Friday, April 10, 2009

Kek marble & Apam mekar

Dua2 resepi ni ada dalam myResepi, tapi macam biasalah I lagi senang refer fp kaklong...

Kek marble tu buat hari selasa, sepatutnya buh dalam acuan besar dan decorate bagi nampak lawa, tapi kes nak cepat, pemalas dan sebab nak perhabiskan papercup yang ada beratus2 kat rumah ni, bantai saja laa, bukan nak jamu orang pun, setakat myLove dan Rafiqh je.

Macam selalunya jugak, mana pernah buat 1 adunan penuh, mesti buat separuh je, 3orang je nak makan, tu pun boleh simpan untuk breakfast keesokannya lagi. Kek marble ni I kurangkan sukatan gula, konon2 nak jaga pengambilan gula laa, hahaha... Resepi ni copy-paste dari fp kaklong je... Kalau nak tengok macammana rupa sebenar kek marble, sila ke fp dia laa yer...





Resepi (myresepi:tulip77)-(cara2:mariam)
( loyang 10" x 3" tinggi )

250g tepung naik sendiri
200g gula kastor
300g telur - timbang tanpa kulit ( saya guna 5biji size B )
1camb ovellate
1camt baking powder
2camb susu pekat
50ml susu segar
175g butter - cairkan
1/2camb coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari, atau citarasa sendiri



Cara-cara:
1.Pukul telur dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate.
2.Masukkan telur,baking powder,susu pekat,tepung dan susu cair (adunan menjadi pekat).Apabila sudah sebati masukkan butter cair tadi,kemudian kacau hingga sebati.
3.Bahagikan kepada 2 bahagian(satu berwarna,satu adunan asal),salah satu bahagian biarkan LEBIH, (untuk menutupi seluruh bahagian seperti gambar no 2...) mariam lebihkan 3 senduk besar...
4.Sapukan loyang dengan butter dan tabur sedikit tepung.
5.Kemudian masukkan adunan selang seli
6.Adunan yang banyak dimasukkan,ratakan perlahan2 sehingga menutupi seluruh loyang.
7.Masukkan sedikit adunan ke dalam paipping,lukis corak diatasnya.Kemudian guna lidi untuk melorekkan corak itu.
8.Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit. (bila sejuk baru keluarkan dr loyang)






Apam mekar ni buat semalam, dah pukul 4petang tapi masih buntu tak tau nak masak apa untuk minum petang. Apam memang senang nak buat, cepat je dah siap. Tapi apam I buat ni tak mekar laa, nama je mekar, hahaha... Ni pun kurangkan sukatan gula jugak... Yang ni pun copy-paste dari fp kaklong... Kalau nak tengok yang betul2 mekar, pi tengok kat fp tu...





Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )(Myresepi)
-250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
-2 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-200 ml susu segar
-300 gm tepung gandum
-1 sudu kecil ovallate
-Pewarna (ikut suka)
-Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
- Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
-Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
-Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
-Masukkan ovallate dan pukul lagi.
-Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
-Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
-Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
-Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
-Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Macam2 benda teringin nak makan, nak2 pulak sekarang ni memang cepat betul lapar, kadang2 malas nak layan sangat perut ni. Malam pun dah tak ada masalah nak makan nasi, bertambahlah haru-biru, jadinya sekarang ni kena limit pengambilan nasi especially waktu malam, makan satu senduk je, lebihkan sayur2. Ni pun dah seminggu nak makan donat, hari ni baru buat. Pregnant kali ni suka betul makan donat dan meron-pan(roti melon). Donat boleh laa buat tapi meron-pan tu tak reti. Boleh sangat kalau nak buat, kat myResepi pun ada resepinya, tapi sebab sebelum ni refer buku resepi bahasa jepun, bila tak tau bahan yang dia guna, terus rasa susah dan tak nak cuba. Buruk betul perangai kan...

Kalau ikut hati ni memang malas nak sediakan kuih, kuih2 ni yang buat berat cepat naik ni. Tapi bila tengok myLove yang suka sangat bila I buat macam2 juadah ni, rasa kasihan laa pulak. Nanti dah nak balik Malaysia tinggal dia seorang lama2, memang tak makan kuih dah laa jawabnya, terpaksa laa mengalah kan. Bagi chance kat dia makan best2, lepas ni pandai2 laa dia...

2 comments:

Ina said...

fith apam tu kan fith buat buh je terus dlm paper cup yg lembut tu ke? kiter dok nk wat tp tahan2 je sbb xde bekas apam plastik or tin kecik2 yg mcm mak dok guna kt rumah. xberani guna paper cup lembut tu. kalau paper cup keras tu mcm over sgt la plak nk wat apam je. kiter pn dok tahan2 je nk mkn kuih. dh lama pendam baru buat. tp sumer nyer kurang gula. wat muffin pn tawar je rasa hoho :P

Fith said...

ina,
fith buh dalam bekas buat cupcakes tu,bila dah kembang+masak,kukus lg tanpa bekas tu sbb bhgn bawah tak msk,bekas tu tebal.kalau takde bekas tu,boleh kot try kukus dlm loyang,hehe,tak pernah try laa pulak.
tu laa,kuih2 ni tak bagus tp kdg2 teringin jugak.fith pun kurangkn gula kdg2 sampai dekat separuh,mmg tawar sikit tp takpe laa kan,haha