Monday, April 5, 2010

Masak2 hari sabtu

Weekends lepas cuaca sangatlah baik, dengan matahari yang memancar terik dan angin bertiup sepoi2 bahasa, indah sungguh! Rasa best sangat bila dah masuk spring, tak sejuk sangat, tak panas sangat, sedang2 elok ja suhunya, permandangan pun cantik penuh bunga2an merata2 tempat. Time macam ni seronoklah nak beriadah, syok habis laa kalau boleh keluar jalan2 main2 kat luar. Hari sabtu tu kami tak ke mana, lagipun jumaat petang mama dah kepenatan bawa 2R merayau, cadangnya petang tu just nak bawa 2R ke playground depan rumah ni je laa. So tengahari buat stok frozen-donat(tiap2 minggu buat donat frozen hehe), petangnya lepas siap perap ayam untuk dinner, elok nak siapkan 2R, Raziqh poop, masa nak bersihkan dia si Rafiqh masuk toilet nak join mandi la pulak, so mama pun bagi depa main air mandi lama2, buh air dalam besen dan letak toys dalam tu. Bila tanya Rafiqh, "kita tak payah turun playground dah ek?", dia kata "ok", fuhhh lega, mama dah naik malas sebenarnya sebab ada banyak lagi kerja nak buat...

Settle kerja dengan 2R, I buat muffins sebab nak bawa ke hanami(=tengok bunga) the next day. Dah taktau nak bawa apa dah, bila tanya kohai(=junior), dah banyak menu yang mereka sediakan, so fikir punya fikir, tengok dalam fridge ada banyakkkk lagi baki limau yang jiran bagi hari tu, terus decided nak try buat orange muffins lah. Kali ni dah beli cup muffin kecik2 tu, semangat laa nak rasmikan, kehkehkeh. Resepi muffin ni direka sendiri, meh nak buh kat sini, senang nanti2 nak refer...


Bahan2:
50 gm butter
50-70 gm gula (depends on kemanisan limau)
1 biji telur
100 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
80 ml susu segar
2 sudu besar kordial oren sunquick
2 sudu besar badam racik
100 gm limau (setelah dibuang kulit dan dipotong kecil2)
50 g choc chips

Cara2:
- panaskan oven hingga suhu 180darjah celcius
- ayak tepung bersama serbuk soda dan serbuk penaik
- pukul butter dengan gula, masukkan telur dan ratakan
- masukkan tepung, kordial, badam racik dan susu, pukul hingga sebati
- masukkan limau dan choc chips, kaup balikkan agar rata
- bakar 10 minit atau hingga keperangan


Next, buat oreo muffins pulak, guna biskut oreo baki dari buat cheesecake tempoh hari. Resepi ni tengok kat myR tapi sebab resepi asalnya komplicated so I buat pakai resepi sendiri. Nasib baik ler manjadi, cuma yang tak puas hati tu ialah sebab rasa "oreo" tu tenggelam, tak syok ah, rasa macam chocolate muffins je, cet!


Bahan2:
65 gm butter
60 gm gula
1 biji telur
150 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
100 gm bikut oreo (6 ketul) - dihancurkan
100 ml susu segar
badam racik - sebagai hiasan

Cara2:
- panaskan oven 180darjah celcius
- ayak tepung bersama soda, serbuk penaik dan serbuk koko
- pukul butter dan gula, masukkan telur
- masukkan tepung, susu dan biskut, pukul rata
- ceduk ke dalam muffin cups dan tabur badam
- bakar 10minit


Lepas siap buat muffins, siapkan dinner pulak. Dah beberapa hari dok teringin nak makan, gara2 tengok my sil-kaklong tayang kat fp dia, hehe. Ni first time buat chicken chop jenis grill, sebelum2 ni I suka goreng. Bak kata kaklong, yang selalu dok makan kat kedai tu kan di-grill so nak laa cuba buat yang macam tu, arrr betul jugak. Sesiapa nak tengok resepi original, refer fp kaklong ok-> grill chicken chop ...

Ni hasil my version, tukar sikit2 ja ikut bahan yang ada kat rumah ni...


Sedap, thanks for the recipe kaklong!

7 comments:

kew_chop said...

buka entry ni maira tepandang muffin terus soh buat, adoii hancur diet mak.. hihi

mysara said...

bila la mai nk pandai masak2 cam fith nih... heheheh

Ina said...

ni dr pg dok pk nk msk apaa la arini. tingin plak nk mkn chicken chop ni. dh lama xmkn benda2 cmni sejak ada ihsan. xtau la nape malas sket nk buat. boleh la cuba resepi ni nnt. tq fith :)

Fith said...

Murni,
haha habis laa rosak diet kan,takper,buat bg maira je mkn,umi tgk aje ok,hehe...

Mai,
ish mai tak pandai apanya,skrg takde masa je kan,klau tak,lg ler hebat!

Ina,
try laa ina,resepi ni simple je,sedap pun sedap,hehe.wahhh mlm ni ada org dinner c/c laa ye,hihi

Kaklong Nuzula said...

Huhu.. Ni yg tahan tgk blog fith ni, mcm2 makanan ada... Kek2 tu pulak lagi la.. huhu..

elah said...

Chicken chop oishiisou...nnt kene try buat.Tgh xde idea nk msk apa saikin heheh

Fith said...

Kaklong,
alaaa kaklong,mana ada mcm2 pun,hehe.

Elah,
haa apa lg,try laa,elah mmg terer kan western foods cam ni,sedap jugak kan kdg2 ubah selera,nyum2!