rajin esok update lagi, entry biskut raya menyusul nanti2 yer, hihiks...

Monday, January 4, 2010

2R demam

Kami baru je balik dari klinik kanak2, ambil ubat untuk 2R. Sekarang ni I tengah menaip sebelah tangan sambil meriba si Raziqh yang tengah tidur. Hadoi fehnat laa mama macam ni, average masa dia nak duk bawah cuma 5minit ja, memang langsung tak sempat nak buat apa2 dia dah teriak. Kalau nangis sikit2 tahan la jugak, ni dak aih, dia buka volume paling kuat sekali, siap merambu2 airmata dan ada esak2 lagi, hadoiiii adik ni, drama sungguh! Kalau bagi ayahnya pegang pun, sekejap ja dia behave, lepas tu dia melalak macam hapa ja, mama ambil ja automatik diam, heeee geram tau budak ni! Rafiqh pulak macam biasalah, sakit dengan sehat takdak beza pun, nakal serupa tu jugaklah, kena marah dan cubit macam biasa, hakhakhak.

Ni gambar2 kat klinik tadi, sempat lagi mama snap, ahaks...

Klinik kanak2 kat Jepun ni sangatlah cantik, eh semua klinik kat sini pun cantik sebenarnya. Very baby&child-friendly tau, mungkin sebab tu Rafiqh sangat suka pi klinik. Sampai2 ja terus terkam main itu ini, nurse tak panggil dia pun, dia dah "hait hait"("ya ya"), penyibuk sungguh...

Ni Raziqh yang moody, sangat cranky dan clingy, huhu... Seksa jugak nak bagi dia makan ubat, ubat kat sini semua jenis serbuk so kena larutkan dalam air dulu. Untuk Rafiqh no problem sangat since ubat tu boleh campur dalam susu atau makanan dia tapi Raziqh ni alahai kesian sungguh, dia kena minum dari dalam botol susu so dia takmau telan, habis diluah2...
Adik kena makan ubat tau, moga cepat2 sembuh yer dik...