Tuesday, July 27, 2010

Resepi biskut raya

Eh2 tak buat kuih raya lagi, ni resepi lama2 dulu, tepek sini sebab 1 of this blog's viewers-Fieyra requested me to do so. Both resepi ni memang dah masuk list untuk digodek sebagai kuih raya tahun ni. So simple, yet superyummy! Resepi2 ni dicilok dari myResepi, yer kawan2 myR dah sehat, so kalau ada plan nak buat kuih raya boleh laa belek kat situ dan jangan lupa copy paste yer, kot nanti dah ready bahan2 tiba2 buka web tu tak boleh view pulak, ada yang frust tonggeng2 pulak nanti kan, hihi.

Resepi pertama ialah chocolate chips cookies dari Nadia. I dah modified resepi ni ikut my taste, so I put my version recipe of chocolate chips cookies, kalau nak tengok yang original, boleh klik link atas tu yer...


440 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
250 gm marjerin
160 gm gula
1 biji telur
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar milo
6 sudu besar badam racik - dipanggang sedikit
100 gm choc chips

- ayak tepung, baking soda dan baking powder
- pukul marjerin dengan gula
- masukkan telur
- masukkan tepung, susu, serbuk koko, milo, badam dan choc chips, adun rata
- canai berlapik plastik atas bawah, terap
- bakar 160darjah selama 15minit

1 adunan biskut ni boleh dapat dekat2 200 biji...


Resepi kedua ialah classic butter cookies dari Yani.


370 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
150 gm gula (I letak 100gm saja)
150 gm butter - suhu bilik
sedikit esen vanila

- ayak tepung dan baking powder
- pukul butter hingga jadi bentuk krim, masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga putih
- masukkan telur dan esen vanila
- masukkan tepung, kacau dengan spatula hingga sekata
- wrap dalam plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 1jam
- keluarkan dari peti ais, canai doh berlapik dengan plastik wrap atas dan bawah, canai setebal 5mm dan terap
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 15minit saja)


Ok, nanti2 bila dah start buat kuih I tepek lagi resepi2 seterusnya. I memang suka buat biskut tapi taklah berapa rajin nak buat yang renyah2, prefer yang simple2 dan cepat siap, tapi yang paling penting mesti sedap. Kiranya semua resepi2 I buat ni lekeh2 je laa, haa jangan pulak nanti ada yang kata "eleh, takat resepi macam ni pun nak buh kat blog", jangan hokey!

6 comments:

Anonymous said...

Kfithhhhh....thankssss.
Lucu nya apa kfith,last 2days try buat.
Selamat masuk tong smph.
Hihihi.failed!
Try nxt resepi kfith plak...mudahan mjadi lah!

Fith said...

fieyra,
insyaAllah jd2,resepi kakfith senang2 aje,semua pakai mixer je,pastu canai terap bakar,taraaa siap!good luck!buat separuh atau 1/4 adunan dulu klau nak selamat,hihi

mysara said...

wahh,dah keluar resepi biskut raya..esok cuti boleh la mai try..nak balik umh sendiri esok..godek2 oven! heheheh

Fith said...

my,
haa try2,senang je ni,hehe

Raudhah anje said...

menggoda betul biskut butter tu, wpon simple tp sedap. belum memiliki oven so tak boleh cuba.tp macamlah kalau ada tu nak cuba buat.jd tukun je lah oven tu...

Fith said...

anje,
simple tp sedap,mmg sesuai utk budak2,hehe
alaaa takde oven ek,takpe2 nanti dah ada oven boleh godek kek biskut ek,mesti yaya suka ummi buat kek biskut...