Showing posts with label Baby development. Show all posts
Showing posts with label Baby development. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Ajar anak2 budaya mengemas...

Anak2 dan omocha(=toys) memang tak boleh dipisahkan, kat mana ada budak kat situ mesti ada omocha kan?! Walaupun kadang2 tu anak tu tak heran nak main sangat pun tapi tetap jugak mak bapak dia suka nak membeli(kata kat diri sendiri laa tu, hehe). Bila dok pulun beli punya beli last2 sedar2 ja tengok rumah tuh dia aih penuh dengan toys dah, bersepah2!

Budak2 ni pulak part mengighai buat sepah tak payah nak ajaq memang dah terer sejak azalinya, tapi kalau bab nak mengemas, perghhh! Dan rasanya ni laa dilema hampir kesemua ibu, dah laa sakit kepala tengok rumah macam tongkang pecah, bertambah2 lagi sakit kepala bila nak suruh anak2 tu mengemas, huishhh seksa!

Sebenarnya tak susah mana pun nak suruh depa ni suka mengemas, dengan syarat sejak kecik lagi jadikan 'mengemas' ini satu budaya. Jangan tunggu depa dah besar baru nak latih supaya pandai mengemas dan menyimpan, memang payah dah laa kan?! Meluntur buluh biarlah dari rebungnya, ya tak?!

I tak ingat pulak sejak bila I mula ajar Rafiqh ni mengemas, kalau tak silap sejak dia belum pun cecah setahun lagi. Tapi masa tu aktiviti mengemas toys ni lebih kepada 'ajak dia sama2' simpan balik segala-mala toys yang dipunggah, tunjuk kat dia satu-persatu yang ni nak buat macammana yang ni pulak macammana then slowly bagi dia handle everythings all by himself. Bila usianya setahun lebih dan dia pun dah cekap mengemas, baru laa I betul2 push dia by hook or by crook, lepas main WAJIB kemas, no excuse! Dan sekarang ni kalau dia mengelat takmau mengemas, memang dapat habuan cubit2an ler...

Rafiqh ni kalau keluar main kat tempat orang contoh macam klinik ka sekolah ka class ka rumah orang ka kedai ka mana2 laa, sekali cakap ja "clean up/katatsukete/kemas", sepantas kilat dia akan clear-kan semuanya, tak tinggal 1 pun, habis dengan yang orang lain main pun dia ambil simpan, haaa tuh dia, sikit punya laa baguih! Meleleh orang puji dia, doktor/nurse/cikgu2 dia tu dah penat dah kot puji dia, cair hati mak dia dengaq sampai orang boleh mai tanya "macammana didik dia jadi lagu tu?!", adehhh benor2nya kat luar ja dia 'sebagus' itu, kat dalam rumah ada 'mood' jugak dia pun!

Kalau mood tengah rajin, sekali cakap ja terus settle semua, tak payah tunggu tengok pun takpa, datang2 ja dah beres cuci-calat. Akan tetapiii, bila mai angin tak berapa nak rajin dan mood nak main2kan mak dia, hmmm memang sangat amat menguji kesabaran. Bila time dia malas, kalau mak dia kata "onichan, simpan buku2 ni", haa dia 'scanning' persekitaran dia dan angkat buku SAJA pi simpan, yang lain dia lantak pi, jenuh mak dia nak kena sebut satu-persatu benda yang ada. Time2 macam ni memang tidak boleh tidak, mak dia kena 'tolong' sikit2 sambil tunggu tengok dia buat kerja hingga selesai...

Ada masanya I ni tak sabar orangnya *sigh*, ya laa kan dah nama pun budak depa ambil kutip satu2 nak simpan, lambat pulak tu, memang jenuh lamaaa nak kena tunggu dan I ni pulak sangat tak suka tunggu2, kadang2 tu kesian dia tak pasal2 kena marah, padahal dia dok menyimpan dah tu, hish bila fikir2 balik rasa nak pelangkong kepala sendiri! Dah tu kadang2 tengah2 rancak menyimpan tiba2 boleh pulak dia ralit main dengan sesuatu yang dia jumpa di tengah2 ekspedisi penyimpanan tu, ni pun sangatlah normal, kalau dulu marah laa jugak tapi sekarang I akan ambil benda tu letak ke tepi dan suruh dia sambung simpan, bila dah siap I bagi balik benda tu suruh dia sambung main...

Sementara nak berjaya dalam misi nak menanam budaya mengemas ni dalam jiwa anak2, memang mak tu kena banyak2 sabar, betul2 tegas dan mulut kena potpet2 sikit *errr sikit ka? hahaha*. Bukan senang nak membudayakan sesuatu yang baik tu kan?! Penat memang penat, penat woo marah2 dan denda2 tapi takpa, sekejap ja, nanti2 bila depa dah terbiasa, dengan sendirinya kepenatan tu kita rasa sangatlah berbaloi! Kadang2 bila tengok I marah2 Rafiqh, myLove tolong jugak anak dia tu mengemas(penat kot dengar I membebel, haha takpun kesian kat anak dia) but I purposely halang, I cakap jangan tolong dia, biar dia buat semuanya sendiri so that he will learn to be more independent and responsible...

Alhamdulillah now, I'm proud of him, even Raziqh pun tak sempat nak ajar dah boleh mengemas sikit2, but still nak kena train lagi laa. Dan sekarang ni dalam sehari terlalu banyak benda 'baik' yang Rafiqh buat, hinggakan I dah kesuntukan idea on how to reward him. Bab puji2an tu tak payah cakap laa, memang berduyun2. But personally I think kids need more than that, so I'm now thinking of making a reward star chart for him. Sebelum ni pun dah pernah fikir pasal ni tapi belum buat lagi, mungkin dah patut mulakan sekarang kan?!

This is their play room, bilik ni normally memang berkecah2 budak 2orang ni kerjakan. Dari pagi sampai petang selalunya I 'pejam' mata ja dengan keadaan tunggang-langgang ni tapi sebelum ayah depa balik, depa kena make sure bilik ni kemas!


Clear! Keadaan bilik lepas dah kemas, kalau myLove yang tanto(=urus) budak2 mengemas, nanti dia sort-kan mengikut kategori like books with books, cars with cars and etc., tapi mak depa main suruh humban ja, hahaha.

Saturday, June 19, 2010

"Shut up!"

Have you ever saying "shut up!" to your kids when they keep asking the same question non-stop?! Haha, sounds familiar, no?!

Once our little toddlers are able to talk, one of their favourite and must do is to ask, ask about this and ask about that, semua benda pun nak tanya, otak mereka sentiasa ligat berfikir what next to ask, what next?! Yes, kids are full of curiosity...

Rafiqh baru ada simpton2 suka bertanya, sekarang ni kalau naik kereta he prefers to sit next to me, jadi co-driver balik, dulu nak duduk belakang sebelah adik, sekarang takmau dah. Ooo patut laa nak duk depan, sebab dia ada hobi baru iaitu nak bertanya. Bila sampai kat junctions, automatically he'll ask me, "mama, kocchi ka? acchi ka? docchi?(=sini ke? sana ke? mana satu?)", mama pun kena laa jawab "kocchi da yo, hidari ni magarimasu(=sini ok, belok ke kiri)"... Bayangkan kalau sepanjang perjalanan tu kami jumpa junctions 20kali, maknanya 20kali tu laa dia akan tanya soalan yang sama, tau pulak tu right timing bila nak tanya, mungkin dia perasan I bagi lampu signal kot.

Semalam pun macam biasa dia dok ulang tanya, tetiba mak dia dapat ilham nak menyakat dia, bila sampai kat junctions ja tak sempat dia nak buka mulut nak tanya, I dah cepat2 jawab, hahaha, bila dah banyak2 kali dia terkena, dah bosan gamaknya last2 dia terus kata "mama, urusai yo!"(=bising lah!), hahaha hambik hang, kena sedas!

So far tak pernah lagi laa I naik hangin atau marah dia dok ulang tanya benda yang sama sebab dia pun bukan pandai lagi bercakap, takat tanya "apa tu?, nani?(=apa?), dare?(=siapa?), doko?(=mana?)", tu ja laa ulang2, tanya sepatah2, jawapan pun sepatah2, tak lenguh lagi mulut ni nak melayan, hehe.

Semua budak memang suka sangat bertanya kan, with just a simple reason, because that's how they learn. Dengan hanya melayan pertanyaan mereka, bahkan memanjangkan persoalan demi persoalan yang mereka ajukan mampu menjadikan mereka manusia yang genius. Kita sebenarnya boleh merangsang keupayaan minda mereka berfikir dengan mengisi komunikasi harian dengan soalan2 ringkas. Part bertanya tu no hal lagi, tapi bila masuk bab bertanya soalan yang sama 77kali, perghhh letih jugak telinga dan mulut nak melayan. Kenapa anak2 ini suka kepada pengulangan? Kita orang dewasa kalau tengok movie/drama/cerita yang diulang2 dah sah2 akan merasa jemu kan, kalau baca buku yang sama berkali2 sehari dan esok lusa pulun baca lagi, mau muntah hijau kan, tapi cuba perhatikan budak2 kecik, depa boleh hadap benda yang sama ulang2 banyak kali setiap hari tanpa sekelumit pun perasaan bosan dan jemu kan? Siap boleh hafal dialog dan jalan cerita lagi! Itulah istimewanya mereka, cara mereka belajar tentang kehidupan ni sangatlah unik!

Rafiqh ni tak pernah lagi kena sound kalau dia ulang2 bertanya tapi kalau dia potpet2 tak henti2 macam burung murai tercekik cicak, hadoiii memang selalu laa dia kena. Dulu dia cakap bahasa makhluk asing, agak boleh diterima dek telinga laa sebab tak faham pun dia merepek hapa. Tapi la ni 90% percakapan dia tu dah boleh difahami, volume pun takdak aih nak low2, tambah pulak gaya bersembang sakan macam orang parlimen pungpang2 dengan adiknya, huihhh bengang jugak laa bila tengok tv rasa macam tengok cerita bisu, nampak gambar ja hagham sepatah pun tak dengar. Kalau tengok drama tu sedar2 ja eh2 dah habis, taktau kepala punca pun. Begitu jugak laa hal nya bila dok sembang dengan ayah depa, suara depa lagi rancak 'berbual', dan dan tu jugak rasa nak buh soletip mulut 2budak ni. Tu tak masuk masa mak depa sembang telefon, time tu laa nak mengajuk, time tu laa nak menyanyi, time tu laa nak melalak, sampai mak kata "ish hang ni anak 2 macam 10 orang, riuh-rendah sungguh, tak dengaq aih hang cakap apa", tau takpa, lagu ni laa selalu pun, macammana laa tak hangin kan, hahaha sabaq ja laa...

Kids and obsession

Sejak Rafiqh joined english class hingga laa ke hari ni, ada 1 perkara yang selalu jadi tanda tanya dalam diri I, "why my kids(especially Rafiqh) do not obsess with any cartoon character like other kids?". Seriously I've been thinking about this for quite sometime already. Taktau awat laa I concern sangat bab ni. Oh please, I tak kata I nakkk anak2 I become obsess with that thing, cuma tertanya2 adakah my kids ni kurang normal, haha ke situ pulak...

Dari dulu hingga laa sekarang, selalu baca kat blog orang atau tengok kat tv atau kejadian depan mata sendiri, budak2 selalu cenderung untuk minat gila kat satu2 karektor kartun kan?! Contoh yang paling jelas ialah bila kami pi english class, rata2 budak yang join kelas tu berusia sekitar 1-4tahun, setiap kali waktu rest teacher akan sediakan oyatsu(=snack) untuk budak2 dan selalunya oyatsu depa ni bertemakan kartun macam anpanman ka, thomas & friends ka, barney ka, doraemon dan sebagainya. Budak2 lain bila nampak saja karektor2 tu depa terus lompat2 jerit2 bersorak keriangan, tapi Rafiqh boleh buat derk saja, no reaction ok!

At first I thought mungkin sebab dia tak tengok those cartoons so he has no idea what it is. Ya laa, my kids mana ada layan anpanman, ultraman, thomas, bla3 tu semua, kiranya macam aci laa dia tak teruja pun kan. Tapi peliknya baru2 ni masa bawa 2R pi Yamaguchi foods fair tu, masa tengah duduk2 rest kat bangku, sebelah kami tu ada sekumpulan kanak2 yang dok main dengan patung2 dari program tv NHK yang mana budak berdua ni dok layan setiap pagi dan petang, tapi boleh pulak depa ni tengok tanpa sedikit pun keterujaan, muka rileks saja. Hadoiii, sungguh pelik bin ajaib!

Bukan takat tak obsess dengan characters, malah Rafiqh ni belum nampak dia berminat dengan sesuatu pada kadar yang over. Contohnya macam ada setengah budak suka sungguh main trains, cars, balls, books etc. kan, pantang nampak ja terus excited, Rafiqh ni main tu main jugak tapi tak sampai tahap suka sangat2, main gitu2 ja, lepas tu tinggal. Ermmm tapi kalau 'bawa' kereta pi mai pi mai, yang tu ja kot boleh kata dia paling suka, sejak kecik sampai sekarang tak jemu2 'drive' kereta dia tu...

Mungkinkah sebab dia belum jumpa lagi 'minat' dia?! At 2years 6months old, is this normal?!

Tuesday, June 1, 2010

Kenduri bedak...

Pada suatu petang, ketika mak depa dok mandi, 2budak ni meng-kenduri-kan bedak dalam bilik tidur, ooowh patut laa hangpa diam ja, rupa2nya berprojek lagi, baguih sungguh... Bedak tu buat umpan bagi Raziqh main nak suruh dia ralit sat, tak sangka pulak Rafiqh dah pandai buka, hah apalagi, sakan laa menabur...

adik di-make up onichan...


Dua2 kena piap, banyak laa jugak bedak yang dah berjaya depa tebarkan atas carpet. Berhari2 bilik tu semerbak harum, dengan depa2 pun sampai esok pagi dok wangi lagi, hiks...


Bercakap pasal bedak powder, kat rumah ni ada berbotol2 bedak powder. Masa Rafiqh lahir kami banyak dapat hamper yang ada set barangan bayi tu, antara yang diisi dalam tu tak lain tak bukan baby powder lah, macam2 jenis ada, tapi kami tak pernah guna pun untuk 2R. Penggunaan baby powder ni memang dah jadi perkara lazim kan, suatu masa lalu ianya jadi trend atau benda wajib mak2 akan buat pada anak2nya. Masa kecik2 dulu, selalulah tengok orang letak bedak kat punggung baby sebelum pakai diaper dan lumur badan baby dengan baby powder ni. Selalunya atas reason to protect baby from diaper rash atau untuk beri keselesaan pada bayi...

Sebenarnya, kita mendedahkan anak2 kita dengan banyak risiko dari amalan ni. Talcum powder ni bukan saja berbahaya untuk bayi, malah turut memberi kesan buruk kepada kita orang dewasa terutamanya kerana ia boleh mengakibatkan respiratory problems dan masalah kanser!

Bagi ibu2 yang masih dengan amalan memakaikan anak2 dengan bedak powder ni, better stop now! Banyak lagi produk alternatif lain yang boleh memberi keselesaan kepada bayi kita. Kalau tanya I, I suggest-kan minyak zaiton. Kalau baby ada masalah diaper rash, sapu minyak zaiton saja, insyaAllah akan pulih sendiri. I memang tak pernah gunakan sebarang benda kat anak2 selagi usia mereka tak cecah 6bulan++, no shampoo, no body soup, no baby powder, no lotion yada2, HANYA pakai minyak zaiton semata2, hahaha, kuno kan?! Yes, I am!!! Kulit bayi ni terlalu sensitif untuk menerima bahan kimia yang berlebihan, walaupun produk tu kononnya khas untuk bayi tapi I still was2, semua tu strategi jualan je, huh!

For more info regarding this, read here:
What is the cancer risk of talc in baby powder?
Talc powder can pose severe health risk

Friday, May 7, 2010

Parenting

"Parenting is a process of promoting and supporting the physical, emotional, social and intellectual development of a child from infancy to adulthood. Parenting refers to the activity of raising a child rather than the biological relationship..." (definition from wiki)

I always believe that parenting is all about trial and error !

Dari seremeh2 perkara seperti salin diaper baby sehinggalah kepada sesusah2 perkara seperti handling their big emotions ie. tantrums and so on, semuanya memerlukan kita untuk 'belajar' dan 'mengenali' anak2 terlebih dahulu. Each child is unique, meskipun mereka lahir dari benih ibu dan bapa yang sama, membesar dalam persekitaran yang sama, but still they will grow up with different personality. What might work for one, may not for another. Nobody knows better than us(their parent), on how to best handle our child, but surely most of the times we have to try several solutions before finding the right one. As there is no shortcut in parenting, it involves lots and lots of hard work, full of ups and downs...

Therefore for me, the very 1st step in parenting is to 'study' and 'understand' our kids. Dengan mengenali personaliti setiap anak2 tu insyaAllah akan banyak membantu untuk kita lebih mudah nak 'tackle' mereka... Sebab tu lah kita tak boleh nak rely on certain methods saja bila nak solve problem atau nak didik anak. Kita boleh tanya orang, rujuk teori2 pakar, baca pengalaman orang lain, yada2, untuk dijadikan panduan atau guidelines tapi kita tak boleh laa dengan sekali cuba saja terus harap ianya berjaya kan. Bear in our mind that if only we're lucky enough, we don't have to struggle lots to handle this and that situations, that's it!

Dalam dunia ni, tak ada kaedah parenting tertentu yang selayaknya dilabel betul atau salah, selagimana niat dan caranya baik, biarpun berbeza pendekatannya antara satu sama yang lain, perlu difahami bahawa masing2 punya cara yang tersendiri(ecceh macam lirik lagu KRU pulak, hakhak). Tapi kalau kita tersilap langkah, maka akan spoil laa anak kita tu. Dari sebelum jadi mak lagi, I selalu dengar orang kata kunci utama dalam parenting ni tak lain tak bukan ialah SABAR. Bila dah jadi mak baru I tahu betapa pentingnya sifat SABAR tu, if only SABAR tu ada dijual kat mana2, dah laaamaaa dah I beli, beli banyak2 siap boleh buat stok lagi, hahaha.

Oh why out of sudden I menulis benda ni kan, sebenarnya lately ramai pulak kawan2 yang ada anak yang tengah membesar(umur 1tahun++) mengadu dan mengeluh pasal kerenah anak2, especially yang melibatkan tantrums, picky eater, etc etc. Bagi I laa kan, anak2 ni masa baby sekitar usia 0-12months, senang ja nak handle, jaga makan pakai dia, kesihatan dia, cukup tidur dan sebagainya, settle! But once dah cecah 1++, makin mencabar laa kerja kita. It's definitely okey to get mad, it's okey to feel stress, it's okey to mengeluh(in a good way) or whatsoever, after all kita bukan angle pun kan, and being a parent bukanlah tugas yang mudah...

Enjoy motherhood and happy parenting!!!

Monday, April 26, 2010

Raziqh dan tidur

"Bayi dan kanak2 perlukan tidur yang banyak untuk membesar", ni semua orang pun tahu kan, hehe, golongan budak2 ni tumbesaran minda dan tubuh badan mereka berlaku ketika mereka tidur. Rata2 bayi dan kanak2 memerlukan tidur hampir/melebihi 12jam sehari untuk melengkapkan skop keperluan tidur mereka...

Rafiqh sejak kecil tak banyak masalah berkaitan tidur, in fact dia memang kuat tidur pun. Sampai sekarang ni dalam sehari dia tidur paling kurang 12jam, so I memang tak pernah risau tentang dia dan keperluan tidurnya...

On the other hand, Raziqh ni lain sikit kekdahnya. Kecik2 dulu no problem, sama ja macam Rafiqh but lately dia sangat 'liat' nak tidur petang, puncanya ialah sebab Rafiqh tak tidur. Lain laa kalau Rafiqh tidur sama, memang Raziqh boleh tidur aman damai permai berjam2. Rafiqh adalah tarikan hiburan yang selalu buat Raziqh teruja nak main rather than sleep, haiyaaa. Kadang2 tu dia dah lalok lali2 nak tidur dah tapi bila dengar Rafiqh dok main terus mata celik segar balik. Kalau bawa dia tidur dalam bilik pun, most of the times Rafiqh akan ikut menyibuk sama, pakcik kecik ni mulut masyaAllah potpet2 macammana laa adik tu nak lelap kan...

Bila si Raziqh ni dah tidur pulak, Rafiqh suka benor laa mengacau. Dia tak 'usik2' adik, sebab nanti dia kena cubit tapi dia suka pi duduk dekat2 adik, baring2 sebelah adik, tenung2 belek2 wajah adik, haa gatai sungguh kan?! Kadang2 tu bila adik ber-ekspresi(normal laa kan baby pun alami mimpi so wajah dia berkerut2 sedih/suka), dia boleh ketawa kuat2 sambil cakap "adik gellak(=gelak)", kengkononnya adik gelak laa, padahal tak pun, cet! Kalau adik bergerak sikit mengeliat ka ubah posisi ka, dia dah sibuk tepuk2 nak dodoi adik, orang tepuk pelan2 dia bantai kuat nak mampuih, dah tu siap nyanyi "ya iyya ha iyawaah(la ilaha illallah)", orang nyanyi slow2 ja tapi dia buka volume terus up to maksimum, jangankan adik, anak badak pun boleh terkejut bangun! Hish, sabar je laa...

So kalau nak bagi Raziqh senang tidur petang, I kena bawa 2R keluar jalan2, entertaining Rafiqh while Raziqh having his evening nap peacefully. Tapi jenuh laa pulak kan kalau setiap hari nak keluar, akibatnya I kena fikir macam2 cara untuk tidurkan si Raziqh. Dalam rumah, paling mudah nak buat dia terlelap ialah dengan babywearing him and doing house chores at the same time. Kalau guna cara ni I memang kena berdiri lama2, tak boleh stop buat kerja sebab nanti bila I duduk dia sure terjaga. So ada masanya kaedah ni pun I rasa kurang prektikal...

Tapi sejak dah ada buaian ni, alhamdulillah masalah tidur petang ni dah hampir settle. Bila dia dah kenyang menyusu I cuma perlu letak dia dalam buaian dan buaikan hingga dia tertidur. Kalau Rafiqh bising pun dia jarang terjaga, mungkin dia rasa selesa di'kepit' dalam buaian tu. Dan kalau pun terjaga tak susah nak tidurkan dia semula. Setakat ni Rafiqh pun tak kacau sangat bila Raziqh tidur dalam buaian. Alhamdulillah rasa sangat membantu sekarang ni. I dah tak payah risau2 pasal waktu tidur Raziqh lagi, kalau tak, kadang2 tu rasa stress jugaklah bila tengok Raziqh tak tidur petang. Walaupun ada antara kita yang beranggapan mungkin dia tak mengantuk sebab tu tak tidur tapi I pernah terbaca somewhere yang mengatakan sebenarnya sebagai ibu/penjaga, kita sendiri kena sediakan environment yang membantu anak2 ni tidur, walaupun depa nampak macam taknak tidur tapi hakikatnya mereka perlu di'push' untuk tidur supaya tempoh masa tidur tu cukup, macam tu laa lebih kurang...

Oh tapi, I pasang buaian ni bukan semata2 sebab nak pastikan Raziqh tidur petang saja sebenarnya, ada tujuan lain yang lebih utama iaitu nak potty training si Rafiqh. Cerita bab ni dalam next entry, insyaAllah...

tidur sambil meniarap...

Tuesday, April 20, 2010

Pabila dia mula memilih dan membuat keputusan...

Memang dah jadi kebiasaan untuk kanak2 sekitar usia 2tahun menunjukkan kecenderungannya dalam memilih dan membuat keputusan. Perkara ni pastilah suatu perkembangan yang baik kan, sebab mereka cuba belajar untuk 'berpendirian', tapi pada masa yang sama, selalunya kita juga bakal berhadapan dengan 'kesukaran'(read: handling tantrums) bila kita tak penuhi keinginan depa but actually with a good skill and lots of creativity, kita mampu tackle mood mereka dengan mudah...

Dulu Rafiqh hanya memilih pada perkara2 yang simple dan tak complicated, contoh macam nak tidur sini-taknak tidur sana, nak ayah salinkan diaper/buat susu/suap makan-taknak mama, bla3, tapi sejak kebelakangan ni dia mula memilih dan membuat keputusan pada perkara2 yang 'besar'(for me lah!). Semakinlah buat mama terasa cepatnya anak mama dah jadi big boy...

'Perubahan' ni sebenarnya buat I rasa super-happy, most of the time rasa lawak giler tengok kelakuan dia, especially tang nak memahamkan mama apa keinginannya tu, nak cakap tak reti, so dok main hutau2(tunjuk2) ja laa, mak dia pulak kuat menyakat, lagi laa dia tensyen, but of course nak deal dengan dia memang kena banyak2 lah bersabar...

Situasi 1: Nak naik kereta, kadang2 nak duk depan sebelah driver, tapi kadang2 nak duk belakang with adik. So masa tengah jalan dengan dia ke arah kereta, I'll ask him first, "nak duduk mana? ushiro(=belakang)? mae(=depan)?"... Then he will decide on his own, layankan je laa...

Situasi 2: Sejak dulu Rafiqh ni jenis tak memilih makan, jamu apa pun dia belasah. Lately dia makan makin banyak, so kadang2 bila nak jamu dia makan lagi I kena tanya dulu, nak makan tak? And when he says "no", it's really means no. kalau bagi jugak mula laa dia makan main2, I pulak jenis pantang anak main2 dengan foods, untuk elakkan kena marah, better ikut ja kehendak dia... Selain tu, kadang2 dia sendiri nak decide apa dia nak makan, dia akan minta itu ini nak makan yang ada masanya I tak boleh penuhi(contoh before lunch nak makan oyatsu(=snack), oh no no no, takpun tiba2 minta spagetti ka bla3), tapi part ni senang ja, just distract dia dengan benda2 lain, muehehe...

Situasi 3: Sendiri nak decide samada nak jalan atau duk dalam trolley bila pi supermarket, oh tapi bukan takat tu ja, siap nak pilih trolley lagi, so selalunya kami kena ler tunggu dia buat pilihan...

Situasi 4: Pandai jugak nak pilih2 baju mana nak pakai. Oh selalunya baju tak problem sangat tapi dia terlebih concern dengan seluar, and sometimes even with his cloth diaper, kalau seluar tu I boleh 'terima' lagi tapi hadoiii laa cd pun mau pilih ka?! Takdak sapa kelapaq nak tengok aih! So far perangai pilih2 baju ni berlaku untuk pakaian rumah ja, bila nak outing dia rela hati pakai apa yang I tentukan, tapi kot2 nanti buatnya dia dah mula pepandai nak matching-kan baju2 outing pulak memang tepuk dahi laa mama, haru-biru!


inilah hasil pilihannya-baju biru seluar oren, ingat comel dah laa tu, hahaha...

Dan macam2lah lagi dia nak memilih...
Lepas ni apa pulak?!

Wednesday, April 7, 2010

Bringing up the active kids

As I always mentioned both my 2R are so active and very energetic kids, kalau orang jepun tengok mesti cakap "genki ne(=ceria/sihat ye)", which is I do take it as compliment. It's definitely a good thing to have a healthy, happy, cheeky, cheerful and active child, right?! I should feel so lucky and be thankful for having them, yes I do, alhamdulillah, but still sometimes I can't help myself from being stressed out. Especially at night when I was already exremely tired and completely exhausted but they're still jumping huhahuha and playing around, haa mula laa rasa nak 'meletup'. That's why everynights I always want them to doze off to the lala land as early as possible, mujur jugak laa depa ni jenis yang tidur awal, fuhhhh lega aih. Lepas 2R tidur, sometimes I could spend about an hour for my sweet 'me-time' but most of the times I pun tertidur sama right after they fall asleep *sigh*...

Masa Rafiqh kecik2 dulu, bila tengok keaktifannya tu honestly I was quite worried jugaklah, takut2 dia ni jatuh dalam kategori hiper aktif tapi alhamdulillah he's not. Maybe sebab all of my siblings semua jenis yang tak lasak dan ligat sangat so bila tengok Rafiqh ni sedikit aktif dari biasa, tu yang jadi fikir bukan2 tu. Mak pun dulu selalu kata budak2 ni ada 2kategori - 1 suka merap/meragam(clingy), so dia suka berkepit ja 24/7(my siblings semua jenis ni). 1 lagi jenis yang tak reti dok diam, suka dilepaskan untuk dia bebas bergerak. My kids are in the later category. Sekarang dengan Raziqh I dah tak risau sangat tengok dia meligat, dah get used!

We know that kids tend to have more energy than most adults, so we have to do something active every single day in order to burn their extra energy. So here is my way on how to survive and bring up an incredibly active kids...

- let them wake up early in the morning, selalunya before 7am
- let them(especially Rafiqh) take their nap in the morning, instead of noon or evening
- let them play and play and play, I'll join them for more fun
- my kids love to sing and dance so bila mereka tengah over-active tu I just on-kan their favourite videos
- bring them out to playground or jalan2, even sekadar untuk pusing tawaf supermarket
- monitor their foods intake, especially Rafiqh cause Raziqh masih tak makan sembarangan. I always make sure I cut down sugar intake in his diet, no gula2, no air bergas and no junkfoods
- keep the food chemicals and caffeine down to a minimum, Rafiqh tak minum tea/coffee till he reached 2years, now though it's ok to drink those but still I try to avoid. As we know cocoa pun ada caffeine kan, so make sure dia tak minum more than 5cups cocoa in a day
- encourage them to have their own private play. Memanglah tujuan of having siblings is to play together but sometimes perlu jugak asing2kan mereka bermain, base on keupayaan/minat mereka, contohnya Rafiqh suka melukis so bagi dia 'ruang' melukis dengan aman, hehe
- get Rafiqh to help around the house(read: mengemas toys)
- selepas maghrib, berikan suasana yang releks dan damai kepada mereka sebagai tanda ianya masa untuk 'berehat', next is to put them to sleep... fuhhh what a day...

Cause I have 2 little rangers in my house, hari ni our lunch ialah masak lemak pumpkin with ikan goreng hangus, hahaha... Rentung ikan haku dek terlupa kat dia yang dok dalam kuali, punya kalut melayan itu ini 2R punya kerenah. Ni baru 2orang ikan dah hangus, kalau 5orang, mau terbakar terus dapur tu agaknya...

Tuesday, March 30, 2010

Baby-proofing

Baby-proof is the complete solution, committed to making our home a secure and safe environment for our family especially for our kids. When our little one turns into baby-on-the-go, it's the right time to start babyproofing. We know baby loves to explore, he learns about life by exploring everything around him. As parents, we must make sure the surroundings are safe enough and somehow, baby-proofing will help us to decrease the words "no" and "don't" to our baby in term to let him gets healthy and safely play...

About a year ++ ago, when we started to baby-proof the house for Rafiqh, it was kinda tough and hard task for us, macam2 nak kena belek, cause babyproofing usually requires a very thorough reorganization, had to get down on our hands and knees to survey the house from his point of view and we also had to think of all the consequences or possibilities of everything that may injured him. Normal laa tu kan, 1st time jadi parents so banyak jugaklah benda yang kami kena moved-in-moved-out, block itu ini for the sake of safety...

And now is Raziqh's turn to explore the house. Alhamdulillah for this time round we don't really have so much difficulties anymore, just certain parts ja kena extra careful cause yang lain2 tu remains to be just the same like before. Cumanya yang sedikit rimas and sometimes I do feel stress dengan pakcik kecik ni ialah dia sangat ligat, really2 'hardworking' person but ligat tu takpa, dah get used dah sebab Rafiqh dulu pun macam ni jugak, tapi yang tak tahan tu ialah dia ligat tapi tak lasak, kena sikit ja terhantuk ka tertomoih ka jatuh ka hapa ka, melalak macam kena hapa ja. Oh actually dia ni ada mood, kalau time mood baik, dia jatuh tertonggeng2 terguling2 pun dia boleh sengih2 gelak lagi, tapi kalau mai mood 'menyentot' dia tu, hadoiii sabaq ja laa... Seriously, dia punya volume tu perghhh sakit gegendang telinga ni dengar, suara dia tu boleh dengar sampai kat bawah dari tingkat 5 ni, my neighbours told me that! Dah tu kalau teriak bukan tau sikit2, over sungguh, auta ja lebih!

Selain tu, cabaran lain dengan si Raziqh ni ialah dia ada 'pembantu' yang memudahkan dia melasak, tak lain tak bukan, onichan lah! Mak depa memang tak boleh duk diam, kena alert sentiasa, kalau depa senyap ja tu wajib laa kena pi jenguk, ada ja 'projek' depa, hish! Hari tu dah buat satu corner kat bilik kecik yang tak guna tu untuk Rafiqh main, selalu laa jugak depa main kat situ tapi agak kurang meyakinkan untuk biar depa berdua ja kat situ, so fikir2 nanti lepas dah clear ruang tamu ni, kami nak pindahkan toys depa ke sini, senang sikit nak monitor depa bermain. Nampak gayanya sementara adik nak membesar dan boleh 'jaga diri' sendiri, kena tahan laa dengan rumah yang bakal lintang-pukang ni, nanti dah pandai sikit, baru laa pindahkan balik barang depa ke bilik tu...

Thursday, March 25, 2010

Raziqh budak baru belajar nak makan...

Sementara 2R tengah tidur, mai nak update cerita pasal Raziqh dan makanan dulu, satgi kalau sempat, boleh laa cerita pasal majlis konvo yang kami pi last tuesday...

Bila Raziqh cecah 7bulan, I dah mula prepare barang2 keperluan yang diperlukan untuk sediakan makanannya, contoh macam blander dan periuk kecil. Blander tu taklah sampai beli baru, cuma sebelum ni I selalu pakai bekas blander kecik yang orang guna mesin bahan kering tu untuk bland bawang dll(kes malas guna blander besaq, haha), so bila nak guna blander tu untuk Raziqh, tak boleh pakai dah laa, kena cuci bersih2 dan simpan. Periuk pulak yang zaman Rafiqh tu dah buruk, jadi I beli laa baru. Pinggan mangkuk gelas dan sudu, semuanya pakai kongsi2 dengan Rafiqh. Cup ber-straw baru ja beli jumaat lepas, tapi bekas2 kecik untuk simpan foods pulak sampai sekarang tak beli2 lagi, hohoho.

1st time nak bagi Raziqh makan, I cuma lenyekkan pisang dan suap dia, kalau sebelum2 ni apa ja abang dia suap dia boleh terima, tapi peliknya bila I suap pisang dia luah2 balik. At first I thought oh maybe dia taknak makan lagi kot, just nak main2 but I was wrong, hapa punya ngokngek laa mak budak ni, rupanya Raziqh tak reti nak telan pisang tu, cause few days later I tried to feed him apple puree and turned out he really love it, makan punya laa lahap macam 10hari tak jumpa foods, hihi. Then I bland pisang sekali lagi dan suap dia, taaraaa he ate it! Bermula dari situ, I pun bland nasi dan buah2 untuk Raziqh sekali sehari. Mula2 tu I bland bagi agak cair(air banyak), kemudian semakin hari semakin pekat(kurangkan jumlah air), nanti2 bila usianya hampir 10bulan++, mungkin dah tak perlu bland halus lagi, either softly mashed or chopped into fine pieces...

Kalau ikut dalam buku/website baby, biasanya mesti tulis mula2 nak bagi baby makan, amount-nya hanya 1 sudu besar saja. I don't know ibu lain buat macammana, kalau I, I give more than that, lebih kurang 4sudu besar gitu. Sebabnya dari pemerhatian I, masa mula2 baby nak terima foods, depa takkan mampu telan semua yang kita suap tu, lagi banyak yang tumpah(disembur/diluah) dari yang masuk perut. Kiranya kalau suap 4sudu tu pun, I'm sure yang masuk perut dia cuma 1sudu ja, macam tu lah lebih kurang...

Ada yang tanya, Raziqh tak makan ikan/ayam lagi ka, I told them that he just started to eat so kena slowly introduce 1 by 1 type of foods, sistem penghadaman dia baru nak 'kenal' dan baru nak mula proses makanan selain susu, kenalah bagi ikut step kan, tak boleh main redah ja. As for starting I prefer bagi buah2, sayur2 dan bubur nasi plain ja dulu. After 1 month ++, baru mula bagi ayam ka ikan ka tofu ka...

Walaupun sebolehnya I cuba apply '4day wait rule' for each of his new foods, tapi setakat sekarang ni I cuma tunggu 3hari ja, masa jumpa doktor for 7months check up Raziqh tempoh hari, paed pun ada cakap that 3days is enough to detect allergy symptoms if he has any. Paed jugak ada senaraikan foods yang seboleh mungkin perlu dilewatkan pemberiannya buat baby, contoh macam freshmilk, telur, certain type of fruits and etc., so part tu kena extra careful sikit sebab Raziqh suka sangat rembat makanan Rafiqh, huhu.

Sejak Raziqh mula makan ni, 1 good thing is dia dah poop kerap dari dulu. Kalau dulu seminggu sekali ja sekarang almost everyday, so mama tak payah nak risau2 fikir atau kira hari Raziqh tak poo lagi, hehe.

Unlike Rafiqh, dengan Raziqh ni I tak boleh nak strict sangat dah. Kalau Rafiqh dulu dia cuma makan 100% of homemade foods till he reached 10months++(tu pun sebab kami balik bercuti kat Malaysia), tapi Raziqh ni no choice I kena bagi jugak snacks baby untuk 'redakan' gangguan dia terhadap Rafiqh. Mak pun kata anak 1st memang senang nak monitor tapi bila dah kedua dan seterusnya memang susah sikit dah sebab dia ada abang/kakak. Sekarang Raziqh petang2 time Rafiqh makan oyatsu(=snacks), dia pun dapat makan senbe baby jugak, suka laa dia...

Tu ja ceritanya, gambar2 kat bawah ni takdak kena mengena pun dengan tajuk entry...

Rafiqh dan Raziqh kat Fracasso. Jumaat lepas dinner kat sana ramai2 dengan juniors. Kalau zaman takdak anak lagi, suka laa melepak kat family restaurant tu berjam2 tak hingat nak balik, kerja minum air sampai kembung perut, tapi la ni tak boleh laa kan, anak2 nak tidur awal, hihi...


Raziqh lena tidur, comel dak?! Rafiqh gatai suruh buh adik dia pakai menatang tu...


Ini gambar isnin lepas, sementara tunggu kereta dibasuh oleh 'abang2' stesen minyak, mama snap photos Raziqh bertopi. Topi ni onichan punya, tapi sebab ayah dah belikan topi baru untuk onichan, adik dapat topi ni ler. Wah2, sedondon dengan baju...

Friday, January 29, 2010

Dinding rumah

Beberapa hari lepas ada jiran datang bertandang ke rumah, tengah dok sembang2 tu tiba2 dia kata "cantik bersih dinding rumah ni ye, tak macam ada budak kecik pun"(of course lah dia cakap dalam japanese kan)... Tergelak I mendengarnya, sebenarnya ni bukan pertama kali tetamu yang datang ke rumah kami ni 'tegur' keadaan dinding rumah yang sedikit pun tak terpalit kesan contengan atau hasil kraf tangan si Rafiqh, dah banyak kali sangat dengar orang puji, hehe...

Sejak Rafiqh mula tunjukkan minat untuk menulis, I dah pastikan yang dia pegang pensil dll tu hanya bila I ada bersama dengannya. Samada kami menulis sama2 atau dia duk depan I, I pulak buatlah kerja sendiri(lipat baju ka, surfing ka, membaca ka yada2). In fact hingga ke saat ni pun dia masih dipantau setiap kali nak main dengan crayon/magic pencils/highlighter/pen/pencil etc. Cumanya lately dah longgar sikitlah, dia boleh menulis even I tak duk dekat dengan dia, tapi dia mestilah berada pada jarak kurang dari 4meter(tu ja jarak paling jauh kat dapur tu, perasan rumah besar sangat ka hapa, hahaha) dari I yang biasanya tengah memasak. Jauh mana pun yang pasti mata ni masih boleh nampak apa yang dia dok buat, tu syaratnya...

I jugak tak letak pen2 atau peralatan menulis milik sendiri atau myLove kat merata2 tempat. I pastikan semua tu berada kat tempat2 yang tak terjangkau dek tangan Rafiqh...

Mesti ada yang kata "perghhh straight gila!", yes I am! Tapi I taklah kejam sangat nak kontrol dia membabi-buta kan, tu pasal laa I belikan board yang ada pencil khas untuk menulis tu, dengan board tu anytime anywhere dia boleh melukis...

Ada banyak reasons kenapa I buat macam tu, antaranya:
1- tak mau dia conteng benda lain selain bukunya - this is the main reason! Cause I really hate tengok dinding rumah berconteng
2- memudahkan I untuk organize alat2 menulis dia
3- supaya once dia dapat menulis, dia akan concentrate

Menulis/melukis/menconteng ni sememangnya perkara yang sangat penting untuk perkembangan minda setiap kanak2. Kita selalu tengok orang cina sanggup hantar anak2 depa pi tuition belajar melukis dan muzik kan, ingat depa suka2 nak perabih duit ka? Takkkk, tu sebab depa tau value yang ada disebalik 2 aktiviti tu. Melukis boleh memperkembangkan idea dan menjadikan anak2 kita bijak. Melukis jugak membantu memaksimakan penggunaan motor skills anak2. Dan I percaya melukis jugak adalah peringkat awal untuk membentuk disiplin dalam diri mereka, bagaimana? Dengan meletakkan garis panduan kat mana boleh lukis dan kat mana tidak...

I tau ada sesetengah mak bapak tu tak kesah pun bab ni, depa boleh ja tolerate tengok anak2 conteng dinding dan sebagainya, haa lepas tu potpet2 berleter tak habis 44hari sebab rimas tengok dinding kotor. Depa anggap hasil contengan tu sebagai 'seni' dan anak2 wajar diberi kebebasan buat apa yang anak2 suka. Fine, betul laa tu, I tak kata pun salah, tu cara depa berfikir...

Cumanya kadang2 ibubapa jenis ni lupa untuk letakkan had pada anak2, 'menconteng dinding hanya boleh di rumah sendiri, kat rumah orang NO!' Haaa yang ni selalu jadi masalah. Sebab dah terbiasa lepas tangan bila anak2 buat kat rumah sendiri, pi rumah orang pun kita rasa orang tu tak kesah kot kalau anak2 kita belasah conteng dinding rumah dia. Siapa yang perlu dipersalahkan, budak2 tu ka mak bapak budak2 tu? Untuk elakkan benda ni terjadilah makanya sejak anak kecik2 lagi I dah cuba sampaikan message yang "melukis hanya atas buku". InsyaAllah ke mana pun dia pergi dia akan faham dan ingat...

Semoga dinding rumah kami terus bersih sampai bila2, tak kesahlah samada duk rumah sewa apalagilah kalau duk rumah sendiri nanti. Nak2 pulak kami sekarang ni menyewa rumah hak milik kerajaan, kalau kotor ka rosak ka kami kena bayar ganti rugi masa nak keluar nanti, so seboleh mungkin kenalah jaga amanah ni supaya tak kena denda nanti, ohohoho...

Tuesday, January 26, 2010

Baby and car-seat

Kita selalu dengar keluhan ibubapa tentang baby yang refuse duduk dalam car-seat kan? It's actually normal, perfectly normal, sama jugak macam baby tak suka duduk dalam stroller kan...

Kalau ikutkan pengalaman I(yang tak seberapa ni), starting-nya pun taklah mudah. Ramai jugak kawan2 bertanyakan tips nak bagi baby suka dan pasrah duk dalam car-seat, sebenarnya susah nak jawab sebab setiap baby tu kan berbeza2, kena try test pelbagai cara, tapi takpa hari ni mai nak cerita cara I, kot2 lah berguna...

Sebelum Rafiqh lahir I selalu baca cara2 yang orang lain praktikkan untuk bayi2 mereka nak bagi anak2 tu suka duk dalam car-seat. Antara yang paling glamour ialah biasakan bayi tu duk dalam tu sebaik selepas dilahirkan. Maksudnya angkat seat tu buh dalam rumah dan letak bayi dalam tu sekerap mungkin sepanjang tempoh berpantang, lama2 nanti dah terbiasa dia sukalah! I tak sure keberkesanannya sebab tak pernah cuba...

Kaedah yang I guna ialah mula2 "angkat-letak", lepas tu "letak-lantak", hahaha bunyi macam hapa ja....

Masa bawa Rafiqh balik sini selepas habis pantang, myLove sewa kereta dan datang jemput kami kat airport, tu lah 1st time buh Rafiqh dalam baby-seat. 8hours++ traveling in the car, for sure dia restless, nak2 pulak tu pertama kali guna car-seat. So kaedah 1 - I angkat-letak dia bersilih-ganti, angkat untuk menyusu atau bila dia menangis then letak balik, angkat balik dan letak balik, haa macam tu lah sampai laa sampai rumah. 1st few months tu pun sama jugak, walaupun selalunya perjalanan dalam kereta tu singkat ja(setakat pi supermarket), setiap kali dia menangis meronta I akan angkat-letak-angkat-letak jugak... Yang paling penting, sebelum perjalanan bermula, I make sure terus attached dia kat car-seat.

Rasionalnya kaedah 1 ialah I cuba beri gambaran pada Rafiqh bahawa duduk dalam car-seat bukanlah suatu penderaan, tapi sesuatu yang sangat best dan selesa. I cuba bersikap fleksibel dengan tak memaksa bila dia tak suka. Slowly dia sendiri akan rasa seronok dan 'faham' kalau-naik-kereta-kena-duk-sini...

Bila dia dah besar sikit(4months++), I pakai kaedah 2 - letak dan lantak. Time ni hanya bila dia menangis sebab nak susu ja I akan angkat, kalau sebab lain I cuba entertain dia dan alih perhatian dia ke benda lain. Benda paling senang nak bagi dia tertarik ialah pada permandangan luar kereta(car, lorry, bus, bird, tree, sky bla3), dia tak cepat bosan sebab permandangan tu kan berubah2, kalau bagi toys selalunya tak bertahan lama, lepas tu dia boring. Bila dia dah makin 'pandai' menikmati scenery luar, haa takdak masalah dah laa, dia akan enjoy sendiri. Oh tapi kalau perjalanan tu jauh, bila dia nangis I tetap angkat sekejap then letak balik...

Rasionalnya kaedah 2 ialah bila dah makin besar dia dah makin faham, terpaksalah kena bertindak tegas. Kena kurang ikut rentak dia, takut nanti dia naik lemak...

I mula drive balik bila myLove belikan wish, masa tu Rafiqh dah 9bulan. Dia dah besar dan dah faham so I tak hadapi masalah nak drive berdua dengan dia. I cuma pastikan dia kenyang ja sebelum mulakan perjalanan, sebab dia masih fully breastfeed time tu. Kalau dia mengantuk, dia akan tidur sendiri sebaik saja kereta mula bergerak. MyLove selalu ulang kata "Rafiqh tau mama tengah drive, sebab tu dia behave", yer la kot. Sampailah sekarang ni dia memang tak banyak kerenah kalau bab naik kereta, boleh duk dalam car-seat or just pakaikan seat-belt...

Tu cerita Rafiqh, Raziqh pulak belum tau lagi macammana, dia baru 5bulan lebih so tak sure lagi penerimaan dia terhadap car-seat. Sebelum2 ni I guna kaedah angkat-letak jugak dengan Raziqh, so biasanya kalau letak dalam car-seat dia nampak ok. Tapi selama ni mama ada kat sebelah, haa lepas2 ni mama dah takdak, taktau laa lagu mana pulak kan. Setakat semalam memang positif, esok lusa belum boleh cakap, hehehe...


Note: Ni cara I, lain orang lainlah kaedahnya kan...

Monday, January 11, 2010

Constipation @ sembelit

Raziqh dah beberapa hari tak poop, haihhh...
Nasib baiklah dah ada pengalaman handle situasi ni dengan Rafiqh dulu, so this time taklah gelabah. Oh actually this is not the 1st time, in fact dah banyak kali pun si Raziqh ni skip berhari2 tak 'membuang', taktau for what reason this happen, so now I cuma perlu monitor keadaan dia saja, without any other symptoms such as vomiting, swollen tummy and etc., insyaAllah tak apa2 laa...

Masa Rafiqh kecik dulu, pernah dia tak 'membuang' selama hampir seminggu, masa tu dia fully-breastfed. Memanglah risau kan sebab sejak lahir dia memang jenis yang membuang at least sekali sehari. Then we googled the infos in baby's websites and went to meet his paed and asked him directly regarding this problem. The doctor told us(and we got the same answer from the websites) that for fully-breastfed baby, a week seems to be normal for not having his bowel movement...

Actually there's no such thing as normal number of bowel movements per day, bila dan berapa kerap our baby moves his bowels can depend on when and what he eats, his level of activity and how rapidly his body digests food. Constipation occurs when stool backs up in the intestines, either delaying bowel movements or making them hard for our baby to pass. Our baby may be constipated if any of the following is the case:
- his stolls are hard and dry or have blood in them
- 3 or more days have passed since his last bowel movement
- he shows persistent discomfort when moving his bowels

Penyebab utama constipation boleh dilihat pada sumber pemakanan bayi kita. Jika bayi kita fully breastfeed, so constipation is rare, but still it's possible to happen. We have to refer our baby's doctor if his stools are hard, dry and painful. Tapi kalau dia nampak ok dan bila membuang dia tak tunjukkan reaksi yang dia sakit dll, tak perlulah risau... Kalau risau, jumpa doktor, habis cerita!

Bagi bayi yang hanya diberi minum formula milk pulak, berkemungkinan the particular brand he's drinking may not agree with him. Switching brands may help to solve the problem.

Selain itu, constipation can also be caused by dehydration. Kekurangan air dalam badan menyukarkan bowel movements, so giving our baby more fluids can help. If our baby is already eating solid foods, try giving him prune or pear juice(but not citrus fruits' juices-oranges,lemons etc. until our baby reaches 1).

Aside from making changes to his diet, here are a few more tricks for getting bowels back on track:
- wiggle his legs in a gentle pedaling motion while he's lying on his back
- gently but firmly massage his belly below his navel. If we feel a firm area, keep a steady pressure there for a few moments

Hopefully Raziqh tak apa2 lah, since he's still fully breastfeed so nothing much I could do about his diet(I do eat and drink lots of water, orange and etc.), all I can do now is to massage him 2times in a day.

Owh Raziqh, sila poop setiap hari, buleh?!
Edited: yer dik, sila poopoo setiap hari sebab mama tak tahan lah bila berhari2 Raziqh tak poop, sekali buang perghhhh mama pengsan! Punyalah banyak dan tobat busuk tak hingat! hakhakhak

Friday, January 8, 2010

Tsuyoshi-kun @ 2years 1month

Wahhh dah ada angka 2 dah kat awal usia dia, besar dah onichan yer...

Banyak sangat nak cerita kalau nak update satu2 pasal dia, dah banyak benda dia boleh buat, most of the times dia berjaya buat kami kagum dengannya, tiba2 mak bapak dia kandou(feeling) lebih2, kes oyabaka lah ni, haha... Untuk entry kali ni, I highlight 2points sajalah!

Yang pasti Rafiqh sekarang makin petah berkata2, dah pandai bagi dan jawab salam bila sampai rumah. Sekarang tengah ajar dia on how to greet people, say "assalammualaikum" to muslims and "ohaiyo gozaimasu/konnichiwa/konbanwa" to japanese. Aisatsu(=greeting) ni salah satu budaya jepun, sangatlah beradab dan bersopan-santun, cute sangat tengok budak2 pandai aisatsu orang. Bercakap words lain2 tu banyak dah yang dia boleh sebut, tak sabar pulak nak tunggu dia pandai 'berbual', mesti meriah rumah ni bersoal-jawab dengan dia, hihi...

Kalau dalam entry milestone dia sebelum ni I mentioned about his new bad habit of throwing tantrums and I did promised to write about it, tak sempat nak habis tulis lagi I guess dia dah slow down perangai mengamuk dia tu dah, alhamdulillah really lega yang amat sangat. You guys mesti tau kan betapa seksanya nak layan kerenah amukan anak2 ni, boleh naik meroyan dan separuh gila mak bapak kalau tak cukup sabar nak tackle perangai mengamuk ni, tapi syukur amat sangat he has stopped driving me nuts!

I know its perfectly normal for toddlers at his age to throw tantrums cause that's how they express their feelings, but still I don't agree with the idea of just let them do whatever they want to do whenever they're unhappy. Expressing emotions is healthy, even when they aren't happy ones. Their feelings are transparent, it's soo tempting if we want to keep things happy for them at all times. And it's also important for them to experience emotions like sadness, frustration, anger yada2 so that they can learn to cope better with their future life. So I believe we as parents have the right and responsibility to guide and teach them the proper ways on how to express their emotions. Whether we like it or not, we have to let them know that it's okey to be unhappy sometimes, it's okey to have such the negative emotions cause it's simply part of life. For example, mereka mungkin mengamuk kerana berasa "oh hidup ni tak adil" bila their mom pays more attention to their little siblings, so we have to label their feelings "you got all my attention when you was a baby, you can't get the same attention all the times, yes life is not always fair, we have to learn to tolerate with each others bla3" and tell them that they're not the only ones who feel such that feeling, kita adults pun ada masanya rasa kecewa, rasa sedih, rasa marah etc. etc... Somehow slowly mereka akan faham 'lumrahnya' bad emotions dan belajar mengatasinya in their own better ways...

Ada jugak ibubapa yang merasakan membiarkan anak2 melepaskan amarah/emosi mereka dengan cara mereka tersendiri adalah tindakan paling mudah dan baik. Ok fine kalau dia takat ngamuk dalam rumah ja, what if kalau kat public pun dia buat hal, tak sakit jiwa ka? Kita pun tak suka tengok anak orang buat hal kan, takkan kita assume orang suka tengok perangai anak kita? heh! Yes, I have to admit I'm not a good momma, yang boleh tengok ja anak buat perangai, yang boleh sengih ja layan segala mak-nenek kehendak anak, yang berlapang hati bila anak baling hawing barang, hempas2 badan, gedegung-gedegang pintu, jerit2 pukul2 I or whatnot, oh its soo not me! Seriously hari tu memang I tensyen sangat2, apa tak nya, even for a very tiny simple thing pun dia boleh mengamuk tak-tentu-hala-punca, serabut sungguh kepala otak ni. Sekarang ni I think he learns his lesson lah! After what he did and we did, may be dia dah tak berani nak tunjuk perangai tu lagi... Though he still tak boleh 'luahkan' apa perasaan dia, I still tak faham kenapa kadang2 tiba2 dia moody, but somehow lately dia boleh calm down in other ways, legaaa no more 'drama'...

So Rafiqh onichan, please behave, your momma sometimes could turn to be a monster!!!

That's all for now, selamat berhari minggu!

Sunday, December 13, 2009

Co-sleeping

Dah alang2 cerita pasal SIDS dalam entry lepas, mai nak sambung sikit pasal SIDS dan co-sleeping pulak. Sebelum tu, kena laa terangkan dulu apa itu co-sleeping kan, kot kalau ada viewers yang taktau, hehe. Co-sleeping ialah amalan dimana bayi/kanak2 kecil tidur bersama ibubapa...

Apa kaitan SIDS dengan co-sleeping?
Sebenarnya ramai antara kita yang salah faham dengan menyangka bahawa co-sleeping adalah punca utama SIDS, kononnya mak terhempap anak laa. Memang tak dinafikan wujudnya kes sedemikian tapi peratusannya terlalu kecil. Jadi, untuk mengatakan co-sleeping sebagai punca utama SIDS adalah tak wajar sama sekali! Honestly, kadang2 I memang rasa nak tergelak bila ada bakal2 ibu atau ibu2 yang senang2 buat kesimpulan pasal SIDS dan co-sleeping ni. Rasa ralat sebenarnya bila ibu2 ni tak buat kajian or at least membaca lebih detail terlebih dulu sebelum nak judge dan mempertikaikan tindakan orang lain. Co-sleeping has nothing to do with the sudden infant death syndrome, period!

Ada jugak yang berpendapat bahawa amalam co-sleeping ni ketinggalan zaman dan nampak perkampungan. Ketika era "sleeping in the crib/babycot" ni boom, ramai ibubapa yang memilih untuk mengasingkan tempat tidur anak yang masih bayi dengan mereka. In fact, ada yang sampai buh baby tidur bilik lain, macam yang kita tengok kat negara2 mat saleh tu. Nope, I tak kata benda ni salah hokey... Memang tak salah pun, atas alasan ibubapa tu sendiri laa kan, might be the parents need the privacy or katil kecik sangat tak muat or whatsoever lah! Tapi tak lama kemudian, pengkaji mula menemui kebaikan2 yang ada hasil dari amalan co-sleeping ini. Akhirnya kini co-sleeping menjadi salah satu topik yang sering dibincangkan dan turut tersenarai sebagai natural parenting...

Dalam islam sendiri pun, tak ditegah untuk tidur bersama anak yang dah besar, tapi setelah anak capai peringkat usia sekitar 7tahun, kita perlu pisahkan tempat tidur depa dengan kita...

Antara kebaikan co-sleeping :-
- ibu mendapat tidur yang lebih bila co-sleeping dengan bayi, tak payah nak bangun banyak2 kali untuk check condition baby, somehow the risk of SIDS turut reduce cause ibu akan cepat sedar bila something happen to her baby...
- stress hormones are lower in mother and baby who co-sleep...
- physiology of co-sleeping baby is more stable(more stable temperatures, more regular heart rhythms, fewer long pauses in breathing etc.)
- co-sleeping may promote long-term emotional health(happier, less anxious, higher self-esteem, fewer behavioral problems etc.)

Kalau kita risau keselamatan bayi/anak kita untuk co-sleeping, banyak solutions telah dikenalpasti. Contohnya bagi parents yang tidur atas katil, bimbang anak jatuh, sekarang ni dah ada crib/bassinet khas yang boleh attach terus ke katil.

Pun begitu, kita tetap perlu tahu perkara2 yang selamat untuk co-sleep. Antaranya ialah tilam yang digunakan sebaiknya pilihlah yang firm, anak kecil tak dibenarkan tidur sebelah baby, baby sebolehnya tidur on his/her back dan banyaklah lagi. Kita juga dilarang sama sekali untuk co-sleep with the baby if :-
- under the influence of any drug, contohnya macam makan ubat batuk dll that diminishes our sensitivity to our baby's presence
- extremely obese
- exhausted from sleep deprivation

Rafiqh is still co-sleeping with us until now. Kami tak pakai katil, bentang futon 3set dah cukup luas dah. Co-sleeping ni lebih memudahkan untuk I pantau keadaan anak2 dan yang paling utama lebih senang nak breastfeed baby... I pernah asingkan tidur Rafiqh dengan I masa balik Malaysia hari tu ja, sebabnya nak biasakan dia tidur without me sementara I dalam wad. Lepas tempoh dia dah sesuaikan diri dengan kehadiran adik, kami co-sleep balik... Indahnya hidup di kala celik mata bangun pagi tengok wajah anak2...

Friday, December 11, 2009

SIDS

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah satu fenomena di mana bayi meninggal secara mengejut. Walaupun banyak kajian dah dilakukan bagi mengenalpasti punca utama kejadian ni, but until now the cause of SIDS remains a mystery...

Apa yang perlu kita tahu dan faham ialah SIDS is not any 1 illness or disease. Rather, it's the diagnosis that's given when a child under a year old dies suddenly and an exact cause can't be found after a complete medical and legal investigation(including an autopsy) has be done. Roughly babies between 2 and 4months old are most at risk, and 90% of SIDS cases are in babies under the age of 6months, means after our baby's first birthday, his/her likelihood of succumbing to SIDS drops dramatically. SIDS is also known as crib death because it happens most often during sleep, usually between the hours of 10 pm. and 10 am.

Walaupun setelah lebih 3dekad kajian terhadap punca SIDS dilakukan, there still no definitive answer for that. Banyak andaian telah dibuat sebagai platform untuk mencari jalan penyelesaian atau kaedah terbaik untuk menangani SIDS ini, antara andaian tersebut ialah pada possibility of electrical problems with the heart, respiratory distress, overheating, serotonin imbalance, bacterial infections, failure to rouse, smoking environment many more... Till now, experts are continuing to study the brain, the autonomic nervous system, infant care and sleep environments, infection, immunity and genetics in search of answers...

Even though there's no sure way to prevent SIDS, we can take steps to reduce the risk of it happening. Here are the most important points:

- Do check the baby constantly when he/she is sleeping...
- Put the baby down to sleep on his/her back but once he/she is able to roll over while sleeping, it's ok to sleep on his/her stomach...
- Use a firm crib mattress (softer mattresses may allow the baby to sink in and may make it more difficult to breathe)
- Don't overheat the baby with too much clothing or an overly warm room. Kalau risau baby sejuk, bagi dia pakai blanket sleeper...
- Keep pillows, fluffy blankets, comforters and other soft objects out of baby's crib...
- Never allow people to smoke around baby...

Tuesday, December 8, 2009

Cenge!

Note: Cenge(cara baca -> CE tu celak punya ce, NGE tu ngelat punya nge, errr ada paham?!)...

Cenge tu maknanya garang!

Hari ni nak cerita bab mak bapak yang garang laa pulak, hihi...

Bagi pendapat I, dalam sesebuah institusi keluarga, mesti kena ada salah sorang parents tu yang garang - either father or mother. Kalau dua2 baik, takut anak akan pijak kepala dan kalau dua2 garang sangat pun tak boleh jugak, sebab nanti anak2 hilang tempat mengadu...

Salah satu tips dalam mendidik anak ialah bila si ibu marahkan anak, si bapa tak boleh tumpang marah sama, anak tu sure akan turns to sorang lagi untuk dapatkan perhatian, even though memang dia bersalah pun, tetap kena pujuk jugak, dan bila dah cool down si bapa kena terangkan apa anak tu buat tu salah bla bla bla. Dan begitu jugaklah sebaliknya. Tapi sangatlah tak boleh bila si ibu tu marah, alih2 dia pulak pi pujuk anak tu, next time bila marah lagi anak tu dah tak heran dah cause dia tau satgi mak dia mai pujuk balik(dia dah tak terkesan dengan rasa bersalah dan taknak buat lagi), ulang2 pi mai pi mai dia akan demands dipujuk dan akhirnya dia naik lemak...

In my own family, abah seorang yang sangat baik, jangan kata nak pukul, jentik pun tak pernah, jangan kata nak jerkah, marah pun tak pernah! Seumur hidup 26tahun ni, belum sekali pun tengok abah naik angin, tak pernah tengok abah maki-hamun, tak pernah tengok abah tengking2, bukan takat anak sendiri ja, kat sapa2 pun even his staffs pun abah selalu respects, cuma orang ja kadang2 tu buat lebih kurang ja dengan abah... Abah memang sangat penyayang tapi kalau kami ada buat salah, abah akan tegur melalui mak atau dengan surat. Perghhh kalau dapat surat dari abah, mau ketaq lutut 44hari, hahaha. Kalau abah sampaikan isi hati dia, selagi tak minta maaf dan berubah, selagi tu perasaan tak senang hati tu menghantui diri, sungguh! Hebatnya abah main psikologi dengan anak2 sampaikan kami jadi begitu menjaga hati dan perasaan abah. Sebab tu laa walaupun abah tak garang, kami sangat sanjung abah, tak pernah sekali pun ada antara kami yang kurang ajar dengan abah...

Mak pulak sejak azalinya cenge nak mampuih! Kalau mak marah, satu kampung boleh dengaq(hahaha tipu laa sangat)... Oiii serius garang weiii! Hari tu masa nak pindah rumah yang kami duk sekarang ni, jiran mak depan rumah tu kata "sunyi laa cik Zah(=my mom) pindah nanti, tak dengaq dah laa suara cik Zah marah Sulhiy(=my youngest bro)", hahaha haa baru mak tau, dulu kami habaq suara mak kuat sangat mak tak percaya, kan dah malu sendiri, kahkahkah... Bukan takat garang dengan anak2 dia ja, habis dengan anak2 menakan ka cucu2 menakan ka anak2 orang pun dia balun marah jugak kalau buat salah. Sampai la ni kalau anak2/cucu2 menakan belah mak tu, bila depa nakal dan mak depa kata nak ngadu kat makchik/tokchik(panggilan untuk mak), depa sure cuak punya laa...

Masa kami kecik2 dulu, mak garang sangat, kadang2 tu rasa diri ni macam anak angkat pulak, hahaha... 6beradik kami tu terbahagi 2 dek perbezaan usia, 3 yang atas - abanglong, me dan alang dengan 3 yang bawah - ateh, achik dan adik. Kami 3 atas tu jarak umur dekat2, setahun lebih ja beza tapi dengan 3 yang bawah tu jauh laa. So masa depa ni mak dah berumur, depa kira untung laa, mak dah tak garang sangat dah kalau nak compare dengan masa kami yang atas2 ni. Kami ni perghhh silap sikit ja siap aar, memang kena punyalah! Selalunya kalau abah ada, abah laa jadi superman, ultraman, batman dan segala-mala superhero lain, bagi kami abah laa penyelamat kami, hihi...

Kalau kami nakal, mak tibai pakai batang lidi pokok nyok, tak pun pakai bulu ayam, tak pun mak pi lughut batang inai depan rumah. Dulu pindah tang mana pun, mak mesti tanam pokok inai depan rumah, bukan mak guna daun tu buat inai tapi guna batang tu buat rotan! Sapa tak pernah tengok pokok inai mungkin tak tau kot yang batang pokok inai tu ada duri, ya DURI! Kalau mak lughut batang inai, mak tak lughut habis duri2 tu, mak buang tajam2 tu ja, so kalau mak piap, memang lekat baloq laa, 5tahun takkan lupa, confirm! Tapi kami 3beradik hebat, tiap2 kali mak beli/buat rotan baru, kami pakat pi curi dan sembunyikan, pernah jugak kami patah2kan lepas tu pi buang, nanti bila mak nak tibai, mak cari tak jumpa, hahaha, jahat sungguh, tapi lepas mak melilau cari tak jumpa, kami tak hebat dah laa sebab mak tibai jugak, silap2 haribulan sorang punya pasai semua kena, sapa suruh bersubahat, hohoho...

Selain rotan, mak suka jugak men-cili, haa ni kalau cakap bukan2 memang kena laa. Mak tonyoh cabai hidup tang mulut, dulu kecik2 dulu I pernah terfikir awat mak tonyoh pakai cabai besaq, awat tak guna cabai kecik ja. Bodoh piang sungguh, kalau mak pakai cabai kecik, haruih berhari2 dok pedih mulut, jenuh hangat tak duk diam seminit... Lepas proses di-cili, haa pandai2 laa pi gagau ais...

Depa 3orang bawah kami tu rasanya tak pernah kena rotan pun kot, habis2 sangat pun mak buh penampaq dengan cubit ja, cet, apa kelas?! Sebab kami ni rajin kena balun laa kami semua study oversea, arrr buleh?!

Mak tidaklah garang membuta-tuli, ada masanya mak baik jugak. Mak tegas mendidik kami untuk tengok anak2nya hidup berdisiplin. Sejak kecik jadual hidup kami dah mak susun, bila nak kena mandi, bila nak makan, bila boleh main, bila kena study, bila boleh tengok tv, bila kena masuk tidur, even pakaian apa nak kena pakai pun mak yang tentukan, etc etc... Dulu mak tak bagi kami berkawan sangat, kata mak "berkawan kat sekolah ja, balik ghumah haa kawan dengan adik-beradik suku-sakat hangpa ja", sebab tu laa I tak ramai sangat kawan baik kot, berkawan takat biasa2 ja. Mak memang ambil berat setiap perkara dalam hidup kami, walaupun kadang2 tu rasa terkongkong tapi kami jarang nak bantah, sebab takuttt, hehehe...

Walaupun kecik2 dulu I pernah membenci cara mak mendidik kami, walaupun I pernah berkecik hati dengan kata2 mak, walaupun I sering memberontak menuntut keadilan, walaupun hati diasak sejuta satu rasa dan persoalan, tapi tetap di celah2 semua episod perit itu ada kasih dan cinta yang amat mendalam bila direnung2kan...

Kalau dulu mak tak cenge macam tu, mungkin kami bukan kami yang sekarang. Mungkin kami tak berakhlak seperti sekarang, mungkin kami tak berjaya seperti sekarang(walaupun I cuma seorang surirumah, hehe), mungkin kami tak menghargai dan menyanjungi kasih sayang abah mak seperti sekarang, dan seribu kemungkinan lainnya... I bersyukur, alhamdulillah, atas usaha jerih perit mak mendidik kami, kami adalah kami yang kini. Kami yang kini adalah anak2 yang membenihkan senyum dan tawa pada wajah mereka, anak2 yang memekarkan kebanggaan buat mereka, anak2 yang membahagiakan mereka...

I ambil masa yang agak lama untuk faham dengan cara asuhan mak. Untuk sampai ke titik penyudah tu I banyak berperang dengan emosi sendiri. Oleh itu I tak pernah bercadang untuk mengulangi kisah hidup yang sama untuk anak2 I. Mana2 yang baik I kutip jadikan panduan, mana2 yang buruk I akan tinggalkan jauh tak berjejak! Jurang generasi adalah faktornya, mungkin cara nenek kita dulu2 didik ibubapa kita sangat releven untuk masa tu, tapi cara tu dah tak sesuai dengan kita, demikian jugaklah aplikasinya untuk generasi anak2 kita seterusnya.

Pun begitu, I tak pernah fikir cara mak tu salah, I tak pernah kutuk cara asuhan mak, buktinya mak tak silap ialah pada hasil2 yang terpampang pada kami 6beradik. Hingga saat ni pun, I still berpaling pada mak setiap kali hati ni dirusuh kegelisahan, I masih refer mak untuk banyak perkara...

Garang tu perlu tapi biarlah berpatut padan, apa yang penting ialah mendidik dalam ketegasan yang penuh hikmah, tak lupa dari menyulam kasih sayang dan perhatian dalam komunikasi seharian. Beri yang terbaik dan mohon dari Yang Esa untuk yang terbaik. Moga anak2 lembut hatinya untuk dilentur sebaiknya...

Saturday, December 5, 2009

Rafiqh's 2 years old milestone...

Lets see what my Rafiqh is capable to do at 2 years old...

1. nowadays his vocabs has increase a lot, much better day to day, be it in japanese, english or malay. Ramai yang kata, if we teach our kids to speak in multi-languages, depa lambat sikit nak boleh bercakap, betul atau tak, wallahua'lam, tapi tak kesahlah, bukannya tak boleh bercakap langsung cuma lambat sikit ja pun... He is so talkative, adik2 I kata "nak pi mana, dah mak dia pun potpet2", haprak sungguh budak2 tu, tak pasai2 haku pulak yang kena, tapi betoi laa kot, ayahnya pendiam, mak-nya terlebih peramah, hakhak... Though he is already able to talk, unfortunately he still refuse to express his request/desire through words, why Rafiqh why?! You get nothing by crying, dapat penampaq ada laa... *sigh*. We are really looking forward for that moment to come, I can't stand to hear his cries everyday just because we can't understand what he wants, naik sasau nak melayan, he always drive me crazy, grrr...

2. he is able to use certain words at the right time/situation. For example he knows when he should say bye2, thank you, hello, hait(=yes) and etc. Dah pandai jugak bagi dan jawab salam, though the pronounce sounds weird tapi boleh faham laa... Awal2 dulu bila ayah balik rumah dan bagi salam, dia lari pi pintu sambil cakap "heyoo(=hello)", ecceh anak haku ni, berlagak macam mat saleh laa pulak main hello2 ja...

3. he loves to imitate whatever we say, but most of the times he only trying to imitate the intonation rather than the words we actually said. Nevermind, it's 1 of the ways babies learn to talk. Good job baby! Cumanya kadang2 time marah tu I rasa nak tergelak bila dia ajuk I cakap, siap dengan kerut2 muka tu, hahaha, lawak seih! Lagi satu, tak tahan bila dia ajuk orang jepun yang dok cakap dengan kami, hilang concerntration mama nak sembang, dok kalut nak katup mulut dia tu, tak tau laa orang2 tu perasan ka tak, hadoi laa, buat malu ja tau budak ni...

4. he can sing! The very 1st song he is able to sing is japanese song, walla! Dulu he used to minat kumpulan Arashi, sekarang ni selain lagu kanak2 kat NHK tu dan lagu2 anime kamen ryder, 1piece and yada2, dia suka jugak dengar lagu nyanyian Hirai Ken, macam tau2 je suara mamat tu, time dengar lagu2 tu dia dok diam kusyuk sungguh, ish3 rosak anak haku...

5. he can arrange things in categories - puts cars all together with other vehicles, assembles blocks in a container, places books with other reading material such as magazines and many more...

6. he enjoys helping around the house. Kalau mood baik dan tengah rajin, suruh buat apa pun semua dia buat. Kalau mood tak ok dan malaih, dia buat pekak je bila cakap dengan dia, masa tu rasa macam nak je sekeh budak ni... Sikit2 tu d
ah boleh dah laa nak harap untuk tolong - on/off tv dan heater, ambil barang2, buang sampah, kemas toys dll. Muka tu bangga ja kalau dipuji lepas buat sesuatu. Cumanya kadang2 terlebih rajin sangat laa pulak, habis segala mak-neka barang dia pi campak masuk sinki dan washing machine. Kalau baju2 kotor masuk mesin baguih laa kan, ni baju baru angkat dari ampaian pun dia bantai buh dalam mesin jugak, apa kes, hadoi, nak marah pun tak boleh, satgi buatnya dia takmau tolong dah haa susah laa kan. Sabaq ja laa...
7. he no longer a picky eater, yeay! Before he reached 1year 2months, he ate almost everythings we gave him, but then he became so fussy and selective, he refused to eat and only drinks milk. Lately he has good appetite in eating, so he eats whatever we eat...

8. puts on loose-fitting clothes and takes off own clothes...

9. switches from 2naps to one. Seboleh mungkin I always make sure he takes his nap at least for an hour... Hanya masa dia tidur ni je I boleh rest atau buat kerja dengan aman...

10. since about 3weeks ago, he never wake up at the middle of the night for milk anymore, yatta! I'm so happy that I have trained him successfully. Yes, maybe for some of you apalah masalah sangat kan untuk bangun dan buat susu for your kids, but I still count it as a problem. Why? 1st cause besides Rafiqh, I have Raziqh who now wakes up at least 4times at night to breastfeed, so kalau both bangun kerap berselang-seli, means makin kurang kuantiti jam I dapat tidur kan, plus if both wake up at the same time, it's hard for me to put them back to sleep, nak2 kalau myLove tak ada/balik lewat/tidur mati due to penat sangat... 2nd, cause nanti pi check up when the dentist/paed asks does he still drinks milk at night I boleh jawab dengan senang hati "NO". Oh tapi dia still bangun jugak sebab mengigau...

11. bottle feeding pulak, so far he still on bottle feeding but not as frequent as he used to has before. I've try to reduce the amount of using bottle, dalam sehari dia minum 3-2kali je pakai botol. So I guess paling lambat pun before he turns 2years and 6months old, he will no longer on bottle feeding insyaAllah...

12. sejak 2minggu kebelakangan ni dia makin kuat throwing tantrums. Subhanallah, memang sakit jiwa ni nak bertahan dengan perangai yang ni... Nanti I tulis entry khas untuk masalah ni hokey!

That's all for now...

Saturday, November 14, 2009

Marah dan pukul...

Long time ago(ececece macam intro buku cerita pulak), sebelum bergelar ibu, I pernah mencipta impian, berangan2 nak jadi ibu yang paling ideal -> lemah-lembut, maha penyayang, tak jerit2 marah dan takkan debik anak2, muhehehe... Tapi bila dah jadi ibu, barulah ku sedar yang jadi ibu tu tak semudah impian, tak sesenang angan2, serius tobat weiii SUSAH!

Setiap kali orang tanya, "Best ker ada anak?", I pasti jawab "Best, tapi penat!". Secara luarannya, orang akan faham ada anak tu penatnya pada fizikal, but believe me it's more than that! Yes, penat fizikal tu memang dah sah dah, tapi mental dan spiritual pun penat jugak! Sebab tu orang kata, baik jaga anak lembu dari jaga anak manusia, anak lembu kalau payah2 kita boleh sembelih makan ,anak manusia?! hah...

Sejak dah jadi mak ni, kadang2 I jadi keliru untuk pilih cara terbaik nak didik anak2. Tak tau nak guna pendekatan yang mana -> seperti di atas atau yang sebaliknya. Dah nak masuk 2tahun jadi mak ni pun, I masih lagi dok termenung memuhasabah diri, tiap2 hari dok pikiaq, dok tolak tambah bahagi darab kalau haku buat lagu ni, esok2 anak haku jadi lagu mana? haaa, payah kan?! Hadoiii...

Ada setengah orang cakap, kita tak boleh marah2 anak, tak boleh say "no/don't/jangan/tak/dame~~yada2", tak boleh pukul/cubit/tampar/babap anak, tak boleh halang anak nak buat apa dia nak and the list goes on... Bunyinya amat mudah tapi mempraktikkannya subhanallah payah! Kalau ikut teori buku dan kajian, memanglah semua yang di atas tu yang disarankan tapi hakikatnya dalam masyarakat kita semua tu kurang releven. Jarang sangat nak jumpa institusi keluarga yang mak bapak tak marah dan tak pukul anak, arrr ada ka? Rasanya takdak kot. Ish, kita marah dan pukul pun bukannya sebab kita benci tapi sebab kita sayang, nak anak2 tu jadi baik, kan?!

Sorry to say, I tak setuju langsung dengan pandangan yang menentang konsep pukul dan marah dalam didikan anak. Walau apa sekali pun hujah depa, I tetap katakan marah dan pukul tu wajar dan perlu! Cumanya atas mak bapak tu sendiri laa macammana depa nak create bentuk marah dan pukul tu... Janganlah pulak bila marah kita sampai pi maki-hamun si anak tu dan janganlah bila pukul tu kita bantai sampai cacat budak tu, berpada2 laa kan...

Mak selalu pesan, kalau nak pukul anak, cubit atau tampar tangan dan kaki dia je. Tapi tu laa kadang2 bila dah geram, nak tampar tempat lain, tempat lain yang kena. Pukul ni ada 2, satu pukul sebab nak mendidik, satu lagi sebab marah, haa berbeza tu... Kalau kita pukul sebab nak didik, pukulan tu releven-sakit(mana ada pukul tak sakit, haha) tapi munasabah! Berbeza kalau pukul sebab marah, yang ni biasanya kita akan hilang kawalan, bahaya woo! Haa yang ni laa I dok training diri sendiri lagi ni, memang takmau sangat pukul sebab marah, tak kira laa walaupun memang anak tu melampau pun, walaupun memang dia salah pun, tetap takmau marah then pukul. Nanti I jadi macam orang hilang akal, pukul punya pukul, lepas tu menyesal. Look, kalau kita pukul sebab nak didik dia, takkan ada penyesalan kan? Menyesal tu adalah tanda yang kita dah buat salah!

Hal marah ni pulak memanglah dalam nak sampaikan larangan atau halangan tu, I tak perlu jerit2 marah pun sebenarnya(hehe tau pun tapi dok jerit jugak, hek!). Tu laa kadang2 tu I terlupa, tak pun sebab nak bagi impak tu nampak power sikit dan nak Rafiqh cepat "faham" yang apa dia dok buat tu salah so I tertinggi suara. Tak suka sebenarnya terpekik2, malu kat jiran2, tapi entah laa, kena banyak berlatih lagi ni, huhu... Apapun, bagi I marah tu tetap perlu, mungkin cukup dengan reaksi muka serius dan nada suara yang tegas...

Dah nama pun budak kan, sekali cakap tu bukannya terus lekat dalam otak(alah, orang tua pun sama ja!), nak kena ulang2 benda yang sama beratus2 kali baru dia betul2 ingat, tapi tu laa tak sampai 100kali lagi haku dah hangin dah, bukannya taktau konsep ulang-sampai-muntah tu tapi diri sendiri yang tak cukup sabar. See guys, I told you, basic2 ni semua kita tau tapi nak guna dan amal tu haihhh bersimpang siur jalannya...

Dari sehari ke sehari, banyak yang cuba diperbaiki, walaupun banyak kali tersasar kecundang tapi I tetap kena cuba lagi kan?! Ni baru 2tahun, nakalnya cara kanak2 nak membesar, nanti dah remaja, nakal kut arah lain pulak, memang laa kena bersiap-sedia...

Kenapa I kata marah dan pukul ni wajar? Sebabnya kita kena faham yang budak2 ni terdidik dengan "kebiasaan", kalau dari kecil kita biasakan dia dengan kaedah lepas tangan, lantak-pi-laa-hang-nak-buat-apa, sampai satu peringkat usia baru kita nak terhegeh2 tegur, baru nak bentuk, baru nak lentur, ermmm takdak maknanya dah laa kan?! Rasa2 dia akan ikut ka kata kita time tu? Mimpi ja laa kot... Sebab tu laa I seboleh mungkin nak bagi anak2 diasuh digilap sejak masih usia rebung ni, dah jadi buluh nanti, takat boleh tengok ja laa...

Bagi I, dalam mendidik anak ni tak ada cara yang betul atau salah. Semuanya terpulang pada kita as parents untuk pilih, ikut kesesuaian diri sendiri dan anak2. Kalau dah anak hangpa baik, tertib-lendik, tak nakal dan dengar cakap, dah tentu dah laa hangpa tak payah susah2 nak pukul dan marah kan?! Ingat best sangat ka nak marah2 dan pukul2? Huh, tak best langsung!

Guys, actually tajuk entry ni di-requested oleh my friend-Chiput. Dia betul2 nak dengar pandangan dari ibu2 yang lain. So please, berilah pandangan anda tak kesah laa either you guys setuju dengan apa yang I tulis atau tak, tak apa, I don't mind...

Thursday, November 12, 2009

iPhone - Baby cry translator

Still remember my previous entry with title "patent tangisan si kecil"? In that posting I mentioned about a gadget in market which is able to figure what the baby's needs based on his/her cry, haa semalam masa dok rehat2 tengok tv, tiba2 myLove tunjukkan a new application at iPhone website, called cry translator. He asked me if I want to install it, ermmm of course! Why not we give it a try, it sounds intresting, and actually memang dah lama teringin nak try... So lastnight myLove tolong install-kan kat my phone, I memang tak ambil tau sangat bab2 install and yada2 ni, tau guna je, hahaha, sangatlah tak berteknologi punya orang kan?! Hek, ada haku kesah?!

What is the Cry Translator?
The Cry Translator is an easy to use iPhone app that quickly identifies the 5 distinct cries made by infants: hungry, sleepy, annoyed, stressed or bored. These 5 cries are universal to all babies regardless of culture or language. Within 10 seconds, the app translates the sound and identifies the emotion, and then gives parents a set of tips to calm the child. This app is 96 percent accurate and works for any child...
Semalam, masa Raziqh nangis, myLove terus test pakai, and the result showed Raziqh was annoyed... Errr I don't think so, rasanya Raziqh mengantuk time tu, hahaha, boleh percaya ker menatang ni? Takpa2, lain kali cuba lagi, hihi...