Thursday, January 6, 2011
Waktu subur wanita
Kitaran haid bagi wanita normal berlaku setiap bulan dengan purata antara 28-30hari. Satu kitaran kita kira bermula dari hari pertama haid bermula hinggalah hari terakhir sebelum haid kitaran seterusnya datang. Contohnya kalau seseorang tu mula didatangi haid pada 3januari dan haid berhenti pada 7januari, kemudiannya haidnya datang balik pada 1februari makanya kitaran haid dia adalah selama 29hari...
Waktu subur adalah lebih kurang 14hari sebelum hari pertama haid kitaran seterusnya datang. Jadi, untuk tentukan waktu subur ni kena laa tolak kitaran haid dengan 14hari. Kalau kitaran haid 28hari, 28 - 14 = 14, makanya waktu suburnya ialah pada hari ke-14. Katakanlah kitaran haid 32hari, 32 - 14 = 18, maknanya hari ke-18 tu adalah hari suburnya. Mengira waktu subur bagi wanita yang kitaran haidnya sekata setiap bulan adalah mudah, tapi bagi yang kitaran haid tak menentu, ada cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mengetahui atau mengesan waktu suburnya...
1. Terdapat lendiran cecair yang jernih keluar dari kemaluan.
2. Suhu badan yang meningkat sedikit dari kebiasaan.
3, LH ovulation predictor test kit.
Apakah yang dikatakan dengan waktu subur ini?
Waktu subur ialah waktu dimana proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur(ovum) akan dikeluarkan oleh ovari disebabkan oleh peningkatan hormon LH(luteinizing hormone). Jika telur ini berjaya disenyawakan makanya proses kehamilan akan menyusul...
Pun begitu, ovum mempunyai jangka hayat yang sangat singkat, sekitar 36-48jam sahaja. Namun, jangka masa sesuai untuk persenyawaan adalah dalam tempoh 24jam selepas telur dikeluarkan dan ia perlu berlaku ketika telur bergerak dalam salur fallopian. Kerana itu kebarangkalian untuk hamil adalah agak terhad. Tetapi sperma diberi kelebihan dengan mampu hidup sehingga 7hari selepas air mani dipancutkan dalam faraj wanita. Sperma jugak dihasilkan dalam jumlah yang berjuta2 setiap hari. Makanya seandainya suami dan isteri itu bersama beberapa hari sebelum waktu subur sekalipun, peluang untuk hamil itu tetap ada kerana masih ada kemungkinan ovum disenyawakan oleh sperma yang masih hidup...
Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan zuriat, mereka boleh bersama setiap malam(siang pun no hal, haha). Ataupun selang sehari pada hari ke-10, 12, 14, 16, 18 dan 20, untuk kes kitaran haid si isteri yang tak stabil. Perlu diingatkan bahawa walaupun pada waktu subur hubungan suami isteri itu bukan setakat melepaskan air mani semata2 dan mengharapkan sperma bertemu ovum untuk disenyawakan. Untuk memaksimakan lagi peluang kehamilan, pasangan suami isteri itu perlu kepada berahi yang tinggi, dengan keberahian itulah akan meningkatkan kepuasan dan masing2 mencapai klimak atau orgasm yang tinggi kerana keberahian ini akan memastikan air mani dengan sperma yang terbaik akan dihasilkan, sekaligus membuatkan faraj dan rahim menarik masuk air mani dan sperma dengan denyutan2 yang mempercepatkan sperma untuk sampai ke sasarannya...
Ni cerita pasal waktu subur untuk orang yang nak pregnant saja tau, hat yang nak elak pregnant tu pi google sendiri, ceq malas nak ceghita...
Friday, October 15, 2010
Yang dikatakan 'jarak 2tahun'...
Sebenarnya konsep jarak 2tahun tu bukan begitu. Terbaca kat web doktor mana entah, adehhh lupa pulak nak bookmark, nanti2 kalau jumpa balikweb tu I akan link-kan ye...
Menurut ahli perubatan, yang dikatakan jarak 2tahun itu ialah merujuk kepada jarak kehamilan, bukan jarak usia anak, maknanya untuk pregnant lagi kena tunggu selepas tempoh 2tahun bersalin, dalam erti kata lain tunggu si abang/kakak tu 2tahun dulu baru pregnant balik. Menjadikan beza usia mereka sekurang2nya 33bulan @ 2tahun 9bulan. Ooo macam tu, baru ku tahu, hek...
Baru2 ni pulak ada tengok rancangan perubatan di tv, menemubual seorang pakar sakit puan, menurut beliau untuk hamil kembali setidak2nya tunggulah usia anak sebelumnya tu dah cecah setahun. Kerana badan kita memerlukan at least a year untuk fully recover dari proses kehamilan dan kelahiran. Ketika hamil sistem imunisasi badan kita akan lemah, organ dalaman badan turut mengalami perubahan(rahim yang mengembang dll), pengambilan nutrisi turut terganggu, masalah kembang urat, sakit/lenguh2 di bahagian bahu/pinggang dan sebagainya. Ditambah pulak selepas melahirkan anak, kesibukan dalam membesarkan anak mungkin menyebabkan kita kurang rehat dan belum memiliki kesihatan di tahap optimum yang membolehkan kita untuk hamil kembali. Kerana itu rata2 doktor menyarankan untuk memulihkan dulu kesihatan diri sebelum mencuba untuk menambah zuriat...
Okey, sekarang dah tau dah apa yang dimaksudkan 'jarak 2tahun' itu, tapi taktau laa mampu ka dak nak tunggu 2tahun dulu baru nak pregnant balik, kah3, bunyi tu macam dah tak sabar sangat nak pregnant lagi kan?! Kalau nanti dah rasa2 ready dan ada pulak rezeki, insyaAllah ada laa tu, hiks...
Sunday, March 7, 2010
Menjarakkan usia anak...
Sememangnya tak boleh dinafikan bahawa banyak benda kita nak kena fikir dan pertimbangkan sebelum kita decide nak tambah anak lagi. Walaupun ada jugak orang yang memang tak pernah fikir pun, main beranak ja, dah ada anak berderet2 main lantak membesar ikut dan(sempat), ish3. Tapi tak kesahlah kan, dia nak beranak every year ka, nak beranak pada tahun lompat saja ka, nak beranak 10tahun sekali ka, after all tu anak dia kan, bukan dia menyusahkan kita pun, so tak payah laa kita pepandai-pandai nak komen, muahahaha...
Masa balik Malaysia nak bersalin Raziqh lastyear, penat jugaklah telinga ni dok tadah dengar mak membebel sebab I pregnant cepat sangat, nanti beranak si adik, Rafiqh baru setahun lebih. Bebelan mak tu hasil rentetan dari sikap I yang agak garang/tegas dalam mendidik Rafiqh, kadang2 I marah(naik angin)/pukul Rafiqh bila dia over-nakal. Mak kesian kat cucunya kot, padahal bukan selalu pun Rafiqh kena marah, dan lagi mak selalu ulang kata kesian Rafiqh kecik2 dah dapat adik, tak sempat bermanja lama2. Mak sangka I marah2 tu sebab keadaan I yang tengah heavily pregnant(read: tak larat). Mak selalu sebut suruh I contohi kaklong yang lebih releks dan cool dalam mendidik anak2, yer memang I sendiri banyak belajar dari kaklong, tapi untuk tangani sikap anak2 pendekatannya berbeza2, as for anak2 kaklong both are good boys, depa behave dan tak nakal. Rafiqh pulak karektornya lain, so for certain cases/situations I kena apply my own ways. Lepas Raziqh lahir, Rafiqh kerap pulak melepuk si adik, haiyooo membuatkan mak lagiii sakan dok berleter, seolah2 salahkan I beranak dekat2 kononnnya si abang tu tak cerdik lagi, tak faham lagi nak kasihkan si adik.
Semua yang diwarnakan hijau tu adalah alasan2 yang mak bagi, I malas nak jawab so buat pekak je laa, hehe.
1. kami memang tak plan nak ada baby lagi secepat ni, ikut plan asal I akan pregnant lagi lepas Rafiqh 1tahun++, tapi Allah nak bagi cepat so alhamdulillah syukur amat sangat...
2. marah/pukul anak bukan sebab tak sayang dah kat dia, bukan sebab mentang2 nak ada adik, kami beralih kasih, tak! Kalau I tak pregnant pun, I still marah/pukul dia kalau dia nakal...
3. setahun lebih dia diulit penuh kasih, takkan tak cukup lagi kot, walaupun lepas dah ada adik memanglah perhatian buatnya terkurang sikit, tapi tak bermakna dia tak dimanjakan lagi kan?!
4. lepuk adik tu I tak anggap dia tak sayang adik. I know Rafiqh more than orang lain kenal/tahu dia, dia memang kasar tapi dia tak bermaksud nak pukul adik pun, at his age masa tu dia cuma still unable to control his hands movements, kadang2 mungkin nak sentuh ja tapi terkuat hayun so terlepuk.
5. since pregnant lagi I selalu percaya Rafiqh akan terima kehadiran adiknya dengan baik, dia akan sayang adiknya cause obviously dia sangat suka budak2...
Sekarang bila I cerita kat mak yang Rafiqh sangat sayangkan Raziqh, mak mula boleh terima rasionalnya kami ada anak dekat2. Bila I cakap kat mak yang maybe kami taknak tunggu lama untuk next baby lagi, mak dah tak kesah dah, alhamdulillah...
Secara umumnya, antara alasan/faktor yang dipertimbangkan untuk ada anak lagi ialah:-
1. Ekonomi keluarga - membesarkan seorang anak manusia bukan macam besarkan anak kucing. Banyak woo pakai duit, bermula dengan proses kehamilan - nak pi check up, sediakan barang keperluan ibu dan anak, nak bersalin, nak membesarkan bla3, semua pakai duit kan... Tapi hal ni pun depends on orang jugak, setengah orang memilih untuk bersederhana, pi check up kat hospital kerajaan, beli barang biasa2(tak branded), bersalin kat hospital kerajaan jugak, membesarkan anak dengan susu ibu, cloth diapers dll(tak pakai banyak duit *sempat lagi tu promote* hehe), bla3...
2. Beri lebih tumpuan dan kasih sayang - ada orang nak bagi extra perhatian kat seorang demi seorang anaknya so dia merasakan dia tak boleh beranak dekat2, nanti terabai. Ada lojiknya jugak...
3. Tak mampu handle - ada setengah orang kerjayanya memerlukan komitmen yang tinggi, melahirkan anak pada jarak usia yang dekat menyulitkan dia nak uruskan rumahtangga/keluarga...
4. Tak nak anak ramai - kalau takat nak 2-3orang ja anak, buat apa laa nak rush beranak setiap tahun kan, so jarak jauh2 bagi ada feel lebih sikit bila nak pregnant dan bersalin lagi...
6. Beranak siap2 sementara masih muda - nanti dah tua nak ligan anak pun tak larat, dah tak bertenaga nak layan kerenah anak2...
Ada banyaklah lagi...
Bagi I, 2tahun adalah jarak paling ideal, sesuai dengan tempoh penyusuan susu ibu yang lengkap. 2tahun tu tak jauh sangat dan tak dekat sangat, choudo ii(=ngam2)! Honestly I memang terkilan jugaklah tak dapat sempurnakan 2tahun penyusuan susu ibu untuk Rafiqh so untuk Raziqh ni sebolehnya akan dicuba untuk merealisasikan hasrat tu.
Kesimpulannya, tak kesah laa nak jarak macammana pun, masing2 ada sebab tersendiri. Yang nak mengandung, bersalin dan jaga anak tu dia, lain arr kalau dia suruh kita jaga kan, haa munasabah ler nak komplen2, hakhakhak.

