Friday, August 27, 2010

Nuzul Qur'an dan resepi juadah berbuka semalam

Salam nuzul Qur'an buat semua viewers ourLoveStory...
Hari ni kat Malaysia ramai laa yang cuti kan? Mesti ramai yang ambil kesempatan cuti 3hari ni untuk balik kampung berbuka bersama keluarga, eiii bestnya...

Hari ni nak update resepi lagi, hish bulan2 puasa ni dok kerja melayoq masakan pulak kan, adehhh, takdak idea nak meng-update benornye. So apa kata kita share resepi lah ye, kot2 boleh bagi ilham kat sapa2 nak masak juadah berbuka nanti. Being me yang tak pandai sangat masak ni, lauk-pauk dan masakan semuanya resepi simple2 saja, takdak aih nak grand2. Selalunya penyediaan bahan dan proses memasak ni tak ambil masa yang lama pun, campak2 taraaa siap! Yang paling penting, kita dapat jamu suami dan anak2 hasil dari air tangan sendiri, insyaAllah banyak keberkatannya tu...

Kung pao chicken...

Pernah dah letak resepi ni dulu tapi kali ni nak buh sekali lagi sebabnya semalam punya kung pao chicken pakai resepi baru...

Bahan2:
ayam - dipotong sederhana besar
lada sulah dan garam
tepung jagung

4 keping cili kering
1/2 bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - diracik
halia - dimayang
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos thai/ikan/nampla
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam
gula
gajus
kismis

Cara2:
- gaul ayam bersama lada sulah dan garam, salutkan dengan tepung jagung, goreng garing, ketepikan
- panaskan minyak, goreng cili kering hingga sedikit garing, angkat dan ketepikan
- masukkan bawang putih dan halia ke dalam minyak tadi, masukkan bawang besar
- masukkan semua sos dan bahan perasa, tambahkan air ikut kepekatan yang disukai
- masukkan gajus, kismis dan cili kering tadi
- akhir sekali masuk ayam, kacau seketika, tutup api, siap


Sup sayur dan telur...

Yang ni tak payah buh resepi laa yer, senang sangat nak buatnya. Budak darjah 1 pun terer, hihi...


Kangkung goreng belacan...

Hari tu punya laa dok kata susah sangat nak cari kangkung ni kan, haa sekarang ni pi mana2 supermarket pun ada dijual kangkung, haha hambik! Sampai tak larat pulak tengok kangkung bersepah2, murah2 pulak tu. Jadinya hari tu beli sebungkus kangkung, nak buat kangkung goreng belacan ni laa, perghhh kecur air liur ni. Ada satu lauk ni pun cukup dah, makan pulak dengan ikan goreng garing, terangkat!

Bahan2:
kangkung - asingkan batang dan daun
*cili padi
*sedikit belacan
*udang kering/ikan bilis
*bawang merah
*bawang putih
garam
gula

Cara2:
- tumbuk semua bahan bertanda * hingga separa hancur
- panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau, masukkan sedikit air dan garam gula
- masukkan batang2 kangkung yang dipotong kecil, masak hingga lembut
- masukkan daun2, kacau hingga sedikit layu, siap!


Buah melaka @ onde2...

Buat lagi buah melaka ni sebab hari tu tak puas makan. Ok, dah puas dah makan, next kuih lain pulak...


Choco chips spotties...

Hari rabu lepas buat biskut ni, pagi semalam baru salut coklat. Yang salut2 ni nak simpan untuk tetamu, ceh tetamu konon, macam laa ada orang nak mai rumah, hihi. Ada jugak yang tak salut, tu untuk budak 2orang ni. Resepi nanti I letak next time ok...

9 comments:

Anonymous said...

nisfu syaaban?? bukan nuzul quran ker

zura said...

ye laa dear.., nuzul quran.., ingat sangat sebab amsyar lahir waktu nie..,

Fith said...

Anon,
hehe silap pulak..tq2!

zura,
ooo bday amsyar laa ye hari ni.happy bday amsyar,ikut kalendar islam dah 3thn laa kan.zura tak cuti ker?
update kelam2 kabut pg td,mmg tak perasan lgsg salah tulis,hihi.tq2!

zura said...

erm kat johor tak amik laa nuzul al quran.., kita amik cuti 1 ramadhan jee

Fith said...

zura,
ooo keje laa ni yer.takper2,esok dah cuti,hehe

Heartilyina said...

b4 poser ritu ada nk buat onde2 sbb teringin sgt. skali tgk2 gula melaka dh hbs. try guna kurosato. mak aih keras sungguh ketuk2 dgn lesung pn xpecah. berdentum2 dh mcm bertukang dh. last2 simpan jela bhn2 xjd buat. adoi bila la dpt mkn hihi.

Fith said...

ina,
laa ye ker?kempunan tak habis laa tu.kurosato kalau pakai yg serbuk tu tak sedap la plak kan,yg ketul2 tu mmg keras.fith ni kalau buah melaka ni time puasa ja terasa sgt nak mkn,time lain tak sgt,hehe...

afu-chan said...

btoi ka x dak org pi rumah fith time raya? ish rasa mcm rumah fith laa plg org nk serbu kalau buat open house... makan sedap! ;)

Fith said...

afzan,
klau buat open house budak2 ni mesti mai punya.tp depa la ni cuti,kat sini tinggai 5org ja students,huhu.ish sedap hapanya,haha